Monday, April 16, 2007

Ahli Parlimen Pergunakan Anak Bagi Memperkukuhkan Sokongan Politik?

Oleh pemudatitiwangsa

Program Akademik Fantasia yang kini masuk tahun ke Lima sering mengundang bantahan dan kritikan masyarakat.

Konsep undian SMS yang banyak mendapat bantahan dari ahli Parlimen Malaysia seharusnya di ambil perhatian serius termasuk kalangan ahli Parlimen itu sendiri.

Selain itu, konsert yang dianjurkan melalui program ini juga telah menyebabkan rakyat terlalu asyik dengan hiburan sehingga banyak menghabiskan masa dan wang ke arah ini.

Kehendak rakyat agar program-program yang lebih bermanfaat diperbanyakkan telah ditolak ketepi semata-mata untuk memastikan poket pemilik media hiburan tanahair sentiasa penuh.

Paling dikesali adalah sikap pemimpin BN sendiri yang mengalakan program ini dengan penyertaan anak mereka seperti Dafi iaitu anak kepada YB. Datuk Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang baru-baru ini kecoh menghentam blogger.

Beliau sebagai pemimpin seharusnya menjadi contoh kepada rakyat agar memastikan anak beliau menjadi model pelajar yang baik bukan sebagai penyanyi.

Kenapa ahli Parlimen pun berfikiran sempit dan rela menuruti kehendak anak mereka untuk menjadi artis sedangkan banyak lagi aktiviti kemasyarakatan yang boleh mereka lakukan dan ajarkan pada anak-anak mereka.

Adakah YB. Ismail Sabri cuba mengambil peluang ini untuk meningkat pengaruh undi dan penyokong beliau yang mana kita tahu bahawa umat Melayu kini dilanda krisis kemaruk hiburan yang melampau.

Seharusnya kerajaan memainkan peranan yang lebih agreasif bagi memastikan dunia hiburan negara terkawal dan tidak merosakkan anak bangsa. Kebanjiran program hiburan didapati telah memberikan kesan kepada beberapa sektor dalam negara khususnya dalam soal buruh yang menyebabkan terlalu banyak pengangguran geseran.

Ini disebabkan oleh ramainya anak muda yang mengambil jalan pintas menyertai program realiti hiburan bagi mendapatkan kesenangan dan pekerjaan yang hakikatnya hanya seorang dua sahaja yang berjaya. Bakinya, mereka terpaksa berusaha untuk bermula semula kerana ada kalangan mereka yang berhenti kerja atau gagal menumpukan perhatian pada pengajian kerana sibuk untuk mengejar dunia glamour.

Selain itu, pembaziran wang melalui SMS yang dihantar banyak berlaku dan ini hanya menguntungkan syarikat telekomunikasi dan merugikan rakyat sendiri.

Kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi membendung kebanjiran program realiti hiburan agar penumpuan terhadap pembinaan modal insan dapat dilakukan dengan baik.

4 Comments:

At 11:44 AM, Anonymous Anonymous said...

setiap manusia ada hak! kenapa hendak menafikan hak. Kalau sayapun, saya tak akan halang anak saya untuk mengikuti apa yang dia mahu asalkan perkara itu bukannya melanggar hukum ALLAH SWT terutama najis dadah & penzinaan. Kalau anda rasa cara Dafi berpelukan dengan penari tersebut mengundang kemurkaan ALLAH swt, kepana komen Ogy anad tidak ambil kira? Katanya "rangkul betul2, dik" Bukankah itu membawa kepada kemurkaan ALLAH? Jika dari segi persembahan untuk hiburan, itu adalah betul. Bagaimana pula dengan Heliza yang bertudung tapi terlonjat2?
Kemasukan Dafi ke AF, bagi saya bukan untuk mengukuhkan politik Datuk Sabri. Itu adalah hak anak beliau.

 
At 6:20 PM, Anonymous Anonymous said...

memang la ade hak!kalau dah berpelukan tu hak apebenda lagi??saya rasa awak ni balci datuk sabri ni..kuat nye sokongan ade masyhuk ka poket?berape datuk bagi buat komen ni???

 
At 7:16 PM, Anonymous Anonymous said...

psl dafi berpelukkan...
sbb dafi di pakse oleh pihak af...
pe menjadi masalahnye???
salahkan lah pihak astro...

 
At 7:34 PM, Anonymous Anonymous said...

'memang la ade hak!kalau dah berpelukan tu hak apebenda lagi??saya rasa awak ni balci datuk sabri ni..kuat nye sokongan ade masyhuk ka poket?berape datuk bagi buat komen ni???'

KO NIE MESTI ORG PAS KAN???
ALA...
PAS BENCIKAN ORG WAT MASIAT LA KONON...
PERANGAI PAS TGK DULU AR...
WAT KECOH KAT PERAK...
PECAH KAN KERETA MENTERI OR AGUNG...
X SEDAR...
KURANG AJAR PAS PKR...
MEMALUKAN NEGARA JE...
NIE LAH PKR N PAS...
KURANG AJAR...

 

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com