Kerajaan diminta bebas tahanan ISA lebih dua tahun
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Parlimen Mengenai Hak Asasi Manusia semalam meminta kerajaan membebaskan segera tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ditahan lebih dua tahun.
Pengerusi majlis itu, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata tahanan itu tidak harus diberi perintah untuk ditahan selama dua tahun lagi kerana ia tidak adil kepada mereka.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Nazri berkata, delegasi majlis itu sudah melawat pusat tahanan pada 17 Jun lalu dan menemui 115 tahanan serta bertanyakan masalah mereka.
Anggota delegasi lain ialah Ketua Pembangkang Lim Kit Siang, M Kula Segaran (DAP-Ipoh Barat), Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam), Dr Rahman Ismail (BN-Gombak) dan Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut).
“Kebimbangan utama kesemua tahanan itu ialah mengenai kebebasan mereka khususnya ketidaktentuan tempoh penahanan,” kata Nazri yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Seramai 39 orang ditahan lebih tiga tahun manakala 25 orang antara dua dan tiga tahun.
Nazri berkata, tahanan juga mengadu mengenai hukuman berterusan dan layanan teruk oleh pihak berkuasa berikutan kejadian rusuhan di pusat berkenaan pada 8 dan 9 Disember lalu.
Majlis itu turut mengesyorkan warga asing yang ditahan mengikut ISA dihantar balik ke negara asal tanpa sebarang kelewatan kerana mereka harus dikendalikan oleh kerajaan negara masing-masing.
Buat masa ini, ada 14 warga Indonesia, tiga masing-masing dari Singapura dan Filipina serta seorang warga Sri Lanka ditahan di Kem Tahanan Kamunting, Taiping, kerana sebahagian besar atas pembabitan dalam aktiviti keganasan.
Nazri berkata, majlis itu menerima 15 memorandum daripada tahanan ISA dan mereka akan mengatur satu mesyuarat dengan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan pegawai Jabatan Penjara untuk mendapatkan maklum balas.
Ditanya sama ada majlis itu yakin untuk mendapatkan maklum balas positif daripada kerajaan selepas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) gagal sebelum ini, Nazri menjelaskan isu itu harus diteruskan.
“Kami rasa peluang adalah lebih baik kerana kerajaan juga melihat laporan Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia. Kami perlu mengambil kesempatan daripada itu,” katanya. – Bernama

0 Comments:
Post a Comment
<< Home