Tuesday, February 28, 2006

KENAIKAN TARIF ELEKTRIK : BUKTI KERAJAAN TIDAK PRIHATIN

Kenyataan Media DPPP :

Hari ini sekali lagi rakyat dibuktikan bahawa pilihan mereka untuk memberi mandat besar kepada UMNO/BN di dalam pilihanraya yang lalu adalah satu kesilapan. Natijahnya rakyat kini berhadapan dengan keputusan dan tindakan kerajaan yang membelakangkan kepentingan mereka. Terbaru, rakyat dibebankan pula dengan keputusan ‘bijak dan prihatin’ kerajaan untuk menaikkan tarif harga elektrik. Bagi Dewan Pemuda PAS Pusat ( DPPP ) walau apa pun alasan yang diberikan tindakan menaikkan tarif harga elektrik ini merupakan satu bentuk kezaliman. Disaat rakyat menantikan tindakan proaktif kerajaan bagi menangani permasalahan inflasi yang cukup membebankan ketika ini, pengumuman kenaikan tarif harga elektrik adalah khabar yang cukup mengecewakan.

Pendirian DPPP secara tegasnya menolak kenaikan ini. Bagi DPPP keputusan dan tindakan ini merupakan bukti kegagalan kerajaan pimpinan UMNO/BN dalam mentadbir urus negara. Tindakan ini juga membuktikan kegagalan kerajaan dalam mengurus hasil mahsul negara untuk kepentingan rakyat. Malah lebih daripada itu tindakan ini juga membuktikan kegagalan dasar-dasar kerajaan yang selama ini begitu dibanggakan.

Pembuktian ini juga secara jelasnya menunjukkan bahawa orientasi kerajaan kini tidak lagi kepada usaha untuk memberi kemudahan dan kesenangan kepada rakyat tetapi lebih kepada untuk ‘mengenyang dan membuncitkan’ segelintir mereka yang dianugerahkan dengan projek-projek milik rakyat melalui dasar penswastaan.

Jelas sekali kini kebimbangan dan kegelisahan rakyat terhadap perlaksanaan beberapa dasar-dasar kerajaan akan memberi impak negatif kepada mereka adalah berasas. Perkembangan muktahir yang memperlihatkan kerajaan kerap kali membelakangkan kepentingan rakyat dalam keputusan dan tindakan mereka adalah bukti yang jelas. Dalam pelbagai isu seperti kenaikan tol, kenaikan harga minyak, kenaikan tarif harga air dan banyak lagi rakyat bukan sahaja dinafikan kepentingan mereka malah ditindas dan dizalimi atas nama demi kepentingan negara.

Begitu juga halnya bagi perkara yang berbangkit berkenaan pengagihan hasil kekayaan negara, hak dan kepentingan rakyat seringkali dinafikan. Malah dalam banyak hal kerajaan dilihat berlaku tidak adil dalam pengagihan kekayaan ini. Sebagai contoh kerajaan dilihat begitu ‘prihatin’ menggunakan jutaan ringgit duit rakyat bagi membail out syarikat-syarikat milik kerajaan yang telah ditenatkan oleh mereka yang sepatutnya memajukannya. Malah bukanlah menjadi rahsia lagi bagaimana jutaan ringgit keuntungan Petronas seringkali disedut bagi menyelamatkan segelintir mereka ini.

Lihat sahaja bagaimana projek Menara Berkembar diselamatkan sehinggakan Petronas yang tidak pernah terlibat didalam sektor hartanah terpaksa melakukannya. Tetapi mengapa di dalam hal yang melibatkan kelansungan hidup rakyat yang kian hari kian terhimpit dalam arus pembangunan, sikap prihatin kerajaan tidak wujud.

Mengapa apabila rakyat membangkitkan tentang keuntungan Petronas yang boleh diagihkan bagi membantu mereka kerajaan ‘menjegil mata’ dan memberikan pelbagai alasan. Bagi DPPP ini adalah suatu yang amat mengecewakan. Sebuah kerajaan yang dikatakan menepati aspirasi rakyat sewajarnya melihat kepentingan rakyat sebagai perkara utama, bukan meletakkannya ditempat terbawah di dalam prioriti mereka.

Inilah persoalan yang menghantui rakyat ketika ini. Persoalan tentang dimana jutaan ringgit duit rakyat dari cukai yang sentiasa meningkat, dari tol yang tidak pernah turun, dari keuntungan Petronas yang dibangga dan diuar-uarkan, disaat dan ketika rakyat begitu memerlukannya ? dan persoalan yang lebih penting kini ialah mengapa...mengapa kerajaan yang mereka dokong ketika melalui saat-saat getir ekonomi dan politik kini mengkhianati mereka sendiri ?

Atas kesedaran ini DPPP mengajak rakyat untuk bersama-sama bangkit untuk mempertahankan hak. DPPP mengajak rakyat untuk mempamerkan batahan mereka terhadap tindakan kerajaan menaikkan tarif harga elektrik. Gantungkan banner, edarkan risalah, kirimkan kad, poskad, email, telegram tujukan kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri sebagai ekspresi bantahan kita terhadap tindakan zalim ini. Suara kegelisahan rakyat perlu dijeritkan kepada pemerintah yang pekak dan buta akan nasib dan keperluan rakyatnya.

Sekali DPPP pertegaskan tindakan ini adalah zalim. Maka DPPP mengingatkan kepada semua pihak agar tidak menjadi balaci murahan kepada kerajaan untuk tampil dengan segala alasan, bukti dan sebagainya untuk mewajarkan kenaikan tarif elektrik ini.

“GERAKAN RAKYAT MEMBANTAH KENAIKAN TARIF HARGA ELEKTRIK”

Mazlan bin Aliman
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

MEMO Kepada Biro Tatanegara Oleh Dewan Pemuda PAS Pusat

BIRO TATANEGARA : AGEN PROVOKASI DAN PROPAGANDA ?

PENDAHULUAN ( PENDIRIAN DAN PRINSIP )

Secara prinsipnya Dewan Pemuda PAS Pusat ( DPPP ) menyokong pada setiap usaha dan tindakan yang mendorong kepada :-

1. Pemupukkan rasa cinta, kasih dan sayang kepada agama, negara dan bangsa.
2. Pemupukkan dan penyemarakkan semangat patriotisme dikalangan rakyat negara ini.
3. Pembinaan masyarakat Melayu yang berdaya maju dan berdaya saing.

Ini adalah prinsip yang jelas dipegang teguh oleh DPPP. Malah kerana kejituan prinsip inilah juga DPPP kerap kali dengan beraninya bangkit secara vokal dan aksi dalam beberapa isu yang melanda negara ini, lebih-lebih lagi pada isu yang melibatkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pimpinan kerajaan. Malah kerana keberanian itulah juga bukan sedikit daripada pimpinan dan ahli DPPP di’rehat’kan samada di penjara mahupun di ‘Resort Kemunting’. Bagi DPPP ianya adalah cerminan kepada perasaan cinta, kasih dan sayang kepada agama, negara dan bangsa. Ianya juga adalah kemuncak kepada semangat patriotisme, memberi yang terbaik untuk mempertahankan maruah agama, negara dan bangsa. Ini adalah prinsipnya. Bertitik tolak daripada inilah DPPP secara tegasnya menyatakan bahawa kenyataan memorandum ini :

1. Tidak menyentuh atau berbangkit tentang penolakan DPPP kepada usaha bagi memupuk semangat patriotisme dikalangan rakyat.

2. Ianya juga tidak menyentuh atau berbangkit tentang penolakan DPPP kepada usaha bagi menyemarakkan rasa cinta, kasih dan sayang kepada agama, negara dan bangsa.

3. Kenyataan memorandum ini juga tidak menyentuh dan berbangkit tentang penolakan DPPP terhadap usaha untuk membangunkan masyarakat Melayu dinegara ini.

Malah secara simboliknya memorandum ini dengan sendirinya adalah cetusan daripada semangat patriotisme DPPP dan ianya juga luahan rasa cinta, kasih dan sayang DPPP kepada agama, negara dan bangsa.

ASAS KEPADA MEMORANDUM

Memorandum ini diasaskan atas laporan dan aduan ‘keterlanjuran terancang’ Biro Tatanegara ( BTN ) dalam penganjuran dan pengendalian kursus, latihan dan kem mereka. Keterlanjuran ini sesuatu yang menyentuh kepada :

1. Modul latihan yang dilihat dengan sengaja membangkitkan persoalan isu perkauman yang melampau dan tidak berasas. Kesannya timbul perasaan curiga dan ketidakpuashatian sesama kaum yang mampu menjadi “time bomb” kepada permasalahan yang lebih serius;ketegangan kaum.

ISU PERKAUMAN DALAM PROSES LATIHAN.

1. Petikan daripada salah satu modul sessi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang digunakan oleh Jurulatih (Fasilitator) Bertauliah BTN dalam satu Bengkel Kepimpinan &Pengurusan Persatuan Belia ( Peserta terdiri daripada pimpinan dan ahli persatuan belia sepenuhnya berbangsa Melayu ) :

Senario yang diberikan

a. Sepasang suami isteri – tinggal disebuah kampung – suatu petang bersiar-siar dipantai, jumpa orang tua – pinjam sampan – pergi ketengah laut – leka – sampan pecah dipukul ribut – Uda terdampar di pulau lain – Dara di pulau lain – sedih – Juragan Cina ( Ah Chong ) datang naik tongkang – simpati pada Dara – minta ganjaran iaitu menyerah kehormatan – cari Uda – jumpa – marah pada Dara – tolak Dara – kena batu – Ah Chong dan Uda bertengkar. Datang Muthu, bunuh kedua-duanya sekali.

Di dalam ulasan antara falsafah yang disampaikan oleh fasilitator ialah :

a. Terdapat watak manusia ( merujuk kepada watak Ah Chong ) yang pentingkan diri sendiri. Pertolongan yang diberi tidak ikhlas. Terdapat udang disebalik batu, lintah darat, mengambil kesempatan daripada kesusahan orang lain.

2. Di dalam satu sessi ceramah motivasi pada program Motivasi Kepimpinan ( melibatkan peserta pimpinan dan ahli persatuan belia ) penceramah yang merupakan Jurulatih ( Fasilitator ) Bertauliah BTN membangkitkan tentang bahawa satu hari nanti jika orang Melayu tidak bersatu ( pastinya merujuk kepada bersatu di dalam UMNO ) mereka akan diinjak oleh C_ _ _ .

3. Dalam satu program anjuran BTN diatas nama Kursus Kenegaraan yang diadakan disebuah kem BTN, khusus untuk pekerja sebuah agensi kerajaan ( kursus wajib dibawah Sistem Saraan Malaysia ) jurulatih atau fasilitator dalam satu sessi LDK mengaitkan orang-orang C_ _ _ sebagai komunis.

Jelas sekali di dalam contoh-contoh di atas satu gambaran buruk diberikan kepada suatu kaum. Gambaran buruk sebegini adalah sesuatu yang keterlaluan dan mampu mencetuskan permasalahan yang lebih serius dimasa hadapan.

JANGAN BERMAIN API !
Bagi DPPP ianya merupakan sesuatu yang amat dikesali, BTN sebagai sebuah agensi kerajaan yang diberikan peranan dan tanggungjawab yang begitu luas bagi menjalankan aktiviti dan program ke arah membentuk masyarakat yang berjiwa patriot, serta terpupuk rasa cinta, kasih dan sayang kepada agama, negara dan bangsa tetapi pada hakikatnya melihat perspektif patriotisme itu dari sudut yang amat sempit dan bias. Lebih menyedihkan BTN kini dilihat oleh sebahagian rakyat negara ini sebagai kelompok cauvinis Melayu yang diperkudakan oleh UMNO sebagai agen provokasi dan propaganda.

Tegas DPPP jangan bermain api ! Persoalan hubungan kaum adalah isu sensitif yang perlu ditangani secara matang dan berhati-hati. Persoalan hubungan kaum ini bersangkut secara terus kepada perpaduan dan keharmonian negara ini, maka adalah suatu tidakan yang tidak wajar sama sekali, di dalam apa cara sekali pun ianya dijadikan hujah retorik oleh mana-mana individu mahupun kumpulan, lebih-lebih lagi agensi di bawah kerajaan. Malah ianya menjadi satu polisi yang amat tegas diamalkan oleh kerajaan.

Persoalannya mengapa di dalam hal ini BTN dilihat begitu berani untuk menggunakan logik lucah dan dangkal ini dalam modul latihan mereka. Jelas sekali sudah sampai masanya BTN itu sendiri disemak dan dinilai semula kerelevanan fungsi dan peranannya. Untuk itu DPPP menggariskan perkara-perkara dibawah sebagai desakan yang perlu kepada tindakan segera :-

1. Penyemakan semula modul latihan BTN perlu dilakukan. Modul BTN perlu dibersihkan sepenuhnya daripada:

o Unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman
o Unsur-unsur propaganda UMNO.
o Penekanan modul latihan perlu menekankan kepada melahirkan individu yang mampu untuk membuat penilaian sendiri, tegas dalam pendirian, teguh semagat patriotisme dan mantap peribadinya.

2. Fungsi dan peranan BTN perlu dihadkan. Penghadan fungsi dan peranan BTN bertujuan untuk memastikan tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan fungsi dan peranan mereka. Di dalam situasi seperti yang ada ketika ini BTN dilihat begitu mudah diperalatkan sebagai alat politik dan agenda peribadi pihak tertentu.

3. Program wajib BTN untuk golongan mahasiswa perlu dimansuhkan kerana ianya tidak lagi relevan lagi dengan wujudnya Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ). Ianya juga sesuai dengan status universiti sebagai sebuah autonomi yang membentuk generasi intelektual.

4. Kaedah pemilihan, latihan dan pentauliahan jurulatih-jurulatih ( fasilitator ) BTN perlu di dedahkan dan dilakukan secara telus. Kepincangan BTN kini dilihat banyak berpunca daripada sistem pentauliahan jurulatih ( fasilitator ). Jurulatih tauliahan BTN dilihat bebas menggunakan modul latihan tanpa pemantauan, ini secara tidak langsung dilihat mendedahkan BTN untuk dijadikan alat untuk kepentingan UMNO.

Kedudukan BTN dibawah Jabatan Perdana Menteri dengan fungsi yang begitu luas, menjadikan BTN sebuah agensi yang penting. Penglibatan BTN dalam proses penilaian penjawat awam ( Kursus Kenegaraan ), mahasiswa ( Kursus Bina Negara Mahasiswa ), remaja ( Kursus Bina Sahsiah Remaja ) dan banyak lagi menjadikan ia sebuah agensi yang mudah terdedah kepada salah laku amalan. Bagi mengekang semua ini samada yang telah, sedang atau pun akan berlaku suatu tindakan konkrit dan tegas perlu dilakukan. DPPP mendesak sebelum keterlanjuran yang telah berlaku menjadi parah dan mengundang sesuatu yang buruk kepada rakyat dan negara maka proses penilaian semula terhadap fungsi dan peranan BTN perlu disegerakan. Sekiranya jelas kewujudan BTN ini lebih kepada menjadi perkakas politik dan agenda individu maka tindakan terbaik yang perlu dilakukan kerajaan ialah dengan sama sekali memansuhkannya.

Mazlan bin Aliman
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Minyak Naik : Pak Lah Perlu Letak Jawatan

Kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen, bermula pada pukul 12 tengah malam tadi (28 Februari 2006) benar-benar menjadi mimpi buruk buat rakyat Malaysia. Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) dan ramai pihak sememangnya telah menjangkakan perkara ini berlaku menjelang awal bulan Mac ini, namun Jabatan Perdana Menteri telah mengumumkan perkara ini lebih awal, berkuatkuasa pada hari ini.

Berikutan pengumuman itu, harga baru seliter petrol RON 97, petrol RON 92 dan diesel bagi Semenanjung masing-masing kepada RM1.92, RM1.88 dan RM1.58.1, berbanding harga pada 1 Februari iaitu RM1.62, RM1.58 dan RM1.28.1. Harga baru petrol di Sabah, masing-masing RM1.90, RM1.88 dan diesel RM1.58.4, manakala di Sarawak masing-masing kepada RM1.91, RM1.88 dan RM1.57.8

Harga baru LPG bagi Semenanjung ialah RM1.75 berbanding RM1.45 sebelum ini, manakala Sabah dan Sarawak pula RM1.83 berbanding harga lama RM1.53.

Seperti yang dinyatakan oleh Berita Harian pada hari ini ;

"Kali terakhir kerajaan menaikkan harga runcit barangan petroleum ialah pada 31 Julai 2005 iaitu petrol sebanyak 10 sen seliter, diesel sebanyak 20 sen seliter dan LPG sebanyak 5 sen sekilogram."

DPPWP berasa kesal dengan tindakan pihak kerajaan BN yang cuba mempermainkan rakyat dan cuba melepaskan tanggungjawab mereka terhadap rakyat. Kerajaan masih mengungkit soal subsidi yang selayaknya adalah hak kepada semua rakyat yang membayar cukai.

Menurut kenyataan dari Jabatan Perdana Menteri, harga runcit barangan petroleum ini dinaikkan kali ini kerana pada 2005 jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan ialah RM 7.41 bilion, manakala pengecualian cukai pula berjumlah RM7.85 bilion.

JPM juga menyebut, beban tanggungan subsidi dan pengecualian cukai bagi tempoh Januari hingga Februari 2006, masing-masing sebanyak RM1.19 bilion dan RM 1.44 bilion.

Adakah perlu pihak kerajaan membangkitkan perkara ini, sedangkan itulah sebahagian dari tanggungjawab utama Kerajaan BN yang diamanahkan mentadbir negara ini.

JPM juga cuba mengugut rakyat dengan mengeluarkan kenyataan bahawa;

"Jika tanpa subsidi dan pengecualian cukai oleh kerajaan, harga runcit RON97, RON92, diesel bagi Semenanjung pada Mac 2006 sepatutnya RM2.46, RM2.37 dan RM1.98 seliter, harga Sabah RM2.45, RM2.37 dan RM1.97 serta harga Sarawak RM2.45, RM2.36 dan RM1.97 seliter, kata kenyataan itu.Harga LPG bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak pula masing-masing RM3.21, RM3.35 dan RM3.34 sekilogram."

Selain itu strategi Kerajaan memperkenalkan `fleetcard’ melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KHEDN) kepada 84 peratus kenderaan yang menggunakan diesel dalam sektor pengangkutan darat dikhuari akan menimbulkan masalah baru. Kegiatan rasuah dan pilih kasih atau pemberian `fleetcard’ khas kepada kroni-kroni BN akan berlaku dan ini akan menyebabkan syarikat pengangkutan kecil tertindas.

DPPWP mengesa agar rakyat Malaysia bangkit berfikir secara realistik. Apa perlunya pihak Kerajaan membandingkan kenaikkan ini dengan harga minyak dinegara-negara jiran. Mengapa Kerajaan BN tidak menganalisis akan keadaan hidup dan kadar pendapatan purata rakyat.

Pada bulan Januari baru-baru ini semua Kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 yang bekerja di 12 bandar besar diberikan bantuan kos sara hidup (Cola) sebanyak RM150 sebulan. Namun dalam masa 30 hari selepas mereka mendapat gaji, Kerajaan Malaysia meminta semula duit itu melalui kenaikan harga minyak yang berkuatkuasa hari ini.

Rekod yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan akhir tahun lepas mencatatkan bahawa terdapat sebanyak 14,816,407 juta buah kenderaan berdaftar di Malaysia. DPPWP menganggarkan bahawa tiap pengguna kenderaan dinegara ini, menggunakan 15 liter minyak sehari. Apabila JPM mengumumkan kenaikkan sebanyak 30 sen, bermakna rakyat terpaksa menambah RM 4.50 sehari dan RM 135 untuk tempoh 30 hari (Sebulan). Jika ditolak dari jumlah bantuan COLA kakitangan kerajaan masih punyai baki sebanyak RM 15.

Jumlah tersebut masih tidak mencukupi kerana bermula esok hari tambang bas sekolah akan dinaikan sebanyak 20% diseluruh negara. Selain itu, minggu hadapan kadar tarif eletrik juga dijangka akan dinaikkan. Walaupun Kerajaan memberi jaminan bahawa, harga barang-barang pengguna tidak dinaikkan hingga hujung tahun ini, tetapi DPPWP menjangka ianya akan naik juga secara sedikit demi sedikit.

Jika kakitangan kerajaan yang mendapat elaun Cola terasa dengan kenaikan ini, bagaimana dengan kakitangan swasta yang tidak semua mendapat kenaikan gaji. Bagaimana nasib para nelayan dan petani? Bagaimana nasib pihak pekerja industri dan peladang di Malaysia?

Oleh itu, DPPWP mengesa agar rakyat berfikir dan bangkit membuat perubahan serta mendesak kerajaan menaikkan kadar gaji dan upah semasa bagi membantu rakyat. DPPWP mengesa agar Pak Lah meletakkan jawatan kerana sehingga kini masih gagal untuk memulihkan ekonomi negara.

DPPWP juga melihat bahawa Pak Lah bukanlah orang yang sesuai dalam mencaturkan ekonomi negara kerana beliau sendiri bersikap terlalu lemah dengan pelbagai isu yang menghambat negara.

Dari Isu runtuhan jejambat hingga ke pada isu AP yang masih belum selesai. Pak Lah juga gagal memainkan peranan utama sebagai Perdana Menteri Malaysia dalam OIC. Malaysia tidak dilihat sebagai juara dalam mempertahankan hak dan kredibiliti umat Islam. Dalam negara sendiri pun, ramai pihak yang berani mempermainkan isu karikatur Nabi Muhammad s.a.w. dan Pak Lah hanya mampu melihat dan tidak serius menangani isu ini.

Pak Lah bangga menghimpun ratusan ribu pengikut UMNO untuk mengenang kembali jasa Dato' Onn, tapi takut berbuat hal yang sama untuk mempertahankan maruah Rasulullah s.a.w. dan umat Islam yang dihina. Adakah pada pandangan Pak Lah, status dan sumbangan Rasulullah s.a.w. itu lebih kecil berbanding Dato' Onn dan pemimpin UMNO lain?

Oleh itu, DPPWP bertegas agar Pak Lah berundur sahaja dari Jawatan beliau sekarang. Cukuplah masalah yang ada pada hari ini. Jangan biarkan rakyat menderita kerana kelemahan yang ada pada Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling teruk dan lemah. Berhentilah sebelum rakyat hilang kepercayaan seperti mana yang berlaku pada Taksin di Thailand dan Arroyo di Filifina.

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Harga minyak naik 30sen

Image hosting by Photobucket

Oleh :Jalal Ali Abdul Rahim (BH)


KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG), masing-masing naik 30 sen seliter dan sekilogram, berkuat kuasa hari ini.
Walaupun kerajaan menaikkan harga bahan api itu di negara ini masih lagi murah berbanding kebanyakan harga barangan itu di negara Asean kecuali Brunei.

“Dalam usaha kerajaan untuk menangani impak kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia serta membendung pertambahan subsidi yang perlu ditanggung, kerajaan memutuskan untuk menaikkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 30 sen seliter serta harga runcit LPG sebanyak 30 sen sekilogram berkuat kuasa 28 Februari.

“Kerajaan memberi jaminan bahawa harga runcit barangan petroleum ini tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini,” kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang dikeluarkan malam tadi.

Berikutan pengumuman itu, harga baru seliter petrol RON 97, petrol RON 92 dan diesel bagi Semenanjung masing-masing kepada RM1.92, RM1.88 dan RM1.58.1, berbanding harga pada 1 Februari iaitu RM1.62, RM1.58 dan RM1.28.1. Harga baru petrol di Sabah, masing-masing RM1.90, RM1.88 dan diesel RM1.58.4, manakala di Sarawak masing-masing kepada RM1.91, RM1.88 dan RM1.57.8
Harga baru LPG bagi Semenanjung ialah RM1.75 berbanding RM1.45 sebelum ini, manakala Sabah dan Sarawak pula RM1.83 berbanding harga lama RM1.53.

Kali terakhir kerajaan menaikkan harga runcit barangan petroleum ialah pada 31 Julai 2005 iaitu petrol sebanyak 10 sen seliter, diesel sebanyak 20 sen seliter dan LPG sebanyak 5 sen sekilogram.

Menurut kenyataan itu, harga runcit barangan petroleum ini dinaikkan kali ini kerana pada 2005 jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan ialah RM 7.41 bilion, manakala pengecualian cukai pula berjumlah RM7.85 bilion.

Kenyataan itu juga menyebut, beban tanggungan subsidi dan pengecualian cukai bagi tempoh Januari

hingga Februari 2006, masing-masing sebanyak RM1.19 bilion dan RM 1.44 bilion.

Jika tanpa subsidi dan pengecualian cukai oleh kerajaan, harga runcit RON97, RON92, diesel bagi Semenanjung pada Mac 2006 sepatutnya RM2.46, RM2.37 dan RM1.98 seliter, harga Sabah RM2.45, RM2.37 dan RM1.97 serta harga Sarawak RM2.45, RM2.36 dan RM1.97 seliter, kata kenyataan itu.

Harga LPG bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak pula masing-masing RM3.21, RM3.35 dan RM3.34 sekilogram.

Selain itu, kenyataan itu menyebut, kerajaan turut memperkenalkan Sistem Pemberian Diesel Bersubsidi kepada 84 peratus kenderaan yang menggunakan diesel dalam sektor pengangkutan darat yang terdiri daripada pengusaha pengangkutan awam dan perkhidmatan barangan pengguna melalui penggunaan `fleetcard’.

“Melalui penggunaan kad ini, mereka boleh membeli diesel bersubsidi di stesen minyak dengan harga 15 sen lebih rendah daripada harga yang ditetapkan.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sudah pun mengeluarkan surat memaklumkan perkara ini kepada pengusaha yang layak,” katanya.

Kenyataan itu berkata, penjimatan kewangan yang dibuat melalui kenaikan harga barangan

petroleum kali ini akan digunakan untuk membiayai projek pembangunan dan mempertingkatkan sistem pengangkutan awam untuk kepentingan rakyat keseluruhannya.


KULIAH RUHANIYYAH (SIRI Ke-4)

KITAB AL HIKAM IBN ATA' ILLAH
(Syarah Oleh Syeikh Said Hawa)

Disampaikan oleh:-

Al Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi ZamZam
Al Banjari An Nadwi Al Maliki

Tarikh :
7 Mac 2006 (Selasa)

Waktu :
Selepas Solat Maghrib

Tempat :
Surau Anjung Rahmat
Tingkat 3, Batu.6,
Jalan Gombak,
Kuala Lumpur

Semua dijemput hadir !

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Sekretariat
ABIM Pusat di talian 03- 61880300 atau Sdr. Mohamad
Raimi (019 3825762)


* Pengenalan Kitab

Kitab al Hikam yang dikarang oleh Syeikh Ibn Ata'illah al-Sakandari (709H/1309H) adalah merupakan kitab tasawwuf yang tidak asing di dalam dunia Melayu semenjak dahulu lagi. Ia merupakan kitab yang mempunyai maksud yang dalam dan jarang orang yang dapat menghuraikannya kecuali mereka betul-betul memahami uslubnya.

Oleh kerana manfaat kitab ini begitu besar kepada umat Islam, ia telah diulas oleh begitu ramai ulama , sehingga ke zaman kita ini. Di dalam Kitab al- Hikam yang diulas oleh Syeikh Said Hawa ini, gaya ulasan beliau adalah mudah dan senang difahami. Beliau mengaitkannya dengan uslub haraki. Ini tidak hairan memandangkan beliau sendiri adalah seorang pemimpin gerakan Ikhwan al-Muslimin di Jordan.

Dalam ulasan kitab al-Hikam ini, beliau turut menjelaskan kekeliruan faham sesetengah kalangan terhadap isi kandungan kitab al-Hikam ini dan kegagalan mereka menjelaskan maksudnya yang sebenar.

* Biodata Pengkuliah

Yang Berbahagia Ustaz Fahmi Zam-Zam al-Banjari Al Nadwi Al Maliki merupakan Mudir, Pasentren Yayasan Islam Nurul Hidayah (Yasin) di Banjar Baru dan Pasentren Yasin di Muarateweh, Kalimatan, Indonesia. Selain itu, beliau juga merupakan tenaga pengajar di Maahad Tarbiah Islamiyyah di Derang, Pokok Sena, Kedah.

Antara guru-guru beliau yang mashyur ialah ulama besar India , Almarhum Syeikh Abul Hassan Ali Alhasani An-Nadwi dan ulama besar Makkah Alhamarhum Sayyid Muhammad Alawi al Maliki al Hasani. Beliau juga aktif menulis dan telah menyusun beberapa buah buku diantaranya; Siri 40 Hadits - Akhlaq Mulia, Penawar Hati, Kelebihan Ilmu dan Ulama, Peristiwa Akhir Zaman, Kiamat Hampir Tiba, buku Nasihat Ya Bunayya! serta bibliografi Sejarah Hidup Almarhum Syeikh An-Nadwi dan Almarhum Syeikh Muhammad al Maliki.



Sekretariat ABIM Pusat
Anjung Rahmat
Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

Tel: 603-6188 0300
Fax: 603-6189 6700

Monday, February 27, 2006

MEMORANDUM MENDESAK PEMECATAN EDITOR NST SERTA PENDESAKAN PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA DI ATAS TINDAKAN PENYIARAN KARTUN PENGHINAAN NABI MUHAMMAD S.

Kepada;

Datuk Abdul Aziz Mohd Yusuf,
Ketua Setiausaha,
Kementerian Keselamatan Dalam Negeri,
Putrajaya,
Wilayah Persekutuan.


YBhg Datuk,

MEMORANDUM MENDESAK PEMECATAN EDITOR NST SERTA PENDESAKAN PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA DI ATAS TINDAKAN PENYIARAN KARTUN PENGHINAAN NABI MUHAMMAD S.A.W PADA 20 FEBRUARI 2006 DAN PENGHINAAN NABI NUH A.S PADA 21 FEBRUARI 2006

Perkara di atas adalah dirujuk dan amat mendukacitakan.

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) merasa kesal dengan penyiaran kartun lakaran Wiley Miller di mukasurat L8 ruangan Coffee Break di akhbar News Straits Times (NST) bertarikh 20 Februari 2006 dan 21 Februari 2006 masing-masing menggambarkan mesej yang sinis dan menghina kemuliaan Nabi Muhammad S.A.W. dan Nabi Nuh A.S.

DPP Pusat merasa sangat bertanggungjawab untuk membawa isu di atas kepada pihak YBhg Datuk supaya ditangani dengan segera sebelum ia mencetus kemarahan umat Islam di negara ini. Kami percaya kebiadapan penyiaran tersebut boleh memberikan kesan buruk kepada kestabilan dan keharmonian negara kerana ia sangat menyentuh kemuliaan agama Islam yang merupakan agama rasmi Persekutuan.

Kami sangat hairan bagaimana pelanggaran kepada etika penyiaran oleh NST boleh berlaku disaat gelombang bantahan umat Islam sedunia masih meluap terhadap penyiaran karikatur menghina Rasulullah S.A.W. oleh sebuah akhbar negara Denmark. Kami juga hairan apakah NST tidak mengambil pengajaran dari tindakan pihak kerajaan yang telah mengambil langkah tegas menggantung permit akhbar Sarawak Tribune yang telah mengulang cetak karikatur tersebut.

Kami bagi mewakili umat Islam di negara ini dan juga umat Islam sedunia dengan ini menuntut agar pihak Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan berikut segera:-

i. Memecat pengarang-pengarang NST yang bertanggungjawab dengan segera kerana langsung tidak peka dan sensitif terhadap pergolakan yang berlaku sekarang;

ii. Meminta permohonan maaf secara terbuka kepada ummat Islam yang tergores maruah dan perasaan mereka kerana penghinaan terhadap Nabi Junjungan Besar Muhammad ibn Abdullah (saw).

iii. Meminta kerajaan Malaysia mengkaji kembali kedudukan editor-editor akhbar arus perdana yang berasal dari negara asing yang kini diberi permit dan kebenaran menerajui media tempatan.

Yang menjalankan amanah,


YB SALAHUDDIN BIN AYUB
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Pusat

Cc:
Ketua Editor NST

HELP PALESTINIAN GOVERNMENT

We welcome the recent statement by our Foreign Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar that Islamic states should give both financial and other forms of aid to HAMAS to enable it to lead the Palestinian Authority (PA).

It is deplorable that the United States , the self-proclaimed champion of democracy, pressured the PA to return $50 million aid given earlier for regenerating the Palestinian economy following Israel’s withdrawal from Gaza. Also, Israel has illegally stopped handing over nearly $ 55 million a month in sales taxes and customs fees that Israel collects on behalf of the PA.

These repressive measures have been taken to punish the Palestinians for electing HAMAS in free and fair elections to form the government. By denying the material resources needed to run the government and to look after the welfare of the people, both the US and Israel are hoping that the HAMAS government would collapse and be replaced by one pliant to Israel’s interests.

The US , as a condition for giving aid, is insisting that HAMAS recognize Israel , renounce violence and commit itself to the Roadmap for Peace. The imposition of these conditions amounts to a blackmail and HAMAS has rightly rejected them. As Khalid Mishâ'al, the head of its political bureau, said: 'We will not sell our people or principles for foreign aid'.

In imposing these conditions the US is being hypocritical and adopting double standards. It demands that HAMAS recognize Israel but ignores Israel's adamant refusal to recognize the right of self-determination and the right to return of the Palestinian people as guaranteed by international law and numerous United Nations resolutions.

It insists on HAMAS, a liberation movement, renouncing armed struggle before a peace treaty is negotiated and signed. On the other hand, Israel is not required even to give a commitment to observe international law and end its illegal occupation, and renounce violence.

After dismantling the settlements in the Gaza strip which were a drain on its resources, Israel has intensified its ethnic cleansing of East Jerusalem and the building of settlements in West Bank . It has carried out more killings, arrests and imposed collective punishment on Palestinians without any effective action from you to stop these violations of international law and human rights. Yet the US has done nothing to stop these illegal acts

The US wants HAMAS's commitment to the Roadmap for Peace. But, Israel , by building the Apartheid Wall and more settlements in the Occupied Territories , and ethnic cleansing of Jerusalem , has already killed the road map.

The International Court of Justice, in its advisory opinion on the Apartheid Wall issued on 9 July 2004, has categorically found Israel to be in violation of The Hague Convention of 1907, the Fourth Geneva Convention, human rights conventions and the right of self-determination of the Palestinian people.

The Court emphasized that the General Assembly and the Security Council 'should consider what further action is required to bring to an end the illegal situation resulting from the construction of the wall'. Except for the General Assembly passing a toothless resolution, no effective action, e.g. imposition of sanctions, has been taken against Israel 'to end the illegal situation'.

Contemptuous of international law and the opinion of the ICJ, the acting Israeli Prime Minister Ehud Olmert recently announced plans to unilaterally define Israel’s borders and create an emasculated Palestinian state on Israel’s terms. Jerusalem with Masjid AL Aqsa is to be the capital of Israel .

It is now the responsibility of the OIC, Muslim nations and progressive governments to help the Palestinian people to survive and continue their struggle for liberation from settler colonialism, and for freedom and justice. Israel’s design to create a Bantustan for the Palestinians, similar to what the racist white regime in South Africa did to the black Africans, must be defeated and the apartheid in Palestine ended.

We therefore call on:

The Malaysian government to donate $50 million to the Palestinian Authority.

OIC member states to bankroll the financial needs of the PA and thereby eliminate its dependency on the US and the European Union for funds.

The United Nations to impose a comprehensive regime of sanctions against Israel until it complies with UN resolutions and international law.

Civil society to boycott goods and services from the US and Israel.

Shortly we shall be launching a campaign, ˜Minimum $1 for Palestine ' to express our support for the Palestinian cause.

----------------------------------------------------

Endorsement Statement by NGO:

As at 25/2/2006 :

1.Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM)
2.Citizens International (CI)
3.Darul Syifa
4.Ikatan Siswazah Muslim Malaysia (ISMA)
5.International Movement for a Just World (JUST)
6.Islami Information & ServicesI (IIS)
7.Jamaah Islah Malaysia (JIM)
8.Muslim Professional Forum (MPF)
9.Pergerakan Belia India Muslim Malaysia MALAYSIA (GEPIMA)
10.Persatuan Al-Hidayah
11.Persatuan Al-Hunafa
12.Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA)
13.Persatuan Darul Fitrah
14.Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
15.Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
16.Persatuan Ulama Malaysia (PUM)
17.Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (PERMIM)
18.Persekutuan Seruan Islam Selangor dan (JAM'IYAH)
19.Pertubuhan Al-Nidaa'
20.Pertubuhan Kebajian Islam Malaysia (PERKIM)
21.Research & Information Centre on Islam (RICOI)
23.Sekretariat Himpunan Ulama Serantau Asia (SHURA)
24.Teras Pengupayaan Malayu (TERAS)
25.World Assembly of Muslim Youth (WAMY) Malaysia ,
26.Yayasan Pembangunan Ummah (YPU)

Harry Potter Ditolak Pemimpin Gereja

Image hosting by Photobucket
Dipetik daripada: http://www.pts.com.my

Pemimpin-pemimpin gereja tidak dapat melihat bagaimana ratusan juta kanak-kanak di seluruh dunia yang menggemari sastera ala Harry Potter dapat menghubungkan, baik secara sedar mahupun di bawah sedar, cerita-cerita yang mereka baca itu dengan nilai-nilai ketuhanan.

Menurut pandangan Gereja, buku-buku Harry Potter menggalakkan kanak-kanak mempercayai kewujudan pelbagai jenis 'ghosts' baru dalam buku-buku itu, yang dicipta oleh pengarangnya, bukan menggalakkan mereka yakin akan kewujudan Tuhan. Dari sudut pandang ini, cerita-cerita Harry Potter adalah anti-Tuhan.

PTS berpendapat buku-buku sastera remaja yang mengandungi mesej-mesej khurafat tidak diterima sebagai sastera Islami. Daripada sudut ini, cerita-cerita Harry Potter jelas mengandungi unsur-unsur khurafat, maka ia dengan sendirinya tertolak.

Isunya bagi kita sekarang adalah, kita perlu menghasilkan karya-karya sastera remaja dengan acuan kita sendiri. Kita jangan malas menulis, dan hanya rajin mencari jalan pintas dengan menterjemah produk-produk daripada budaya-budaya asing, seperti menterjemah komik-komik dari Taiwan, Korea dan Jepun, sebagaimana yang sekarang sedang aktif dijalankan. Sebagaimana siri Harry Potter juga, komik-komik itu tidak mengandungi mesej-mesej ketuhanan.

Bagi menerbitkan sastera remaja dengan acuan kita sendiri, PTS sudah menggerakkan seangkatan penulis baru yang akan menghasilkan siri ala Harry Potter kita sendiri mulai 2006.

Adalah menjadi misi PTS, walau apa sekalipun buku yang diterbitkannya, wajah Tuhan tetap dengan jelas ditampilkan di dalamnya.

Sudah sampai masanya para penerbit buku di Malaysia berkerja dan menguruskan bisnes dengan menggunakan strategi-strategi baru, bukan lagi meneruskan cara-cara lama. Dalam tahun 70-an dan 80-an, sewaktu siri Enid Blyton meletup-letup di England, kita aktif menterjemah siri Enid Blyton. Sekarang, apabila Harry Potter meletup-letup di sana, kita aktif menerbitkan semula Harry Potter, yang dibawa masuk via Jakarta.

Friday, February 24, 2006

Hina nabi: Pemuda PAS Wilayah lapor polis terhadap NSTP

Oleh Anis Nazri KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - Ekoran keengganan pihak editorial New Straits Times Press (NSTP) memohon maaf atas penyiaran kartun yang didakwa menghina Nabi Muhammad s.a.w., Pemuda PAS Wilayah Persekutuan bertindak membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Jalan Stadium, petang semalam.

Laporan tersebut dibuat Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Ridhuan Mohd Nor, bersama timbalan dan setiausahanya, Kamaruzzaman Mohamad dan Khuzaini Abdul Rahman.

Menurut Ridhuan, tindakan NSTP itu dilihat sebagai cuba mengeruhkan lagi keadaan umat Islam yang masih marah dengan kebiadapan akhbar Denmark berhubung karikatur menghina nabi, baru-baru ini.

Justeru, katanya Pemuda PAS Wilayah mendesak kerajaan agar mengambil tindakan tegas terhadap NSTP, sepertimana yang dikenakan ke atas Sarawak Tribune yang ditarik permitnya, berhubung isu yang sama.

"Kita mahu kerajaan tegas supaya tidak ada lagi akhbar-akhbar lain yang akan membuat kartun, tulisan atau apa juga bahan yang boleh mengaitkan dianggap menghina mana-mana nabi," tegas beliau ketika menemui wartawan di pekarangan balai polis.

Beliau juga meminta kerajaan tidak bersikap 'double standard' dalam mengambil tindakan ke atas mana-mana akhbar yang didapati melanggar sensitiviti dan kepentingan masyarakat.

"Jika kerajaan boleh sekat permit akhbar-akhbar lain seperti Detik, majalah Tamadun, dan sebagainya, mengapa tidak bertindak sama terhadap akhbar-akhbar ini?" soal beliau lagi.

Dalam pada itu, Ridhuan turut mencadangkan kepada kerajaan agar mengadakan taklimat mengenai Islam kepada pengamal media, sama ada yang Islam atau tidak, agar lebih sensitif dan menghormati agama masing-masing.

Thursday, February 23, 2006

Sambutan Tahun Baru Cina Bersama Pemuda PAS Pusat

Sukacita dimaklumkan bahawa Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan mengadakan program Ramah Mesra Bersama Pertubuhan dan Wakil- Wakil Masyarakat Kaum Cina bersempena Sambutan Tahun Baru Cina tahun 2006.

Program ini akan berlangsung pada 27 Februari 2006 (Isnin) dan bermula dari Jam 8.00 malam - 11.30 malam, bertempat di:

Restoran Happiness Delight,
7&9, Jalan 13/149L,
Bandar Baru Sri Petaling,
57000 Kuala Lumpur

Sambutan ini diadakan khusus bagi membuka ruang untuk wakil-wakil pertubuhan dan wakil kaum-kaum cina diseluruh negara bertemu dengan pemimpin-pemimpin muda dalam PAS. Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Presiden PAS, Pimpinan KeAdilan, DAP dan juga pertubuhan utama kaum Cina seperti Gabungan Persatuan Guru-guru Cina Malaysia(Jiao Zhong) dan Gabungan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zhong) serta Wakil-wakil Dewan Perhimpunan Cina.

Program ini juga, akan diserikan dengan beberapa persembahan dari Pelajar-Pelajar PASTI berbangsa Cina, Pelajar SJKC Damansara, Persembahan Tarian Singa dan juga Gendang Cina. Disamping itu, kutipan sumbangan bagi Dana Pengurusan SJKC Damansara juga akan diadakan bagi membantu pihak pengurusan sekolah tersebut yang tidak mendapat bantuan dari pihak Kerajaan sehingga kini.

DPPP juga berbesar hati untuk mengundang mana-mana wakil NGO dan Wakil-Wakil Kaum Cina yang berminat menyertai program ini. Tiada sebarang bayaran dikenakan dan bagi mereka yang berminat bolehlah menghubungi wakil pihak kami di talian 603-61899296/017-3423283 (Suhaimi).

DPPWP juga menjemput wakil-wakil media massa tempatan dan luar negara untuk turut serta dan membuat liputan sepanjang program ini. Sekian, terima kasih.


Salam Perpaduan Untuk Semua.

Mazlan Aliman
Pengerusi
Lajnah Perpaduan Nasional
Dewan Pemuda PAS Pusat.

DPPWP Raikan Usia 30 Tahun Penubuhan

Kenyataan Media (23 Februari 2006)
Pada 25 Februari 2006 (Sabtu) Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) akan meraikan Sambutan 30 tahun penubuhannya. DPPWP telah berakar umbi di Wilayah Persekutuan sejak sekian lama. Selari dengan pembangunan pesat Wilayah Persekutuan DPPWP juga turut terkesan dengan fenomena massa yang berlalu.

Usia 30 tahun adalah usia matang yang penuh pengalaman. DPPWP juga merupakan tempat latihan dan pembinaan generasi pimpinan PAS yang ada pada hari ini. Antaranya adalah Sdr. Mohammad Sabu, Hj. Subky Abdul Latif, Hj. Hassan Shukri, Ust Idris Ahmad dan ramai lagi.

DPPWP juga merupakan organisasi yang paling akrab dengan Dewan Pemuda PAS Pusat dan menjadi penggerak kepada kebanyakkan aktiviti PAS Pusat yang berlangsung disekitar Kuala Lumpur.

Walaupun kepimpinan DPPWP bersilih ganti, namun yang tumbuh pasti akan memberikan khidmat yang terbaik. Dan ini kita dapat lihat dengan beberapa siri gerak massa yang dianjurkan oleh DPPWP seperti XPDC Dakwah menjelajahi kepekatan malam dan bau hamis sarang-sarang hiburan disekitar ibu kota. DPPWP juga tidak pernah sunyi dengan aksi demontrasi aman dan juga perarakan rakyat, ianya khusus bagi menzahirkan suara rakyat atas kapasiti perlbagai isu.

DPPWP dengan pelbagai Lajnah dan Jabatan menjadi medan latihan bagi anak-anak muda mengenal erti perjuangan dan kegetiran perjuangan dalam membawa suara rakyat serta mendaulahkan jiwa Islam pada sanubari segenap rakyat.

Setelah genap usia yang ke-30, DPPWP kini terus melangkah dengan penuh cabaran dan tanggungjawab dalam mengajak kepada perlaksanaan erti amal makruf dan nahi mungkar. DPPWP setia dengan slogan "Jihad Jalan Kami, Allah Matlamat Kami" akan terus berdiri ditengah-tengah hiruk-pikuk pembangunan Wilayah Persekutuan. DPPWP sesekali tidak berminat untuk mencari musuh. DPPWP membuka segala ruang untuk mendengar pandangan dan saranan dari semua ahli PAS dan Barisan Alternatif, serta mereka yang bukan Islam atau dari kalangan ahli-ahli komponen Barisan Nasional.

DPPWP juga sesekali tidak akan menghentikan nafas perjuangan yang ada, khususnya dalam menjulang suara rakyat dalam nada penuh tanggungjawab serta prinsip bahawa Islam itu adalah agama perjuangan kami.

Untuk meraikan Sambutan Ulang Tahun Ke-30 DPPWP, kami menjemput semua rakyat dan ahli untuk hadir ke Majlis Sambutan ini yang berlangsung di Sekitar Markas Tarbiyyah PAS, Taman Melewar pada 25 Februari 2006 (Sabtu). Antara aktiviti menarik adalah:

Pertandingan Mewarna Pelajar-Pelajar PASTI
Masa : 9.00pg-12.00tgh
Tempat : Markas Tarbiyyah PAS, Taman Melewar

Pemeriksaan Kesihatan
Masa : 9.00pg-12.00tgh
Tempat : Markas Tarbiyyah PAS, Taman Melewar

Klinik Bola Sepak Bersama ABDUL MUBIN BIN MOKHTAR (Bekas Pemain Kebangsaan) & AHMAD SHAHRUL AZHAR SOFFIAN (Pemain Perak)
Masa : 2.30ptg-5.00ptg
Tempat : Padang Bola Sepak, Taman Greenwood

Konsert Kebudayaan Islam
Masa : 9.00mlm-12.00mlm
Tempat : Markas Tarbiyyah PAS, Taman Melewar
Persembahan Menarik;
1. Sdr. Husam Musa (Naib Presiden)
2. Sdr. Mohaimin Sulam (Exco DPPP)
3. Dikir Barat
4. Kumpulan CAS2RY
5. Kumpulan Purnama
6. Zuar (Bekas ahli Kumpulan XPDC)


Tiada sebarang bayaran dikenakan bagi semua program diatas, dan DPPWP menyeru sekali lagi agar anda dapat membawa saudara mara dan rakan-rakan untuk sama-sama kita raikan sambutan ini.
DPPWP Juga menjemput para wartawan untuk hadir bagi membuat liputan sepanjang program ini berlangsung.

Sarbaini Rahmat
(012-9234772)
Pengarah
Program Sambutan 30 Tahun
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

NST: Jangan Cabar Umat Islam

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berasa amat terkesan dengan tindakan angkuh pihak akhbar New Straits Times (NST) yang sehingga ke hari ini masih bermain-main dengan isu karikatur yang menghina Nabi Muhammad s.a.w.

NST seharusnya sedar bahawa apa jua karikatur, tulisan malah perkataan lisan atau bahasa isyarat yang dipergunakan bagi mengambarkan atau bertujuan menghina atau menyamakan Nabi Muhammad dengan apa jua makhluk atau bentuk adalah satu kesalahan bagi umat Islam.

DPPWP bersama dengan umat Islam lain dinegara ini berasa terpanggil untuk memberikan pandangan dan menyeru agar pihak NST memohon maaf kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

Karikatur berkenaan yang tidak mengandungi lukisan Rasullullah tetapi memaparkan seorang pelukis duduk bersebelahan satu papan notis bertulis 'Caricatures of Muhammad While You Wait' disiarkan dalam ruangan Life & Times Isnin lalu dan disiarkan semula di muka 2 NST Rabu dalam penjelasannya bertajuk : What the NST says.

Selain itu DPPWP juga mendapati bahawa karikatur itu masih dipaparkan dalam laman web akhbar berkenaan dan diselitkan dalam artikel yang bertajuk "What the NST says". DPPWP berharap agar pihak pihak NST menghormati pandangan orang lain dan jangan bermain api dengan perasaan umat Islam.

Sesiapa jua akan marah jika pemimpin agung yang mereka senangi dan kasihi dipermainkan sedemikian. Bukan setakat gambar, perkataan juga mengambarkan sejuta makna yang hakikatnya NST perlu bersikap bertanggungjawab dalam hal ini. NST harus bersikap berani untuk mengakui kesalahan dan tidak bertindak membabi buta, pekak dan bodoh sombong dengan idealisme kebebasan media tanpa batasan. Najis yang mereka palitkan dalam diari kemarahan umat Islam harus dibersihkan segera sebelum gelombang kebangkitan umat Islam meranapkan masa depan akhbar NST itu sendiri.

DPPWP menyokong keputusan Dewan Pemuda PAS Pusat yang turut mendapat restu dari PAS Pusat agar melakukan Demontrasi Aman dihadapan bangunan NST di bangsar. DPPWP berasa tindakan itu adalah wajar dan sesuai bagi melayani sikap angkuh NST yang telah diberikan amaran awal sebelum ini.

DPPWP juga mengesa agar seluruh rakyat Malaysia memboikot akhbar NST sehinggalah akhbar ini memohon maaf atas kedegilan dan kesombongan mereka. Disamping itu DPPWP juga mengesa agar semua umat Islam dan rakyat Malaysia yang sedar tentang isu ini agar menulis memorandum atau surat dan hantar atau faks kepada Ketua Pengarang akhbar ini melalui alamat berikut;

DATUK HISHAMUDDIN AUN
Ketua Pengarang Kumpulan NST,
Balai Berita 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar,
Wilayah Persekutuan, MALAYSIA
Tel: 603-2056-9441/2
Faks: 603-2282-1434

Sekali lagi DPPWP menyeru agar umat Islam dapat hadir ke Perhimpunan Aman Bagi Mendesak NST Memohon MAAF dan MENARIK BALIK KARIKATUR yang disiarkan sebelum ini. Perhimpunan Aman ini akan berlangsung pada 24 Februari 2006 (Jumaat) selepas solat Jumaat dihadapan bangunan NST di bangsar.

Birruh, Biddam, Nafdhika Yaa Allah
Birruh, Biddam, Nafdhika Yaa Rasulullah


Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Friday, February 17, 2006

PEMUDA PAS BENCI DADAH

Kenyataan Media 17 Februari 2006
Image hosting by Photobucket

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) tertarik dengan pengisian Khutbah Jumaat pada hari ini yang membicarakan tentang isu penyalahgunaan dadah. DPPWP turut merasai dan bersama masyarakat Malaysia untuk menentang penyalahgunaan dadah.

Image hosting by Photobucket
Berdasarkan statistik terkini Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (NADI), Seramai 32,808 orang penagih telah dikenalpasti pada tahun 2005. Sepanjang tempoh itu, seramai 15,389 orang dikenalpasti sebagai penagih baru dan 17,419 orang adalah penagih berulang.

Image hosting by Photobucket
seramai 22,344 penagih dadah yang dikenalpasti adalah dari kaum Melayu, Jumlah ini adalah 68% dari Jumlah keseluruhan penagih diseluruh negara. Keadaan ini amat membimbangkan bila mana Statistik yang diperolehi juga menunjukan bahawa golongan Pemuda dan Pemudi yang berusia dari 20-44 tahun adalah kumpulan teramai dengan jumlah yang dikenalpasti mencapai 26,147 dari jumlah keseluruhan.

Pulau Pinang menduduki tempat pertama dengan rekod 6,403 orang di ikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 4,906 orang, Johor 3,910 dan Perak 3,340. Negeri-negeri lain pula mencatatkan rekod kurang dari 3 ribu.

Antara jenis dadah yang paling diminati oleh para penagih ini adalah Heroin, Morfin, Candu, Ganja, Pil Psikotropik, MDMA (Ecstasy), Gam, Metamphetamine (Syabu), Amphetamine dan Ubat Batuk atau Kodein.

Secara keseluruhannya Heroin telah mencatatkan rekod tertinggi dengan 13,914 orang penagih menjadi pengguna dadah jenis ini, Morfin pula telah digunakan oleh 8,047 orang dan ganja 5,044 orang.

Image hosting by Photobucket
Seramai 36 orang pengedar dadah telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati sepanjang tahun 2005. DPPWP berharap agar para belia dapat mengambil iktibar dari kesan-kesan negatif akibat penyalahgunaan dadah.

DPPWP juga memahami bahawa faktor persekitaran turut mempengaruhi para belia untuk menjebakkan diri ke dunia khayalan ini. Kurangnya pemantauan dari para ibu bapa menjadi faktor utama dan diikuti oleh kurangnya sikap mengambil berat sesama anggota masyarakat telah menyebabkan wabak penagihan ini menular kepada generasi baru.

DPPWP juga melihat bahawa masih ada lagi keraguan mutlak dikalangan para majikan untuk menggaji bekas penagih, begitu juga penerimaan masyarakat yang terlalu sinis terhadap bekas-bekas penagih. Sebenarnya, pihak kerajaan perlu meningkatkan variasi kesedaran terhadap bahaya najis dadah ini dan juga mewujudkan kempen menyemarakan rasa tanggungjawab sosial bagi membantu golongan penagih ini, khususnya bagi mereka yang telah keluar dari pusat pemulihan.

Sokongan dan dokongan anggota masyarakat haruslah dipertingkatkan. Masyarakat harus dididik untuk berfikir secara positif dan menyayangi mereka. Sikap kasar masyarakat dalam mengherdik dan memperlekehkan bekas penagih ini menyebabkan mereka tiada pilihan melainkan terlibat semula.

Keangkuhan dan kedegilan sebilangan kecil ahli masyarakat seperti ini hanya menambahkan lagi aktiviti yang tidak sihat ini. Di sesetengah tempat, terdapat juga sebilangan ahli masyarakat yang mengambil sikap tidak kisah atau tidak peduli. Mereka hanya menjaga ahli keluarga dan anak-anak mereka sedangkan anak-anak jiran mereka dibiarkan bergelumang dengan dadah. Kesedaran terhadap tanggungjawab sosial haruslah diperbaiki dalam membentuk sebuah komuniti yang bebas dari dadah.

Rakyat harus berusaha dengan semangat persaudaraan dan rasa penuh tanggungjawab kerana masalah dadah ini bukan masalah segelintir ibu bapa, guru atau jabatan dan NGO sahaja. Gabungan murni tanpa prejudis dan kepentingan peribadi akan dapat menyaksikan masyarakat Malaysia bersatu dalam membanteras najis dadah ini.

Slogan "belia benci dadah' yang kini dilaung-laungkan haruslah menjadi satu semangat untuk para belia dan pemuda pemudi bagi memperkemaskan kehidupan. DPPWP membuka ruang persahabatan dan persaudaraan dengan mana-mana pihak yang turut memerangi najis dadah dan DPPWP juga sentiasa bersama dengan masyarakat untuk menentang penggunaan najis dadah.

DPPWP juga akan memastikan bahawa tiada seorang pun Pemuda PAS yang akan terlibat dengan dadah dan kita akan terus memastikan imej serta rekod bersih PAS terjaga, khususnya dikalangn Pemuda.

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

MEMORANDUM PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Tan Sri Lee Lam Thye menyambut baik aduan-aduan yang dikemuka Dewan Pemuda PAS berhubung masalah yang timbul dalam perjalanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dalam pertemuan muhibbah kedua-dua pihak di pejabatnya di Menara TH Selborne dekat sini hari ini.

Menurut Lee, pihaknya sanggup menerima apa sahaja bentuk aduan melibatkan PLKN jika aduan itu mempunyai asas yang kukuh dan bertujuan memperbetul kelemahan PLKN, katanya.

"Maklum balas dari peserta, pihak ibubapa, parti politik, ngo dan orang ramai amat penting dan diutamakan sebagai proses penambahbaikan PLKN," katanya ketika mengulas memorandum dan aduan yang dikemuka Pemuda PAS melalui Naib Ketua Pemuda PAS, Mazlan Aliman dalam pertemuan sebentar tadi.

Rombongan Pemuda PAS turut disertai Exco Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan, Pegawai Khas Pemuda PAS, Safarizal Saleh dan sementara PLKN diwakili, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Saudagar Singh, Pengarah Penyelidikan, Mohd Yusof Ahmad dan beberapa pegawai kanan JLKN.

Terdahulu Mazlan dalam sesi perbincangan dengan Lee menyatakan bahawa Pemuda PAS telah mengadakan satu pasukan khas bagi memantau dan menerima aduan dari peserta PLKN dan ibubapa.

Daripada pelbagai aduan itu Pemuda PAS mendapati beberapa aspek terutamanya dari segi keagamaan dan pergaulan amatlah membimbangkan, katanya.

Menurut Mazlan, terdapat aduan mengenai pergaulan bebas antara peserta lelaki dan perempuan yang mana dakwanya sehingga menimbulkan kebimbangan kepada ibubapa, katanya.

Bagi Pemuda PAS, kebimbangan itu berasas kerana pergaulan bebas akan menjurus kepada percambahan maksiat, katanya.

Selain itu berdasarkan kepada aduan peserta dan ibubapa, sesetengah kem yang menjalankan PLKN didakwa tidak mementingkan aspek keagamaan kerana program penghayatan dilihat tidak memberi kesan kepada peserta, katanya.

Ini kerana ada ibubapa mengadu bahawa anak-anak mereka tidak prihatin kepada soal menjalankan solat selepas menjalani latihan berbanding sebelum, katanya.

Menjawab kepada aduan dari pemuda PAS itu, Mohd Yusof yang bertanggungjawab ke atas modul dan pengisian berkata, pihaknya telah mengatur program yang mampu membina peribadi peserta.

Bagaimanapun kelemahannya mungkin kepada perlaksanaanya kerana berdasar aduan dari Pemuda PAS itu dibimbangi mungkin ada kem-kem yang tidak menjalankan arahan yang dikeluarkan pihak MLKN dan JLKN, katanya.

Beliau juga berjani akan mengkaji aduan itu dan meminta Pemuda PAS mengemukakan sebarang aduan dengan bukti kepadanya untuk tindakan susulan, katanya - harakahdaily.net
___________________________________________

SISIPAN ISI MEMORANDUM PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA


PENDAHULUAN

Pembinaan sebuah negara tidak sekadar menekankan kepada faktor pembangunan infrastruktur yang maju dan canggih. Perhatian juga seharusnya perlu diberikan kepada faktor pembangunan insan. Malah dalam banyak hal pembangunan insan ini merupakan faktor terpenting yang perlu didahulukan dan memerlukan perhatian dan tindakan yang amat cermat di dalam programnya. Kesilapan di dalam program pembinaan insan memungkinkan natijah yang amat buruk kepada masa depan negara. Berdasarkan kepada prinsip inilah program-program pembinaan insan tidak diatur rancangkan mengikut kaedah trial and error .

Pembinaan insan diasaskan kepada perancangan yang berstruktur, terbina susun atur programnya dan mempunyai visi serta misi yang jelas. Di dalam konteks negara ini, proses ini sewajarnya terserlah di dalam Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ), sebuah projek mega yang digagaskan bagi melahirkan insan-insan terbilang yang akan memenuhi matlamat aspirasi negara. Bertitik tolak daripada inilah Dewan Pemuda PAS Pusat ( DPPP ) begitu serius dalam menilai dan memantau perkembangan perlaksanaan PLKN. Perhatian serius ini sejajar dengan pendirian DPPP yang melihat program pembinaan insan sebagai agenda terpenting dalam konteks pembinaan negara.

PERSOALAN-PERSOALAN

Kini setelah hampir 2 tahun PLKN dilaksanakan timbul persoalan yang wajar difikir dan direnungi oleh semua pihak, persolan tersebut ialah adakah PLKN berjaya menepati kehendak visi, misi, objektif dan matlamatnya. Sememangnya tidak dapat dinafikan penilaian dalam tempoh yang sesingkat ini perlaksanaannya adalah satu tindakan yang tidak adil, tetapi kejayaannya PLKN boleh diukur dengan menilai perkembangan semasa melalui semakan semula terhadap setiap aspek dan perkara yang terlibat.

Semakan semula ini mampu menentukan samada PLKN berada pada landasan visi, misi, objektif dan matlamat yang telah digariskan. Keboleh upayaan PLKN untuk berjaya juga boleh dinilai ukur melalui penelitian terhadap kemampuan dan keupayaan modul latihannya dalam menangi begitu banyak permasalahan yang dihadapi remaja pada masa kini dan akan datang. Modul latihan PLKN perlu dibangunkan secara futuristik dengan mengambil kira faktor-faktor semasa dan akan datang bagi memastikan ianya anjal atau fleksibel dalam kesannya.

Perkara inilah yang perlu dirungkai satu persatu bagi menjawab keraguan ramai pihak terutamanya ibu bapa terhadap PLKN samada program ini adalah jawaban sebenar kepada semua permasalahan yang dibangkitkan bagi mewajarkan kewujudannya.

Untuk itu DPPP mengajak semua pihak terlibat untuk melihat aspek-aspek penting yang menjadi faktor pengukur kejayaan PLKN setakat ini. Dibawah ini adalah antaranya yang digariskan DPPP untuk perhatian dan tindakan.

1. KEBERKESANAN MODUL LATIHAN PLKN.

Kemampuan modul latihan PLKN jelas boleh dipertikaikan. Sebagai sebuah program pembinaan insan yang berstatus khidmat negara adalah sesuatu yang amat mengecewakan modul yang dijalankan tidak menepati standard statusnya. Modul latihan PLKN dilihat sama saja tarafnya seperti program motivasi biasa. Perlaksanaan latihan yang menggunakan pendekatan ala-ala Biro Tata Negara ( BTN ) jelas boleh dipertikai keberkesanannya. Ini kerana perlaksanaannya banyak bergantung kepada kemampuan dan kefahaman jurulatih ataupun fasilitator untuk membentuk dinamika peserta. Kaedah ini akan mendedahkan kepada penyelewengan dan penyalahgunaan yang ketara. Peserta dibentuk bukan berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang digariskan tetapi bergantung kepada kefahaman jurulatih terhadap latihan yang disediakan.

Dengan latar belakang yang pelbagai input yang disampaikan oleh jurulatih pastinya dipengaruhi. Lebih menyedihkan hasil dari pengakuan beberapa individu yang terlibat jelas dilihat bahawa pemilihan jurulatih juga tidak melalui saringan dan pemilihan yang ketat. Pemilihan secara kolektif ini dilihat berpunca daripada kegagalan pengurusan PLKN untuk menyediakan jurulatih yang secukupnya.

Bukanlah sesuatu yang pelik jika didedahkan pemilihan jurulatih ini juga banyak dipengaruhi oleh faktor politik. Pendedahan ini seakan membuktikan telahan umum bahawa PLKN ini diwujudkan bagi dijadikan sebagai program indoktrinisasi politik pihak pemerintah yang dikuasai UMNO / BN. Malah bukti jelasnya dapat dilihat bagaimana pelatih-pelatih PLKN ini dieksploitasi dalam program-program UMNO / BN. Dengan latar yang sebegini adakah PLKN masih lagi dilihat berupaya untuk menepati visi, misi, objektif dan matlamatnya. Inilah persoalannya ?

2. PENGABAIAN ASPEK AGAMA DI DALAM MODUL LATIHAN.

Kekecewaan umum yang paling ketara terhadap modul latihan PLKN ialah tiadanya penekanan dalam aspek pengamalan hidup beragama terutamanya bagi pelatih-pelatih yang beragama Islam. Kes-kes yang dirujuk tentang pergaulan bebas para peserta, aktiviti maksiat dan sebagainya adalah natijah yang tidak dapat dinafikan oleh pihak pengurusan PLKN. Malah kejadian rogol yang berlaku di dalam sebuah kem, peristiwa menonton cerita lucah di sebuah kem yang lain serta beberapa aduan tentang gangguan seksual terhadap pelatih wanita adalah bukti jelas betapa longgarnya aspek agama dalam PLKN.

DPPP mempersoalkan, bagaimana mungkin sebuah program beragenda nasional yang mempunyai gagasan besar mampu mencapai visi, misi, objektif dan matlamatnya seandainya aspek agama diabaikan, malah lebih daripada itu DPPP menegaskan perlaksanaan sebarang bentuk program pembinaan insan dinegara ini yang mengabaikan aspek agama adalah suatu pengkhianatan terhadap prinsip Rukun Negara. Soalnya dengan fakta yang sebegini adakah PLKN masih lagi boleh dikatakan sebagai program latihan yang mampu melahirkan jiwa-jiwa patriot yang bersedia untuk mengorbankan jiwa dan raganya untuk kepentingan agama, bangsa dan negara, sedangkan prinsip asas pembinaan negara yang telah digariskan di dalam Rukun Negara jelas diabaikan?

3. PENGABAIAN DAN KEGAGALAN KAWALAN DISIPLIN

DPPP juga menyarankan akan penyemakan semula terhadap keberkesanan modul latihan PLKN dilakukan bagi menilai kemampuannya untuk membentuk disiplin para pelatih. Laporan pergaduhan bersifat perkauman dan pertelingkahan antara pelatih dan jurulatih sehingga mencetuskan satu demonstrasi adalah sesuatu yang amat memalukan bagi sebuah program yang hala tujunya bagi melahirkan insan yang terbina kualiti sahsiahnya. Perlanggaran hak dan asasi manusia yang menjadi punca kepada tragedi ini perlu di atasi bagi memastikan program yang menelan jutaan ringgit duit rakyat ini tidak dicatatkan sebagai “Sebuah Lagi Projek Gajah Putih Kerajaan”.

4. PENGABAIAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR & LOGISTIK.

Bukanlah sesuatu yang menjadi rahsia terhadap isu kekurangan kemudahan infrastruktur di kem latihan PLKN. Spesifikasi yang ditetapkan bagi sesebuah kem untuk layak di iktiraf sebagai kem latihan PLKN sering kali diabaikan prosedurnya. DPPP melihat perkara ini sebagai sesuatu yang amat menyedihkan. Pengabaian aspek keselamatan dan keselesaan peserta sering kali mengundang peristiwa yang tidak diingini. DPPP melihat penggabaian ini berlaku berpunca daripada sikap sesetengah pihak yang melihat PLKN sebagai sebuah komoditi yang perlu diraih keuntungan daripadanya segenap sudut.

Peruntukan kerajaan yang mencecah RM 500 ribu dilihat sebagai peluang bagi golongan kapitalis untuk mengaut keuntungan. Malah DPPP amat yakin dari rentetan peristiwa yang berlaku seperti pembantalan hak beberapa buah kem dan juga penyelewengan tender makanan pasti wujud persekongkolan antara pihak-pihak yang berkepentingan dengan mereka yang terlibat. Jelasnya ini adalah bukti betapa sebuah lagi projek agenda nasional yang menelan jutaan wang rakyat menjadi mangsa terhadap kerakusan sesetengah pihak.

5. KEKURANGAN JURULATIH BERKELAYAKAN

Sesuatu yang amat membimbangkan DPPP ialah hal yang berkaitan dengan kemampuan pengurusan PLKN untuk memenuhi kuota jurulatih bertauliah dan layak yang secukupnya. DPPP juga membangkitkan tentang proses pentauliahan jurulatih yang dilakukan oleh pengurusan PLKN. Kebimbangan ini berasaskan kepada pendedahan-pendedahan yang telah berlaku dimana terdapatnya beberapa kes kekurangan jurulatih dan ketidakmampuan jurulatih untuk mengawal situasi perjalanan program. DPPP melihat kejadian pergaduhan dan perlanggaran disiplin secara ketara adalah kesan daripada kegagalan fungsi jurulatih dalam mengendalikan latihan.

Begitu juga bagi kes-kes jenayah yang berlaku sepanjang program seperti kejadian rogol dan pencabulan yang juga boleh dimenifestasikan sebagai kegagalan pengurusan PLKN untuk melakukan saringan yang berkualiti. Kejadian-kejadian ini sedikit sebanyak menggugat krdibaliti PLKN itu sendiri. Kebimbangan ibu bapa juga meningkat seiring dengan apa yang berlaku. Kemampuan dan keupayaan pengurusan PLKN bagi memastikan keselamatan pelatih terjamin kini dipersoalkan. Berikutan itu suatu tindakan perlu diambil bagi memastikan jurulatih yang dipilih benar-benar berkelayakan. Jurulatih juga perlu melalui satu program latihan berterusan dan pemilihannya hendaklah menitik beratkan kepada hal-hal yang berkaitan keperibadian, akhlak dan sahsiah diri jurulatih disamping hal-hal lain yang berkaitan.

6. PENGLIBATAN PELATIH WANITA DALAM PLKN

Kegagalan menyediakan jurulatih wanita bertauliah mencukupi, amalan modul latihan yang bercampur gaul antara lelaki dan wanita dan melibatkan hubungan fizikal antara jurulatih lelaki dan pelatih wanita adalah antara beberapa kelemahan yang membuktikan bahawa kebimbangan ramai pihak terhadap penglibatan wanita dalam PLKN berasaskan. Lebih teruk lagi kesan kelemahan yang ada menyebabkan berlakunya beberapa kejadian yang amat memalukan.

Insiden seorang jurulatih disyaki merogol seorang peserta di Kem Merang, Setiu, Terengganu, aduan beberapa kes pencabulan seksual dan kejadian tangkapan khalwat adalah natijah yang cukup menggambarkan betapa penglibatan wanita dalam PLKN perlu dinilai semula. Malah secara tegasnya DPPP berpendirian dan mendesak kepada pengurusan PLKN untuk tidak melibatkan sama sekali wanita dalam PLKN sehingga perkara-perkara dibawah dipenuhi.

a. Menyediakan secukupnya jurulatih-jurulatih bertauliah wanita.

b. Melakukan pengasingan secara total antara pelatih lelaki dan wanita begitu juga penglibatan jurulatih pengasingan perlu dilakukan terutama dalam latihan-latihan berbentuk fizikal. Pengecualian hanya dibolehkan dalam aktiviti yang tidak memerlukan hubungan fizikal pelatih dan jurulatih. Pengasingan ini boleh dilakukan dengan mengkhaskan satu-satu sessi panggilan PLKN khusus untuk wanita sahaja.

c. Tidak mewajibkan penyertaan wanita dalam PLKN. Penyertaan wanita hanya bersifat sukarela ( Itupun selepas semua kemudahan untuik wanita tersedia )

7. KESIMPULAN

Secara kolektifnya DPPP menyimpulkan kekurangan dan kelemahan PLKN ini berpunca daripada perkara dibawah :

a. Kelemahan pengurusan yang ketara. Kelemahan ini timbul berikutan perancangan PLKN itu sendiri yang tidak dilakukan secara terperinci. Sewajarnya bagi program berskala besar begini satu perancangan tersusun perlu diaturkan bagi memastikan semua aspek termasuk latihan, keselamatan, logistik, kemudahan infrastruktur, guna tenaga dan sebagainya perlu di perhalusi dan dinilai sebaiknya. Kegopohan kerajaan melaksanakan PLKN tanpa mengambil kira pandangan ramai pihak akhirnya mantijahkan sesuatu yang amat memalukan.

b. Kecelaruan visi perlaksanaan PLKN. Kecelaruan ini dilihat berpunca daripada sikap kerajaan yang tidak telus dalam perancangannya. Kewujudan PLKN dilihat lebih kepada sebagai sebuah program indoktrinisasi berbanding sebagai satu program pembinaan insan. Garisan visi yang telah ditetapkan bagi melahirkan genarasi berwajah Malaysia yang trampil kualiti sahsiahnya, yang terbentuk kesepaduannya hanyalah topeng bagi agenda yang tersembunyi. Kesannya PLKN menjadi program yang caca marba dalam pengurusannya.

c. Pengendalian PLKN yang dilihat lebih sebagai satu komoditi yang menguntungkan juga mendedahkan kepada berbagai bentuk penyelewengan dan penyalahgunaan. Pengagihan tender yang tidak telus jelas memberi kesan secara langsung kepada PLKN. Pentauliahan kem yang jelas berbau politik juga akhirnya mengundang kesulitan. Jelasnya perlaksanaan PLKN yang melibatkan peruntukan RM 500 ribu setahun dijadikan sebagai lubuk pengagihan kontrak dan kewangan.

8. KESIMPULAN DAN PENEGASAN

Dengan pelbagai kekurangan yang timbul DPPP menegaskan bahawa satu semakan semula bagi menilai setiap sudut dan aspek PLKN perlu dilakukan. Kegagalan yang terpamer ketika ini perlu diakui oleh oleh kerajaan dengan telus. Pengemaskinian PLKN juga perlu dilakukan secara telus dan melibatkan semua pihak baik parti politik, NGO dan indvidu-individu yang berkelayakan. Proses ini bagi memastikan PLKN tidak akan menjadi satu sesalan dimasa hadapan. Malah lebih kritikal lagi DPPP berpendirian bahawa kerajaan perlu tampil dengan berani untuk mengakui kepincangan PLKN dan mengambil tindakan memberhentikannya serta merta. Bagi meneruskan agenda pembinaan generasi Malaysia yang berkualiti adalah lebih wajar fokus, perihatian dan sumber kewangan ditumpukan kepada program pemerkasaan sistem pendidikan negara yang dilihat begitu celaru.



MAZLAN BIN ALIMAN
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Pusat.
Hp : 0137130103

SAMBUTAN 3 DEKAD DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

Tarikh : 25 Februari 2006

Pertandingan Mewarna Pelajar-Pelajar PASTI
Masa : 9.00pg-12.00tgh
Tempat : Markas Tarbiyyah PAS, Taman Melewar

Seminar 'Parenting Skill'
Masa : 9.00pg-12.00tgh
Tempat : Markas Tarbiyyah PAS, Taman Melewar

Pemeriksaan Kesihatan (Percuma)
Masa : 9.00pg-12.00tgh
Tempat : Markas Tarbiyyah PAS, Taman Melewar

Klinik Bola Sepak Bersama ABDUL MUBIN BIN MOKHTAR (Bekas Pemain Kebangsaan) & AHMAD SHAHRUL AZHAR SOFFIAN (Pemain Perak)
Masa : 2.30ptg-5.00ptg
Tempat : Padang Bola Sepak, Taman Greenwood

Konsert Kebudayaan Islam
Masa : 9.00mlm-12.00mlm
Tempat : Markas Tarbiyyah PAS, Taman Melewar
Persembahan Menarik;
1. Sdr. Husam Musa (Naib Presiden)
2. Sdr. Mohaimin Sulam (Exco DPPP)
3. Dikir BaratKumpulan CAS2RY
4. Zuar (Bekas ahli Kumpulan XPDC)
5.

SEMINAR Peringkat Kebangsaan Mengenai Cabaran Keatas Hak-hak Umat Islam anjuran ACCIN

Tarikh: Jumaat, 17hb Februari 2006
Masa: 9 pagi hingga 5 petang
Tempat: Brisdale Hotel, Jln Tuanku Abd Rahman, Kuala Lumpur.

Hasil dari resolusi Sesi Brainstorming mengenai Bantah Penubuhan IFC dan Murtad pada bulan Disember 2005 di Kuala Lumpur, ACCIN berhasrat memastikan Pelan Tindakan di laksanakan.

Objektif:

1. Memberi penerangan terperinci kepada peserta mengenai IFC dan cabaran keatas hak-hak Umat Islam di Malaysia
2. Memberikan penerangan mengenai pelan tindakan menangani IFC dan gejala murtad.
3. Mewujudkan mekanisma untuk memantau usaha melaksanakan pelan tindakan.
4. Peserta: 200 orang dari seluruh Negara

Aturcara Program :
8.00-9.00 : Pendaftaran

9.00-9.10 : Bacaan Ayat Suci Al Quran

9.10-9.30 : Perasmian Pembukaan : En Yusri Mohamad, (Presiden ABIM merangkap Pengerusi ACCIN)

9.30-10.00 : Kudapan

10.00-12.15 : Diskusi Panel : Cabaran Ke Atas Hak-hak Umat Islam.

Pengerusi: Muhammad Sylvester
1. Abdul Aziz Bari: Cabaran Aspek Perlembagaan
2. Zaid Kamaruddin: Halatuju dari ACCIN
3.Dato' Hj Mustapha Ma: Mempertahankan Hak-hak Umat Islam.

12.15-12.45 : Soal Jawab

12.45-2.30 : Makan Tengahhari dan Solat Juma'at

2.30-4.00 : Bengkel: Pelan Tindakan

4.00-4.40 : Pembentangan Hasil Bengkel

4.40-5.00 : Perasmian Pen utup: Dato' Hj. Mohd Nakhaie Bin Hj. Ahmad

5.00-5.45 : Kudapan & Bersurai.

Penyertaan percuma dan kehadiran anda dialu-alukan, sila berhubung dengan JIM 03 41089669/ MACMA / 03 40442207/ ABIM 0361880300 untuk pendaftaran

Tuesday, February 14, 2006

ARTIS PERLU TONJOLKAN AKHLAK YANG BAIK UNTUK REMAJA IKUTI

Kenyataan Media 14 Februari 2006

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa kesal terhadap gelagat segelintir artis tanahair yang tidak menjaga akhlak dan perilaku yang baik sehingga memburukkan imej golongan seni itu di mata masyarakat. DPPWP merujuk kepada kes terbaru dimana dua orang artis wanita terkenal yang ditahan dalam serbuan di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur.

DPPWP mempersoalkan mengapa artis-artis terutama wanita berani datang ke kelab malam, walaupun hanya untuk bertemu dengan rakan-rakan. Tidakkah ini akan mengundang persepsi yang buruk di mata masyarakat? Mengapa kelab-kelab malam menjadi pilihan, sedangkan banyak lagi tempat untuk bertemu dengan teman-teman? Meskipun artis tersebut tidak diuji positif dalam ujian dadah, namun ianya sudah cukup memberikan gambaran buruk masyarakat terhadap golongan seni.

Kes seumpama ini bukan sekali berlaku dalam negara ini. Tidak lama dahulu heboh negara dengan kes seorang artis wanita terkenal yang ditahan di sebuah disko dalam keadaan yang amat memalukan. Selepas itu berlaku siri-siri penangkapan artis-artis lelaki dan wanita yang melibatkan kes dadah, khalwat, jenayah, kumpulan kongsi gelap, kelakuan tidak senonoh dan lain-lain lagi.

DPPWP juga berasa amat kecewa dengan sikap segelintir artis yang tidak memperdulikan hukum-hukum Islam dan budaya serta adat ketimuran terutamanya dalam etika berpakaian. Dalam program Anugerah Juara Lagu baru-baru ini ada beberapa artis wanita yang berpakaian mencolok mata, serta mengabaikan waktu Solat Maghrib, seakan-akan tidak peduli dengan sensitiviti masyarakat umum Malaysia yang majoritinya umat Islam. Adakah imej begini yang akan dipersembahkan di hadapan masyarakat terutamanya generasi muda kita hari ini? Tidakkah artis-artis ini tahu bahawa gejala sosial dalam negara ini semakin parah?

DPPWP ingin mengingatkan segelintir artis supaya tidak menjadi golongan yang hipokrit. Mereka mampu berpakaian tudung dan menutup aurat di layar perak sedangkan di luar mereka berubah menjadi liar dan tidak berakhlak. Mengapa pakaian menutup aurat mereka di layar perak tidak diterjemahkan dalam kehidupan seharian? Bahkan ada artis yang sanggup berpelukan dengan suami atau isteri orang di atas ranjang semata-mata atas nama lakonan. Adakah professionalisme dalam lakonan menghalalkan yang haram, dan mengharamkan yang halal?

Justeru DPPWP berpendapat, artis perlu menonjolkan akhlak yang baik kerana mereka adalah ikon masyarakat. Mereka adalah golongan yang sentiasa menjadi tatapan umum masyarakat terutama generasi muda. Kita dapati hampir setiap remaja mengenali artis-artis terkenal tanahair, bahkan ada di antara mereka yang menyanjung dan memuja artis-artis tertentu.

DPPWP tertarik untuk memberikan beberapa contoh artis yang masih menjaga akhlak dan kesopanan mereka meskipun mereka adalah golongan yang terkenal seperti Siti Nurhaliza, Mawi, Waheeda, Wardina, M. Nasir dan ramai lagi. Mereka ini sewajarnya menjadi contoh di dalam masayarakat, kerana tidak pernah dikaitkan dengan gejala negatif seperti akhlak yang buruk, berpakaian tidak sopan, dan lain-lain lagi.

DPPWP juga menyeru golongan artis untuk tampil melibatkan diri ke dalam aktiviti kemasyarakatan. Remaja hari ini tercar-cari arah dan panduan hidup mereka dan alangkah baik sekiranya para artis tampil ke gelanggang masyarakat memberikan panduan dan nasihat yang berguna kepada remaja seperti ‘Kempen Berhenti Merokok’, membudayakan ilmu, mementingkan Pelajaran serta banyak lagi. DPPWP amat bersetuju dengan slogan yang dilaungkan Mawi iaitu ‘belia benci dadah’ dan mengharapkan lebih banyak lagi slogan yang positif dari artis-artis dengan mempamerkan akhlak dan moral yang tinggi. Di barat, artis-artis dijadikan duta PBB dan duta kebajikan bagi menonjolkan imej yang positif.

Akhir sekali, DPPWP mengharapkan golongan artis mampu menjadi agen perubah masyarakat. Masyarakat amat dahagakan sentuhan artis-artis yang berbakat besar dan mempunyai akhlak yang tinggi yang dapat dicontohi agar mampu membawa generasi muda zaman ini ke mercu kegemilangan di masa akan datang.


MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Pengerusi
Lajnah Pembangunan Remaja
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

PENULARAN MMS LUCAH : KERAJAAN HARUS BERTINDAK SEGERA

KENYATAAN MEDIA (9 FEBRUARI 2006)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius pendedahan terkini Majalah MASTIKA keluaran bulan Februari 2006 yang mendedahkan bagaimana penularan MMS lucah yang melanda generasi muda kita hari ini. DPPWP berpendapat inilah trend baru bahan lucah disebarkan sesudah VCD, majalah lucah dan bahan-bahan dari Internet. MMS lucah merupakan bahan yang paling mudah dan murah untuk diakses memandangkan ianya mudah diperoleh sama ada dari penghantaran dari telefon berkamera, melalui internet mahupun dibeli dari kedai-kedai alat telekomunikasi.

DPPWP mempersoalkan di mana adab dan akhlak generasi muda pada hari ini terutama umat Islam di negara ini. Suatu masa dahulu amat jarang kita mendengar gadis-gadis melayu yang sanggup mendedahkan gambar bogelnya apatah lagi sedang beraksi seks bersama pasangan mereka. Namun kini adegan yang memualkan itu amat mudah diperoleh, bahkan remaja tanpa segan silu dan merasa bangga pula menunjukkan wajah dan tubuh mereka keseluruhannya untuk dirakam.

Dalam pendedahan eksklusif Majalah MASTIKA tersebut, beberapa aksi yang meloyakan sempat ditonjolkan. Antaranya remaja melakonkan adegan seks dengan ramai pasangan, melakonkan seks di tempat terbuka seperti di tangga, di Kompleks membeli belah, dibilik-bilik hotel, dan lain-lain lagi. Bahkan amat memualkan apabila ada remaja yang merakamkan gambar candid (secara sembunyi) di tandas wanita, di bilik persalinan, di bilik hotel dan lain-lain lagi. Namun yang amat memeranjatkan dan menakutkan ialah apabila ada diantara gambar tersebut merakamkan aksi-aksi gadis dirogol secara bergilir-gilir.

DPPWP berpendapat antara punca mengapa remaja hari ini begitu terdedah dengan budaya liar ini ialah kerana kurangnya penegasan dan penguatkuasaan kerajaan di dalam membanteras gejala sosial ini. DPPWP mempertikaikan tindakan kerajaan membubarkan pasukan penguatkuasa yang ditubuhkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), sedangkan gejala maksiat semakin meningkat. Siapa yang akan memantau dan mengambil tindakan terhadap remaja-remaja yang melepaskan nafsu mereka di taman-taman bunga, di hotel-hotel murah, di tandas-tandas awam kalau bukan satu pasukan penguatkuasa?

DPPWP juga amat kesal dengan sikap acuh tak acuh kerajaan di dalam menangani pusat-pusat hiburan yang berleluasa sehinggakan ada pusat hiburan yang telah 25 kali diserbu masih lagi beroperasi. DPPWP amat yakin pusat-pusat hiburan yang berleluasa tanpa kawalan inilah antara punca penularan budaya liar. Di sinilah bercambahnya pil-pil ecstasy, perzinaan, pelacuran, penagihan dadah dan pelbagai aktiviti jenayah lain.

DPPWP juga melihat lambakan bahan-bahan lucah dipasaran sebagai punca penularan MMS lucah ini. Tidak sukar untuk mencari majalah picisan berunsur lucah, VCD dan DVD lucah dipasar-pasar malam, dan di kaki-kaki lima di negara ini. Inilah rangsangan seksual terhadap generasi muda dan menganggap ianya sebagai bahan hiburan mereka.

Justeru itu, DPPWP menyarankan kepada pihak kerajaan, ibubapa dan pihak bertanggungjawab supaya segera mengambil tegas bagi menangani masalah ini. DPPWP mencadangkan:-

1. Satu tindakan tegas diambil kepada sesiapa yang menyimpan dan mengedarkan MMS lucah ini. DPPWP merasakan amat mudah bagi pihak polis untuk mengenalpasti penyebar MMS lucah ini sebagaimana pihak polis menumpaskan SMS fitnah yang mengaitkan artis terkenal tanahair;

2. Menyiasat dan mengenalpasti pelakon-pelakon MMS lucah ini dan bawa mereka ke muka pengadilan.

3. Mengadakan operasi dan penguatkuasaan yang lebih kerap di tempat-tempat yang dikenalpasti sebagai pusat perzinaan seperti di rumah-rumah urut, dihotel-hotel murah, di taman-taman bunga, dan sebagainya;

4. Membuat serbuan ke atas premis-premis alat telekomunikasi yang dikenalpasti sebagai tempat menjual dan mengakses bahan MMS lucah tersebut. Kerajaan juga didesak untuk menyita premis tersebut;

5. Menyiasat dan mengenalpasti pemilik-pemilik laman web tempatan yang membekalkan maklumat lucah tersebut. Pemilik laman web tersebut perlu dihadapkan ke muka keadilan;

6. Ibubapa disarankan agar sentiasa memeriksa telefon bimbit anak-anak agar MMS lucah ini tidak sampai ke tangan mereka.

Disamping itu, DPPWP juga mengesa kepada para ibu bapa dan ahli masyarakat Malaysia agar bersikap lebih progreasif dan membantu dalam memberikan maklumat kepada pihak kami dan Jabatan Polis serta Jabatan Agama Islam Negeri berkaitan dengan aktiviti tidak bermoral ini. Kerjasama dari semua pihak amat perlu bagi kita menyelamatkan generasi yang ada pada hari ini dari terus rosak dengan penyalahgunaan teknologi dan peluang kemakmuran negara ini.

Sehubungan itu, DPPWP sekali lagi mendesak kerajaan agar segera mengambil tindakan tegas supaya budaya liar ini tidak terus berkembang dalam masyarakat negara ini. DPPWP bersedia pada bila-bila masa pun untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan bagi menangani masalah ini sebelum ianya menjadi lebih parah.


MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Pengerusi
Lajnah Pembangunan Remaja (LPR)
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Saturday, February 11, 2006

Sambutan 3 Dekad DPPWP

Friday, February 10, 2006

Ayoyo...Samy Vellu Jangan Marah...

Kisah keretakan Lebuhraya Bertingkat disekitar Ibu kota semakin menekan kewibawaan Datuk Seri S. Samy Vellu. Media semakin galak bertanyak ini dan itu, hingga Samy lesu mendengar ajukan soalan mereka.

Rakyat juga tidak henti-henti menanti, bilakah isu ini selesai. Diharapkan Samy tidak melarikan diri dan menyalahkan orang lain. Sebagai Menteri KerjayaRaya beliau bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tahap keselamatan Infrastruktur dinegara ini termasuklah lebuhraya MRR2 dan Leburaya Ampang-KL.

Setiap Jalanraya yang dibina didalam negara ini perlu melalui kelulusan dan pemantauan pihak JKR iaitu satu jabatan dibawah Kementerian Samy. Jadi, jangan cuba berdalih dan lepas tangan. Bukan sahaja rakyat tak percaya dengan janji-janji beliau, sebahagian ahli MIC pun sudah muak dengan karenah beliau yang kemaruk untuk terus berkuasa. Akhirnya, wujud pula MIC Baru.

Nampak gayanya, Samy sudah berada dipenghujung karier politiknya. Sikapnya yang mudah melenting pada media dan aduan rakyat sudah tidak disenangi. Atas kegagalan beliau dalam menangani pelbagai isu yang melibatkan pembinaan infrastruktur dalam negara DPPWP mencadangkan agar beliau segera berundur.

Image hosting by Photobucket

Laporan AgendaDaily;

Belum habis kisah MRR2 timbul pula kisah retak di Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur dekat Hotel Flamingo. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu mungkin pening kepala memikirkannya.Perhatian kini bertumpu kepadanya.

Apa lagi setelah sebelum ini beliau berulang kali kata jejambat MRR2 di Kepong yang retak selamat,Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi arah tutup dan kerja pembaikan dijalankan segera.

Sebelum ini beliau juga melenting bila media memaparkan kenyataan berbagai pihak yang bimbang pada tahap keselamatan jejambat MRR2.

Wajah bengangnya jelas terpancar ketika para wartawan memintanya mengulas penemuan keretakan di Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur selepas melawat 15 keluarga yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Kapur, Karai,dekat Sungai Siput Khamis.

Bagi Samy Vellu kementeriannya tidak bertanggongjawab keatas soal itu kerana lebuhraya berkenaan dibina dan dikendalikan oleh syarikat swasta iaitu Projek Lintasan Kota Sdn. Bhd (Prolintas).

Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur sepanjang 7.9 kilometer melibatkan laluan dari Jalan Sultan Ismail menghala ke Sungai Klang dan Sungai Ampang sebelum berakhir di Taman Ampang Utama.

``Kami tidak bina itu (lebuh raya) cuma kita dapat laporan tiap-tiap dua tiga bulan sekali apa yang berlaku di jalan. Apa-apa komen mesti tanya Prolintaslah,'' katanya.

Beliau jelas menyindir media bila meminta pergi check semua jambatan di seluruh negara.

``Pergi tengoklah semua jambatan di seluruh negara. Adakah retak atau tidak? Pergi buat satu laporan besarlah... boleh buat sekali gus guna semua 16 muka surat untuk menunjukkan seluruh negara sudah tak ada baik. Habislah... semua tak ada baik,'' katanya dengan wajah yang berkerut.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Datuk Shahrir Samad kurang setuju dengan sikap Samy Vellu yang melihat laporan media bertujuan mengkritiknya.Ahli Parlimen Johor Bharu itu sebaliknya berharap menteri itu melihatnya dari sudut positif.

”Ia bukan bertujuan untuk cari salah tetapi untuk mencari penyelesaian yang lebih baik,”katanya selepas melawat kawasan keretakan di Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur.

Sementara itu satu kenyataan Lebuhraya Malaysia (LLM) Khamis menjelaskan keretakan halus pada jejambat Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur tidak akan menjejaskan keselamatan pengguna.

Menurutnya keretakan halus tersebut merupakan keretakan pengecutan yang tidak memberikan kesan yang serius kepada struktur jambatan dan hanya memerlukan kerja-kerja penampalan keretakan.

"Pihak kami ingin memaklumkan bahawa Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur adalah selamat untuk digunakan dan akan terus dibuka serta orang ramai tidak perlu bimbang," tambahnya.

Kenyataan itu turut menyatakan penemuan keretakan halus yang bukan struktur ke atas tiga kepala tiang yang dilaporkan media hari Khamis sudah pun dikesan semasa kerja-kerja pembangunan yang dijalankan syarikat konsesi lebuh raya itu, Projek Lintasan Kota Sdn. Bhd. (Prolintas).

"Memandangkan keretakan halus yang bukan struktur tidak akan memberi kesan yang serius kepada struktur jambatan, tindakan pembaikan dilaksanakan di bawah program penyelanggaraan biasa. Dua daripada tiang tersebut telah pun dibaiki secara penampalan pada keretakan dan kemudiannya pemantauan telah dibuat selama enam bulan."

"Didapati tiada sebarang keretakan baru dan keretakan lama juga tidak membesar. Kerja pembaikan keretakan diteruskan pada tiang yang berikutnya yang kini sedang dilaksanakan," kata kenyataan itu.

Katanya pemeriksaan struktur lebuh raya dilaksanakan oleh Prolintas secara berterusan dan berkala.

Malah, Prolintas telah membangunkan Probis atau Sistem Maklumat Jambatan Prolintas, yang bertujuan menguruskan aset syarikat secara berterusan.

"Kerja-kerja pembangunan Probis ini dijalankan oleh juru pakar runding jambatan. Kesemua elemen lebuh raya telah diperiksa secara terperinci oleh juru pakar runding yang dilantik. Hasil daripada pemeriksaan ini direkodkan dengan lengkap bagi membolehkan tindakan susulan diambil," katanya.

Thursday, February 09, 2006

BOYCOTT DENMARK PRODUCT

Image hosting by Photobucket
Some Famous Denmark Brands and companies are following:

Famous Denmark Companies:
-KDD
-Danfoss
-Sadafco
-Grundfoss
-Karoline

Famous Denmark Brands:
1)Chewing gum : Gumlink Company under a lot of trade names such as:
. STIMOROL
. Dirol
. Cadbury chocolate
. Lion chocolate bar
. Schweppes Beverage
. 7UP Beverage
. Canada Dry Beverage
. Halls
. Snapple Juice
. Fertin Pharma

2) Beef Meat: Danish Crown. Under trade name:

3) Emulsifiers, stabilizers, flavorings, sweeteners : Danisco

4) Non alcoholic Beer : Carlsberg.

5) Milk, cheese, butter and milk powder :
-Arla Foods Company under several trade names such as:
-Danu Brand
-Milex Brand
-Puck Cheese
-Three Cows Brand
-Rosenborg Brand
-Lurpak Butter

6) Medicine : Lundbeck, Novo Nordisk, Coloplast, Oticon

7) Electronics and Technology :TDC, GN Store Nord, Bang & Olufsen; Nielsen & Nielsen, Grundfos

8) Toys : The famous bard LEGO

9) Porcelain, glass and silver Products :Royal Scandinavia

10) Lightings and lamps : Louis Poulsen

11) Agriculture : Cheminova

12) Hotel : Radisson SAS

NOTE: Nido & Anchor are not Denmark Products In addition, to detect the products of Denmark & Norway, you should check the barcode on the Product.

The Barcode GSI prefix [first three numbers in barcode] for Denmark & Norway are as follow:
1. 570-579 GS1 Denmark
2. 700-709 GS1 Norway

For example the following barcode is of one of the product of Denmark: 5 78016691670 [first three numbers 578 showing its a product of Denmark]

For details about GSI Barcode visit: http://www.adams1.com/pub/russadam/upccode.html

PENULARAN MMS LUCAH : KERAJAAN HARUS BERTINDAK SEGERA

KENYATAAN MEDIA (9 FEBRUARI 2006)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius pendedahan terkini Majalah MASTIKA keluaran bulan Februari 2006 yang mendedahkan bagaimana penularan MMS lucah yang melanda generasi muda kita hari ini. DPPWP berpendapat inilah trend baru bahan lucah disebarkan sesudah VCD, majalah lucah dan bahan-bahan dari Internet. MMS lucah merupakan bahan yang paling mudah dan murah untuk diakses memandangkan ianya mudah diperoleh sama ada dari penghantaran dari telefon berkamera, melalui internet mahupun dibeli dari kedai-kedai alat telekomunikasi.

DPPWP mempersoalkan di mana adab dan akhlak generasi muda pada hari ini terutama umat Islam di negara ini. Suatu masa dahulu amat jarang kita mendengar gadis-gadis melayu yang sanggup mendedahkan gambar bogelnya apatah lagi sedang beraksi seks bersama pasangan mereka. Namun kini adegan yang memualkan itu amat mudah diperoleh, bahkan remaja tanpa segan silu dan merasa bangga pula menunjukkan wajah dan tubuh mereka keseluruhannya untuk dirakam.

Dalam pendedahan eksklusif Majalah MASTIKA tersebut, beberapa aksi yang meloyakan sempat ditonjolkan. Antaranya remaja melakonkan adegan seks dengan ramai pasangan, melakonkan seks di tempat terbuka seperti di tangga, di Kompleks membeli belah, dibilik-bilik hotel, dan lain-lain lagi. Bahkan amat memualkan apabila ada remaja yang merakamkan gambar candid (secara sembunyi) di tandas wanita, di bilik persalinan, di bilik hotel dan lain-lain lagi. Namun yang amat memeranjatkan dan menakutkan ialah apabila ada diantara gambar tersebut merakamkan aksi-aksi gadis dirogol secara bergilir-gilir.

DPPWP berpendapat antara punca mengapa remaja hari ini begitu terdedah dengan budaya liar ini ialah kerana kurangnya penegasan dan penguatkuasaan kerajaan di dalam membanteras gejala sosial ini. DPPWP mempertikaikan tindakan kerajaan membubarkan pasukan penguatkuasa yang ditubuhkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), sedangkan gejala maksiat semakin meningkat. Siapa yang akan memantau dan mengambil tindakan terhadap remaja-remaja yang melepaskan nafsu mereka di taman-taman bunga, di hotel-hotel murah, di tandas-tandas awam kalau bukan satu pasukan penguatkuasa?

DPPWP juga amat kesal dengan sikap acuh tak acuh kerajaan di dalam menangani pusat-pusat hiburan yang berleluasa sehinggakan ada pusat hiburan yang telah 25 kali diserbu masih lagi beroperasi. DPPWP amat yakin pusat-pusat hiburan yang berleluasa tanpa kawalan inilah antara punca penularan budaya liar. Di sinilah bercambahnya pil-pil ecstasy, perzinaan, pelacuran, penagihan dadah dan pelbagai aktiviti jenayah lain.

DPPWP juga melihat lambakan bahan-bahan lucah dipasaran sebagai punca penularan MMS lucah ini. Tidak sukar untuk mencari majalah picisan berunsur lucah, VCD dan DVD lucah dipasar-pasar malam, dan di kaki-kaki lima di negara ini. Inilah rangsangan seksual terhadap generasi muda dan menganggap ianya sebagai bahan hiburan mereka.

Justeru itu, DPPWP menyarankan kepada pihak kerajaan, ibubapa dan pihak bertanggungjawab supaya segera mengambil tegas bagi menangani masalah ini. DPPWP mencadangkan:-

1. Satu tindakan tegas diambil kepada sesiapa yang menyimpan dan mengedarkan MMS lucah ini. DPPWP merasakan amat mudah bagi pihak polis untuk mengenalpasti penyebar MMS lucah ini sebagaimana pihak polis menumpaskan SMS fitnah yang mengaitkan artis terkenal tanahair;

2. Menyiasat dan mengenalpasti pelakon-pelakon MMS lucah ini dan bawa mereka ke muka pengadilan.

3. Mengadakan operasi dan penguatkuasaan yang lebih kerap di tempat-tempat yang dikenalpasti sebagai pusat perzinaan seperti di rumah-rumah urut, dihotel-hotel murah, di taman-taman bunga, dan sebagainya;

4. Membuat serbuan ke atas premis-premis alat telekomunikasi yang dikenalpasti sebagai tempat menjual dan mengakses bahan MMS lucah tersebut. Kerajaan juga didesak untuk menyita premis tersebut;

5. Menyiasat dan mengenalpasti pemilik-pemilik laman web tempatan yang membekalkan maklumat lucah tersebut. Pemilik laman web tersebut perlu dihadapkan ke muka keadilan;

6. Ibubapa disarankan agar sentiasa memeriksa telefon bimbit anak-anak agar MMS lucah ini tidak sampai ke tangan mereka.

Disamping itu, DPPWP juga mengesa kepada para ibu bapa dan ahli masyarakat Malaysia agar bersikap lebih progreasif dan membantu dalam memberikan maklumat kepada pihak kami dan Jabatan Polis serta Jabatan Agama Islam Negeri berkaitan dengan aktiviti tidak bermoral ini. Kerjasama dari semua pihak amat perlu bagi kita menyelamatkan generasi yang ada pada hari ini dari terus rosak dengan penyalahgunaan teknologi dan peluang kemakmuran negara ini.

Sehubungan itu, DPPWP sekali lagi mendesak kerajaan agar segera mengambil tindakan tegas supaya budaya liar ini tidak terus berkembang dalam masyarakat negara ini. DPPWP bersedia pada bila-bila masa pun untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan bagi menangani masalah ini sebelum ianya menjadi lebih parah.


MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Pengerusi
Lajnah Pembangunan Remaja (LPR)
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

kilang arak Carlsberg Milik Denmark

Rupa-rupanya kilang arak Carlsberg yang berdiri megah
tepi Lebuhraya Persekutuan di Shah Alam itu adalah
dari Denmark.

Apa komen kerajaan Malaysia, UMNO, PAS, ABIM, JIM,
PPIM, PERKIM, JAKIM, IKIM dan lain-lain mengenai
kilang Carlsberg di Shah Alam ini dan hubung kaitnya
dengan kerajaan Denmark yang tidak mengambil tindakan
ke atas akhbar Denmark yang menyiarkan kartun-kartun
yang menghina Nabi saw. ?

Carlsberg
100 Ny Carslberg Vej
Copenhagen V
1799
Denmark
Tel: 45 33 27 33 00
Fax: 45 33 27 47 01
Web: www.carlsberg.com

Oleh: Rozmal Malakan

FAM DI PERALAT OLEH KHAIRY JAMALUDDIN

Suka saya merujuk kepada pasukan bolasepak Myteam yang bakal dibentuk pada 18 Februari ini yang bermula di Johor Bharu hinggalah berakhir di Kuala Lumpur pada 9 April sebelum menjalani latihan pusat serta menetang Pasukan Kebangsaan pada 28 Mei di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Program realiti yang di uruskan oleh syarikat Maya Team yang dimiliki oleh Khairy Jamaluddin bakal membawa kuasa baru didalam imej sukan bolasepak dan ianya juga akan memberikan peluang ekonomi kepadanya serta dengan mudah mendapat keuntungan besar. Melihat kepada program ini akan memperlihatkan kebangkitan Pasukan Bolasepak Negara dimasa yang akan datang, tetapi jika Pasukan Kebangsaan kecundang menggambarkan mutu pengurusan pembangunan FAM adalah lemah.

Saya tidak hairan kenapa syarikat Maya Team mendapat hak menguruskan program realiti ini oleh kerana Khairy Jamaluddin juga adalah Ahli Majlis FAM. Apakah FAM tidak tahu bahawa Khairy Jamaluddin yang memiliki syarikat tersebut? Kenapa FAM tidak membuat tender terbuka?

Apabila melihat kepada penaja utama program realiti ini adalah Telekom Malaysia, sedangkan Telekom Malaysia juga adalah penaja utama pertandingan bolasepak masa kini. Jika pelaburan yang diberikan kepada program realiti ini diberikan kepada FAM, mungkin aktiviti pembangunan disemua peringkat dapat berjalan dengan baik kerana mendapat sumber yang amat besar.

Saya juga merujuk kepada kes yang menghukum Pengurus Pasukan Bolasepak Perak, Dato’ Jamal Nasir Rasdi yang mana beliau mempersoalkan mutu pengadilan bolasepak negara yang begitu lemah. Ini juga dilihat bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pengadil iaitu Khairy Jamaluddin adalah orang yang bukan layak dengan berlatar belakangkan bolasepak sebelum ini. Bukankah ramai lagi bekas pengadil FIFA atau Negara yang mampu di amanahkan sebagai pengerusi tersebut.

Harus ditegaskan bahawa sukan negara mesti ditingkatkan, tetapi bersih daripada kepentingan orang politik seperti Khairy Jamaluddin sepertimana syarikat ECM Libra yang juga dimilikinya untuk meraih keuntungan segera dengan cara kedudukannya sebagai menantu Perdana Menteri. Saya berharap FAM mesti kembalikan kecermelangan Bolasepak Negara dengan memastikan setiap langkah FAM mendatangkan hasil yang baik untuk Pembangunan Bolasepak Negara dan juga pengurusan pertandingan yang selaras dengan hasrat peminat dan juga penyokong bolasepak tempatan.



USTAZ HJ. IDRIS BIN AHMAD
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Pusat

Wajah Baru Ummahonline.com

Salaam semua,

Ummahonline.com bermula 01 Muharram 1427 Hijrah baru-baru ini, telah menggunakan tapak baru sepenuhnya. Sebelum ini, bahan-bahan yang diterima hanya dapat muatkan di sesawang geocities yang terhad serta tidak lagi mampu untuk menampung kebanjiran jumlah pengunjung. Sudah tentu, selain untuk mewar-warkan tapak baru Ummahonline.com ini, kami juga telah memaparkan wajah baru dengan tema, ¡°ragam fikiran, bertemu di sini¡±.

Sesuai dengan tema gagasan ini, Ummahonline.com menganjurkan sebarang usaha penerokaan ilmu dan fikiran dari ragam sumber, malah, perspektif-perspektif yang berbeza amat dialu-alukan di sini. Adalah diharapkan, dengan kemudahan wacana yang lebih efektif ini, para pembaca dapat menilai sesuatu bahan yang telah diterbitkan di sini dengan penuh tenang, kritis, rasional dan ilmiah, sejajar dengan semangat perbahasan dan beza pendapat.

Di samping itu juga, bagi memeriahkan lagi bahan-bahan yang telah sedia terhimpun, para pembaca sangat-sangat digalakkan untuk menulis sebarang artikel atau surat kepada pihak kami, sekiranya tidak bersetuju atau tidak berpuas hati dengan idea-idea yang disuarakan oleh para penulis di sini. Apatah lagi di sini, kami memang menggalakkan debat yang ilmiah, rasional dan kritis berdasarkan teori-teori agama dan sains sosial Barat.

Perlu juga ditegaskan di sini, maksud Ummahonline.com ini semata-mata bertujuan untuk memugar pembaca Melayu umumnya, dan generasi muda Islam khasnya, agar lebih bersedia dalam rangka menempuh cabaran baru dunia globalisasi yang kian rencam pemikiran, nilai hidup serta falsafahnya. Waima, ragam pandangan para penulis yang dikemukakan dalam Ummahonline.com, perlu diingat juga, ia tidaklah mewakili pendirian atau dukungan pihak kami.

Akhir, Ummahonline.com sebagai sebuah majalah maya ini sebenarnya diusahakan secara sukarela dan bukannya sepenuh masa oleh editor. Justeru, sebarang kekurangan dan kesulitan, kami dahulukan ribuan kemaafan. Bagi tujuan perhubungan, Ummahonline.com boleh dihubungi melalui emel: ummahonline@yahoo.com.

Sekian, salaam hangat dari kami.

Aqil Fithri, Editor Ummahonline.com
http://www.ummahonline.com