Monday, June 27, 2005

ISU JUAL DIRI :Pemuda PAS Wilayah Jumpa Dr. Mashitah

MEMO

Assalamualaikum w.w

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius jawapan YB Dato' Dr. Mashitah Binti Ibrahim dalam ruangan ‘Anda musykil, Dr. Mashitah Jawab’ di Harian Metro bertarikh 19 Jun 2005 yang bertajuk “Jual Diri Kerana Terdesak.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendapati bahawa, kenyataan beliau benar – benar menimbulkan polemik kesangsian dan kegusaran dalam hasrat pemikiran umat Islam di negara ini.

Sehubungan dengan itu, pihak DPPWP dan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP) akan mengadakan pertemuan dengan beliau bagi mendapatkan penjelasan. Sehubungan dengan itu pihak DPPWP menjemput para wartawan untuk hadir pada;

Tarikh : 27 Jun 2005 (Isnin)
Masa : 03.00 petang
Tempat : Pejabat Setiausaha Parlimen
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 3, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.

Segala pertanyaan berhubung program ini sila hubungi Setiausaha DPPWP, Sdr. Khuzaini di talian : 017-8844366.

Sekian. Wassalam

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
(26 Jun 2005)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com