Ejen pelobi: Amil, Zahidi menghadap Lembaga Disiplin
KUALA LUMPUR 22 Jun - Dua ketua UMNO bahagian hari ini dipanggil memberi keterangan di hadapan Lembaga Disiplin UMNO atas dakwaan menjadi ejen pelobi dan menyebabkan kekalahan calon-calon pada pemilihan wakil ke perhimpunan Agung UMNO bulan depan.
Mereka ialah Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Amil Salleh dan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Amil dipanggil memberi keterangan berikutan aduan daripada bekas setiausaha bahagian itu yang mendakwa beliau menjadi ejen pelobi sehingga menyebabkannya kalah dalam pemilihan tersebut.
Sementara Zahidi pula dipanggil atas tuduhan memberi ucapan yang menyentuh mengenai seorang calon sehingga beliau tidak terpilih sebagai perwakilan.
Kedua-dua mereka memberikan keterangan di hadapan Timbalan Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Zaki Tun Azmi dan dua anggota lembaga itu iaitu Datuk Mohd. Zihin Hassan serta Datuk Rahim Ahmad.
Lembaga itu bersidang dari pukul 1 petang dan berakhir pada pukul 4 petang.
Beberapa saksi dipanggil untuk memberikan keterangan, namun pendengaran tuduhan ke atas Amil disambung ke tarikh lain.
Sementara itu, Zaki ketika ditemui enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.
Sebelum ini Amil digantung keahlian selama tiga tahun oleh Lembaga Disiplin UMNO setelah didapati bersalah terlibat dalam rasuah politik pada pemilihan peringkat bahagian sebelum ini.
Namun setelah mengemukakan rayuan, beliau didapati tidak bersalah pada 1 Jun lalu.
Sementara Zahidi pula diberikan amaran setelah didapati bersalah atas tuduhan yang sama.
Dalam pada itu, Amil ketika ditemui di sini hari ini berkata, beliau tidak terkejut apabila dipanggil kali kedua untuk menghadap Lembaga Disiplin.
``Saya baru menerima surat bahawa rayuan saya diterima dan didapati tidak bersalah pada 1 Jun lalu. Namun 10 hari selepas itu saya menerima surat bahawa saya perlu mengadap Lembaga Disiplin berikutan aduan berkenaan.
``Ketika pemilihan perwakilan itu, saya masih lagi digantung, jadi bagaimana saya boleh menjadi ejen pelobi sedangkan hendak bertemu dengan orang ramai pun saya malu,'' katanya.
Namun, kata Amil, ia adalah perkara biasa dalam politik dan beliau akan mempertahan diri.
Sementara Zahidi pula berkata, ucapannya itu hanya menyentuh mengenai pembangunan satu kawasan, namun telah dianggap menyentuh seorang calon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri di Perlis.
Zahidi berkata, mungkin beliau menyebut nama calon tersebut ketika merasmi mesyuarat UMNO Bahagian Padang Besar, tetapi itu bukan perkara yang boleh mendorong kepada kekalahannya.
``Saya menerima surat untuk mengadap Lembaga Disiplin sejak dua minggu lalu dan ini membolehkan saya membuat persediaan dahulu,'' katanya.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home