Thursday, April 12, 2007

OPERASI JEJAK ADIK MUHAMAD NAZRIN

Oleh Mohd Shahraini Abu Sahid, Setiausaha Unit Amal DPPWP

KUALA LUMPUR - Atas dasar tanggungjawab dan perihatin terhadap kesusahan yang menimpa keluarga En. Syamsul Ghazali yang kehilangan anak sulungnya iaitu Muhamad Nazrin mendorong Unit Amal DPPWP menjalankan operasi menjejaki kanak-kanak tersebut pada hari Ahad yang lalu bersamaan 8 April dibeberapa kawasan utama di ibukota seperti Chow Kit, Kg. Baru, beberapa kompleks membeli-belah yang berdekatan dengan Kompleks Sogo dan Masjid India.

Menurut pengarahnya Sdr Saripudin Mohd Yatim, Unit Amal DPPWP akan menjejaki Muhamad Nazrin di lorong-lorong gelap yang menjadi kegiatan pelacuran, dadah dan maknyah yang kebanyakan orang awam tidak berani melalui kawasan tersebut.

" Sebenarnya diawal kehilangan Muhamad Nazrin, saya merasa cukup terharu dan sekadar bersembang dengan sahabat-sahabat Unit Amal yang lain dan saya telah berkata bahawa kita perlu buat sesuatu. Ketika itu, beberapa anggota Unit Amal DPPWP yang bertugas sebagai keselamatan menjaga pejabat Agong PAS Pusat telah menerima poster kehilangan adik Muhamad Nazrin yang diedarkan oleh keluarga En Syamsul dan sehingga hari Jumaat 6 April lalu ketika kami bertugas sebagai keselamatan dalam himpunan membantah tindakan biadap parti Gerakan yang mengusulkan supaya mufti Perak dipecat di Masjid Kg Baru, saya telah berbincang dengan anggota Unit Amal dan saya telah membuat keputusan bahawa Unit Amal perlu menjalankan operasi jejak adik Muhamd Nazrin. Walaupun agak kelewatan operasi yang ingin kami jalankan, tapi memandangkan jejak Muhamad Nazrin tidak dapat dijumpai, maka kami telah sepakat untuk membantu sekadar yang kami mampu."

Seramai 16 orang anggota Unit Amal DPPWP dan seorang wakil pemuda PAS yang datang dari Serdang dan seorang lagi daripada pemuda PAS kawasan Batu telah bersama-sama menyertai operasi ini. Operasi ini dimulakan pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang. Lebih kurang 300 poster adik Muhamad Nazrin telah dicetak untuk diedarkan kepada orang ramai selain menampal poster tersebut ditempat umum. Walaupun tiada tanda-tanda pertemuan dengan adik Muhamad Nazrin, operasi ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan orang awam supaya lebih perihatin terhadap nasib yang menimpa keluarga En Syamsul. Diharap semua pihak dapat terlibat dan beri kerjasama sekiranya berlaku lagi kejadian seumpama ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com