Pemberian kondom dan jarum percuma bebankan kerajaan dan rakyat - Impak
Oleh Saidatul Amani
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Hrkh) - Institut Pengembelengan dan Pembangunan Komuniti (Impak) menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan mengedar jarum suntikan dan kondom secara percuma kepada penagih bermula Oktober 2005 sebagai langkah untuk membasmi merebaknya HIV.
Impak tidak nampak tindakan itu sebagai cara terbaik kerana belum terbukti dimana-mana negara bahawa langkah sedemikian memberi kesan positif dalam jangka masa panjang.
Pengerusinya, Mahfuz Omar berkata, bukan sahaja penagih dadah akan mendapat kesempatan meneruskan penagihan dengan kos yang lebih rendah malah mungkin langkah itu akan menambah bilangan penagih dadah serta gejala seks bebas tidak boleh dikawal.
Menurut beliau, jika kerajaan meneruskan langkah itu satu persoalan yang timbul ialah apa ertinya rawatan penagihan dadah di Pusat-pusat Serenti di seluruh negara dan sudah pasti Pusat Serenti itu tidak mempunyai apa-apa fungsi.
Beliau berkata, Impak melahirkan kebimbangan kerana Malaysia sebenarnya mengarahkan kepada konsep yang berputar ke belakang iaitu rawatan yang diutamakan dan bukannya mencegah.
"Dengan mengedar jarum suntikan secara percuma menjadikan penagih dadah lebih `selamat' dan pendekatan ini tidak mungkin mampu bertahan lama untuk mengelak bertambahnya insiden HIV," katanya mengulas cadangan Menteri Kesihatan, Dato' Dr Chua Soi Lek untuk mengedarkan jarum dan kondom percuma.
Katanya, Impak menggesa pihak kerajaan menimbang pendapat golongan ulama untuk mengatasi gejala itu agar kesan jangka panjang akan lebih berjaya dicapai berbanding kesan sementara.
Beliau berkata, pendapat golongan ulama tidak sepatutnya dipandang sepi kerana mereka boleh memberi sumbangan yang sesuai dengan kehendak maqasid syara' yang lebih mengambil kira kesan jangka panjang.
Mahfuz berkata, dengan kos tambahan jutaan ringgit melebihi RM200 juta setahun yang akan ditanggung oleh rakyat untuk membekalkan jarum dan kondom, kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap perbelanjaan yang belum tentu mendatangkan kesan yang baik.
"Impak khuatir ini akan terus menjadi suatu perbelanjaan yang keluar tanpa hasil yang berpadan, sementara syarikat pembekal jarum akan mengaut keuntungan," tambahnya.
Beliau berkata, berhubung kebimbangan Dr Chua dengan adanya langkah itu bilangan kes HIV/Aids dapat dibendung, Impak berpendapat pandangan tersebut sangat terbatas kepada persoalan kesihatan yang hanya bersifat mekanikal padahal penyakit itu adalah sangat berkaitan dengan sosial budaya.
"Kenapa pendekatan membetulkan kerosakan moral masyarakat yang diakibatkan oleh budaya liar yang semakin dibiar berleluasa sama ada secara langsung atau tidak langsung tidak diambilkira sebagai faktor yang diberi penekanan," ujarnya.
Sehubungan itu, Impak mencadangkan undang-undang pencegahan budaya liar perlu dikuatkuasakan bagi membanteras gejala sosial terus hidup subur.
Menurut beliau pendekatan bersepadu antara semua agensi, kerajaan dan bukan kerajaan perlu diwujudkan dalam satu pelan tindakan yang menyeluruh bagi mencegah kegiatan-kegiatan yang cenderung membiarkan budaya liar berleluasa.
Menghapuskan semua tempat yang jelas dikenalpasti menjadi pusat pelacuran atas nama khidmat `sosial escort' dan pusat `massage' serta menggembelang semua pihak dari kalangan ulama turut serta mendidik masyarakat untuk membanteras kemungkaran tanpa kompromi. - mns

0 Comments:
Post a Comment
<< Home