Monday, June 27, 2005

Tsunami Di Putrajaya

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com

-Jangan biarlah diri dan anak - anak anda dirosakkan oleh mereka-

Putrajaya, 27 Jun 205 : Sebagai pusat pentadbiran negara,Putrajaya telah dibina dengan imej eksklusif dengan penataan landskap dan cahaya lampu jalan diwaktu malam yang menarik.

Idea pembinaan bangunan - bangunan besar dan kompoleks - kompleks kerajaan diilhamkan dari senibina ketamadunan Islam di Timur Tengah dan bumi Andalusia. Memoir keindahan ini turut terpahat disegenap ruang pembangunan Putrajaya yang turut dilengkapi dengan teknologi ICT terkini.

Namun begitu, disebalik kecangihan roh Islam dalam arca binaan bangunan batu ini, ternyata masih wujud lagi kelompok manusia yang berhati batu dan leka pada dunia. Kehebatan Putrajaya lahir dari ilham asli pemikiran manusia yang mahukan keindahan fizikal tetapi menolak keindahan rohani untuk penghuninya.

Justeru itu, kita amat sedih bila mana Putrajaya dijadikan sarang berkembang biaknya elemen - elemen jahiliyah yang tidak ubah dengan kecanggihan seni bina Arab dizaman Jahiliyah. Keindahan bangunan dan kemewahan rakyat Mekah di Zaman Jahiliyah disimbahi dengan warna - warni dunia hiburan dan keseronokan hingga melalaikan mereka dari mengingati Allah.

Pada 2 Julai 2005, Kerajaan Islam Hadhari yang bermukim di Putrajaya bakal meraikan kehadiran artis kegilaan kaum hedonis yang di taja oleh media ASTRO, iaitu pelajar - pelajar Akademi Fantasia. mereka akan mengadakan persembahan di Dataran Putrajaya, Boulevard, Precinct 3, Putrajaya dengan sokongan dari Perbadanan Putrajaya.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal dengan sikap hedonis yang ditunjukan oleh Pengurusan Perbadanan Putrajaya yang bersekongkol untuk melara'kan masyarakat Putrajaya. Baru - baru ini YB UMNO merangkap Timbalan Pengerusi tetap UMNO,Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [ahli Parlimen Kawasan Jerai] bersetuju dengan suara parti pembangkang yang selama ini menentang penganjuran konsert Akademi Fantasia yang bukan sahaja melalaikan tetapi membazirkan masa dan wang rakyat.

Justeru itu, perlu dilihat bahawa konsert yang bakal dianjurkan ini tidak akan memberikan manfaat kepada rakyat dan hiburan yang dibawakan oleh pelajar AF ini tidak mencerminkan budaya dan kehendak rakyat Malaysia. Mereka juga tidak layak untuk dijadikan contoh kerana gaya hidup dan akhlak mereka telah digauli dengan sampah hedonis yang diajarkan kepada mereka. Impian hidup mereka hanyalah untuk menjadi artis dan tidak melihat kepada sumbangan yang lebih besar kepada kemajuan negara.

DPPWP berharap agar masyarakat di Putrajaya dan sekitar Wilayah Persekutuan dan yang berhampiran tidak melayan kehadiran mereka serta memboikot program tersebut. Jangan biarkan diri kita leka dengan dunia hiburan hingga lupa pada Allah yang inginkan kebaikkan pada umat Islam. Lihatlah bala Allah yang berlaku di Acheh pada tahun lepas. Ibu Kota Acheh yang damai dan jauh berbatu - batu dari tepian pantai akhirnya musnah dalam sekelip mata bila mana azab Allah dalam bentuk tsunami melanda.

Kedegilan sebahagian rakyat Acheh yang engkar dan leka berhibur akhirnya diganjari dengan hukuman sedemikian. selamatkanlah diri dan kaum keluarga anda dan ingatilah Allah di mata jua anda berada.-zulman

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com