Pemimpin negara Islam mudah jadi 'Pak Turut' Barat - Mazlan
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Hrkh) - Pemimpin-pemimpin negara Islam mutakhir ini didakwa terlalu mudah dipergunakan negara Barat apabila hanya menjadi 'Pak Turut' hingga rela dilabel sebagai negara yang menganjurkan keganasan.
Naib Ketua Pemuda PAS, Mazlan Aliman berkata, akibat mengamalkan sistem pemerintahan, ekonomi dan perundangan bercorak Barat, akhirnya pemimpin negara Islam akur dengan kehendak dan desakan Barat yang mengenakan label pengganas ke atas negara umat Islam.
Katanya lagi, isu pelabelan pengganas ini dilihat menjadi-jadi selepas kejadian 11 September, yang mana Amerika Syarikat menggunakan alasan kejadian tersebut untuk terus memerangi negara umat Islam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyatakan negara umat Islam akan dilabel sebagai pengganas apabila tidak mampu menaikkan tahap ekonominya.
Abdullah dilaporkan sebagai berkata demikian ketika menghadiri majlis makan malam Mesyuarat Agung Ke-38, Majlis Ekonomi Lembangan Pasifik (PBEC) di Hong Kong semalam.
Mengulas lanjut kenyataan itu Mazlan berkata, kenyataan Abdullah itu juga adalah satu perakuan yang melambangkan bahawa pemimpin negara Islam akur dengan pengklasifikasian Barat terhadap umat Islam.
Kata Mazlan, Pemuda PAS berpendirian bahawa ekonomi bukanlah satu-satunya faktor yang mempengaruhi sesebuah komuniti untuk mengganas tetapi faktor seperti tekanan politik, perluasan wilayah dan rampasan hak turut menyumbang kepada kegiatan yang didakwa sebagai pengganas.
Mazlan berkata, sebagai contoh barat terutamanya Amerika mendakwa rakyat Palestin menggunakan tindakan keganasan untuk menafikan perluasan kawasan oleh Israel.
Walhal hakikat sebenarnya Israel yang menganjurkan keganasan apabila bertindak merampas tanah Palestin dengan cara keganasan yang berlarutan.
Justeru katanya, Abdullah sebagai Pengerusi Persidangan Negara Islam (OIC) perlu bertindak menghakis label ini dan seterusnya lari dari ideologi Barat yang sememangnya mahu menghancurkan negara Islam dengan pelbagai cara.
"Masalahnya bukan hanya kerana ekonomi.Tetapi kini pemimpin negara Islam sendiri yang membelenggu rakyat dengan melabel sesetengah mereka sebagai pengganas.Pemimpin umat Islam sendiri memberi respons positif terhadap tindakan Barat melabel negara umat Islam,"katanya.
Abdullah dalam laporan akhbar hari ini dilaporkan sebagai berkata, negara-negara Islam perlu mempertingkatkan keupayaan ekonomi masing-masing untuk keluar dari kepompong gelaran pengganas yang dilabelkan oleh bukan Islam.
Beliau berkata, masalah-masalah kemiskinan di negara-negara Islam menyebabkan desakan untuk melakukan sesuatu yang melampaui batas hingga menimbulkan tanggapan bahawa Islam itu pengganas.
"Apa yang perlu kita lakukan sekarang ini ialah menunjukkan persahabatan di kalangan orang Islam dengan bukan Islam," katanya. - mks.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home