PTPTN hanya diberi kepada pelajar IPTA sahaja
Oleh: HERMAN HAMID
HULU SELANGOR 18 Jun - Kabinet memutuskan bahawa pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya akan diberikan kepada penuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sahaja.
Selain itu, PTPTN tidak akan lagi menukar status pinjaman kepada biasiswa bagi peminjam yang berjaya mendapat ijazah kelas pertama seperti sekarang.
Kabinet juga bersetuju supaya pinjaman PTPTN hanya diberikan kepada penuntut yang benar-benar tidak berkemampuan sahaja mengikut kadar pendapatan keluarga.
Keputusan Kabinet yang dibuat baru-baru ini diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Shafie Mohd. Salleh pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Anugerah Kolej Yayasan United Engineers Malaysia (KYUEM) di sini hari ini.
Katanya, antara matlamat kerajaan untuk memastikan PTPTN beroperasi dengan lebih efektif.
Mengenai pemberian pinjaman PTPTN kepada penuntut di IPTA sahaja, Shafie menjelaskan, ia akan dilaksanakan pada masa hadapan dan bukan dalam waktu terdekat ini.
``Bagi penuntut diploma seperti di kolej-kolej dan politeknik, kita akan sediakan peruntukan yang berasingan kerana kerajaan mahukan PTPTN memberi tumpuan kepada pelajar IPTA.
``Ini tidaklah lagi macam sekarang, ada cikgu masuk Program Jarak Jauh (PJJ) pun memohon PTPTN.
Saya tidak boleh letakkan bila ia akan dilaksanakan tetapi perkara ini sudah diputuskan Kabinet dan kita akan menyegerakan,'' ujarnya.
Tentang tiada lagi penukaran status pinjaman kepada biasiswa bagi yang mendapat ijazah kelas pertama, Shafie berkata, perkara ini sejajar dengan arahan Kabinet supaya PTPTN mengutip balik semua pinjaman yang diberikan.
``Sehubungan itu, mulai peminjam yang akan datang, kalau boleh mulai tahun ini juga, tidak kira apa kelas yang mereka peroleh, mereka perlu melunaskan pinjaman PTPTN yang mereka dapat.
``Bagaimanapun bekas peminjam serta peminjam yang sedia ada iaitu yang sedang menuntut akan terus menikmati kemudahan pelepasan pinjaman kepada status biasiswa jika berjaya mendapat ijazah kelas pertama,'' katanya.
Beliau berkata, ini kerana perjanjian yang sudah ditandatangani sebelum ini tidak akan terjejas memandangkan setiap perjanjian tidak boleh bersifat retrospektif.
Dalam pada itu menurut Shafie, Kabinet membuat keputusan supaya kelayakan pendapatan keluarga bagi penerima PTPTN dikaji semula dengan tujuan bagi mengelakkan daripada golongan berada turut menerimanya seperti sekarang.
Sehubungan itu katanya, kertas kerja yang komprehensif sedang disiapkan dan mekanisme pendapatan tertentu sudah pun dikenal pasti.
``Mungkin ada yang susah sedikit untuk kita kenal pasti pendapatan seperti orang yang berniaga namun ia bukanlah suatu penghalang.
``Yang penting, kita tidak mahu pinjaman PTPTN hanya menjadi imbuhan tambahan kepada penerima sedangkan ia melibatkan peruntukan kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan,'' katanya.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home