Saturday, May 21, 2005

GT Jepun bakal gegarkan Islam Hadhari

20 Mei 2005 (Kuala Lumpur) - Kejuaraan GT Jepun yang bakal berlangsung pada 26 Jun ini semakin hangat dipromosikan. Sebanyak 45 buah kereta melibatkan 90 orang pemandu GT akan beraksi di litar Sepang dalam merebut kejuaraan ini.

Pengurus Pengiklanan dan Pemasaran Sepang International Circuit Sdn. Bhd. Azlan Akil memaklumkan bahawa sebanyak 50,000 tiket telah mula dijual diseluruh Negara. Tiga gadis litar GT Jepun, Mai Akiyama, Kaoru Asami dan Aki Oguchi telah diimport ke Malaysia khusus untuk mempromosikan acara ini.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan syabas kepada Kerajaan Islam Hadhari yang diterajui oleh UMNO atas kejayaan mereka menjuarai sirkit pengimportan Gadis Litar ini. Umum memaklumi bahawa kehadiran gadis-gadis litar ini turut disertai oleh puluhan gadis litar tempatan yang terdiri dari kalangan gadis Melayu, Cina dan India di Negara ini.

Rakyat Malaysia tidak perlu bersusah payah untuk ke Hawaii atau pantai Malibu di Amerika untuk melihat wanita – wanita berpakaian bikini. Kini Malaysia mulai mengorak langkah ‘Hadharinya’ dengan mengunakan wanita seksi sebagai agen promosinya.

DPPWP melihat bahawa inilah yang cuba dicorakkan oleh Kerajaan UMNO-BN untuk memajukan rakyat dewasa ini. Litar berprestij dengan label antara yang terbaik didunia ini bakal menjadi saksi kerakusan nafsu dan kehilangan identiti pemimpin UMNO di Malaysia.

UMNO yang ghairah dengan slogan ‘Hidup Melayu’ bakal menjadi terpencil ditengah tempikan penonton di Litar Sepang kelak. Maruah umat Melayu pastinya akan luluh digilis desingan enjin – enjin motokar GT Jepun ini. Amat malang bagi kita bila Kerajaan UMNO-BN membiarkan Negara kita dijajah kembali oleh Negara Jepun melalui trek GT Jepun ini. Jika dulu mereka hadir menjajah tanahair dan kebebasan datuk nenek kita, kini mereka kembali menjajah pemikiran dan budaya warisan yang ada dalam diri kita sendiri.

Lantaran dari itu DPPWP berharap agar pertandingan GT Jepun ini dikaji semula penganjurannya kerana ianya tidak menepati kondisi budaya rakyat Malaysia. Walaupun namanya GT Jepun, tetapi ianya diadakan di Malaysia dan penganjur seharusnya peka terhadap kehendak moraliti rakyat Malaysia.

DPPWP mengecam tindakkan Kementerian Pelancongan Malaysia (MOT) yang menjadi teman sejawat dalam menaja penganjuran GT Jepun ini kerana telah menyalahgunakan peruntukan dari dana awam untuk mempromosikan program ini. Secara umumnya program perlumbaan motokar ini tidak salah dari segi syariat kerana ianya dapat mempamerkan persaingan teknologi terkini yang boleh dimanfaatkan.

Tetapi kegilaan penganjur yang mengunakan wanita seksi dengan perbelanjaan jutaan ringgit bagi mempromosikan program ini dilihat sebagai satu pembaziran. Bukan dari segi material sahaja, tetapi dari segi akhlak dan imej bangsa Malaysia sendiri. Mengapa perlu kita promosikan budaya Jepun dan keseksian gadis Litar mereka di Negara ini?

Objektif Kementerian Pelancongan Malaysia yang dinyatakan dalam Laman Web MOT adalah;

Membangunkan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia berteraskan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ke arah mengukuhkan perpaduan negara, memelihara dan mengawal keperibadian kebangsaan serta memperkayakan kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi; dan
Memajukan industri pelancongan menjadi suatu industri utama dalam ekonomi negara dengan mendorongkan perkembangannya yang berasaskan kepada unsur-unsur Kebudayaan Kebangsaan

Justeru itu, DPPWP melihat bahawa MOT telah lari dari matlamatnya untuk mempromosikan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan gagal membangunkan produk kebudayaan tempatan sebagai sumber untuk menjana tarikan pelancong.
Apa salahnya jika MOT mengunakan pemuda dan pemudi tempatan untuk mempamer kesopanan dan budaya bangsa Malaysia yang seharusnya menjadi contoh dan kebanggaan di seantero pelusuk dunia. Tidak seharusnya pihak MOT menyerap masuk kebudayaan yang tidak bermoral dalam masyarakat tempatan. Lihat sahaja galeri foto yang mempromosikan GT Jepun ini, semuanya mempamerkan susuk tubuh wanita yang hanya sekadar menutup dada dan bahagian dibawah pusat.

Jika dilihat dalam pengalaman penganjuran acara serupa ini di Litar Antarabangsa Bahrain, sejarah F1 yang lalu mencatatkan sedikit kelainan bila mana tiadanya gadis litar yang seksi dan arak atau Champagne yang menghiasi litar serta podium utama. Mengapa Malaysia yang gah melaungkan imej Negara Islam berani menongkah arus kebudayaan sendiri dengan mempromosikan sesuatu yang bukan dari kehendak semasa rakyat.

Tindakkan ini seolah – olah menyuntik racun dalam saluran kehidupan rakyat. Apa gunanya Kerajaan membazirkan wang mewujudkan pusat – pusat rawatan masalah sosial dan juga mempromosikan budaya bangsa, tetapi dalam masa yang sama memberikan peruntukkan untuk aktiviti yang merosakkan anak bangsa.

Malaysia tidak perlu bersaing dengan Singapura atau Negara lain dalam hal yang membazir seperti ini. Dalam keadaan ekonomi Negara yang kurang stabil, seharusnya produk pelancongan Negara diperhebatkan melalui sumber dalaman dan bukannya diimport dari luar Negara.

Dana awam yang terlalu banyak dibazirkan untuk pengurusan Litar Sepang dan program – programnya juga perlu dinilai. Adakah berbaloi Kerajaan membazirkan wang USD 95 juta setahun bagi menyara aktiviti yang tidak memberikan manfaat untuk semua lapisan rakyat.

Kos penyelenggaraan Litar Sepang yang bernilai jutaan ringgit ini, seharus digunakan oleh pihak Kerajaan untuk mendirikan rumah – rumah kos rendah untuk rakyat. Ianya juga boleh digunakan untuk melengkapkan prasarana infrastruktur bagi masyarakat diluar Bandar.

Apakah kerana ingin memuaskan hati dan memenuhi minat Pimpinan dan anak – anak pimpinan BN dalam dunia permotoran Kerajaan perlu mengorbankan jutaan ringgit wang rakyat. Datuk Mokhzani Tun Mahathir yang dilihat sebagai juara pengurusan Sepang International Circuits (SIC) seharusnya sedia untuk memikirkan masalah rakyat yang rumah – rumah mereka dirobohkan di RTB Pengkalan Merbau di Pekan Sungai Tong, Terengganu dan banyak lagi termasuklah di Kuala Lumpur ini.

Kita tidak mahu mereka meraikan tetamu GT Jepun ini dengan layanan Kelas satu dan dalam masa yang sama membiarkan rakyat duduk merempat di surau – surau dan tepian jalan kerana tiada rumah.

DPPWP menyeru kepada rakyat Malaysia agar memikirkan perkara ini dan membuat anjakan paradigma dan perubahan dalam memastikan nasib mereka terbela tanpa mengira status dan taraf hidup. Jangan biarkan yang kaya terus berpesta dan yang miskin terus menderita, budaya bangsa dipencilkan, budaya luar diperagungkan.

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

PDRM : Jangan jadi tali barut Amerika

20 Mei 2005 (Kuala Lumpur) - Hari ini Dewan Pemuda PAS Pusat yang diketuai YB Salahudin Ayub telah menyerahkan memorandum bantahan penghinaan tentera Amerika terhadap Al-Quran di Teluk Guatanamo. Pegawai Khas Sekretariat PBB di Kuala Lumpur, Anis Yusal Yusoff telah menerima memo dari YB Salahudin, Ust. Idris Ahmad dan Sdr. Mohamed Hanipa Maidin jam 12.30 tengahari hari ini.

Selepas solat Jumaat, Pemuda PAS telah turun bersama Umat Islam untuk berdemo bagi membantah tindakan askar Amerika yang tidak menghormati akidah umat Islam.
Demontrasi ini yang bertemakan “Menjunjung Kemuliaan Al-Quran”, diadakan sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Baru. Lebih 1000 orang umat Islam telah berkumpul bagi menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan bacul tentera Amerika itu. Antara pimpinan lain yang hadir adalah Tn. Hj. Mohamad Nor-Tim. Pesuruhjaya PAS Wilayah, Ust. Riduan Mohd Nor-Ketua Pemuda DPPWP, Ust. Ramli Sidom Ketua Pemuda PAS Selangor dan pimpinan PAS lainnya

Walaubagaimana pun, pada hari ini pihak Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berasa amat kecewa dengan tindakan tidak Islamik pihak Polis DiRaja Malaysia yang cuba mengagalkan perhimpunan ini. Seawal perhimpunan beberapa orang pegawai Polis yang beragama Islam telah menghampiri Anjung Masjid yang dijadikan tempat perhimpunan.. Laungan takbir bergema memecah suasana.

Ketika Sdr. Khairul Anuar Mat Zuki-Exco DPPWP mula berucap, Polis telah mengeluarkan ugutan untuk menangkap beliau. Walaubagaimana pun Ust Idris Ahmad kehadapan untuk membakar semangat umat Islam untuk terus berhimpunan dengan melaungkan takbir Allahu Akhbar dan disambut oleh umat Islam yang hadir.

Keadaan semakin riuh bila mana Ahli Jawatankuasa Masjid Kg. Baru memasang kaset bacaan Al-Quran dengan kuat bagi mengganggu perhimpunan aman ini. Tindakkan kebudak –budakkan ini telah mendapat kritikkan dari umat Islam yang hadir dan di lihat sebagai tidak matang.

Ucapan Ust Idris disambung oleh Sdr. Hanipa Maidin.. Ketika itu, suasana menjadi semakin tegang bila mana pihak Polis bertegas untuk menyuraikan perhimpunan. Adegan tarik menarik banner dan hailer antara penunjuk perasaan dan pihak polis berlaku. YB Salahuddin Ayub telah telah tampil untuk meredakan suasana dan memberikan ucapan ringkas. Doa umat Islam bersama Ust Idris telah mengakhiri perhimpunan singkat pada petang ini. Dengan penuh rasa kesal umat Islam telah bersurai dan InsyaALLAH akan tampil dihadapan Kedutaan Amerika pada hari Jumaat Minggu hadapan bagi menyatakan bantahan rakyat terhadap kezaliman Israel dan sikap kurang ajar tentera Amerika.

DPPWP melihat bahawa perhimpunan hari ini telah memberikan gambaran pada rakyat bahawa pihak Polis dan AJK Masjid Kg. Baru dibawah Kerajaan Islam Hadhari BN bersetuju dengan tindakkan tentera Amerika yang mencampakkan Al-Quran ke Lubang tandas.

Mereka patut malu bila berada dihadapan Allah dan Rasulullah di akhirat kelak kerana membiarkan Kitab Wahyu Allah menjadi bahan buangan di dalam tandas. Mereka harus malu kepada Umat Islam kerana gagal untuk bersama mempertahankan maruah kitab suci umat Islam.

Mereka harus meminta maaf kepada semua umat Islam dan kembali memikirkan bahawa apa yang mereka lakukan pada hari ini tiada bezanya dengan tindakkan tentera Amerika yang memperhinakan Al-Quran dihadapan tahanan Islam di penjara Guatanamo. Mereka seharusnya insaf dan turut bangkit bagi mempertahankan akidah Islam yang mereka anuti dan bukannya mengganggu perjuangan murni umat Islam yang hadir.

DPPWP mengucapkan syabas terhadap pimpinan dan umat Islam yang hadir pada hari ini. Walaupun perhimpunan pada hari ini adalah kecil di mata Kerajaan BN, kerdil di dalam pandangan Amerika, tetapi yang pasti inilah kehendak Allah s.w.t. Semoga pihak Polis dapat memberikan kerjasama yang baik untuk perhimpunan Aman yang bakal diadakan minggu hadapan iaitu pada 27 Mei 2005 dihadapan Kedutaan Amerika selepas solat Jumaat.

Umat Islam akan hadir untuk berhimpun secara aman dan tiada apa yang perlu dirisaukan oleh Pihak Polis. Atas nama keamanan kami menjemput semua umat Islam untuk hadir bagi menyatakan bantahan terhadap kezaliman Israel dan Tentera Amerika. InsyaALLAH perhimpunan pada minggu hadapan akan di ketuai oleh Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tn. Guru Hj. Abd Hadi Awang.

khaibar...khaibar ya Yahuud...! Jaisyu Muhammad saufa ya'ud...!

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Thursday, May 19, 2005

Perhimpunan Aman Menjunjung Kemulian Al-Quran

Assalamualaikum w.w

Hari demi hari, umat Islam dikejutkan dengan pelbagai cabaran baru dari pihak musuh - musuh Islam yang tidak pernah berhenti untuk memadamkan Cahaya Islam di muka bumi ini. Isu hangat di palestine kian membara setelah puak pelampau Yahudi meningkatkan ancaman mereka untuk memusnahkan Masjidil Aqsa. Kepungan demi kepungan dibuat setelah beberapa orang pemimpin pelampau Yahudi itu dibebaskan oleh askar Israel baru - baru ini.

Minggu lepas pula, Majalah News Week telah melaporkan bahawa Al Quran diletakkan di dalam tandas oleh tentera Amerika dipenjara di Guatanamo, tindakkan ini sekaligus telah menambahkan kemarahan umat Islam seluruh dunia. Di India pula, pelampau Hinddu yang didalangi Bhartiya Janta Party (BJP) telah menuntut untuk merobohkan Bangunan Istana Taj Mahal yang menjadi simbol Kehebatan tamadun Islam Di India. Sebelum ini mereka telah berjaya meruntuhkan Masjid Babri di Uttar Pradesh, Utara India.

Gencaran ancaman dan penghinaan yang di lontarkan kepada umat Islam hari seharusnya menimbulkan kesedaran pada kita bahawa tiada gunanya kita bangga menjadi umat Islam jika pada zahirnya kita terus berdiam bila mana Islam dan syiarnya diperhinakan. Hinanya kita bila membiarkan akidah kita dipijak, kemuliaan kita dicampak ke tandas. Di manakah rasa sensitiviti dan bukti kita mencintai Allah.

Ayuh wahai Pemuda Islam dan Umat Islam!!! kita bangkit....bangkit untuk memadamkan api perseteruan yang dibakar oleh musuh Islam. Kita bangkit untuk melaungkan suara keamanan demi mengembalikan Imej Islam di mata dunia. Agama kita bukan agama pengganas, Islam kita membawa keamanan......Ayuh!!! kita Berdemontrasi secara aman sebagai simbolik untuk menyatakan bantahan terhadap penghinaan yang dilontarkan oleh musuh - musuh Islam.

Esok (20 Mei 2005-Jumaat) kita berhimpun di Masjid Kg. Baru selepas solat Jumaat ,atas nama persaudaraan Islam kita bawa sepanduk, Banner dan placard sebagai tanda kita mahukan Islam dihormati oleh Dunia.

Kita berharap agar "Perhimpunan Aman Menjunjung Kemulian Al-Quran" ini mendapat kerjasama dari pihak Masjid Kg. Baru dan juga pihak keselamatan. Kita bukan pelampau Hinddu yang ingin musnahkan Masjid Kg. Baru, Kita umat Islam yang ingin memuliakan Al-Quran dan mempertahankan kemuliaan Islam.

khaibar...khaibar ya Yahuud...! Jaisyu Muhammad saufa ya'ud...!

Kami juga mengajak agar Pihak Keselamatan yang beragama Islam dapat turut serta dan tidak mengganggu perhimpunan aman ini. Jika pihak Kerajaan Malaysia tidak mampu berbuat apa - apa dan bersuara untuk Isu ini, biarlah rakyat bangkit untuk bersuara dan menyatakan bantahan.........sebarkan maklumat ini kepada semua umat Islam.

Salam perjuangan buat umat Islam diserata negara.........kita jumpa di Masjid Kg. Baru.

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Pemuda PAS tidak yakin kerajaan akan akur pada garis panduan hiburan

Oleh Roy Rasul

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Hrkh) - Pemuda PAS berharap garis panduan yang akan dikeluarkan kerajaan mengenai bentuk persembahan hiburan di negara ini wajib diikuti sekiranya ia bersesuaian dengan Islam.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, berdasarkan pengalaman, kalangan pemimpin Islam Hadhari dilihat lebih kepada retorik daripada melaksanakannya.
"Kita percaya berdasarkan 'track record' yang ada pada pemimpin Islam Hadhari mereka hanya beretorik dan tidak akan ikut apa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan,

"Ini terbukti sebagaimana pandangan Majlis Mufti berkenaan program 'sure heboh' yang mengatakan ia haram tetapi dilaksanakan juga," katanya semasa dihubungi Harakahdaily, semalam.

Katanya, inilah akibat dasar yang ada kepada parti pemerintah hari ini yang tidak meletakkan Islam sebagai paksi utama sehingga menyebab Islam dipinggirkan dan tidak dijadikan rujukkan dalam melaksanakan sesuatu program.

Menteri di Jabatan Perdana, Dato' Dr Abdullah Md Zin di petik sebuah akhbar harian semalam sebagai berkata, garis panduan itu wajar diperkenalkan sebagai satu cara bagi mewujudkan bentuk hiburan yang sederhana, bersih, menghiburkan dan tidak melalaikan

Menurut Ustaz Idris, sepatutnya kedudukan mufti ataupun badan berkuasa agama mesti diutamakan dalam membuat dasar bagi satu-satu program.

"Sapatutnya program-program yang berkaitan dengan agama mesti dirujuk kepada mufti dan badan penguasa agama terlebih dahulu dan keputusan yang dikeluarkan wajib dipatuhi," katanya.

Namun katanya, pelaksanaan tersebut yang baru hendak dilaksanakan berkemungkinan besar untuk menarik sokongan orang-orang agama sahaja.

"Pemuda PAS melihat ia bukan lahir daripada keikhlasan tetapi lebih kepada mainan politik," katanya lagi. - mns

Nasharudin: PAS has overcome its apprehension of Islam Hadhari

By David Chew

SINGAPORE, May 19 (Hrkh) - PAS secretary general Nasharudin Mat Isa yesterday (18 May) made it clear his party had already overcome its apprehension of Malaysian prime minister Abdullah Badawi's concept of "Islam Hadhari "or Civilizational Islam which had dealt it a crushing blow in the last general election.

This was mainly because Badawi had failed to deliver his pre-2004 general election pledges through Islam Hadhari.
"Although Dato' Seri Abdullah Badawi stepped up as the new Prime Minister with an Islamic image full of pledges to combat graft, mismanagement of government funds, freezing of mega government projects, etc., etc., he is no different from his predecessor. Although the PM has professed his Islamic blueprint image through "Islam Hadhari" as opposed to PAS' Islamic state concept, we are yet to see his commitment on it since Islam Hadhari is also said to be based on Islamic principles," said Nasharudin in his speech "The Future of PAS in the Abdullah Era".

Nasharudin was addressing an audience of about 50 people, mainly researchers civil servants and journalists in the auditorium of the Pyramid Club in Singapore. The seminar is one in a series on contemporary Islam organized by the Institute of Strategic & Defence Studies (IDSS). Together with him were PAS Central Working Committee member and MP for Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar and IDSS Head Barry Desker, who chaired the session.

In his speech, Nasharudin noted that initially PAS was quite fearful of the impact of Islam Hadhari, particularly during Badawi's first year as PM from October 2003. But on closer scrutiny after two years, PAS found out what Badawi intended as something new to overcome Mahathir Mohamad's unpopular policies did not quite work out. In short Islam Hadhari was simply an extension of Mahathir's failed Islamisation initiatives and failed to impress.

Nasharudin stressed that Badawi had also intended Islam Hadhari to defuse PAS' influence among Muslims. His success somewhat in the 2004 general election had encouraged him to use it to remove the word "Islam" from PAS' name so as to win the next general election expected in 2008.

But it would be different then as Badawi and his party have failed to "walk the talk" and that Islam Hadhari principles "conspicuously lack the completeness of Islamic teachings substance", Nasharudin said.

Next general election 2007?

Nasharudin predicted that the next general election was likely to be 2007 mainly because the government did not want Keadilan adviser Anwar Ibrahim to contest as a candidate. Anwar had failed in his appeal to overturn his corruption conviction last year which disqualified him from contesting until 2008 or 2009. Right now Anwar's supporters are trying to get a royal pardon for him so that he could contest the next general election.

However Anwar would not be the sole contributing factor to political change in the next polls as there are also other salient issues not to the ruling party's favour such as the slowdown in the country's economic growth and political squabbling within UMNO, Nasharudin said.

Turning back to PAS, Nasharudin noted the party's comprehensive post-mortem report blamed its defeat in the last general election on a biased Elections Commission which had collaborated with the ruling party. The gerrymandering process by the EC after the 1999 general election had severely disadvantaged PAS.

"The redrawing of constituency boundaries saw the creation of new safe seats for the ruling party and the incorporation of non-Malay votes into PAS strongholds that made it difficult for the opposition party to defend its seats, " he said.

PAS has to date submitted a memorandum to the King asking for an independent royal commission of inquiry to probe its allegations of electoral fraud, and as expected, Badawi had rejected its call for this royal commission, Nasharudin added.

PAS's muktamar

Turning to developments in PAS, Nasharudin pointed out that as the party heads towards its muktamar in June, a growing trend from the nominations received by the various party divisions nationwide, seems to indicate the preference for younger candidates as new party leaders.

However what is even more important is for PAS to operate as a total package where change should not affect basic party principles, he stressed.

Answering a question from the floor on PAS' relations with non-Muslims, Nasharudin said although PAS proposed Islam to be the cohesive power in Malaysia, other religions and great traditions of the East or West would not be ignored and non-Muslims would always be protected under the Syariah.

Although it is impossible to be equal in all aspects in Malaysia's multi-racial society, Nasharudin nevertheless felt that the being "fair to all" was very important in PAS upholding the concept of meritocracy. He pointed out that it all boils down to distribution of resources for meritocracy to be meaningfully implemented.

If Petronas can channel 2.5% of its 2003 profit of $15 billion to zakat, all qualified students, including non-Malays, should be able to get places in the 8 or 9 public universities, he said.

PAS and Singapore relation

On how PAS views Malaysia/Singapore relations, Nasharudin said although PAS may be concerned with the problems of the Singapore Malays, PAS will not interfere Singapore's domestic politics as in the norm among sovereign states.

He also disclosed that PAS has close ties with the Singapore High Commission personnel in Kuala Lumpur and called on them to explain and clarify issues when the need arises.

Kamarudin Jaffar views

Dato' Kamarudin Jaffar told the audience that conditions in the last general election in 2004 were repeated in the next polls, it will be very difficult for PAS, and that is why the party has been calling changes to the unfair electoral system.

Kamarudin also said that PAS recognized the need to form race-based coalitions as the best way to serve the different communities based on political realities in Malaysia that genuinely multi-racial parties are not viable.

He cited the example of the Gerakan which started off as a genuine multi-racial party in 1969, but subsequently degenerated into a Chinese-based party when in joined the ruling party in the 1970s. PAS should be frank as far as possible and respect the social contract between the races when the country became independent in 1957.

Kamarudin reiterated the pledge of the late PAS president Fadzil Noor in 1999 that even if the BA were to form the government, there would not be an Islamic state in Malaysia unless all BA components agree.

The IDSS seminar which had Nasharudin speaking for about 40 minutes with the rest of the session devoted to questions and answers began at 10.30 am and ended about 2 hours later.
-zs

Penambahbaikan pasukan polis: Jangan bazirkan wang wujudkan jawatankuasa lain

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Hrkh) - Kerajaan tidak perlu membazirkan masa dan wang rakyat untuk mewujudkan suatu jawatankuasa lain bagi meneliti syor-syor penambahbaikan yang dikemukakan terhadap pasukan polis semalam kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mahfuz Omar.

Sebaliknya beliau menggesa kerajaan terus mencari makanisme terbaik untuk melaksanakan syor-syor tersebut berikutan ia telah dikemukan oleh sebuah Suruhanjaya Diraja yang diyakini.
"Ahli-ahli menganggotai Suruhanjaya berwibawa dan telah dilantik oleh Yang DiPertuan Agong.

"Sekiranya pihak kerajaan masih mahu meneliti laporan mereka dan mungkin menolak sebahagian daripada syor tersebut bermakna kerajaan telah menolak sebuah suruhanjaya yang dipercayai oleh rakyat.

"Malahan wang rakyat juga terpaksa dihabiskan lagi untuk membayai jawatankuasa itu setelah berjuta-juta wang digunakan untuk suruhanjaya ," kata beliau.

Selain itu Mahfuz yang juga Pengerusi Lujnah Pengguna PAS, turut percaya usaha mewujudkan satu lagi jawatankuasa lain untuk meneliti syor-syor daripada Suruhanjaya Diraja itu bertujuan mencari alasan untuk tidak melaksanakan sebahagian daripada syor tersebut.

Kata beliau, apatah lagi Pengerusi jawatankuasa tersebut adalah Perdana Menteri sendiri yang tentunya akan melihat kepentingan politik daripada kepentingan rakyat.

Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia yang dikeluarkan semalam serta penubuhan pasukan petugas untuk meneliti laporan tersebut yang dipengerusikan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam pada itu Mahfuz berkata, PAS menyambut baik laporan dan syor-syor yang telah dikemukan dalam laporan tersebut kerana ia telah membuktikan bahawa pandangan PAS, parti-parti politik pembangkang dan para Ngo terhadap kredibiliti pasukan polis selama ini adalah tepat.

"PAS bersama-sama pelbagai pihak lain nampaknya lebih ke hadapan berhubung pekara ini dan mendesak tindakan diambil, tetapi ketika itu pihak kerajaan hanya memandang sepi pandangan daripada kita," kata beliau.

Sehubungan Mahfuz berkata, beberapa suruhanjaya bebas lain wajar ditubuhkan selepas ini untuk membaikpulih Suruhanya Pilihan Raya dan dan Badan Pencegah.

"Dua badan tersebut turut mendapat banyak kritikan dan semakin tidak diyakini oleh rakyat sejak kebelakangan ini," kata beliau. - HB/mns.

Penganut Hindu terus tuntut Taj Mahal

AGRA, India 18 Mei - Pertikaian berhubung hak pemilikan ke atas Taj Mahal terus berlangsung sewaktu monumen terkenal dunia itu meraikan ulang tahun ke-350 tahun ini.

Struktur seni bina unggul dari abad ke-17 yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan sebagai simbol cinta kepada isterinya, Mumtaz Mahal, kini dimiliki dan diuruskan oleh Kajian Arkeologi India.

Bagaimanapun Lembaga Wakaf Sunnah yang menjaga kawasan perkuburan serta masjid penganut Sunnah di seluruh India menegaskan bahawa Taj Mahal adalah milik lembaga itu kerana ia menempatkan makam Mumtaz dan Shah Jahan yang merupakan pengikut Sunah.

Selain makam Shah Jahan dan isterinya, Taj Mahal yang terletak di Uttar Pradesh itu turut menempatkan kubur-kubur kerabat diraja.

Sementara itu, pihak Vishwa Hindu Parishad (VHP) masih meneruskan tuntutan ke atas Taj Mahal dengan alasan istana itu dibina di atas kuil Hindu yang didirikan untuk dewa Shiva sebelum ia dimusnahkan bagi membolehkan pembinaan simbol cinta Shah Jahan itu.

VHP mendesak agar Taj Mahal diisytiharkan sebagai sebuah kuil Hindu kerana `kuil asal tertimbus di bawah binaan masjid' tersebut.

Sementara itu, pengarah Kajian Arkeologi, Ghulam Ali Qamar menegaskan bahawa tidak ada sesiapa yang memasuki bahagian bawah tanah Taj Mahal sejak beliau mengambil alih tugas menjaga Taj Mahal di antara tahun 1958 dan 1976.

``Kami pernah cuba menggali satu lubang untuk melihat apa yang ada di bawahnya tetapi lantai tersebut sangat tebal dan kami gagal berbuat demikian,'' katanya.

Bagaimanapun, Pengerusi Wakaf Sunnah, Hafiz Usman berkata, mereka akan melakukan apa sahaja termasuk membawa kes itu ke Mahkamah Agung untuk mendapatkan Taj Mahal.

``Mereka boleh berkata apa sahaja tetapi hakikatnya, Taj Mahal mengandungi kubur Shah Jahan iaitu orang yang membinanya dan kerana itu ia kini adalah milik Wakaf ini,'' tegas Hafiz. - AP

Perkhidmatan awam lain tidak perlu dikaji - PM

Daripada HAMZAH SIDEK

BERLIN, 18 Mei - Kerajaan tidak akan membentuk suruhanjaya diraja penambahbaikan bagi lain-lain perkhidmatan dan agensi awam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut beliau, memadailah dengan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia yang telah mengumumkan laporan hasil kajiannya Isnin lalu.

Perdana Menteri memberitahu para wartawan Malaysia pada sidang media di akhir lawatannya ke Jerman hari ini, tiada keperluan bagi mengkaji lain-lain perkhidmatan kerajaan setakat ini.

Beliau juga menyuarakan puas hatinya dengan laporan yang dibentangkan oleh Suruhanjaya Diraja Penambaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM.

Katanya, kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa yang diketuai oleh beliau sendiri bagi menilai 125 syor suruhanjaya diraja itu bagi mengambil tindakan yang terbahagi kepada tiga kategori tempoh pelaksanaan _ segera, tidak terlalu lama dan jangka panjang.

Dalam masa yang sama, tambahnya, PDRM juga akan mengambil tindakan segera bagi syor-syor yang boleh dilaksanakan segera.

Beliau yakin syor-syor hasil kajian bebas itu akan dapat menjadikan PDRM sebuah pasukan polis yang maju dan cekap.

Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri juga berharap media dan orang ramai memandang ke depan berhubung hasil kajian suruhanjaya itu dengan tidak menjadikan isu terhadap perkara-perkara buruk yang dilaporkan kerana ia telah berlalu.

Mengenai lawatannya ke Jerman, beliau juga sangat berpuas hati kerana ia berjaya untuk meningkatkan lagi hubungan erat yang sedia ada.

Selain berjumpa dengan tokoh-tokoh perniagaan, beliau juga mengetuai rundingan dua hala dengan Canselor Jerman, Gerhad Schroder dan anggota kabinetnya tengah hari ini sebelum berlepas ke The Hague bagi memulakan lawatan tiga hari ke Belanda.

Perdana Menteri berkata, hasil lawatan tersebut Malaysia dan Jerman akan menjalin kerjasama baru dalam bidang R&D, industri kecil dan sederhana, bioteknologi, di samping meningkatkan hubungan perdagangan.

Di samping itu, Malaysia juga telah menyatakan hasrat untuk menghantar lebih ramai pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian sains dan teknologi di Jerman.

Sementara itu, Schroder memberitahu sidang media bersama dengan Abdullah bahawa Malaysia adalah rakan Jerman yang sangat penting di rantau Asia, khususnya Asia Tenggara.

Beliau juga berkata, Jerman melihat Malaysia sebagai negara Islam yang berjaya mengadunkan nilai-nilai agama dengan tuntutan pembangunan dunia moden. - Utusan

Singapura buka kabaret tarian separuh bogel antarabangsa

SINGAPURA 18 Mei - Selepas membuat keputusan untuk membuka kasino mega, kerajaan Singapura kini mengambil satu lagi inisiatif mempertingkatkan industri pelancongannya dengan membuka kabaret Crazy Horse Paris yang terkenal di dunia, demikian kata sebuah firma hiburan tempatan hari ini.

Pertunjukan kabaret itu yang mengetengahkan penari-penari separuh bogel akan mula beroperasi pada Disember ini di pusat hiburan Clarke Quay, kata Pertubuhan Eng Wah dalam satu kenyataan di sini.

Pengarah Urusan Eng Wah, Goh Ming Yen berkata, Singapura berjaya mendapat hak untuk membuka kabaret itu mengatasi beberapa bandar Asia yang lain.

Menurutnya, pertunjukan kabaret itu bukan sahaja akan meningkatkan sumber pendapatan Singapura bahkan memberikan lebih banyak pilihan kepada pengunjung untuk berhibur dan melanjutkan tempoh melancong mereka di sini.

Anak kepada pengasas Crazy Horse Paris, Didier Bernandin menjelaskan, Singapura menjadi pilihan mereka kerana ia adalah pintu masuk ke benua Asia.

``Kami kini sibuk mencari individu-individu yang akan menyertai pertunjukan kabaret di Singapura dan usaha merekrut penari dari Perancis dan Asia sudah bermula,'' jelas Bernandin yang tiba untuk pengumuman itu.

Crazy Horse Paris merupakan nama yang tidak asing lagi dalam senario hiburan di Paris apabila ia pertama kali muncul lebih daripada 50 tahun yang lepas dan terkenal menghiburkan orang awam.

Bulan lepas, kerajaan Singapura memutuskan untuk membina dua kasino yang menelan pelaburan RM6.9 bilion menjelang 2009 dalam usaha mereka meningkatkan imej dan pengaruhnya dalam industri pelancongan di Asia. - AFP

BPR siasat polis jutawan: Fail pegawai isytihar harta RM34j dibuka semula

Oleh Kadir Dikoh

PUTRAJAYA: Badan Pencegah Rasuah (BPR) membuka semula fail siasatan berhubung dakwaan bahawa seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah mengisytiharkan harta bernilai RM34 juta.

Sumber-sumber memberitahu Berita Harian, seorang pegawai kanan dari ibu pejabat BPR di sini, sudah diarah mengetuai satu pasukan penyiasat untuk melaksanakan ‘tugas khas’ itu.

Katanya, pegawai itu akan mula merekodkan kenyataan daripada pegawai polis berkenaan.

Difahamkan, BPR sebelum ini pernah menyiasat kes berkenaan tetapi ia terpaksa ditutup selepas pegawai penyiasat yang ditugaskan, gagal memperoleh bukti mencukupi.

Selain itu, pihak yang membuat dakwaan itu juga tidak dapat mengemukakan bukti kukuh dan enggan bekerjasama dengan BPR.

Bagaimanapun, isu berkenaan kembali menarik perhatian apabila ia disebut dalam laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dihebahkan kepada umum mulai Isnin lalu.

Kelmarin, Datuk Seri Najib Razak yang melahirkan rasa terkejutnya dengan pendedahan itu berkata, kes itu perlu diteliti dengan lebih lanjut kerana tiada nama yang disebut.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan perlu diambil untuk mengetahui daripada sumber mana kekayaan itu diperoleh dan yakin Ketua Polis Negara akan mengambil tindakan sesuai berhubung perkara itu.

Sementara itu, akhbar tabloid The Malay Mail, dalam laporannya semalam memetik Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai berkata, pihaknya akan mengarahkan siasatan dilakukan terhadap dakwaan itu.

Beliau berkata, pihaknya sedang menghalusi laporan berkenaan dan akan mengarahkan jabatan kerajaan yang berkaitan menyiasat perkara berkenaan hingga ke peringkat akar-umbi untuk menegakkan keadilan.

Akhbar itu juga melaporkan bahawa seorang pegawai BPR turut memaklumkan bahawa siasatan terhadap dakwaan ‘kekayaan’ seorang pegawai kanan polis itu sudah dimulakan apabila perkara itu mula timbul pada awal 2000.

Selain itu, orang ramai dilaporkan turut menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat perkara itu bagi memastikan imej dan kredibiliti pasukan polis sentiasa terpelihara.

Kadar inflasi April meningkat 2.7 peratus

INFLASI pada April lalu meningkat kepada paras 2.7 peratus, sementara bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini kadarnya ialah pada 2.5 peratus.

Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mengukur inflasi di negara ini meningkat kepada 108 mata pada April lalu daripada 105.2 mata pada bulan sama tahun lalu.

Bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini pula, IHP meningkat kepada 107.7 mata daripada 105.1 mata pada tempoh sama tahun lalu.

Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam berkata, kenaikan 2.5 peratus dalam IHP itu berikutan kenaikan indeks semua kumpulan utama kecuali indeks pakaian dan kasut yang turun 1.2 peratus.

Indeks minuman dan tembakau naik 13.4 peratus; makanan naik 3.6 peratus serta pengangkutan dan perhubungan meningkat dua peratus.

Indeks pelbagai barang dan perkhidmatan naik 1.7 peratus; perbelanjaan rawatan perubatan dan kesihatan meningkat 1.6 peratus; perabot, hiasan dalaman dan peralatan serta pengendalian rumah bertambah 1.3 peratus; sewa kasar, bahan api dan kuasa menokok 1.2 peratus dan perkhidmatan rekreasi, hiburan, pelajaran dan kebudayaan naik 0.3 peratus.

Tiga kumpulan utama iaitu makanan, sewa kasar, bahan api dan kuasa serta pengangkutan dan perhubungan menyumbang 74.6 peratus kepada kenaikan keseluruhan yang dicatatkan dalam tempoh dikaji.

Kenyataan Jabatan Perangkaan itu berkata, berbanding bulan sebelumnya, IHP bagi April lalu naik 0.3 peratus kepada 108.0 mata daripada 107.7 mata.

Kenaikan itu terutama disebabkan peningkatan dalam indeks semua kumpulan utama kecuali sewa kasar, bahan api dan kuasa, pengangkutan dan perhubungan, manakala perkhidmatan rekreasi, hiburan, pelajaran dan kebudayaan kekal tidak berubah masing-masing pada 104.9 mata, 114.6 mata dan 101.1 mata.

Kumpulan utama yang mengalami kenaikan adalah makanan pada 0.6 peratus; perabot, hiasan dalaman dan peralatan dan pengendalian rumah 0.4 peratus; pakaian dan kasut 0.3 peratus dan perbelanjaan rawatan perubatan dan kesihatan 0.2 peratus; manakala indeks bagi minuman dan tembakau serta pelbagai barang dan perkhidmatan masing-masing 0.1 peratus. – Bernama

Wednesday, May 18, 2005

Pelampau Yahudi mahu musnah Masjid Al-Aqsa

BAITULMAQDIS 17 Mei - Sembilan pelampau Yahudi ditangkap pada bulan lepas kerana disyaki berkomplot untuk melancarkan roket ke pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Penangkapan itu dibuat berikutan operasi yang diketuai oleh agensi keselamatan dalaman Israel, Shin Beth berasaskan maklumat tertentu.

Sekumpulan Yahudi dikatakan merancang untuk membeli satu atau beberapa peluru berpandu pemusnah kereta kebal dan melancarkannya ke Masjid Kubah Batu, kata sumber keselamatan Israel semalam.

Masjid tersebut dan Masjid Al-Aqsa terletak di pekarangan sama yang dikenali sebagai Haram Al-Sharif di kalangan umat Islam dan sebagai Bukit Kuil bagi penganut Yahudi.

Pelampau Yahudi terbabit juga cuba membeli bom tangan untuk serangan tersebut yang hendak dilancarkan dari sebuah sekolah agama Yahudi berdekatan pekarangan masjid tersebut, kata sumber.

Kebanyakan anggota kumpulan itu, termasuk tiga sekeluarga dari Baitulmaqdis ditahan selama lebih dua minggu tetapi dibebaskan tanpa tuduhan pada 22 April lalu, kata peguam mereka.

Menurut polis, salah seorang daripada mereka merupakan seorang rabai radikal.

Suspek kesembilan ditangkap kerana disyaki merancang untuk membeli sebuah kapal terbang kecil yang dikendalikan dengan alat kawalan jauh, memasang bahan letupan ke dalamnya dan membiarkannya terhempas di pekarangan Al-Aqsa.

Mufti Baitulmaqdis, Ekremah Sabri menuduh kerajaan Israel bersubahat dengan pelampau Yahudi kerana membebaskan suspek berkenaan.

``Bagaimana mereka boleh dibebaskan sedangkan mereka merancang untuk menyerang Masjid Al-Aqsa? Ada persekongkolan dalam hal ini dan ketiadaan kesungguhan,'' kata Ekremah.

Pihak berkuasa Israel semakin bimbang mengenai ancaman serangan pelampau Yahudi ke pekarangan tersebut, menjelang pengunduran askar dan pendatang haram Yahudi dari Genting Gaza pada musim panas ini.

Perkhidmatan keselamatan percaya puak pelampau mahu menyerang sasaran berprofil tinggi seperti Al-Aqsa bagi mencetuskan kemarahan dan tindak balas Palestin, sekali gus menggagalkan rancangan pengunduran Perdana Menteri Ariel Sharon itu. - Agensi

Jakim syor larang program hiburan ketika waktu solat

Oleh Nasron Sira Rahim

KUALA LUMPUR: Garis panduan hiburan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang dijangka dikeluarkan tidak lama lagi, antara lain melarang penyiaran atau persembahan program hiburan ketika waktu solat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin, berkata garis panduan hiburan itu sudah siap dan beliau akan menyerahkannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, turut dilarang dalam garis panduan itu ialah penggunaan istilah dan penulisan lirik yang bercanggah dengan Islam atau yang dianggap tidak melalaikan pendengar.

“Nyanyian pun harus mempunyai lirik yang wajar. Sebagai contoh, lagu percintaan dibenarkan tapi tak bolehlah seperti merintih dari pagi hingga tengah hari dan ‘ingin berjumpa di pintu syurga’.

“Belum tentu lagi kita akan masuk syurga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Islam Hadhari Peringkat Universiti Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), di sini semalam.

Garis panduan hiburan itu disiapkan selepas Perdana Menteri menyatakan persetujuannya terhadap cadangan Majlis Fatwa Kebangsaan supaya ia boleh menjadi panduan kepada industri hiburan di negara ini.

Dr Abdullah berkata, persembahan hiburan juga tidak boleh sehingga melalaikan penonton serta mencampurkan antara penonton lelaki dengan wanita yang diharamkan syariat.

“Fatwa sudah banyak dikeluarkan termasuk oleh Universiti Al-Azhar bahawa perhimpunan ramai dibolehkan bagi meraikan adab tetapi mestilah berlandaskan akhlak.

“Berkumpul sehingga bergelumang maksiat tidak dibenarkan. Islam tidak menghalang hiburan malah menganjurkan umatnya berhibur seperti selepas penat bekerja dan mendengar lagu yang tidak melalaikan mereka daripada tanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata, garis panduan itu perlu kerana masyarakat kini terlalu menumpukan kepada hiburan sehingga mengabaikan kepentingan lain.

“Saya akan berjumpa dengan Perdana Menteri untuk menjelaskan garis panduan ini,” katanya.

Segera baiki logistik polis:Perumahan, balai usang pengaruhi prestasi kerja: Najib

Oleh Mohd Azis Ngah

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi perhatian segera terhadap usaha meningkatkan aspek logistik polis bagi menaikkan moral anggota pasukan itu seperti disyorkan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Datuk Seri Najib Razak (gambar).

Timbalan Perdana Menteri berkata, semua syor dikemukakan suruhanjaya itu dalam laporannya yang dikeluarkan kepada umum kelmarin, akan diteliti oleh pasukan petugas dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

“Pada peringkat ini, kami tidak mahu menyatakan mana yang boleh dan tidak boleh diterima kerajaan. Kami hendak teliti satu persatu syor itu secara mendalam antara pelbagai agensi pusat terbabit termasuk Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan sebagainya.

“Bagaimanapun, perhatian perlu diberi terhadap syor yang boleh dilaksanakan segera terutama dari segi peningkatan logistik seperti perumahan, balai polis yang usang, kereta ronda dan alat komunikasi untuk menambah keberkesanan perkhidmatan polis,” katanya selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pertahanan 2005, di sini semalam.

Suruhanjaya itu, dalam laporannya yang bertemakan ‘Kepolisan Abad Ke-21’ kelmarin, mengemukakan 125 syor bagi dilaksanakan kerajaan untuk meningkatkan kredibiliti dan integriti pasukan berkenaan.

Najib berkata, usaha memperbaiki aspek logistik itu memerlukan tindakan segera kerana ia dikatakan masih pada tahap lama serta boleh mempengaruhi semangat kerja anggota.

“Ini untuk menaikkan moral anggota polis di samping menambah keyakinan orang ramai terhadap polis,” katanya.

Mengikut laporan suruhanjaya itu, sebahagian besar perumahan dan premis kerja anggota polis amat tidak memuaskan dan memerlukan perhatian segera kerana ia mempengaruhi moral dan kepuasan kerja mereka.

Selain itu, 59 peratus atau enam daripada 10 kenderaan PDRM berada di luar jangka hayat penggunaannya termasuk kenderaan berusia 20 tahun dan Land Rover lama yang kerap memerlukan pembaikan serta masalah alat ganti.

Ditanya sama ada beliau terkejut mengenai laporan suruhanjaya itu bahawa ada pegawai kanan polis yang mengisytiharkan harta sebanyak RM34 juta, Najib berkata, ia menghairankan dan perkara itu boleh diteliti lebih lanjut kerana tiada nama yang disebut.

Beliau berkata, tindakan perlu diambil untuk mengetahui daripada mana sumber kekayaan itu diperoleh dan yakin Ketua Polis Negara akan mengambil tindakan sesuai berhubung perkara itu.

“Saya percaya KPN sudah mengambil tindakan perlu termasuk tindakan dalaman menangani masalah itu. Sepatutnya setiap kakitangan mengisytiharkan pendapatan mereka lima tahun sekali bagi mengelakkan salah tanggapan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai tahap kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menghadapi era perang moden, beliau berkata, angkatan itu seharusnya lebih fokus kepada kemampuan angkatan dan sentiasa bersedia.

Katanya, cabaran itu juga adalah antara strategi yang diterapkan dalam perancangan ATM dan tiga cabang tentera iaitu darat, udara dan laut.

“Kita akan tentukan tahap kesiapsiagaan sentiasa pada tahap paling tinggi. Tidak guna jika mempunyai senjata canggih atau kapal moden jika satu daripada peralatan seperti radar tidak berfungsi manakala bahagian lain sudah bersedia,” katanya.

Lesen perikanan laut dalam dibeku

KUCHING 17 Mei - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membekukan pengeluaran lesen perikanan laut dalam sehingga kajian dan penilaian prestasi pemilik lesen yang sedia ada diselesaikan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kementerian pada masa ini sedang menyusun dan menilai semula permit yang telah dikeluarkan sebelum ini, termasuk lesen bagi projek usaha sama perikanan laut dalam.

Sambil menyatakan rasa tidak puas hati dengan sistem dan cara industri perikanan laut dalam negara dikendalikan pada masa ini, beliau berkata Malaysia telah kehilangan berbilion ringgit akibat hasil tangkapan ikan laut dalamnya yang akhirnya gagal mendarat dalam negara.

``Saya dapati tidak sampai separuh daripada 800 lesen itu betul-betul aktif dan sebahagian besar pemilik menyewa bot daripada negara asing dengan 90 peratus pekerjanya adalah orang asing terutamanya daripada Thailand,'' katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Muhyiddin yang berada di Sarawak untuk lawatan dua hari sejak semalam telah melawat Pelabuhan Perikanan Laut Dalam Bersepadu Tanjung Manis, Bahagian Mukah yang sedang dalam pembinaan; Projek Delta Padi Paloh di Belawai dan mengadakan dialog bersama kira-kira 500 warga tani di sini.

Beliau berkata, pada masa ini terdapat 800 lesen perikanan laut dalam dengan 146 daripada lesen di Sarawak, dan menurutnya tindakan membeku serta merombak pemberian lesen itu dilaksanakan kerana kerajaan mahu hanya mereka yang benar-benar layak, berupaya dan mempunyai modal sahaja mengusahakannya.

Muhyiddin berkata, pengeluaran lesen perikanan laut dalam pada masa depan akan mempunyai syarat yang lebih ketat seperti pendaftaran bot di Malaysia, syarikat berdaftar dengan jumlah pemilikan modal serta saham yang mencukupi manakala bagi projek usaha sama, ia mestilah memberi faedah kepada pemilik tempatan.

``Kita perlu periksa sekiranya projek usaha sama itu menguntungkan atau ia sekadar pada nama sahaja, sedangkan secara amnya ia seperti perniagaan Ali Baba. Saya tidak mahu penyelewengan begini berterusan,'' katanya dan menambah bahawa industri perikanan laut dalam Malaysia masih jauh di belakang berbanding dengan Thailand dan Filipina kerana ia diusahakan oleh mereka yang tidak berpengalaman dan tidak mempunyai modal.

Sambil mengakui bahawa masalah yang timbul sekarang berlaku akibat kelemahan dalam sistem pemberian lesen yang pada satu masa dulu amat longgar, beliau berkata ia kini merupakan dilema sektor perikanan negara.

``Dulu siapa nak lesen, kita beri walaupun orang itu tiada pengalaman dan modal sehingga akhirnya kita pergi ke Siam cari bot serta anak kapal, dan mereka pajakan bot dengan syarat segala hasil tangkapan mereka kawal, ini dilema sektor perikanan,'' katanya.

Garis panduan hiburan Islam Hadhari

KUALA LUMPUR 17 Mei - Kerajaan akan mengeluarkan satu garis panduan berkaitan bentuk persembahan hiburan di negara ini bagi memastikan ia bersesuaian dengan pelaksanaan konsep Islam Hadhari.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin berkata, garis panduan itu wajar diperkenalkan sebagai satu cara bagi mewujudkan bentuk hiburan yang sederhana, bersih, menghiburkan dan tidak melalaikan.

Katanya, persetujuan untuk mengeluarkan garis panduan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 6 Mei lalu.

``Saya akan berikan taklimat kepada Perdana Menteri mengenai garis panduan ini secara terperinci dalam masa terdekat sebelum ia dikeluarkan untuk diedarkan kepada kementerian dan pihak berkenaan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan program Islam Hadhari Peringkat Universiti bagi Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) di sini hari ini.

Turut hadir Rektor KUIM, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin serta kira-kira 200 kakitangan dan pelajar KUIM.

Abdullah memberitahu, kerajaan secara umumnya tidak mempunyai masalah dengan sebarang bentuk hiburan sekiranya ia bersifat sederhana dan tidak bercanggah dengan nilai murni serta budaya masyarakat di negara ini.

Bahkan katanya, salah satu daripada 10 prinsip Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh kerajaan turut memberi penekanan kepada hiburan menerusi prinsip keutuhan budaya dan moral.

Bagaimanapun ujarnya, satu garis panduan itu perlu bagi mengelakkan masyarakat negara ini dilihat sebagai bangsa yang menghabiskan masa dengan hiburan tidak berfaedah.

``Misalnya, kalau kita berhibur setelah penat bekerja, itu tak apa. Tapi kalau dari pagi sampai ke petang asyik berhibur, itu yang jadi masalah.

``Maknanya kita jangan jadi bangsa yang hanya mengejar hiburan sahaja,'' jelasnya.

Mengulas kandungan garis panduan itu, Abdullah berkata, ia menggariskan bahawa kriteria utama yang perlu diberikan penekanan dalam mana-mana bentuk persembahan hiburan ialah kesederhanaan.

Selain itu katanya, ia turut mengandungi panduan lain termasuk dari segi adab penganjuran sesuatu persembahan hiburan, penggunaan lirik yang wajar dan pemilihan waktu yang sesuai.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustafa Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, garis panduan itu lebih menekankan kepada persembahan hiburan secara terbuka.

Kata beliau, ini kerana bentuk hiburan itu ditonton awam terutamanya golongan muda.

``Sebab itu antara kandungan garis panduan itu ialah memastikan tidak berlakunya percampuran yang terlampau bebas di kalangan penonton,'' katanya.

Parlimen perlu adakan persidangan khas bahas laporan

KUALA LUMPUR 17 Mei - Parlimen perlu mengadakan persidangan khas selama tiga hari bagi membahaskan laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikeluarkan semalam.

Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu memanggil persidangan khas itu bagi memberi ruang kepada Parlimen menetapkan mekanisme mengenai penambahbaikan pasukan polis bagi menjadi badan kelas pertama dunia.

``Pelaksanaan segala cadangan yang dikemukakan oleh suruhanjaya itu memerlukan keazaman politik, jadi dengan itu Parlimen perlu diberikan pengiktirafan untuk membincangkan perkara tersebut.

``Ini kerana sebarang kegagalan dalam pasukan polis adalah kegagalan juga bagi Parlimen yang sepatutnya mempunyai ruang untuk membuat pemantauan,'' katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan suruhanjaya tersebut yang telah mengemukakan sebanyak 125 syor bagi merubah wajah PDRM sebagai pasukan idaman pada abad ke-21 iaitu unggul, moden dan dihormati oleh rakyat.

Laporan yang bertema `Kepolisan Abad Ke-21' itu diedarkan kepada umum mulai semalam.

Menurut Kit Siang, memandangkan sesi Dewan Rakyat akan datang ditetapkan pada 20 Jun hingga 12 Julai depan, maka sidang khas itu boleh diadakan selama tiga hari bermula tarikh berkenaan atau melanjutkan persidangan selepas hari terakhir sesi tersebut.

``Atau sidang khas itu boleh dilakukan sebelum 20 Jun ini,'' katanya.

Beliau menambah, sidang khas itu wajar diadakan kerana laporan suruhanjaya berkenaan turut menyatakan Parlimen mempunyai peranan penting untuk menangani cabaran bagi mewujudkan pasukan polis yang unggul, moden dan dipercayai.

Selain itu Kit Siang menyatakan, sekiranya Perdana Menteri menerima kesemua 125 syor suruhanjaya itu, kerajaan juga mesti menerima tempoh masa yang ditetapkan bagi melaksanakan keseluruhan cadangan tersebut.

Tambahnya, Parlimen juga perlu mempunyai peluang untuk tidak bersetuju ke atas tempoh masa yang ditetapkan oleh suruhanjaya itu bagi menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) melalui Akta Parlimen.

``Memandangkan laporan suruhanjaya telah melampirkan draf Rang Undang-Undang IPCMC 2005, ia sepatutnya dibentangkan pada sidang Parlimen Jun ini.

``Ini membolehkan IPCMC ditubuhkan segera dan dapat beroperasi penghujung tahun ini,'' katanya.

Nahas maut: Penduduk hilang sabar adakan demonstrasi

Oleh: ZAINI RABAN

KLANG 17 Mei - Setelah hampir 20 tahun penduduk di sekitar Rantau Panjang di sini bersabar dengan pelbagai kerenah lori-lori besar di Lebuh Raya Shapadu Lama, perasaan marah mereka yang dipendam selama ini akhirnya meletus.

Keadaan itu terpancar apabila kira-kira 500 penduduk tempatan di situ berkumpul di depan Sekolah Rendah Agama Rantau Panjang sebagai tanda bantahan mereka ekoran seorang pelajar perempuan berusia tujuh tahun digilis sebuah lori semalam.

Kali ini, mereka benar-benar marah sehingga ada sekumpulan penduduk bertindak membawa pengusung mayat mangsa kemalangan maut semalam, Nur Salina Saparedi, 7, dan meletakkannya di tengah-tengah lebuh raya itu.

Tujuannya, mereka mahu mempamerkan pengusung mayat itu kepada pemandu-pemandu lori di situ bahawa ia adalah lambang `kematian'.

Sudah berpuluh-puluh orang kampung di situ maut akibat kemalangan membabitkan kenderaan berat.

Laluan itu sesak dengan lori-lori kargo yang berulang-alik antara Pelabuhan Utara di Pelabuhan Klang dan Kuala Lumpur atau tempat-tempat lain.

Penduduk di situ berkumpul mulai pukul 10 pagi dan turut membawa pelbagai sepanduk yang meminta kerajaan dan konsesi lebuh raya Shapadu Corporation Berhad (Shapadu) menyediakan kemudahan jejantas atau lampu isyarat bagi menjamin keselamatan terutamanya pelajar sekolah melintas jalan.

Tindakan penduduk kampung itu telah menyebabkan laluan yang menghubungkan antara Pelabuhan Klang Utara dengan Klang itu sesak teruk di kedua-dua hala sehingga 10 kilometer.

Keadaan bertambah kelam-kabut kira-kira pukul 11 pagi apabila satu kemalangan berlaku membabitkan dua buah motosikal yang ditunggangi oleh tiga lelaki.

Kemalangan itu pada mulanya telah menyemarakkan lagi kemarahan penduduk kampung kerana mereka menyangka penunggang motosikal berkenaan telah dilanggar oleh sebuah treler.

Keadaan riuh-rendah itu bagaimanapun berjaya dikawal oleh sepasukan polis dan orang ramai mula bersurai kira-kira pukul 12 tengah hari.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, penduduk kampung berkenaan mendesak supaya Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan segera mewartakan laluan berkenaan untuk dilalui oleh kenderaan ringan sahaja.

Beliau berkata, walaupun beliau sendiri pernah dijanjikan tindakan mewartakan laluan berkenaan akan dilakukan namun sehingga kini usaha itu masih belum lagi dilaksanakan.

Katanya, proses berkenaan perlu disegerakan kerana jumlah kemalangan maut yang tinggi di laluan tersebut kebanyakannya disebabkan oleh kehadiran terlalu banyak kenderaan berat yang berulang-alik ke Pelabuhan Utara.

``Jangan sampai banyak lagi yang mati baru pihak kementerian sibuk untuk mewartakannya, jalan penyelesaiannya sudah ada jadi laksanakanlah dengan segera, jangan nak tunggu-tunggu lagi.

``Pihak konsesi lebuh raya iaitu Shapadu juga perlu bertanggungjawab dan mereka mesti menyediakan kemudahan jejantas atau lampu isyarat untuk kemudahan orang ramai termasuk pelajar sekolah melintas jalan,'' ujar beliau.

Kerajaan setuju tempoh tahanan ISA hanya 30 hari

KANGAR 17 Mei - Kerajaan pada dasarnya bersetuju dengan syor Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya tempoh tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dipendekkan kepada 30 hari berbanding 60 hari pada masa ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad berkata, kerajaan merasakan tempoh itu perlu disingkatkan bagi mengurangkan kos dan kerenah birokrasi.

``Jika tahap profesionalisme polis kita tinggi untuk menjalankan siasatan dalam tempoh yang singkat, saya rasa kita tidak perlu tahan seseorang itu dalam tempoh yang terlalu lama.

``Kita sebenarnya cuba mengimbangi kehendak masyarakat yang tidak mahu seseorang itu ditahan terlalu lama selain kerajaan terpaksa berbelanja lebih terhadap tahanan itu,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis istiadat penganugerahan darjah dan pingat kebesaran sempena ulang tahun ke-62 keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, di sini hari ini.

Istiadat tersebut disempurnakan oleh Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Syed Sirajuddin Jamalullail.

Radzi dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Azmi Khalid mendahului senarai 512 penerima darjah dan pingat kebesaran pada istiadat penganugerahan itu. Kedua-dua menteri terbabit dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Radzi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas bagi penambahbaikan itu memberitahu, syor tersebut bagaimanapun akan diteliti dan dibincangkan dalam Jawatankuasa Kabinet selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pulang dari lawatan di luar negara.

``Segala keputusan mengenai syor tersebut akan diputuskan oleh Jawatankuasa Kabinet yang akan membincangkannya,'' jelasnya.

Menurutnya, jika syor yang berkaitan dengan ISA itu diterima, beberapa peruntukan undang-undang berkaitannya akan dikaji semula untuk dipinda.

Kajian itu juga, katanya, akan turut melibatkan undang-undang berkaitan tahanan reman di bawah Seksyen 117 yang mungkin turut dipendekkan tempohnya.

Dalam laporan suruhanjaya tersebut yang dikeluarkan semalam mengesyorkan supaya tempoh tahanan ISA dipendekkan.

Menurut laporan itu, ia bagi mengelakkan suspek terdedah kepada penganiayaan.

Untuk itu, Seksyen 73 Akta ISA perlu dipinda. Pada masa ini ia memberi kuasa kepada polis untuk menangkap tanpa waran dan menahan mana-mana individu untuk tempoh tidak melebihi 60 hari.

Wujudkan satu lagi jawatan Timbalan KPN disokong

KANGAR 17 Mei - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad menyokong penuh cadangan supaya satu lagi jawatan Timbalan Ketua Polis Negara diwujudkan memandangkan beban tugas yang semakin mencabar pada masa ini.

Menurut beliau, pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjadi lebih cekap dan berkesan jika Ketua Polis Negara dibantu oleh dua timbalan.

``Jika kita lihat di semua peringkat PDRM seperti di balai dan daerah, ia mempunyai dua timbalan supaya kerja-kerja yang dijalankan lebih cekap dan sempurna.

``Ada timbalan ketua polis daerah yang menjaga hal ehwal pentadbiran dan ada pula bertanggungjawab dalam hal-hal jenayah,'' katanya.

Beliau mengulas syor Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM mengenai satu lagi jawatan Timbalan Ketua Polis Negara diwujudkan bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan pihak berkuasa itu.

Mengikut laporan suruhanjaya itu, seorang timbalan boleh memberi tumpuan kepada soal pengurusan dan kewangan manakala seorang lagi dalam aspek operasi pasukan.

Pada masa ini, Ketua Polis Negara dibantu oleh seorang Timbalan Ketua Polis Negara.

Radzi berkata, pihaknya tidak nampak berlaku masalah atau pertindihan kuasa jika PDRM mempunyai dua Timbalan Ketua Polis Negara.

Bagaimanapun, jelas beliau, keputusan untuk mewujudkan dua jawatan Timbalan Ketua Polis itu akan diputuskan oleh Jawatankuasa Kabinet yang menimbang segala syor yang dikemukakan oleh suruhanjaya diraja tersebut.

``Syor-syor ini akan dibincangkan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pulang dari luar negara tidak lama lagi,'' jelasnya.

Selain itu, Radzi memberitahu, kerajaan juga bersetuju jika lebih ramai kaum wanita diambil berkhidmat sebagai anggota polis khususnya bagi menangani kes jenayah seksual dan kanak-kanak yang semakin meningkat setiap tahun.

``Dalam undang-undang memang polis wanita dipertanggungjawabkan menangani kes-kes seumpama ini tetapi bilangan anggota polis wanita kita terhad,'' jelasnya.

Siasat kemampuan pegawai kanan polis kumpul harta RM34j

KUALA LUMPUR 17 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, polis perlu menyiasat kemampuan seorang pegawai kanannya yang mempunyai harta berjumlah RM34 juta seperti yang terkandung dalam laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sambil menyatakan rasa terkejutnya dengan kemampuan pegawai kanan berkenaan, Timbalan Perdana Menteri juga mahu mengetahui bagaimana anggota polis terbabit mempunyai harta sebanyak itu.

``Saya memang terkejut mengenai perkara itu dan ia perlu disiasat oleh polis dari mana pegawai itu memiliki harta tersebut.

``Terpulang kepada pihak polis untuk mengambil tindakan terutama dari segi tindakan dalaman, saya percaya Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Bakri Omar akan memberi perhatian kepada perkara tersebut,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan majlis sambutan Hari Pekerja dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2005 Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Najib diminta mengulas laporan suruhanjaya itu yang menerima aduan daripada seorang pesara pegawai polis yang mendakwa terdapat ramai pegawai mempunyai harta berkali ganda melebihi pendapatan mereka.

Pesara pegawai polis itu juga mendakwa memang diketahui umum bahawa terdapat seorang pegawai kanan polis yang mengisytiharkan hartanya RM34 juta tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap pegawai tersebut.

Najib menegaskan, tindakan perlu diambil terutama bagi mencari maklumat dari mana pegawai kanan polis itu mendapat harta kekayaan.

Jelas beliau, tindakan dalaman ini akan dapat meningkatkan moral anggota polis serta keyakinan orang ramai kepada PDRM.

Laporan suruhanjaya itu yang mula dijual kepada umum semalam akan membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berubah wajah menjadi pasukan idaman pada abad ke-21 - unggul, moden dan dihormati rakyat - menerusi 125 syor suruhanjaya bagi dilaksanakan oleh kerajaan.

Antara syor menarik terkandung dalam buku laporan bertemakan `Kepolisan Abad Ke-21' ialah PDRM menumpukan pada siasatan sahaja manakala tugas pendakwaan dijalankan sepenuhnya oleh Jabatan Peguam Negara.

Laporan itu memfokuskan cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah laku Polis (IPCMC) melalui sebuah Akta Parlimen. IPCMC akan bekerjasama dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan agensi kerajaan lain.

Aspek membasmi gejala rasuah dalam pasukan PDRM merupakan salah satu daripada keutamaan pembaharuannya.

Suruhanjaya itu menyatakan, amalan rasuah di kalangan anggota polis tidak hanya terbatas kepada kegiatan menerima wang sahaja tetapi juga menerima bentuk-bentuk rasuah yang lain.

Amalan rasuah yang berlaku di PDRM bukan sahaja membabitkan antara anggota polis dengan masyarakat tetapi juga melibatkan anggota dan pegawai di dalam organisasi kepolisan itu sendiri.

Suruhanjaya itu mendedahkan, rasuah di dalam organisasi kepolisan itu membabitkan pengambilan wang sogokan oleh pegawai atasan dari pegawai atau anggota bawahan.

Wang sogokan itu sebagai habuan bagi pertukaran ke tugasan jawatan yang berpotensi untuk mendapat habuan lumayan.

Saturday, May 14, 2005

Inflasi yang hampir tidak kelihatan

Setahun lalu, deflasi merupakan bayang-bayang mengerikan yang menghantui ekonomi dunia. Bahaya tersebut sebahagian besarnya telah berlalu, dengan beberapa buah ekonomi telah dengan tegas mengundurkan pasang-surut berdeflasi – khususnya China, EU dan AS (dua negara yang terkemudian hanya berjinak-jinak sambil lalu dengan deflasi bulan ke bulan).

Jepun kekal hampir-hampir mengakhiri deflasi tanpa benar-benar berjaya (tetapi harga barangan bukan makanan tidak berganjak sepanjang tiga suku tahun terakhir tahun lalu), manakala deflasi jelas berkurangan di Hong Kong (di mana tajuk utama Indeks Harga Pengguna [CPI] pada Disember adalah 1.4% lebih tinggi dari nilainya lima bulan sebelumnya, walaupun masih 1.2% lebih rendah dari yang setahun lalu). Singapura mengakhiri deflasi harga-pengguna hampir setahun lalu, manakala deflasi masih tidak kedengaran di Thailand dan Malaysia.

Oleh itu ekonomi global pada masa ini adalah yang terbaik mungkin, dengan inflasi, senyap memberikan sedikit tekanan ke atas bank-bank pusat untuk meningkatkan kadar biarpun pertumbuhannya meningkat laju. Satu tempoh kadar faedah sebenar negatif, yang berterusan di AS (sepanjang tahun lalu) dan kadar faedah sebenar yang rendah di Eurozone (yang berakhir betul-betul di bawah paras sifar pada suku tahun terakhir tahun lalu) telah membantu menggiatkan satu pemulihan kukuh ekonomi global yang terselaras.

Indeks-indeks terdahulu AS menunjukkan yang KDNK harus bertahan lebih dari kadar pertumbuhan sebanyak 3% menerusi suku tahun sekarang – dan arahan baru Institiut Pengurusan Bekalan mencadangkan yang sektor pembuatan sewajarnya meningkat lebih cepat dalam setengah tahun pertama tahun ini dari yang pernah terjadi dalam dua dekad lalu. Penentu terdahulu komposit bagi Eurozone juga meramalkan satu pecutan yang mantap dalam pertumbuhannya bagi setengah tahun pertama dalam tahun ini.

Jepun bukan lagi bahagian yang lemah di dalam ekonomi global – dengan meletakkan pertumbuhan sebenar KDNK bagi lima suku tahun berturut-turut, termasuk satu pertumbuhan sebanyak 2.2% tahun demi tahun (y-o-y) sepanjang empat suku tahun yang terbaru ini – dan indeks resapan terdahulunya mencadangkan pertumbuhannya mungkin telah diperkukuhkan dengan teguh lebih lanjut kepada suku tahun pertama tahun ini. Negara-negara lain Asia terus meluncur naik, dengan China dan India meningkat lebih dari 8% y-o-y manakala Thailand dan Malaysia naik sebanyak 6% setiap satunya. Pertumbuhan global yang teguh dan inflasi senyap – kadar pengangguran yang tinggi secara relatifnya – di dalam OECD atau Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan negara-negara menyediakan latar yang menyokong bagi keuntungan hampir penggal seterusnya dalam harga-harga aset.

Namun inflasi bergerak begitu pantas di China dan India yang begitu cepat pertumbuhannya. Kadar inflasi CPI tajuk utama China mencecah 3.2% y-o-y pada Disember, dengan harga makanan meningkat 8.1% y-o-y, inflasi bijirin makanan menyentuh 10.8% dan semua petanda menunjukkan kenaikan inflasi selanjutnya dalam bulan-bulan akan datang. Di India, kadar inflasi CPI tajuk utama adalah 3.1% pada bulan November dan menunjukkan tren menurun apabila harga makanan terus sederhana disokong oleh hasil pertanian yang mengkagumkan. Tetapi inflasi harga borong memuncak lebih dari 6% y-o-y sejak awal bulan lalu, dengan inflasi tenaga meloncat kepada 8.5%.

Dan dalam ekonomi Korea Selatan yang sedang pulih, inflasi makanan (5.9%) telah mengekalkan kadar inflasi CPI tajuk utama pada 3.4%. Inflasi juga kekal tinggi bagi negara-negara ekonomi pengeksport minyak seperti Rusia, Venezuela dan Mexico, tetapi rendah dari segi standard sejarah di negara-negara yang biasanya tinggi inflasi iaitu Turki (18%) dan Indonesia (5%).

Ekonomi-ekonomi yang membangun sedang membawa tekanan inflasi di dalam ekonomi mereka. Bagaimanapun, buat masa ini, ini tidak menyumbang kepada inflasi am di dalam ekonomi dunia – dengan inflasi masih kebanyakannya tertakluk kepada komoditi dan harga-harga aset (terutamanya ekuiti), yang pulih dari tahap tertekan dalam tempoh 2000-2002. Harga minyak mentah West Texas Intermediate iaitu US$35 setong (11% lebih tinggi dari setahun lalu), harga keluli yang tetap, harga bijih besi yang meningkat naik, dan lonjakan harga emas yang berterusan semuanya bagaikan petunjuk kepada inflasi yang lebih hebat pada masa akan datang. Tetapi komoditi dan tenaga masih merupakan penyumbang kecil kepada kadar inflasi ekonomi maju, jadi inflasi perlu diperluaskan kepada pembuatan dan perkhidmatan sebelum ianya menjadi kebimbangan yang serius kepada AS atau Eropah.

Dengan bank-bank China masih meningkatkan pinjaman mereka sebanyak 20% setiap tahun (walaupun separuh dari pinjaman mereka tidak memberi pulangan), ciptaan-kapasiti China terus melembapkan tekanan inflasi di dalam sektor pembuatan global. Penyelamatan US$45 bilion dua dari banknya berkemungkinan merangsangkan mereka untuk terus menebalkan buku pinjaman mereka (terutamanya kerana pengurus-pengurus bank tidak dikenakan sebarang hukuman keras kerana rekod peminjaman yang buruk pada masa lalu). Walaupun tindakan pentadbiran Bank Rakyat China sepatutnya memberi kesan marginal ke atas kadar perbelanjaan pelaburan China, kesan disinflasi negara itu terhadap ekonomi global tidak mungkin reda sebelum akhir tahun ini.

Namun kombinasi dolar yang lemah, pertumbuhan domestik yang lebih pantas di AS dan harga-harga komoditi yang naik tanpa dapat disekat-sekat sewajarnya menolak inflasi tajuk utama ke atas di AS menjelang suku tahun ketiga – menjanjikan sekurang-kurangnya peningkatan 50 mata-asas di dalam kadar US Fed Funds menjelang Ogos, seperti yang dibayangkan oleh Rezab Persekutuan awal tahun ini. Ini tidak mencukupi untuk memperlahankan ekonomi global dengan signifikan sebelum hujung tahun, tetapi inflasi mungkin menjadi masalah yang lebih serius pada masa itu – bukan hanya bagi China dan dunia membangun tetapi juga bagi AS. Oleh itu tahun hadapan berkemungkinan membawa kebarangkalian yang lebih hebat bagi semua buih-buih yang telah dikembungkan semasa tahun-tahun makmur yang mewah dengan kecairan global.

Muflis pada usia yang lebih muda

Menurut perangkaan Februari Bank Negara, sejumlah 16,251 individu Malaysia telah diisytiharkan muflis pada tahun lalu, satu peningkatan besar sebanyak 100% dan 760% berbanding dengan angka masing-masing pada 1995 dan 1998.

Laporan itu menunjukkan bahawa penyebab utama kemuflisan adalah pinjaman kereta (23% dari jumlah keseluruhan), penjamin pinjaman-pinjaman pendidikan (16%), pinjaman-pinjaman bank (15%) dan tunggakan kad-kad kredit (11%).

Lebih membimbangkan, laporan itu juga menonjolkan satu trend muflis di kalangan mereka yang lebih muda, dengan golongan di dalam kumpulan umur 31-40 tahun dan 41-50 tahun masing-masing menyumbang 28% dan 36% daripada keseluruhan kes.

Ahli-ahli ekonomi telah menyalahkan peningkatan kemuflisan ini kepada kelembapan ekonomi, pertambahan penduduk, dan sikap pengurusan kewangan yang kurang baik.

Tetapi masalahnya ialah ekonomi negara menyaksikan lonjakan semula kukuh sejak kemelesetan tahun 1998, dan telah menunjukkan prestasi cemerlang di dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. Namun mengapa lebih ramai orang menjadi muflis sedangkan pendapatan boleh guna mereka sepatutnya telah meningkat?

Satu fenomena membingungkan ialah kita menyaksikan semakin banyak kes muflis walhal pihak-pihak berkuasa telah menyemak semula undang-undang bankrupsi, membuat pelarasan dengan menaikkan nilai ambang RM10,000 ke RM30,000.

Hakikatnya, secara peribadi saya merasakan punca utama kebangkrapan ialah kurangnya perancangan kewangan teliti dan pengetahuan pengurusan kewangan yang lemah di kalangan rakyat Malaysia.

Sebagai misalan, dek kerana keangkuhan, sesetengah golongan muda bertukar kereta baru setiap dua ke tiga bulan, kepingin untuk mendapatkan pujian dan kekaguman daripada rakan-rakan seangkatan mereka tanpa mempertimbangkan dengan secukupnya sama ada tindakan itu di luar kemampuan mereka atau tidak. Akhirnya, mereka tenggelam di dalam lautan hutang.

Dan jika itu masih tidak cukup, tabiat perbelanjaan tidak terkawal dan kesilapan taktik-taktik pelaburan telah menambah kepada satu senarai panjang penyebab yang berkemungkinan, menonjolkan wujudnya keperluan genting bagi warga Malaysia untuk memperkukuhkan ilmu pengurusan kewangan mereka.

Pengurus-pengurus kewangan telah berulang kali menggesa agar kita menyimpan satu set rancangan pengurusan kewangan yang paling sesuai untuk diri kita sendiri, berbelanja secara bijaksana dan meningkatkan pendapatan kita melalui pelbagai saluran (termasuk pelaburan dan kerja-kerja sambilan) supaya kita mampu meneruskan kehidupan tanpa kebimbangan di masa hadapan.

Pada masa yang sama, kita juga perlu memiliki satu jumlah simpanan yang menyamai pendapatan untuk enam bulan sebagai persedian menghadapi kemungkinan pengangguran atau dana-dana kecemasan yang kita boleh gerakkan di waktu menghadapi kesesakan wang.

Hubungan di antara kehidupan kita dan wang bukanlah seperti satu pasangan kembar Siam. Kita perlu satu perancangan menyeluruh tentang perkara-perkara yang dianggap asas seperti perbelanjaan sara hidup harian, simpanan pendidikan anak-anak dan rancangan persaraan. Pengurusan kewangan bijaksana membolehkan kita untuk mencapai objektif-objektif tersebut di dalam hidup.

59 tahun Umno perintah: Islam diperlekehkan, tidak dibela

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) - "Sepanjang 59 tahun pemerintahan Umno di negara ini, Islam semakin tidak terbela malah ada usaha-usaha memperlekehkan hukum Islam dan sengaja mengenepikan baberapa perkara penting dalam agama semakin hari semakin jelas," demikian kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Dr Haron Din.

Mengulas tentang perubahan yang berlaku dalam Umno terutama dalam perkara melibatkan agama, Haron Din berkata, Islam semakin diketepikan dan menunjukkan umno tidak begitu memperjuangkan agama.
Tambahnya, bukan sahaja hukum-hukum utama dan undang-undang asas untuk menjaga lima tujuan syarak menurut agama, akal, nyawa, maruah dan keturunan serta harta benda, bahkan ia langsung tidak diberi perhatian malah sampai kepada peringkat nasihat fatwa daripada mufti telah diabaikan dan dipertikaikan.

Melihat Umno sebagai sesebuah parti yang kebetulan mendapat kuasa dan kepercayaan rakyat kerana kejayaan mereka menuntut kemerdekaan, beliau berkata, orang Melayu seluruhnya meletakkan harapan yang tinggi kepada Umno untuk menjaga kepentingan orang Melayu dengan harapan yang besar.

"Setelah sekian lama Umno diberi kuasa sampailah sekarang 59 tahun, telah banyak disalahgunakan kerajaan terutama pembelaan terhadap Islam.

"Pada saya Umno ada beberapa kemajuan tetapi tidak sepadan dengan tarikh dan masa yang begitu panjang iaitu 59 tahun dengan penghayatan Islam yang diperolehinya," kata beliau.

Merujuk kepada kepentingan bangsa Melayu, Haron Din berkata, umum mengetahui bahawa Umno membela dan mengutamakan kelompok tertentu sahaja untuk dapatkan habuan daripada kekayaan negara dengan mengenepikan atau menafikan hak majoriti bangsa Melayu yang rata-rata jauh ketinggalan di bidang ekonomi, pendidikan dan lain-lain. - SH/mks.

Hina al-Quran: Amerika perlu minta maaf pada umat Islam

Oleh Saidatul Amani

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) - PAS mendesak Presiden Amerika Syarikat, George W Bush meminta maaf kepada umat Islam sedunia di atas tindakan biadap tentera AS yang menghina al-Quran di Teluk Guantanamo, Cuba.

Pengerusi Lajnah Antarabangsanya, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, PAS mengingatkan mana-mana pihak dan individu supaya menganggap tindakan menghina al-Quran itu sebagai suatu perkara yang amat sensitif bagi umat Islam.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mengajak umat Islam seluruh dunia supaya bersatu untuk mempertahankan kesucian agama Islam supaya tidak ada mana-mana kuasa besar seperti AS dan Israel berani untuk memperkotak-katikkan kemampuan serta keberanian umat Islam.

Menurut beliau, perbuatan biadap tentera AS yang membaling al-Quran itu menambahkan keyakinan umat Islam mengenai niat buruk AS terhadap negara-negara umat Islam selama ini.

Katanya, tindakan membaling al-Quran itu suatu perbuatan yang amat melukakan hati umat Islam dan boleh menimbulkan ketegangan lebih besar dan sukar untuk dibendung.

Dengan tindakan biadap tentera AS itu menyebabkan tiga orang terbunuh di Afghanistan dalam tunjuk perasaan membantah tindakan penghinaan tersebut.

Semalam para pelajar berhimpun di Kabul untuk mengutuk Amerika sehari selepas rusuhan di Jalalabad, mengakibatkan empat orang terbunuh.

Menjawab soalan mengapa tentera AS berani bertindak biadap kepada umat Islam katanya, tentera AS berasa mereka telah menempa kejayaan di tempat yang mereka serang dan kejayaan itu menyebabkan mereka berasa bongkak.

Tambahnya, tentera AS juga menganggap umat Islam tidak mampu untuk bangkit menentang keberanian dan kekuasaan yang dimiliki oleh mereka sebab itu AS berani untuk bertindak lebih ganas terhadap umat Islam.

Umat Islam bangkit menentang setelah hilang kesabaran

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Pusat menegaskan tindakan biadap tentera AS itu merupakan suatu agenda penghinaan terhadap umat Islam setelah tidak puas hati menyerang serta membunuh mereka.

Timbalannya, Ustaz Idris Ahmad berkata, kebiadapan tentera AS dengan membaling dan memijak al-Quran itu membuktikan bahawa golongan zionis dan Yahudi merupakan golongan pelampau, bukannya umat Islam yang selama ini mereka dakwa sebagai pelampau.

Menurut beliau, dalam sejarah Rasulullah s.a.w sehingga hari ini umat Islam tidak pernah menghina kitab Bible dan kitab-kitab agama lain dengan cara membaling atau memijak-mijak kitab tersebut.

Katanya, tetapi tragedi yang berlaku di Teluk Guantanamo, Cuba merupakan rangkaian penghinaan Islam sejak dahulu lagi iaitu ketika golongan Yahudi dan Zionis berperang dengan Islam dan penghinaan itu mungkin akan terus berlaku hingga akhir zaman.

Mengulas kebiadapan tersebut, Idris yang juga AJK PAS Pusat menjelaskan, walaupun umat Islam berjumlah lebih 1 bilion tetapi mereka tidak ubah seperti `buih di lautan' yang ramai tetapi tidak mempunyai jati diri.

"Golongan umat Islam seperti ini lemah semangat jihadnya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, pagi tadi.

Sehubungan itu DPP Pusat memberi amaran kepada golongan yang menghina umat Islam kerana kesabaran umat Islam ada tahapnya dan mereka akan bangkit menentang segala penghinaan yang dilemparkan bila tahap kesabarannya telah memuncak. - mks.

Tekanan inflasi boleh jejas pertumbuhan ekonomi

Oleh: SUHANA ABDUL MUTALIB

KUALA LUMPUR 13 Mei - Tekanan inflasi yang tidak dikawal boleh menyebabkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia terjejas sehingga menyebabkan pertumbuhan benar yang negatif pada tahun ini, kata ahli-ahli ekonomi.

Menurut mereka, peningkatan inflasi akan menyebabkan perubahan drastik yang negatif terhadap corak kepenggunaan dan perbelanjaan dalam negeri.

Ia seterusnya akan merencatkan pertumbuhan ekonomi memandangkan kira-kira 47 peratus daripada KDNK Malaysia dibentuk oleh kegiatan perbelanjaan pengguna, kata mereka.

Seorang penganalisis ekonomi berkata, kenaikan inflasi akan menyebabkan perbelanjaan pengguna hanya bertumpu kepada barang-barang keperluan semata-mata contohnya makanan, pengangkutan dan komunikasi.

Jelasnya, dengan jangkaan lebih banyak kenaikan harga berlaku dalam jangka pendek dan sederhana, pengguna juga dijangka membuat keputusan untuk menyimpan wang dan mengurangkan perbelanjaan.

``Pengurangan dalam perbelanjaan pengguna kerana sikap berhati-hati, yang diburukkan oleh jangkaan peningkatan inflasi, boleh merencatkan pertumbuhan ekonomi kerana perbelanjaan pengguna mewakili kira-kira 47 peratus KDNK Malaysia.

``Bagaimanapun, semua ini tetap bergantung kepada maklum balas yang diberikan oleh pengguna terhadap semua polisi dan cadangan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menangani isu ini,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas pelaksanaan kempen beli barang murah yang akan dilancarkan minggu depan sebagai langkah drastik kerajaan bagi membendung pesta naik harga berikutan kenaikan harga minyak minggu lalu.

Mulai 5 Mei lalu, harga petrol dinaikkan sebanyak 10 sen kepada RM1.52 seliter manakala harga diesel dinaikkan sebanyak 20 sen kepada RM1.08 seliter.

Tinjauan oleh wartawan Utusan Malaysia di pasar-pasar seluruh negara beberapa hari lalu mendapati harga beberapa jenis barang kawalan seperti gula, beras, telur, susu pekat manis dan ayam naik secara ketara akibat perubahan harga bahan api tersebut.

Sebelum ini, Malaysia diunjurkan mencatat pertumbuhan KDNK antara lima hingga enam peratus pada tahun ini selepas mencatat 7.1 peratus tahun lalu.

Ia bersandarkan anggapan bahawa inflasi tahunan akan meningkat sebanyak 2.5 peratus sahaja.

Bagaimanapun, berikutan penyelarasan harga minyak itu, ahli-ahli ekonomi meramalkan inflasi bagi keseluruhan tahun meningkat sekurang-kurangnya tiga peratus tahun ini.

Ditanya mengenai kempen beli barang murah itu, penganalisis itu berkata, ia hanya akan berjaya jika kerajaan mengeluarkan senarai cawangan atau kedai yang terlibat dalam jualan tersebut di seluruh negara setiap hari.

``Bagaimanapun, saya agak ragu-ragu dengan cadangan ini memandangkan ia akan menambah kos perbelanjaan kerajaan.

``Selain itu, saya juga memikirkan bagaimana pula usaha yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengekang kenaikan harga yang berlaku di pasar malam, warung makan dan restoran? Saya merasakan, kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa terhadap peniaga-peniaga ini,'' katanya lagi.

Sementara itu, Pensyarah Kuliah Ekonomi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Mohd. Nahar Arshad berkata, kadar inflasi yang tinggi akan mengurangkan nilai pendapatan benar individu seterusnya mengundang kemungkinan berlakunya kenaikan kadar faedah.

Katanya, sekiranya situasi itu berlaku, ia dijangka mengurangkan minat orang ramai untuk membuat pinjaman bank yang mana ia seterusnya akan mengurangkan minat pelabur untuk melabur di Malaysia.

``Ekonomi Malaysia mungkin menjunam jatuh sekiranya semua situasi ini berlaku pada tahun ini hanya disebabkan kenaikan dalam harga barangan di pasaran,'' katanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Nahar berkata, kadar inflasi sememangnya mempunyai perkaitan langsung dengan pertumbuhan benar KDNK per kapita dan pertumbuhan penduduk di Malaysia.

``Sekiranya berlaku kenaikan harga barang sedangkan pengeluaran barang tidak berubah ia dijangka akan memberi kesan kepada KDNK per kapita negara,'' katanya.

Beliau menambah, cadangan kerajaan untuk memperkenalkan kempen beli barang murah pula dikhuatiri akan menjejaskan kualiti sesuatu barang tersebut.

Ekonomi Malaysia melonjak ke tangga kelapan

SINGAPURA 13 Mei - Malaysia melompat ke tangga kelapan tahun ini daripada kedudukan ke-16 pada tahun lepas dari segi prestasi ekonomi domestik, demikian menurut satu kaji selidik.

`The World Competitiveness Yearbook 2005' menyatakan, daripada 60 ekonomi yang dikaji oleh pusat latihan perniagaan berpangkalan di Switzerland, IMD, Thailand berada satu tangga di atas Malaysia manakala Perancis dan Belanda masing-masing menduduki tangga ke-9 dan 10.

Kaji selidik tahunan oleh IMD itu mengukur keupayaan negara-negara untuk mewujud dan mengekalkan satu persekitaran persaingan bagi syarikat-syarikat.

Ia menggunakan 314 kriteria dengan data-data dihimpun daripada sumber rasmi dan eksekutif.

Amerika Syarikat menduduki tempat teratas dalam senarai itu diikuti Luxembourg, China, Hong Kong, Singapura dan Ireland.

Bagaimanapun dalam keseluruhan papan mata daya saing ekonomi, Malaysia merosot ke tangga ke-28 daripada kedudukan ke-16 tahun lepas.

Negara jiran, Thailand berada satu tangga di atas Malaysia manakala Korea pula berada di belakang Malaysia dalam keseluruhan papan mata itu.

Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura berada di tiga kedudukan teratas dalam keseluruhan daya saing manakala Venezuela, Indonesia dan Argentina masing-masing berada di kedudukan ke-60, ke-59 dan ke-58.

Negara-negara lain yang berada dalam 10 senarai teratas adalah Iceland, Kanada, Finland, Denmark, Switzerland, Australia dan Luxembourg.

Di rantau Asia-Pasifik, Malaysia berada di kedudukan ke-9 dalam keseluruhan papan mata daya saing itu.

Negara-negara yang berada dalam 10 senarai teratas bagi rantau itu adalah Hong Kong, Australia, Singapura, Taiwan, New Zealand dan Jepun, Thailand dan Korea.

Sementara itu Malaysia berada di tempat ke-10 dalam daya saing di kalangan 30 negara dengan penduduk lebih 20 juta penduduk.

Di kalangan negara dengan pendapatan per kapita kurang daripada AS$10,000 (RM38,000) pula Malaysia berada di tangga ke-5 daripada 24 negara, jatuh daripada kedudukan pertama tahun lepas.

Senarai teratas bagi kategori ini dirampas oleh Chile.

Malaysia berada di kedudukan ke-26 daripada 60 negara dari segi kecekapan kerajaan dan tangga ke-34 dari segi kemudahan prasarana. - Bernama

Israel serang ladang Palestin

KHAN YOUNIS: Tentera Israel menyerang sebuah kilang tepung Palestin di al-Qarara dekat Khan Younis kelmarin, ketika serangan dilaporkan meningkat ke atas sumber makanan dan ekonomi oleh rejim Yahudi termasuk terhadap ladang Palestin.

“Berpuluh-puluh tentera Israel yang lengkap bersenjata menyerbu kilang itu buat kali kedua dan menjadikan kira-kira 40 pekerja di situ sebagai perisai manusia sebelum mengarahkan mereka berhimpun di tingkat dua bangunan enam tingkat itu.

“Mereka memeriksa kad pengenalan kami dan memecah masuk ke bilik stor serta menduduki tingkat lima ketika muncung mesingan mereka diacu ke arah kami.

“Kilang ini terpaksa menghentikan operasinya akibat tindakan itu,” kata salah seorang pekerja di situ semalam.

Laporan mengenai serangan itu berlaku ketika pusat penerangan Palestin melaporkan, semakin banyak serangan dilakukan ke atas ladang dan ternakan pihak Palestin untuk pendatang Yahudi.

Perkhidmatan berita itu melaporkan, baru-baru ini berpuluh biri-biri penduduk Palestin diracun manakala ladang buah zaitun dimusnahkan oleh anasir Yahudi.

Sementara itu, laporan dari Baitulaham menyatakan, dua kelab peguam banduan Palestin mendedahkan, keadaan kesihatan dan layanan terhadap anak guam mereka semakin buruk terutama di penjara Negev dan Atsion.

Peguam, Fawwaz Al-Shaloudi mendedahkan keadaan kesihatan tahanan Palestin, Ra'ed Daraghmah, 23, dari bandar Tobas yang ditahan di penjara Negev semakin buruk.

“Keadaan lelaki itu semakin teruk kerana beliau turut mengalami kecederaan terkena serpihan bom.

Beliau memerlukan pembedahan segera bagi menyelamatkan nyawanya tetapi pihak berkuasa penjara Israel hanya memberikannya ubat tahan sakit,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peguam, Hassan Al-Sheikh, berkata keadaan kesihatan dan mental tahanan Palestin, Salamah Al-Rashaydah, 29, di penjara Atsion semakin serius kerana mengalami sakit belakang teruk dan ditahan bersendirian dalam penjara.

Selain itu, banduan Palestin turut mengadu tentera Israel sering menghina dan mempersendakan Islam serta tidak diberikan makanan serta bekalan perubatan mencukupi. – Agensi

Kontrak DRB-Hicom bina landasan berkembar Rawang-Ipoh ditamatkan

KERAJAAN Malaysia menamatkan kontrak DRB-Hicom Bhd (DRB-Hicom) sebagai kontraktor utama projek rel terbesar landasan berkembar Rawang-Ipoh yang sedang dibangunkannya.

Kerajaan menyingkirkan DRB-Hicom yang bertindak sebagai kontraktor utama projek berikutan masalah kelewatan masa dan kos.

Agensi berita Reuters yang memetik sumber kerajaan sebagai berkata, kerajaan bercadang memberi kerja projek bernilai RM2.6 bilion yang sudah beberapa kali tertangguh, kepada UEM World Bhd.

Sumber itu berkata Kementerian Pengangkutan menamatkan kontrak DRB-Hicom dua minggu lalu.

“UEM diberikan surat hasrat seminggu lalu untuk menyiapkan bahagian projek itu yang belum disiapkan untuk RM1.1 bilion ringgit,” katanya.

DRB-Hicom dikatakan meminta dibenarkan melengkapkan projek itu jika kerajaan membayar RM700 juta bagi memenuhi kos.

“Kerajaan dapat menjimatkan RM400 juta,” kata sumber itu.

Sementara itu penganalisis yang dihubungi Berita Harian berkata kehilangan projek itu memberi kesan agak besar kepada pendapatan DRB-Hicom kerana nilai projek berkenaan yang besar.

DRB-Hicom dalam laporan prestasi kewangannya sebelum ini melaporkan projek landasan itu memberi sumbangan positif kepada pengukuhan operasi kewangan kumpulan sejak ia dimulakan pada Disember 2000.

Penganalisis MIDF Sisma Securities Sdn. Bhd berkata, walaupun agak sukar menentukan jumlah kerugian sebenar, penyingkiran itu mampu mengurangkan pendapatan bersih kumpulan berdasarkan nilai projek itu.

“Ia mungkin mencemarkan reputasi DRB-Hicom kerana dalam bidang pembinaan, keupayaan menepati masa dan kos amat penting,” katanya.

Projek Landasan Berkembar Elektrik Rawang-Ipoh sepanjang 180 kilometer yang menelan belanja RM2.6 bilion hanya dijangka siap sepenuhnya awal 2007.

Ia pada awalnya dijadualkan siap pada 2002 dan kemudiannya ditangguhkan kepada 2006.

Kerja tapak projek itu dilaporkan berada pada tahap 80 peratus pada Mac lalu dan menurut DRB-Hicom, kelewatan menyiapkan projek itu adalah disebabkan beberapa masalah teknikal.

Selain masalah teknikal, antara punca kelewatan termasuk pembinaan trek, cuaca dan keengganan setinggan untuk berpindah.

DRB-Hicom Bhd ialah kontraktor utama projek itu, manakala KTM Bhd bertindak sebagai pengurus projek dan terdapat empat kontraktor kecil yang terbabit iaitu UE Construction Sdn Bhd: Perspec Prime (M) Sdn Bhd, Emrail Sdn Bhd; dan IJM Corp Bhd.

Projek landasan berkembar itu membabitkan antara lainnya pembinaan landasan baru dan menyusun semula landasan sedia ada, menggantikan jambatan kereta api, tahap lintasan jambatan jalan, pembinaan bangunan stesen baru, depoh EMU yang baru dan memperbaharui dan menaik taraf Stesen Ipoh.

Penganalisis itu berkata, penyingkiran itu mungkin mengurangkan peluang DRB-Hicom untuk terbabit dalam projek sama pada masa depan.

“Ia menjejaskan kredibiliti kumpulan dalam bidang pembinaan, justeru DRB-Hicom perlu mengambil langkah segera memulihkan imej jika benar penyingkiran itu dilakukan,” katanya.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan yang dihubungi Berita Harian juga enggan mengulas.

Tambatan ringgit dedah negara kepada inflasi

MALAYSIA masih mampu mempertahankan nilai kadar tambatan ringgit RM3.80 kepada setiap dolar Amerika Syarikat (AS) kerana asas kukuh ekonomi termasuk rizab asingnya yang tinggi.

Bagaimanapun, pakar kewangan percaya tindakan mengekalkan nilai tambatan paras sama sejak diperkenalkan pada September 1998 mendedahkan negara kepada pelbagai risiko terutama tekanan inflasi.

Pakar Ekonomi Standard Chartered Bank (StanChart), Joseph Tan, berkata melihat kepada kelemahan nilai dolar AS, nilai sebenar ringgit kepada mata wang itu sepatutnya berada antara RM3.30 sehingga RM3.50.

“Nilai mata wang dolar AS berkurang sejak tiga tahun lalu, dan sehingga kini ia susut lebih 15 peratus berbanding ringgit.

“Lebih baik jika nilai ringgit dibiarkan ditentukan oleh pasaran, atau sekurang-kurangnya nilai tambatan diturunkan kepada RM3.30 hingga RM3.50 berbanding AS$1 dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita pada taklimat media, di Kuala Lumpur, semalam.

Tan yang berpangkalan di StanChart Singapura berkata, walaupun ramai meragui kemampuan Malaysia mempertahankan dasar tambatan ringgit, hakikatnya negara memiliki nilai rizab mata wang asing yang tinggi.

Katanya, sebagai negara pengeksport minyak, Malaysia mendapat manfaat daripada harga minyak yang tinggi di pasaran global sekarang.

“Langkah kerajaan mempercepatkan pelaksanaan projek prasarana juga mampu meningkatkan kadar pertumbuhan yang diunjurkan antara lima hingga enam peratus tahun ini,” kata Tan.

Bagaimanapun, beliau berkata, spekulator turut mengenal pasti bahawa nilai ringgit ketika ini berada di bawah nilai dan keadaan diburukkan dengan kemasukan ‘wang panas’ secara besar-besaran.

Kemasukan ‘wang panas’ itu berikutan jangkaan ringgit akan dinilai semula sejajar tinjauan semula mata wang Reminbi, China.

Katanya, jika ‘wang panas’ mengalir keluar secara besar-besaran ia akan menyebabkan lebihan cairan dan memaksa perubahan menaik kepada kadar faedah, sekali gus meningkatkan inflasi.

“StanChart mengunjur inflasi akan meningkat kepada tiga peratus tahun ini jika kerajaan tidak mengetatkan dasar kewangan,” kata Tan.

Beliau menganggar ada kira-kira RM100 bilion ‘wang panas’ yang memasuki sistem kewangan negara sejak 12 bulan lalu.

Kira-kira 50 hingga 60 peratus wang berkenaan dialirkan ke dalam aset pendapatan tetap, manakala bakinya ke pasaran ekuiti, kata Tan.

Ikan kembung, cili merah naik RM3

KUALA LUMPUR: Sebahagian lagi harga barangan keperluan harian dilaporkan meningkat semalam berbanding kelmarin walaupun operasi berterusan dilakukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di seluruh negara.

Pemantauan Berita Harian mendapati harga yang meningkat ialah ayam, daging segar tempatan, ikan kembung, ikan tenggiri, udang sederhana, sotong, sawi, kubis bulat, kacang panjang, santan dan telur gred C.

Di ibu kota, tinjauan di Pasar Borong Selayang dan Pasar Chow Kit, di sini, menyaksikan kenaikan paling ketara ialah harga ikan kembung meningkat RM3 daripada RM9 kelmarin kepada RM12 sekilogram (kg) semalam.

Harga cili merah naik RM3 daripada RM4 kepada RM7 sekilo, diikuti harga udang pula naik RM1.50 daripada RM11.50 kepada RM13 sekilo, sotong dan kubis bulat masing-masing naik RM1 daripada RM10 kepada RM11 dan RM2.50 kepada RM3.50 sekilo.

Harga udang, sawi dan kacang panjang masing-masing meningkat 50 sen berbanding kelmarin. Sementara itu, harga ayam naik 10 sen daripada RM5.40 kepada RM5.50 sekilo.

Di JOHOR BAHRU, ikan tenggiri dijual pada harga RM16 berbanding RM15 sekilo kelmarin. Sawi naik RM1 kepada RM3 sekilo sementara santan meningkat 50 sen kepada RM4.

Di SEREMBAN, ikan tenggiri naik RM2 daripada RM17 kepada RM19 sekilo dan di PULAU PINANG, harga telur meningkat satu sen daripada 24 sen kepada 25 sen sebutir.

Di SHAH ALAM, ikan kembung dijual pada harga RM10 berbanding RM8 sekilo kelmarin manakala di MELAKA, cili merah meningkat RM1 kepada RM6 sekilo manakala kacang panjang naik 50 sen daripada RM3 kepada RM3.50 sekilo.

Di KUCHING, harga udang naik RM2 daripada RM26 kepada RM28 sekilo sementara ikan kembung dijual pada harga RM5 berbanding RM4.50 sekilo kelmarin.

Di KOTA KINABALU, harga ikan tenggiri jatuh RM2 kepada RM10 sekilo dan daging tempatan turun 50 sen kepada RM13.50 berbanding RM14 kelmarin.

Di ALOR STAR, bawang besar dijual pada harga RM1.50 iaitu jatuh 30 sen berbanding RM1.80 sekilo.

Rata-rata peniaga didapati masih tidak meletakkan tanda harga dan perbuatan mereka itu menyukarkan pembeli mengetahui harga sebenar.

Dr Zainul perjelas krisis kepemimpinan UPM

PUTRAJAYA: Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Tan Sri Dr Zainul Ariff Hussain, mengadakan perjumpaan dengan wakil tiga persatuan kakitangan universiti itu bagi menjelaskan krisis kepemimpinan UPM.

Perjumpaan itu dihadiri wakil Persatuan Pegawai Akademik UPM (PPAUPM), Kesatuan Pegawai Am UPM (Kepertama) dan Persatuan Pegawai Tadbir UPM (PPUPM).

Seorang Exco Kepertama berkata, Dr Zainul mengambil masa lebih sejam untuk menjelaskan secara terperinci hasil mesyuarat Lembaga Pengarah UPM (LPU) mengenai hubungan Naib Canselor, Prof Datuk Dr Muhamad Zohadie Bardaie dengan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Shafie Salleh dan Dr Zainul sendiri.

“Kita akan menjelaskan hasil taklimat ini supaya semua warga universiti mendapat gambaran sebenar apa yang sedang berlaku di UPM.

“Warga UPM berharap krisis ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Berita Harian sebelum ini melaporkan, Dr Zainul yang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UPM pada pertengahan tahun lalu, mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan krisis Dr Muhamad Zohadie dengan Dr Shafie.

Kontrak Dr Muhamad Zohadie sebagai Naib Canselor berakhir April tahun depan tetapi Dr Shafie menyatakan beliau sebagai Menteri Pengajian Tinggi mempunyai kuasa mutlak untuk melantik atau memecat naib canselor atau rektor 17 universiti dan kolej universiti awam.

Dr Shafie juga dilaporkan berkata, beliau akan bertindak berdasarkan nasihat Lembaga Pengarah UPM untuk menyelesaikan krisis kepemimpinan universiti itu.

Krisis antara Dr Muhamad Zohadie dengan Dr Shafie bermula selepas pelantikan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UPM, Prof Dr Nik Mustapha Raja Abdullah dan dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof Madya Dr Azali Mohamed, tahun lalu.

Kedua-dua Timbalan Naib Canselor itu dikatakan bukan nama yang dicalonkan Dr Zohadie dan Persatuan Pegawai Akademik UPM membantah pelantikan mereka.

Baru-baru ini pula, UPM menghantar memorandum kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk merayu menarik semula keputusan memindahkan program kejuruteraan aeroangkasa ke Universiti Kebangsaan Malaysia.

Di SERDANG, Presiden PPAUPM, Prof Madya Dr Mansor Ahmad dan Presiden PPUPM, Ruslan Mohammad, dalam kenyataan bersama mengesahkan kedua-dua wakil persatuan itu dipanggil Dr Zainul Ariff bagi menjelaskan isu berkenaan.

“Kami dimaklumkan LPU tidak pernah mengadakan mesyuarat khas untuk mendesak Prof Muhamad Zohadie meletakkan jawatan sebagai Naib Canselor UPM,” katanya.

Sehubungan itu, PPAUPM dan PPUPM berharap isu itu tidak diperbesarkan lagi supaya pengurusan dan pentadbiran UPM dapat berjalan dengan harmoni.

Sementara itu, Prof Muhamad Zohadie yang ditemui selepas Majlis Anugerah Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi UPM, berkata lebih baik beliau berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Mengulas kenyataan yang dikeluarkan PPAUPM dan PPUPM, beliau berkata, ia dikeluarkan oleh komponen UPM dan bukan beliau.

Prof Muhamad Zohadie bagaimanapun, berkata Dr Zainul Ariff tetap pengerusi LPU dan hubungan mereka tidak ada masalah.