Jualan VCD cetak rompak kian berleluasa
PULAU PINANG 17 Jun - Kegiatan perniagaan dan pengedaran cakera padat video (VCD) cetak rompak kembali berleluasa di Pulau Pinang dan kali ini semakin teruk apabila hampir 60 peratus penjualannya didominasi dari jenis VCD dan cakera padat digital (DVD) lucah.
Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa lokasi kegiatan itu di sini malam tadi mendapati peniaga dan tonto bergerak bebas seolah-olah tidak bimbang diserbu pihak berkuasa dengan membuka gerai-gerai jualan di tempat terbuka terutama di tepi jalan utama.
Malah lebih `pelik' lagi beberapa gerai VCD terbabit beroperasi dalam kedudukan yang hampir dengan balai polis.
Antaranya gerai jualan VCD di Batu Lanchang di tepi sebuah restoran berhampiran sebuah pasar basah yang jaraknya hanya 100 meter dari sebuah balai polis manakala sebuah lagi gerai VCD di belakang sebuah sekolah menengah di Sungai Nibong juga hanya kira-kira 80 meter dari balai polis.
Tinjauan lanjut mendapati VCD dan DVD terlaris di kalangan pelanggan ialah dari jenis lucah yang berlabelkan `pelakon' Jepun dan Korea.
Gejala ini dikhuatiri akan meningkatkan masalah sosial terutama di kalangan remaja, lebih-lebih lagi pada saat kerajaan menguatkuasakan langkah drastik menangani bahan lucah di Internet dan alat komunikasi mudah alih bagi menyekat akses ke laman web terbabit.
Dalam pada itu, Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) Pulau Pinang, Fahmi Kasim mengakui kegiatan penjualan dan pengedaran VCD dan DVD cetak rompak semakin meningkat berdasarkan jumlah tonto - individu yang mengawasi pergerakan anggota agensi penguat kuasa - yang meningkat hampir tiga kali ganda.
Menurutnya, peningkatan jumlah tonto di Pulau Pinang khususnya di sekitar Georgetown yang amat luar biasa kebelakangan ini menjadi petunjuk bahawa kegiatan penjualan VCD cetak rompak `hidup kembali' malah kian membimbangkan.
Katanya, peningkatan tonto berkenaan mungkin disebabkan langkah KPND&HEP negeri menambah bilangan kekuatan anggota penguat kuasanya yang kini berjumlah 50 orang.
``Jika dulu jumlah tonto hanya kira-kira tujuh atau lapan orang, kini rekod kami menunjukkan jumlah mereka yang mengawasi gerak-geri anggota penguat kuasa di pekarangan ibu pejabat KPDN&HEP di Bangunan Tuanku Syed Putra di Georgetown sudah mencecah 20 orang.
``Ia tidak termasuk tonto-tonto yang berkeliaran di setiap simpang jalan menuju ke rumah anggota penguat kuasa kami.
``Boleh dikatakan sekarang ini nisbah kekuatan jumlah anggota kami dengan tonto di Pulau Pinang dalam komposisi 1:1 iaitu seorang tonto mengawasi seorang anggota penguat kuasa,'' katanya.
Malah, kata beliau, keanggotaan tonto kini juga telah berubah yang jika dahulu hanya disertai individu dari satu kaum, kini ia mengandungi ketiga-tiga kaum utama.
``Siasatan mendapati setiap tonto dibayar sebanyak RM60 sehari. Sungguhpun operasi kami tidak digerakkan dari ibu pejabat, namun setiap tonto seolah-olah sudah mengetahui pergerakan kami hingga boleh mengikut balik ke pekarangan rumah.
``Malah meskipun hampir setiap malam anggota penguat kuasa kami membanteras sekurang-kurangnya empat hingga lima kes, namun kegiatan ini terus berleluasa,'' katanya.
Usaha kerajaan untuk membendung serta menghapuskan penyebaran bahan lucah di kalangan masyarakat yang diperlihatkan baru-baru ini dengan menyekat akses ke laman web terbabit, turut mewajibkan pengusaha kafe siber menyediakan perkhidmatan penapisan bahan lucah dan tidak sopan sebagai syarat lesen perniagaan.

1 Comments:
Apa macam berita ini,langsung tidak ada "standard"? Mana perginya peranan yang harus dimainkan oleh remaja? Sau-pei-lah,tiu-ga-ba-le
Post a Comment
<< Home