Thursday, April 12, 2007

Terengganu Kini Bertukar Menjadi Darul Pondan

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan takziah kepada Kerajaan Negeri dan rakyat Terengganu yang kini mengalami masalah peningkatan golongan ‘pondan' atau lebih lembut lagi disebut sebagai ‘Mak Nyah.

Laporan akhbar Kosmo bertarikh 12 April 2007, telah memetik pengakuan rasmi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan Negeri, YB. Datuk Rosol Wahid yang mengesahkan peningkatan gejala yang tidak sihat ini di negeri Terengganu.

“Nampaknya sudah ada trend di kalangan remaja di negeri ini menjadi Mak Nyah. “

Tambah beliau lagi;

“Antara punca fenomena ini berlaku adalah disebabkan oleh pengaruh perwatakan lelaki lembut yang sering ditonjolkan oleh selebriti”

DPPWP bersetuju dengan pandangan beliau bahawa pengaruh selebriti lembut ini telah banyak mempengaruhi para remaja masa kini. Media massa, terutamanya saluran televisyen dan radio telah banyak mempromosikan golongan ini sama ada sebagai pengacara, artis, atau pesonaliti media.

Mereka diberikan ruang seluas-luasnya untuk menampilkan bakat dan pesonaliti lembut mereka yang kadang kala seperti dibuat-buat. DPPWP melihat bahawa Kerajaan BN Negeri Terengganu turut bersama dengan mereka bagi mempromosikan golongan ini.

Program Perkampungan Islam Hadhari di Terengganu sebenar adalah satu penipuan massa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi memikat rakyat. Hakikatnya, program tersebut jika dilakukan di negeri lain, ianya dipanggil Karnival Jom Heboh yang dahulunya dikenali sebagai Sure Heboh. Di sinilah Kerajaan Negeri bersekongkol dengan pihak media dan artis bagi mempromosikan selebriti lembut ini seterusnya merosakan belia dan remaja Terengganu.

Bagi DPPWP, fenomena Mak Nyah ini bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana ia sudah lama bertapak di Kuala Lumpur, negeri yang ditadbir oleh suku sakat BN Negeri Terengganu sejak sekian lama. Inilah suku sakat yang menjadi duri dalam daging dan tidak pernah ikhlas dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Kini kudis dan kejelekan ini telah merebak ke Pantai Timur melalui Gelombang Biru yang akhirnya menyebabkan sebuah Negeri yang Kerajaannya terlalu taksub dengan slogan Islam Hadhari bertukar menjadi Darul Pondan.

Hadharah Islamiah di tolak ke tepi, Al-Ghazali terus di cari, malangnya Pondan Hadharah pula yang muncul.

Dahulu rakyat Terengganu bangga dengan perkataan Darul Iman di belakangnya kini mereka harus malu kerana kesilapan mereka yang memilih pemimpin yang lemah dan banyak membawa kemaksiatan ke negeri tersebut.

Oleh itu, DPPWP menyeru agar rakyat Terengganu bangkit sebelum anak-anak anda juga menjadi Mak Nyah, seterusnya memalukan seluruh kaum kerabat dan suku sakat anda.

sedar bahawa memang ada manusia yang dilahirkan dengan jiwa yang lembut walau pun hakikatnya mereka itu adalah lelaki, tetapi mereka seharusnya memahami fitrah semulajadi dan tidak terlalu mengikutkan naluri serta nafsu semata-mata.

Tindakan penjara yang dilakukan oleh Kerajaan BN sekarang terhadap golongan ini turut diakui gagal untuk menyelesaikan masalah ini. Mereka sudah kekontangan idea untuk membanteras gejala ini. Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan untuk membantu mereka dan DPPWP yakin bahawa PAS Negeri Terengganu mampu melakukannya.

DPPWP berharap agar rakyat Terengganu belajar dari pengalaman ini, dan bangkit membuat perubahan dalam Pilihanraya akan datang jika tidak mahu negeri anda digelarkan TERENGGANU DARUL PONDAN buat selamanya.


Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

2 Comments:

At 2:18 PM, Anonymous Anonymous said...

Darul pondan dari masa PAS lagi berlambak-lambak tak didedahkan kerana takut pengundi lari dasar gila kuasa...Kalau bukan orang terengganu jangan nak buat berita bukan-bukan Bodoh mung nih tak reti base.....dok caro hok ore...baso bengong mungkin jugak beso langgan kot

 
At 9:09 AM, Blogger imran said...

kenapa seringkali kita lihat pondan2 dimerata2 tempat.... kerana tomboi2 dah bersepah2... kalu perempuan jadi lelaki, sapa lak nak kawin dengan dia.... ha!!! si pondan nilah yang sesuai jadi pasangan hidupnya... sipondan duk rumah jaga anak basuh baju.. yg tomboi lak g keja kontrek la nampaknya

 

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com