DAP Longgok Sampah Depan Pejabat Majlis Bandaraya Ipoh
Laporan Ridzuan Yop
IPOH: Tindakan pemimpin DAP melonggokkan timbunan sampah di depan bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini, semalam, dianggap sebagai kurang ajar dan biadap.
Jurucakap MBI dalam satu kenyataan berkata, sebagai pemimpin yang dipilih rakyat, mereka sepatutnya bertindak dengan cara lebih berhemah dan profesional, bukan menurut kehendak hati sehingga boleh memalukan diri sendiri.
Pemimpin DAP itu menghimpun sampah yang tidak dikutip MBI sejak dua minggu lalu membabitkan kawasan Jalan Bendahara, Pasir Pinji, Fair Park, Bandar Baru Bercham, Menglembu dan Pasar Pengkalan di sini dan melonggokkannya di depan pejabat MBI, semalam.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Perhubungan Awam dan Antarabangsa MBI, perlakuan itu tidak sepatutnya ditunjukkan oleh pihak yang dikatakan sebagai pemimpin masyarakat kerana ia boleh diselesaikan secara profesional.
Katanya, pihak berkenaan perlu maklum MBI mempunyai 77 lori sampah yang beroperasi di kawasan seluas 643 kilometer persegi.
"Penggunaan sebuah lori selama 16 jam sehari iaitu antara jam 7 pagi hingga 11 malam bagi memaksimumkan perkhidmatan memungut sampah di semua kawasan supaya dapat dilaksanakan mengikut jadual.
"Bagi penggunaan yang intensif dan keadaan lori sampah yang kebanyakannya sudah berusia lebih 15 tahun, masalah kerosakan teknikal pasti akan berlaku dari semasa ke semasa.
"Oleh itu, secara purata 30 lori sampah rosak dalam sehari. Bagaimanapun, MBI sentiasa memastikan kawasan yang mengalami masalah lori sampah rosak, akan menerima lori lain sebagai ganti secepat mungkin," katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab dakwaan pemimpin DAP yang menuduh MBI gagal memperbaiki perkhidmatan asasnya kepada penduduk Ipoh yang membayar cukai taksiran tertinggi di negara, iaitu sebanyak 16 peratus.
Mereka mendakwa MBI sudah diberikan masa selama 48 jam untuk memungut sampah berkenaan malah satu memorandum juga sudah diserahkan kepada Datuk Bandar, Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman.
Ahli Jawatankuasa DAP Perak merangkap Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan berkata, DAP terpaksa membawa masalah penduduk itu ke depan mata Datuk Bandar supaya beliau melihat sendiri kelemahan MBI.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home