Friday, June 24, 2005

Isa beri keterangan selama sejam setengah kepada Lembaga Disiplin UMNO

(Dipetik dari AgendaDaily.Com)

Image hosted by Photobucket.com

Naib Presiden UMNO Tan Sri Isa Samad telah memberi keterangan selama sejam setengah atas dakwaan melanggar etika pemilihan kepada Lembaga Disiplin UMNO pagi Khamis.Beliau tiba di PWTC jam 8.50 pagi dan masuk ke ‘bilik perbicaraan’ jam 9 pagi.

Difahamkan Isa menghadapi sembilan pertuduhan termasuk politik wang.Isa yang juga Menteri Wilayah Persekutuan turun ke lobi selepas memberi keterangan pada jam 10.40 pagi.

Image hosted by Photobucket.com

Para wartawan dan kira-kira 50 orang penyokongnya telah meluru sebaik melihat beliau muncul.

Apabila dikerumuni wartawan yang meminta beliau mengulas mengenai keterangannya, Isa sekadar berkata : "subjudis".saya tak boleh cakap apa-apa. Saya tak boleh komen pasal ini."

Ditanya mengenai "kehilangannya daripada majlis-majlis umum" beberapa hari lepas, beliau berkata: "Saya rakyat Malaysia, tidak hilang mana-mana."

Beliau kemudiannya terus meluru masuk ke kereta rasminya meninggalkan PWTC.


Ini adalah kali pertama seorang pemimpin kanan UMNO berjawatan Naib Presiden dihadapkan ke Lembaga Disiplin UMNO.

Sebelum ini desas desus mengenai kemungkinan seorang pemimpin kanan UMNO akan dipanggil memberi keterangan telah menarik perhatian ramai dan mencetuskan pelbagai spekulasi.

Isa menang jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti September tahun lepas dengan meraih undi terbanyak.Kedua ialah Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan ketiga Tan Sri Muhyiddin Yassin

Beliau pernah gagal dalam dua percubaannya merebut jawatan itu sebelum ini.

Isa pernah menyandang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun bermula 1982 sebelum bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Jempol pada pilihan raya umum 2004.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com