Ketua Umno Segambut pecah amanah: 11 Ketua Cawangan kesal polis tidak bertindak
Oleh Omar Saidi
KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Sebelas Ketua Umno Cawangan di bahagian Segambut melahirkan rasa kesal kerana pimpinan tinggi Umno , Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Polis tidak mengambil tindakan ke atas Ketua Umno Bahagian Segambut, YB Senator Dato' Haji Kamarudin Haji Ambok yang didakwa salah guna kuasa melakukan pecah amanah wang parti sebanyak RM15,000.00.
Demikian dinyatakan oleh salah seorang Ketua Umno Cawangan (namanya tidak mahu disiarkan) semasa datang ke pejabat Harakah semalam.
Kata beliau, berbagai alasan dibuat oleh pihak BPR dan polis apabila ditanya kenapa tindakan tidak boleh dibuat terhadap Dato' Kamarudin, sedangkan laporan telah dibuat.
Menurutnya, laporan polis telah dibuat pada 28 Mei lalu, jam 9.01 pagi di Pejabat IPK KL. dengan nombor repot polis ialah JINJANG/007454/05.
Dalam laporan tersebut, Dato' Kamarudin didakwa telah mendapat sumbangan dari konsortiunm Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd (KESTURI) berjumlah RM 15,000.00 untuk majlis jamuan rumah terbuka Parlimen Segambut pada 3 Disember 2004 yang bertempat Di No55 ,Jalan Puncak Setiawangsa 2, Taman Setiawangsa,54200, KualaLumpur.
Cek yang bernombor 070994 yang bernilai RM 15,000.00 tersebut didakwa tidak dimasukkan ke dalam akaun Umno bahagian Segambut, sedangkan surat dari KESTURI telah dialamatkan ke Pejabat Umno Bahagian Segambut.
Bantahan itu ditimbulkan oleh Ketua-ketua Umno cawangan apabila wang sebanyak RM15,000.00 sumbangan dari KESTURI tidak dimasukkan di dalam penyata kewangan Umno Bahagian Segambut semasa Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Segambut kali ke-11 (2005) bertarikh 27 Mei 2005, di Dewan Tun Dr Ismail PWTC Kuala Lumpur, sebaliknya wang tersebut dimasukkan ke akaun peribadi Hasan Sulaiman yang bertindak sebagai pegawai khas kepada Dato' Haji Kamarudin yang juga adalah salah seorang ahli jawatankuasa Umno bahagian tersebut.
Oleh yang demikian, pengadu yang juga merupakan salah seorang daripada ketua Umno cawangan itu berharap agar pihak berkuasa lebih perihatin dan tidak memilih 'bulu' dalam melaksanakan siasatan atas aduan yang telah dibuat oleh mereka sebelum ini. - mks.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home