PAS penting dalam dunia Islam - Olivier Roy
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Gerakan Islam PAS dan gerakan Islam lain di seluruh dunia yang terlibat dengan politik memainkan peranan penting dalam membawa perubahan dalam dunia Muslim, kata pengkaji gerakan Islam dari Perancis, Prof Olivier Roy dalam pertemuannya dengan PAS semalam.
Dalam wacana selama dua jam dengan Pusat Penyelidikan PAS dan Harakah, Roy menjelaskan, gerakan Islam seperti PAS melalui evolusi menyesuaikan diri dengan lanskap politik semasa yang sentiasa berubah.
Menurutnya lagi, walaupun kurang pengetahuan tentang PAS, beliau sangat berminat untuk mengkaji peranan penting yang dibawa oleh PAS di Malaysia dan sebagai sebuah gerakan Islam yang berinteraksi dengan pelbagai kumpulan di seluruh dunia.
"Saya berminat untuk melihat apa yang dilakukan oleh PAS di Malaysia, dan bagaimana respons PAS terhadap perkembangan di seluruh dunia," katanya yang kini menjawat jawatan pengarah penyelidikan di Pusat Kajian Saintifik Nasional Perancis (CNRS) di Paris, Perancis.
Beliau yang terkenal dengan buku The Failure of Political Islam bagaimanapun menjelaskan beliau tidak beranggapan gerakan Islam seperti PAS akan menggadaikan demokrasi setelah memperolehi kuasa.
"Saya tidak pernah beranggapan begitu. Di seluruh dunia Muslim, ada beberapa contoh yang menunjukkan kejayaan gerakan Islam menangani demokrasi.
"Jika kita melihat parti Refah dan kepimpinan Reccep Tayyip Erdogan, kita akan dapat melihat contoh kejayaan itu," katanya.
Jelasnya, dakwaan bahawa gerakan Islam hanya berdepan dua pilihan, iaitu menerima demokrasi atau menolaknya apabila memperolehi kuasa politik sebagai sesuatu yang salah.

Bercakap mengenai kegagalan gerakan Islam mentadbir negara, beliau menjelaskan Taliban merupakan satu contoh yang jelas, tetapi turut mengakui cabaran besar yang dihadapi kumpulan itu merupakan faktor penyumbang kegagalannya.
Roy bagaimanapun berpandangan tidak sepatutnya wujud sebarang masalah dengan gerakan Islam yang menerima dan mengamalkan demokrasi dalam perjuangannya.
Beliau yang menghasilkan buku Globalised Islam tahun lalu datang ke Malaysia bersama dua lagi sarjana Perancis untuk menyertai satu program anjuran Kedutaan Perancis di ibu negara pada 20 Jun. – HZ/zs
(Wawancara dengan Prof Olivier Roy akan disiarkan dalam Fikrah Harakah keluaran akan datang)

0 Comments:
Post a Comment
<< Home