Friday, June 24, 2005

Pesawat Hawk TUDM terhempas, juruterbang terbunuh

KUALA LUMPUR: Sebuah jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Pangkalan Udara TUDM Labuan hari ini mengorbankan juruterbangnya.

Timbalan Panglima Tentera Udara Lt Jen Datuk Azizan Ariffin berkata, kejadian berlaku pada pukul 8.50 pagi ketika pesawat jenis Hawk 208 itu sedang melakukan pendaratan di landasan pangkalan udara itu.

Juruterbang itu, yang berpangkat Kapten adalah dari Skuadron 15, Pangkalan Udara TUDM Butterworth dan baru selesai menjalani latihan penyesuaian, katanya.

Pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Labuan pada 7.41 pagi ini, katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan latihan A Thamal di Kuantan hari ini.

Beliau berkata identiti juruterbang itu belum dapat diumumkan sehingga keluarganya dimaklumkan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com