Lawatan Kaukus ke Kemta pada 17 Jun 2005 – catatan dari Tahanan ISA

Saya bahagikan tulisan ini kepada 2 bahagian iaitu peristiwa sebelum dan semasa lawatan Menteri tersebut.
Sebelum Lawatan Kaukus
Pada hari Selasa 14 Jun 2005, peguam tahanan, Saudara Edmund Bon dan 2 peguam yang lain telah datang ke Kem untuk bertemu semua tahanan. Pihak Kem telah membenarkan peguam menemui semua tahanan di blok masing-masing. Peguam telah masuk ke setiap blok untuk menemui tahanan mengikut nama yang telah disenaraikan. Beliau memberitahu mengenai lawatan menteri dan apakah isu utama yang sepatutnya di fokuskan oleh tahanan untuk disuarakan dalam lawatan tersebut.
Blok T 2A dan T3 adalah kawasan dimana kebanyakan penghuninya adalah tahanan ISA yang ‘diam’ dan patuh pada peraturan Kem. 2 Blok itu dinamakan kawasan putih manakala blok yang lain, T2B dan T4 adalah kawasan yang dicurigai oleh SB kerana disitu, terdapat ramai tahanan yang suka berurusan dengan peguam.
Isu utama yang sepatutnya di beritahu ialah mengenai penahanan mereka semua yang telah melebihi 2 tahun tetapi masih belum juga dibebaskan. Lawatan keluarga yang dipisahkan oleh jaring dan fiber glass juga mesti dinyatakan. Dan tahanan juga diminta menyebutkan permasalahan yang dihadapi oleh keluarga terutamanya isteri dan anak-anak sepanjang 2 tahun penahanan itu.
Sdra Edmund juga telah memberitahu mengenai kempen kesedaran rakyat dalam roadshow GMI. Beliau juga ada menyebutkan bahawa isteri saya, Norlaila, juga rajin memberi ceramah dalam roadshow itu.
Semasa Lawatan Kaukus
Pada waktu malam sebelum lawatan Menteri, kami berlima (saya, Bakkery, Roshelmy, Abdullah M.Noor dan Zamri) telah bersengkang mata menyiapkan memo untuk disampaikan pada YB Lim Kit Siang sepertimana yang di pesan oleh peguam. Kami telah membuat beberapa salinan memo tersebut secara manual.
Pada pukul 8.30am, Roshelmy (UTM lecturer) telah di panggil keluar dan diberi syarat iaitu mesti berpakaian kemas untuk berjumpa Menteri. Memo telah dibawa oleh Roshelmy. Kami menjangkakan menteri tidak melawat blok kami.
Mengikut perancangan kem, mereka telah memilih seorang tahanan dari setiap blok untuk bertemu Menteri. Mereka yang dipilih ialah Zid Sharani yang tak biasa bercakap tu mewakili kumpulan tahanan yang tinggal sebilik seorang. Wakil T2A ialah Hj Al Bakery yang baik hati. T3 diwakili Zulkifli Zakaria “KMM”, manakala Masran Arsat dipilih mewakili T4A. Kesemua yang dipilih sememangnya tidak biasa memberi komen tentang kezaliman ISA.
Tapi, tanpa diduga, rupa-rupanya, Menteri telah masuk kesemua blok. Sewaktu rombongan masuk kekawasan T2A, tahanan disitu menyatakan blok mereka adalah kawasan putih. Tetapi YB Lim menyatakan beliau ingin melawat semua tahanan, kerana samada kawasan hitam atau putih, semua mereka adalah tahanan ISA. Tersipu-sipu semua tahanan yang tak sedar diri tu.
Kami telah serahkan salinan memo pada tahanan di blok yang lain dengan tujuan sekiranya pengarah merampas salinan tersebut, maka ada banyak salinan yang lain akan di sampaikan oleh tahanan yang berbeza. Semasa seorang tahanan di T4A menyerahkan salinan memo pada YB Lim, kertas itu cuba dirampas oleh pengarah Kem yang mengiringi lawatan itu, tapi sempat di rampas semula oleh YB Lim dari tangan pengarah kem.
Semasa Menteri masuk ke Blok kami T2B, kami tidak mempunyai memo untuk disampaikan pada YB. Namun, Alhamdulillah, Bakkery Mahamud dapat menyebutkan setiap komplen satu persatu dengan jelas. Dimulai dengan pertanyaan, kenapa selepas 2 tahun, masih lagi ditahan. Apakah alasan pelanjutannya? Kenapa Wan Min dan Ust Iqbal dibebaskan sedangkan mereka didakwa sebagai ketua JI. Bakkery juga bercerita mengenai lawatan keluarga yang begitu menyiksakan dan akhir sekali tentang kesusahan keluarga yang terpaksa menjual rumah dan bergadai untuk menyara kehidupan .
YB Lim juga memberitahu, beliau telah bertemu isteri saya, Pn Norlaila dalam satu program GMI di Ipoh. Beliau turut memberitahu, pernah mempertemukan isteri saya pada Datuk Nazri, dalam satu pertemuan tidak rasmi di Parlimen. Datuk Nazri pernah berjanji pada isteri saya untuk berusaha membebaskan saya. Ketika itu Datuk Nazri ada dihadapan saya. Datuk Nazri sekadar bertanya ‘You suami kepada Pn Norlaila?” Datuk Nazri mengatakan beliau tidak berani untuk menjanjikan apa-apa.
Di T3, Cg Non “KMM”, juga komen banyak perkara mengenai penahanan mereka. Kolonel Manap juga komen, tahanan semua dah cukup berdisiplin, cukup baik dan telah memmatuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan Kem, tapi mengapa mereka masih juga ditahan? Jadi, apakah lagi yang perlu tahanan lakukan supaya dibebaskan???
Sehingga lah selesai lawatan menteri, Roshelmi telah di ‘simpan’ disatu tempat yang tidak diketahui. Pada sebelah petang lawatan tersebut, barulah beliau di ‘pulangkan’ ke blok T2B semula.
Mat Sah Bin Mohamad Satray
Tahanan ISA Kem Kamunting




KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Rakyat yang membayar cukai kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mahu Menteri yang menjaga hal ehwal Wilayah Persekutuan terdiri dari kalangan pemimpin yang didakwa terlibat dengan politik wang, kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - PAS Wilayah Persekutuan hari ini mengemukakan laporan dan mendesak Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat kes rasuah politik Naib Presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Samad semasa pemilihan Umno tahun lalu.


Y.B. DATO' DR. MASHITAH BINTI IBRAHIM
MEMO
KENYATAAN MEDIA (27 Jun 2005)
Walau apa jua alasan yang diberikan oleh Isa Samad, kenyataan dan bukti yang dikemukakan dalam Lembaga Tatatertib UMNO telah menjelaskan segala jenayah beliau.
Suara keramat Pemuda melalui pimpinan YB Salahuddin Ayub berjaya membuatkan pemimpin UMNO terkebil – kebil. Tohmahan mereka bahawa pemuda PAS layu dan tidak berani mengkritik pemimpin telah diketepikan dan laungan takbir pemuda PAS berjaya menenggelamkan kesayuan hasrat UMNO yang ingin melihat pemuda berpecah melalui ‘anai – anai’ tajaan mereka.
Lantas, atas dasar kesedaran yang tidak berbelah bahagi umat Islam bangkit berhimpun dihadapan Wisma Darul Aman pada 19 Jun 2005. Bukan sahaja mereka tidak peduli isu perobohan rumah ALLAH, YB Rasul yang tidak maksum yang ditemui hanya sibuk berbicara tentang keretanya yang kononnya dicalarkan oleh pendemo.
Pada 22 Jun pula, di Melaka, BN melantik ADUN Pantai Kundur, Ab. Rahaman Ab. Karim sebagai Exco mengantikan Datuk Wira ‘Rasuah’ Amid Nordin yang meletakkan jawatan kerana digantung oleh UMNO ekoran terlibat dalam rasuah.
Perjalanan BN kian berliku bila mana Datuk S. Sothinathan dari MIC digantung selama 3 bulan kerana mempertikaikan tindakan Kerajaan yang menarik pengiktirafan Ijazah Perubatan Crimea State Medical University (CSMU) semasa prosiding Dewan Rakyat pada 21 jun 2005. Wira penyokong MIC ini dibiarkan tergantung tanpa pembelaan oleh Presiden MIC yang nyata mengambil sikap individualistik dan tidak berminat mempertahankan hak pelajar India.
Kisah duka BN ini berterusan bila mana rayuan YB Datin Paduka Tan Yew Kew yang digantung oleh MCA selepas dituduh mengedarkan rakaman VCD cetak rompak pergaduhan pemilihan cawangan MCA di jalan Young Klang ditolak. Jawatankuasa Disiplin Parti itu yang bermesyuarat pada 23 Jun 2005 hanya mengurang tempoh penggantungan dari setahun kepada 6 bulan.
Seterusnya, ‘Projek Kerajaan BN’ yang terhangat dipasaran telah meletup didada – dada akhbar tempatan pada 24 Jun 2005. Hits utama menyaksikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad digantung 6 tahun kerana didapati bersalah terlibat dalam merasuah pengundi – pengundi dalam pemilihan UMNO tahun lalu. Kemenangan meragukan yang beliau kecapi sebanyak 1507 undi ternyata adalah hasil dari wang rasuah yang beliau berikan.
Ombak reformasi yang satu ketika dahulu ditiupkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim kini kian terasa semula. Kebangkitan rakyat kini semakin terasa ekoran dasar – dasar ‘mentah’ Kerajaan BN dalam mentadbir Negara. Dari isu Minyak, Tol, Kos pengangkutan, kini rakyat dibebani pula dengan isu penswastaan air, khidmat perubatan, isu jarum dan kondom percuma dan banyak lagi.
KENYATAAN MEDIA (27 Jun 2005)
KENYATAAN MEDIA (25 Jun 2005)
Keadaan berbeza di Terengganu, Exco – exco yang telah membuli masyarakat RTB di Terengganu terus mendapat sanjungan BN. Kini YB. Rasul yang tidak maksum itu, kecoh pula tentang kereta beliau yang dicalarkan oleh pendemo yang berhimpun secara aman di hadapan Wisma Darul Iman pada 19 Jun yang lalu.




Kita berharap agar Kerajaan dapat membantu TUDM dengan memberikan peruntukan latihan yang sewajarnya bagi memastikan pejuang – pejuang Negara yang berkhidmat dalam TUDM berada dalam keadaan selamat. 

KUALA LUMPUR 22 Jun - Dua ketua UMNO bahagian hari ini dipanggil memberi keterangan di hadapan Lembaga Disiplin UMNO atas dakwaan menjadi ejen pelobi dan menyebabkan kekalahan calon-calon pada pemilihan wakil ke perhimpunan Agung UMNO bulan depan.
WASHINGTON: Langkah Malaysia menswastakan sistem rawatan kesihatannya perlu dibuat selepas menimbang kebajikan pengguna yang mungkin menjadi mangsa syarikat insurans yang tidak bertanggungjawab, jika ia tidak dikawal.
IPOH: Tindakan pemimpin DAP melonggokkan timbunan sampah di depan bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini, semalam, dianggap sebagai kurang ajar dan biadap.
KUALA LUMPUR: Lima jawatankuasa kecil akan diwujudkan bagi mengkaji secara mendalam dan meneliti 125 cadangan laporan Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
