Sunday, June 19, 2005

MAIS Serah Petisyen Bantah Tapak Lumba Kuda Kepada Sultan Selangor

SHAH ALAM, 17 Jun (Bernama) -- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari Jumaat menyerah petisyen bantahan cadangan pembinaan Kelab Lumba Kuda di Bukit Tagar, Hulu Selangor kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Petisyen bantahan itu diserahkan oleh Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa kepada Sultan Selangor, di Masjid Kuala Kubu Bharu selepas solat Jumaat sempena lawatan baginda ke daerah Hulu Selangor.

Petisyen bantahan itu mengandungi ribuan tandatangan rakyat Selangor yang dikumpul oleh masjid-masjid di negeri itu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Fakrul Azam Yahya berkata usaha itu dilakukan sebagai tanda sokongan terhadap keputusan kerajaan negeri yang menolak cadangan pembinaan kelab lumba kuda itu.

Ini (petisyen) adalah tanda sokongan. Ini bukan seperti anggapan sesetengah pihak yang menyatakan petisyen seperti ini sudah terlewat," katanya.

Exco Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat negeri Datuk Abdul Rahman Palil sebelum ini berkata kerajaan Selangor sejak awal-awal lagi telah menolak cadangan pihak tertentu untuk membuka sebuah kelab lumba kuda di Bukit Tagar, Hulu Selangor.- BERNAMA

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com