Saturday, June 18, 2005

Mahathir minta bebaskan Suu Kyi, bagaimana dengan tahanan ISA?

Oleh ROSLAN SMS

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com

Agensi berita AFP semalam melaporkan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad menuntut agar junta tentera di Myanmar membebaskan pemimpin demokrasi Aung San Suu Kyi.

Mahathir dikenali mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan Myanmar malah beliaulah bertanggungjawab ketika PM dahulu untuk menyokong penyertaan Myanmar ke dalam ASEAN.
Suu Kyi yang kini dalam tahanan di rumah telah memimpin parti beliau NLD memenangi pilihanraya pertama Mynamar pada tahun 1990.

Namun kemenangan besar beliau itu telah tidak diiktiraf oleh pihak tentera dan sejak itu beliau telah dikenakan pelbagai tindakan yang menyekat kebebasan beliau dan rakan-rakan di dalam partinya.

Bagi mereka yang mengenali Mahahtir sudah pasti akan berasa lucu mendengar desakan Mahathir ini. Kerana semasa beliau PM dahulu Mahathirlah salah seorang PM Malaysia yang acapkali menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA untuk menahan mereka-mereka yang menentang beliau samada dari pimpinan parti politik pembangkang, penggerak NGO sehinggalah kalangan anggota partinya sendiri!

Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, anggota-anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pernah beliau tahan malah bekas Timbalan Perdana Menteri beliau sendiri bukan setakat pernah ditahan amalah dipukul semsa dalam tahanan ISA.

Ada diantara tahanan ISA yang ditahan semasa beliau PM dahulu masih merengkok dalam tahanan tanpa dituduh di mahkamah sehinggalah ke hari ini. Tiba-tiba diperingkat antarabangsa beliau begitu bersungguh mahu mendesak negara lain membebaskan tahanan politik mereka.

Saya kira desakan ini akan ditertawakan diperingkat antarabangsa kerana siapa yang tidak mengenali perangai beliau semasa PM dahulu. Tahniah Mahathir kerana terus mencemarkan nama Malaysia dimata dunia walaupun setelah bersara.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com