Friday, April 28, 2006

Ulasan Filem Gubra Yang Sesat Lagi Menyesatkan

Oleh :Faisal Tehrani

Gubra ialah sebuah filem bancuhan beberapa kerat mesej iklan Hari Raya Petronas, lawak yang meraban merapek, pembelaan terhadap inter-faith commission, geng sister in Islam, Islam ala Islam Hadhari, dan penyelewengan ajaran Maulana Rumi yang ramai orang mahu percaya diri mereka memahami sebahagian aspek kesufian tetapi berada di dalam kurungan istidraj yang sesat lagi menyesatkan. Sesungguhnya hak dan batil dalam filem ini dibaur-baurkan hingga kita akhirnya tahu bahawa inilah jenis Islam yang ditolak oleh Nabi Muhammad S.A.W ketika ditawarkan oleh kafir musyrikin, Islam jenis inilah yang membawa Rasulullah berhijrah ke Madinah. Islam jenis inilah yang baginda telah menegaskan andai bulan dan matahari pun diletakkan di kiri kanan baginda, tidak ada apa yang dapat merubah baginda dari menolak Islam jenis ini. Islam jenis gubra.

Inilah sebuah filem untuk meraikan sekularisme dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Kos pembikinan Gubra ialah RM 1 juta, jenis filem 35 mm berwarna dengan lokasi sekitar Ipoh di mana gubra kononnya bermakna gugup atau gelabah.

Menurut pengarah dan penulis filem ini, Yasmin Ahmad: Saya mahu paparkan tentang kisah dan sikap manusia yang biasanya selalu berada dalam keadaan gubra. Kerana gubra ramai di antara kita tidak reti untuk menghargai kasih sayang. Selain itu, mesej yang ingin saya sampaikan melalui Gubra ialah tentang kemaafan (Utusan Malaysia, 9 Ogos 2005).

Saya tidak memahami apa yang indah dan gelap atau lucunya Gubra. Saya tahu filem, mise en scene dan segalanya. Saya tak pandang semua itu. Sesekali saya malah berasa terhina dengan adengan-adengan filem ini. Lakonan sehebat mana sekalipun telah dimualkan dengan inti yang sungguh menyesak lagi menyesatkan ini. Kerja cahaya atau sinematografi yang handal sekalipun tak dapat menenggelamkan kelucahan dan kekeliruan yang diutarakan.

Saya tidak mahu memanjangkan isu Bilal Li memegang anjing sebelum melaungkan azan Subuh. Diskusinya boleh sahaja panjang memasuki sekian mazhab dan takrif najis mughalazah. Meski sesungguhnya tidak ada keperluan untuk Bilal memegang anjing (dan ya, semua orang dapat menangkap kiasan yang ingin dihantar. Saya juga tidak bodoh).

Tetapi juga, saya kira, tanpa apa alasan sekalipun filem yang dipenuhi dengan ciuman, pelukan, dakapan, elusan, gentelan, pautan, gomolan, belaian, pegangan, ramasan, picitan, urutan, hempukan, goyangan, dukungan, kucupan, rabaan, geleman dan yang seumpama dengannya, konon untuk menggambarkan kasih sayang ini adalah sebuah filem yang meremehkan malah menghina persoalan amar makruf nahi mungkar. Peluk sana cium sini seolah-olah tema kasih sayang ialah peluk cium sesuka hati tanpa batas dan garis panduan.

Ukurlah skala iman anda.Filem ini bukan sahaja mencabar budaya tetapi mencabar duduk letak syariat dengan mempersendakannya.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Siapa di antara kamu melihat suatu kemungkaran, hendaklah mengubahnya dengan tindakan, jika tak sanggup maka dengan teguran, jika dengan itu tak sanggup maka dengan hatinya, yang demikian itu selemah-lemahnya iman."

Hadis tersebut terang lagi bersuluh menjelaskan bahawa aspek amar makruf nahi mungkar merupakan hal yang wajib bagi setiap Muslim. Apatah pula berada di pihak seorang Bilal yang mewakili institusi keagamaan.

Amar makruf nahi mungkar adalah wajib berdasarkan banyaknya ketentuan hukum dalam kesepakatan para ulama, berdasarkan Alquran, hadis, ijma, dan akhlak yang mulia.

Lihat sahaja ayat 71 surat At-taubah, ayat 104 dan 110 surat Ali 'Imran, Allah jelasnya telah mensyariatkan amar makruf nahi mungkar. Justeru para ulama bersepakat tentang wajibnya amar makruf nahi mungkar, cuna ia berbeza dalam tingkatan wajibnya samada wajib 'ain dan wajib kifayah.

Andai kata wajib 'ain, maka setiap Muslim harus melaksanakan amar makruf nahi mungkar, akan tetapi dengan wajib kifayah, jika ada segelintir melakukannya maka terpenuhlah kewajiban tersebut walau hanya dilakukan oleh sebagian umat Islam. Tetapi semuanya berdosa bila tidak ada seorang pun yang melakukannya. Dalam urusan kemasyarakatan, amar makruf nahi mungkar adalah satu hal yang digalakkan dan keperluan yang luar biasa signifikan supaya keseluruhan kehidupan dapat berjalan dengan baik.

Apakah yang makruf itu? Makruf adalah segala sesuatu yang dipandang baik oleh manusia dan diredhai oleh Allah SWT, samada ia perbuatan yang wajib maupun sunat, seperti mana ketaatan kepada Allah dan pengamalan perintah Allah. Sebagai contoh menegakkan solat, melakukan puasa, menolong orang yang kesusahan, memberikan derma atau melakukan kebajikan dan lain-lain lagi.

Pun ada bahagian yang sangat penting sebagai kembarnya iaitu hal yang mungkar itu perlu ditegah. Mungkar adalah setiap yang dipandang tidak baik oleh manusia dan tidak dibenarkan oleh Allah SWT. seperti maksiat, menyekutukan Allah, juga melakukan larangan Allah, seperti penzinaan (iya 8 kali, dalam Gubra lapan kali adalah angka ajaib untuk satu penzinaan berulang) makan rasuah, menipu rakyat, dan sebagainya.

Perlaksanaan amar makruf nahi mungkar harus dilaksanakan dengan apa jua cara, ini disesuaikan dengan banyak mana kuasa anda ada.Jika anda bapa dalam keluarga ya ahli keluarga yang melakukan mungkar harus ditegur dan digalakkan melakukan makruf. Jika pemerintah urusan makruf adalah sama pentingnya dengan pencegahan kemungkaran.

Secara fitrah manusia tertarik dengan musuh abadinya iaitu iblis. Dan iblis akan bijak sekali memusing-musing kepala kita hingga kita akan mencari jalan sendiri untuk mengatakan ia benar.

Penegahan mungkar dilakukan dengan kekuatan fizik, juga dengan lidah yang sopan dan bijaksana, atau hanya dengan diam dalam penyesalan terjadinya kemungkaran, atau tidak terwujudnya hal yang makruf.

Hal ini tidak terjadi dalam Gubra, Bilal sebagai satu entiti yang mewakili institusi keagamaan meredhai jiran-jirannya duduk dalam maksiat. Betul Bilal Li tak perlu memulau Temah atau Kiah tetapi Bilal Li juga tidak boleh meredhainya dengan ikhlas tanpa rasa sesal sedikit pun. Tidak pernah dalam filem ini, walau sekali ada gambaran pencegahan di dalam hati yang paling rendah tingkatannya dilakukan. Perhatikan dialog di hadapan rumah pelacuran yang wajar dicemuh ini:

Bilal Li: Assalamualaikum, awal balik pagi ini (nota pengarang: dari melacur).
Temah : Esok pagi nak hantar Shahrin pergi sekolah. Ada pelanggan nak pun terpaksa tolak. Hai abang lambat pergi surau pagi ini? Hah rambut basah tu...
Bilal Li: (Gubra) Ah mana ada...
Temah: Kami balik dulu.


Pelaksanaan amar makruf nahi mungkar diberikan syarat: (1) Bahawa jelas kemakrufan yang tidak dilaksanakan orang dan kemungkaran pula jelas dilakukan, (2) Bahawa pendakwah sedar dengan diri dan jatidirinya sebagai orang yang alim dan sesuai dengan misi amar makruf nahi mungkar yang hendak ditunaikan, (3) Pendakwah dengan itu tahu benar bahwa amar makruf nahi mungkar tersebut membawa manfaat, maslahat, serta tidak membawa mudarat (4) Amar makruf nahi mungkar ditegakkan dengan bijaksana, berterusan dan penuh kesabaran, serta (5) Hal amar makruf nahi mungkar itu ditunaikan dengan ikhlas berorientasi pada keredhaan Allah SWT. Ini dilakukan demi mempertahankan keluhuran Islam dan menegakkan kalimah Allah.

Temah barangkali bernasib baik kerana mendapat hidayah dan kejutan Tuhan kerana disapa penyakit (kemungkinan HIV). Temah mencari Maz, belajar al-Quran, belajar solat dan menginsafi diri tetapi itu semua datang dari Temah. Dan ilham untuk bertaubat tentulah datang dari Allah. Manusia yang diberi hidayah seperti Temah tidak ramai, dia mencari hidayah datang. Tetapi di pihak Maz dan Bilal Li yang tahu agama, tidak ada secuit pun rasa kesal rasa mahu mendorong dan rasa nahi mungkar tersebut ditonjolkan sebelumnya. Tidak ada. Tidak, saya tak minta mereka mengherdik pelacur-pelacur yang baik itu.

Mereka agaknya memang terpaksa melacur sebab tak pas SPM atau tak ada modal untuk berniaga nasi lemak bungkus. Iyalah, kita mahu percaya mereka melacur kerana tiada pilihan lain. Tetapi sebagai sebuah naratif yang bermula dengan Bismillahhirahmanirrahim kita dikejutkan kerana Bilal Li dan isterinya bersikap tak apa dengan kerja maksiat jiran itu. Bukan sahaja tidak menegah tetapi meraikannya.Kita faham sisi kemanusiaan yang ingin disogokkan tetapi fahami pula sisi kemanusiaan yang Islam tawarkan. Ada rangka dan konsepnya. Kenapa merendahkan ayat Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang ini?

Ya Islam memang luhur agamanya, mak cik bertudung labuh boleh menawarkan rendang ayam buat pesakit sebelah katilnya yang muak mengunyah daging babi seperti di dalam Gubra. Siapa nafikan? Ya Malaysia memang indah kerana kita dibina dengan berbagai warna, bangsa, bahasa, masakan dan lain-lain lagi. Tetapi memaksakan Islam memahami semua persoalan itu seumpama Islam sebuah agama yang tidak cukup adalah sesuatu yang salah. Islam yang harus difahami, dihayati dan diamalkan.Islam turun untuk kita, kita yang mesti fahamkan Islam bukan menceramahkan pula Islam yang mesti memahami kita.

Sungguh ini sebuah filem yang kacau dan sungguh kerana Yasmin serta pelbagai lagi manusia karyawan filem kita terperangkap oleh definisi Barat. Kononnya filem hanyalah gambar bergerak. Dan elemen-elemen kekaguman (untuk gubra) yang penuh kepalsuan ditawarkan juga seperti pesakit yang nampak punggungnya, atau Orked yang selamba meraba puting tetek Alan yang berbulu, atau watak Arif lakonan Adlin Aman Ramli menari dengan hanya memakai tuala hampir terlucut, atau pujian jururawat India bahawa alat kelakian Pak Atan sungguh utuh dan gemilang.Ini filem Malaysia, relaks, cool...itulah yang hebatnya, agaknya?

Tidak, filem lebih dari itu. Filem bukan cuma naratif, bukan cuma gambar yang bergerak. Filem adalah ar-Risalah seperti yang dinukilkan oleh Dr Abu Hassan dari Universiti Malaya dalam bukunya yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Filem haruslah kembali ke jati diri kita, kepada tradisi penceritaan yang berakar pada bangsa. Bukan caca marba tidak ketentuan bahasa.

Kasihan, dalam Gubra mereka mahu percaya mereka hidup dalam kebenaran tetapi orang yang berilmu melihat mereka dalam kebodohan. Seperti mana kumpulan Sisters In Islam terpekik setiap kali apabila timbul segala isu yang mereka rasa harus dimanfaatkan untuk kepentingan diri. Kita tahu mereka bahlol lagi jahil tetapi mereka rasa mereka maju, moden dan Tuhan memang memandang mereka mulia, oh ya dan mereka percaya bisikan iblis: Tuhan memandang semua orang sama.

Dan tepekkan satu kata-kata Maulana Rumi yang lari konteks setelah dikerat-kerat bait-bait terdahulunya yang lebih enam ribu itu iaitu lampu ada pelbagai tetapi cahayanya sama. Ya, gereja, masjid dan tokong ialah rumah ibadat yang sama. Tuhan satu. Tuhan sama sahaja.

Begitu? Bagaimana dengan konteks ayat Quran, untuk Kamu agama kamu untuk kami agama kami? Cuba buka tafsir terlebih dahulu dan fahami surah al-Kafirun. Inilah asas jati diri orang Islam yang telah diterap dan diturunkan awal sejak di Mekah lagi. Surah dengan 6 ayat ini adalah surah mengenai jati diri.Dan ya, boleh juga buka surah Taubah kerana ada juga jati diri orang munafik untuk kita lebih berwaspada dan hati-hati supaya tidak jadi seperti mereka.

Kalau tak reti agama jangan syarahkan agama dalam filem.Jangan rosakkan orang.

Gubra seperti tajuknya. Filem yang kacau, gugup dan ketidaktentuan hala seperti mana kefahaman dan diri pembikinnya.Dan memang ramai pengekor dan orang yang tak ketentuan jiwa menyokongnya.

Saya tidak hairan, bila pengarahnya ditanya wartawan tentang adengan Bilal memegang anjing, "Entah, tawakal sahajalah."

Ya konsep tawakalnya begitu.Tawakal gubra.

Allah memang pengasih dan penyayang. Tetapi Allah juga ada nama-nama lain, ada sifat-sifat lain yang Allah boleh sahaja menghukum, baran dan mengingatkan dengan keras. Allah memang Maha Pengampun tetapi Dia juga tidak memberi belas kasihan. Kerana itu ada neraka sebagai tempat diazabkan. Baca asmaul husna biar habis, faham Islam biar selesai, bukan satu bahagian sahaja. Amar makruf tetapi nahi mungkar diabaikan.

Justeru, kalian memang Gubra. Janganlah membaca Rumi untuk satu bait, kemudian mendabik dada, khatamlah dahulu Mathnawi dan Diwan, dan fahamilah hubungannya dengan Tabrizi baru boleh mengeluarkan hujah di dalam filem anda. Jangan cemari ajaran kesufian dengan pendirian sesat anda ini.

Hayy Allah !

Wallahu'Alam, moga kita dikurniakan Jalan Yang Lurus yang selalu kita minta dalam solat kita itu. Moga kita dilindungi oleh sebarang kesesatan yang nyata dan juga tidak nyata.

FILEM LUCAH : FINAS JANGAN GADAIKAN MARUAH MASYARAKAT MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA (28 April 2006)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa kesal di atas tindakan FINAS yang menayangkan filem berunsur lucah dan tidak senonoh di Pawagam Mini P Ramlee, di ibu pejabat Finas baru-baru ini.

DPPWP berpendapat, tindakan menyiarkan filem berunsur lucah dan aksi bogel di dalam pawagam umum milik kerajaan memaparkan FINAS sebagai golongan yang tidak peka dan sensitif terhadap umat Islam di negara ini. Meskipun filem tersebut dikategorikan sebagai filem antimoral atau bersifat undergound masyarakat Malaysia tetap tidak boleh menerima filem seumpama ini

Dalam keadaan negara yang kucar-kacir kerana isu gejala sosial yang tidak selesai, lambakan filem-filem pornografi yang mudah didapati di kedai-kedai kaki lima, isu pelacuran dan seks bebas yang tidak terkawal, majalah-majalah lucah dan picisan yang berselerak di merata-rata, pihak FINAS pula dengan sengaja menayangkan filem ini untuk tontotan umum.

Biar apa pun alasannya, sama ada untuk menapis filem, atau untuk memperlihatkan kreativiti filem itu dihasilkan, atau kerana kesenian, untuk pendidikan dan lain-lain, filem yang berunsur lucah amat tidak wajar ditayangkan dimana-mana pawagam. Sepatutnya mereka yang diberikan amanah untuk menjaga FINAS perlu lebih berhati-hati dan lebih ketat di dalam mengawal filem-filem yang ditayangkan. FINAS perlu ingat, dihadapan kaca televisyen atau pawagam, yang menontonnya adalah rakyat umum yang berumur dari peringkat kanak-kanak sehinggalah ke orang tua.

DPPWP mempersoalkan mengapa filem-filem ini dapat ditayangkan dan mengapa pula ia ditayangkan dalam bangunan kerajaan? Ia memperlihatkan bahawa FINAS telah menyalahgunakan institusi milik kerajaan kerana menggunakan pawagam milik kerajaan Malaysia. Golongan ini seolah-olah mencabar undang-undang dengan membiarkan filem underground yang dipilih untuk tayangan terbuka di Finas tidak melalui tapisan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF).

Dalam era globalisasi seperti ini, banyak filem lain yang jauh lebih hebat dihasilkan tanpa memasukkan unsur-unsur lucah atau aksi bogel. Kita dapati filem barat kebelakangan ini banyak yang dihasilkan tanpa unsur lucah tetapi mampu untuk mencapai tahap Box Office.

Tambahan pula, sejak kebelakangan ini filem-filem Malaysia pula amat mendukacitakan. Selain nilai moralnya yang rendah, filem Malaysia hanya berkisar tentang cinta, perasaan, dan jenayah. Para pelakon yang beragama Islam sanggup berpeluk dan tidur sekatil dengan pasangannya bukan mahram, kerana berlakon. Ramai juga yang berani berpakaian baju mandi dan berkemban, dan mengunjungi kelab-kelab malam, hisap rokok, atas nama lakonan. Seolah-olah filem itu tidak berharga atau bernilai sekiranya tidak ada unsur maksiat dan lucah seperti ini. Dalam keadaan begini, mengapa pula kerajaan membenarkan filem asing berunsur lucah ditayangkan? Tidak cukupkah derita masyarakat Malaysia yang sedang berkembang dengan gejala sosial?

Justeru, DPPWP mendesak supaya kerajaan khususnya Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan menyiasat bagaimana filem seperti ini boleh terlepas masuk ke pawagam kerajaan. DPPWP juga mendesak agar penganjurnya disiasat berhubung perkara tersebut.

DPPWP bertegas agar perkara seumpama ini tidak berulang lagi di masa hadapan. Umat Islam selamanya tidak boleh berkompormi dengan maksiat dan kemungkaran, meskipun atas nama kesenian, pendidikan, kebudayaan, dan lain-lain lagi.


KAMARUZAMAN MOHAMAD
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Belum Ada Pendakwaan Ke atas Tahanan 26 Mac

Pihak Pendakwaraya dikatakan belum mengemukakan hasil penyiasatan ke atas 21 orang awam yang ditahan semasa himpunan aman membantah kenaikan harga minyak 26 Mac lalu. Hal ini dimaklumkan oleh Ketua Balai Polis Dang Wangi, ASP Sydney Clyde Jeremiah kepada bekas tahanan yang hadir melaporkan diri di Balai berkenaan pagi ini.

Sehubungan dengan itu, ASP Sydney menetapkan 30 Mei sebagai tarikh baru bagi semua tahanan melaporkan diri kepada beliau. Beliau melanjutkan jaminan Polis yang ditetapkan semasa membebaskan kesemua tahanan tempoh hari.

Pihak bekas tahanan menyatakan kekesalan mengenai kelambatan proses penyiasatan serta membuat keputusan oleh pihak pendakwaraya. Setelah sebulan, kes yang mudah itu masih belum diputuskan, dan menyebabkan banyak masa terbuang untuk datang semula ke balai bagi melaporkan diri. Mereka yang datang sejauh Kedah dan Pulau Pinang mahukan polis meningkatkan efisiensi mereka bagi mengelakkan pembaziran.

Mereka juga mengambil keputusan untuk mewakilkan peguam memastikan dengan pihak polis samada terdapat pertuduhan sebelum mereka datang semula melaporkan diri.

Turut hadir di Balai Dang Wangi pagi ini ialah Dr Siti Mariah Mahmud, AJK PAS Pusat, Sdr Lih Kang dari SUARAM, Pn Nuridah Salleh, Ketua Muslimat W Persekutuan serta penyokong dari PAS dan KeADILan.

Penduduk kampung Chubadak, Sentul Berdemo

Photobucket - Video and Image Hosting

TUNAIKAN hak kami... anak-anak penduduk di kampung Chubadak, Sentol turut berdemonstrasi di hadapan pejabat Perdana Menteri, Putrajaya untuk meraih simpati daripada PM supaya hak mereka dikembalikan sebagaimana yang dijanjikan oleh syarikat pemaju perumahan, yang telah mendirikan kondominum di kawasan mereka. Foto Wan Zahari Wan Salleh

PAS tolak kenyataan Abdul Fatah

Oleh :Mohd Rashidi Hassan & Saidatul Amani

KUALA LUMPUR, 27 April (Hrkh) - PAS menolak ucapan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Abdul Fatah Haron di Parlimen semalam dan menyifatkan beliau tidak sensitif serta menjatuhkan martabat kaum ibu.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Presiden PAS dekat sini, meminta Abdul Fatah supaya menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada kaum wanita yang dimaksudkan sebagai ‘gatal’.

“Kenyataan tersebut adalah kenyataan peribadi beliau dan tidak sama sekali mewakili pendirian parti yang berjuang untuk keadilan setiap rakyat.

“PAS amat menghormati peranan wanita sama ada sebagai isteri, ibu tunggal atau janda, kerana Islam meletakkan wanita pada tempat yang tinggi dan PAS sentiasa berpegang kepada prinsip ini.

Ustaz Hadi menegaskan, sebarang ucapan mana-mana pemimpin dan ahli Parlimen yang menyalahi disiplin perjuangan PAS perlu diperbetulkan segera.

Muslimat kesal kenyataan Abdul Fatah

Sementara itu, Dewan Muslimat PAS Pusat kesal dengan kenyataan Ahli Parlimen Rantau Ranjang, Abdul Fatah Haron yang mengaitkan kes perceraian dengan sifat 'gatal' golongan wanita.

Ketua Penerangannya, Dr Siti Mariah Mahmood menegaskan Muslimat PAS amat tidak bersetuju Abdul Fatah dan menyifatkan perkataan 'gatal' yang ditujukan kepada golongan wanita sebagai suatu penghinaan.

"Itu adalah pandangan peribadi beliau yang tidak sepatutnya dibuat," tegasnya.

Abdul Fatah dilaporkan media sebagai berkata kebanyakan ibu tunggal yang ada pada hari ini sama ada disebabkan kematian suami atau diceraikan oleh suami.

Katanya, yang ibu tunggal kematian suami 'nampak insaf', tetapi menyifatkan ibu tunggal dari kes perceraian sebagai 'gatal'.

Ahli Parlimen Rantau Panjang tersebut membuat kenyataan, ketika mencelah ucapan penggulungan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Seri Shahrizat Jalil.

Kenyataan tersebut juga mengundang bantahan anggota Parlimen DAP dan BN dari kalangan wanita.

Perkataan ‘gatal’ itu mengundang kemarahan ahli Parlimen wanita BN dan DAP yang mahu Abdul Fatah menarik balik kenyataannya.

Bagaimanapun, Abdul Fatah tetap dengan pendiriannya dan mengatakan beliau hanya menggambarkan sebahagian daripada wanita yang berperangai `tidak senonoh' seperti itu.

"Saya rasa tidak perlu untuk menarik balik kata-kata saya. Memang ada wanita yang menjadi `ibu tunggal' kerana `gatal','' kata beliau.

Mengulas lanjut isu tersebut, Mariah menegaskan apa yang disebutkan Fatah bukan merupakan pandangan ahli dan pemimpin PAS sendiri.

Beliau berkata Muslimat PAS meminta supaya semua pihak lebih sensitif dengan peranan wanita masa kini yang jauh berbeza dengan suatu ketika dulu.

"Isu perceraian dan implikasi daripadanya merupakan suatu yang sangat subjektif untuk dibincangkan secara spesifik.

"Sebab itu kami tidak menerima sama sekali ungkapan 'gatal' yang ditujukan kepada golongan berkenaan (wanita yang diceraikan)," tegasnya.

Isu ibu tunggal: Abdul Fatah beri penjelasan

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Abdul Fatah Haron yang kini menjadi tumpuan, mendakwa media memang suka membesar-besarkan sesuatu isu yang menekan pembangkang malangnya mereka tidak menyiarkan soalan sebenar daripada ahli Parlimen pembangkang.

Ketika sesi penggulungan perbahasan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil di Dewan Rakyat, kelmarin, Abdul Fatah minta penjelasan seperti berikut:

"Saya minta YB sedar atau tidak bahawa janda ada dua jenis, janda yang kematian suami dan janda yang bercerai. Antara katogeri ini berbeza. Janda yang kematian suami lebih berasa insaf dan memiliki air muka yang beriman. Manakala janda yang bercerai lain sikit sebahagian besarnya gatal, minta penjelasan," katanya.

Beliau yang dihubungi selepas pertanyaannya di Dewan Rakyat menjadi hangat berkata, sebenarnya beliau mahu memberitahu Shahrizat bahawa golongan ibu tunggal tidak cukup hanya diberi kemudahan dari sudut kewangan dan harta benda.

Sebaliknya tambah beliau, golongan janda atau ibu tunggal itu perlu dibimbing supaya mereka lebih beriman dan berakhlak mulia walapun setelah diceraikan oleh suami masing-masing.

Dalam perkara itu Abdul Fatah yakin bahawa mereka yang menjadi pelacur, ramai terdiri daripada janda yang diceraikan suami.

Setelah dakwaan kononnya isteri diceraikan kerana `gatal' dilaporkan secara meluas oleh media massa dan elektronik, Abdul Fatah menerima banyak bantahan dan cabaran daripada kaum wanita sama ada individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Saya bersedia menghadapi mana-mana pihak yang mahu berjumpa dengan saya bagi membuktikan fakta sebenar apa yang saya perkatakan dalam sesi soalan tambahan di Dewan Rakyat," katanya.

Wednesday, April 26, 2006

Protes harga minyak kembali gegar ibu kota

Oleh Saidatul Amani KUALA LUMPUR, 23 April (Hrkh) - Sekali lagi rakyat di tengah bandar besar ini digegarkan dengan laungan membantah kenaikan harga minyak sambil menyebarkan risalah setelah gabungan membantah kenaikan harga minyak (Protes) sebelum ini mengadakan siri penerangan melalui ceramah.

Photobucket - Video and Image Hosting

Lebih kurang 1,000 rakyat Malaysia yang peka dengan kenaikan harga minyak turun ke Jalan Masjid India di sini petang semalam dan mengedarkan risalah kepada orang ramai dengan tujuan memberi kesedaran berhubung tindakan kerajaan menaikkan harga minyak yang amat membebankan rakyat.

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Protes memulakan perhimpunan aman di hadapan Masjid Jamek pada jam 3.00 petang dan mengedarkan risalah kepada orang ramai di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak dan berkumpul di hadapan pusat membeli belah Sogo melaungkan bantahan serta rasa tidak puas hati rakyat.

Di Sogo mereka berkumpul lebih setengah jam di mana pemimpin yang mengetuai perhimpunan aman telah memberi penerangan sebelum mereka kembali semula ke Masjid India dan bersurai di situ.

Siri perhimpunan ini adalah lanjutan daripada usaha gabungan tersebut setelah mengadakan beberapa perhimpunan aman di Kuala Lumpur City Center (KLCC) setiap minggu pada hari Jumaat dan Ahad.

Bagaimanapun perhimpunan tersebut dihentikan sementara berikutan tekanan pihak berkuasa ke atas rakyat yang hadir. Gabungan tersebut kemudiannya mengambil tindakan meredakan keadaan dengan mengadakan ceramah di Pusat Tarbiyah PAS, Taman Melewar dan juga di Dewan Perhimpunan Cina di sini.

Protes mengedarkan risalah seperti `kenaikan harga minyak; hakikat dan persoalan, harga minyak naik 30 sen dan rakyat merana lagi'. Orang ramai yang menerima risalah tersebut di sepanjang Jalan Pasar, Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman memberi sokongan yang baik.

Photobucket - Video and Image Hosting

Peserta himpunan aman itu turut mengedarkan risalah tersebut kepada pemandu kenderaan, bas, lori dan kereta di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman dan di hadapan Sogo. Kenderaan yang lalu di situ memberi sokongan terhadap himpunan aman dengan membunyikan hon masing-masing.

Sementara itu, Pengerusi Protes, Dr Hatta Ramli mengingatkan peserta yang hadir dalam perhimpunan aman itu bahawa kempen mengedar risalah penerangan kenaikan harga minyak itu merupakan langkah pertama untuk terus memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kenaikan harga minyak.

Photobucket - Video and Image Hosting

Beliau berharap rakyat Malaysia dapat maklumat yang betul dan tepat daripada risalah yang diedarkan dan maklumat tersebut dapat menapis segala maklumat palsu selama ini yang disampaikan melalui siaran TV RTM 1 dan 2.

"Kita edarkan risalah penerangan ini secara santai dan bergerak mengikut kumpulan masing-masing," katanya sebelum memulakan himpunan aman itu.

Sepanjang perjalanan mengedarkan risalah, laungan `Harga naik rakyat susah, protes-protes sampai turun, jalan-jalan jangan takut,' telah menarik perhatian para penjual di sepanjang gerai dan kedai di Jalan Masjid India dan Tunku Abdul Rahman.

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Turut menyertai himpunan itu, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Timbalannya, Ustaz Idris Ahmad; Pesuruhjaya PAS Wilayah, Haji Mohamad Noor; Ketua Penerangan keADILan, Thian Chua; Naib KeADILan, Sivarasa; Timbalan Ketua Muslimat, Dr Lo'Lo' Mohamad Ghazali; Ketua Pemuda Wilayah, Ustaz Ridwan Mohd Noor; AJK Muslimat Pusat, AJK Pemuda Pusat, Wakil DAP, Ronnie Liu dan wakil Parti Sosialis Malaysia (PSM), Aruchelvan.

Ketika di hadapan Sogo, Salahuddin melaungkan slogan `Rakyat berani Pak Lah takut, Pak Lah berani rakyat takut.'

Beliau mengingatkan orang ramai supaya jangan gentar dengan amaran daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Nazri Abdul Aziz supaya rakyat tidak meneruskan bantahan terhadap kenaikan harga minyak.

Sebaliknya kata beliau, rakyat akan terus mengadakan bantahan sehingga kerajaan menurunkan harga minyak yang sewajarnya.

Keluarga Mangsa ISA Rayu Sumbangan

Pada 23 April 2006 (Ahad), Pengerusi Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Pusat yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Ust. Riduan Mohd Nor diiringi oleh Ust. Nik Abduh Nik Abd Aziz berserta AJK DPPK Bandar Tun Razak telah mengunjungi rumah keluarga salah seorang tahan ISA-Sdr.Rafi Bin Udin, di rumah Flat Taman Ibu Kota, Bandar Tun Razak.

Kunjungan Wakil Dewan Pemuda PAS ini disambut mesra oleh ahli keluarga tahanan berkenaan yang kini hanya tinggal Isteri tahanan ini, iaitu Pn. Rose Gida @ Roslina Abdullah dan 3 orang anak beliau. 2 orang lagi anak perempuan beliau tinggal di Asrama SMK Sri Bintang.

Photobucket - Video and Image Hosting

Pn. Rose bersama Pimpinan Pemuda Prihatin


Pada kunjungan ini, Ust. Riduan telah menyerahkan sedikit sumbangan dan bertanyakan khabar berita keluarga ini. Amat menyedihkan, kerana dengan pendapatan yang kurang dari RM 1000 sebulan, keluarga ini dihimpit dengan pelbagai dugaan.

Anak sulung Pn. Rose kini disahkan menghidap penyakit Skoliosis Idiopatik Adolesen (tulang belakang bengkok). Beliau yang baru menyedari yang anak perempuan kesayangannya itu menghidapi masalah dibahagian tulang belakang begitu resah dan risau kerana kos bagi pembedahan anaknya dianggarkan melebihi RM 18,000.

Menurut Ketua kaedah sistem instrumentasispinal untuk rawatan penyakit Skoliosis Idiopatik Adolesen, Datuk Prof Mohamad Abdul Razak, HUKM "Penyakit Skoliosis Idiopatik Adolesen jika tidak mendapat rawatan, boleh membawa kepada kematian kerana ia menganggu sistem pernafasan dan menyebabkan jantung tidak dapat berfungsi".

Oleh itu Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan bekerjasama dengan Dewan Pemuda PAS Pusat untuk membantu keluarga ini bagi mengumpulkan dana bantuan sebelum pertengahan bulan Mei ini. Bagi mereka yang berhasrat untuk menghulurkan derma bolehlah menyalurkan derma anda kepada:

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan,
No Akaun Bank Islam : 14023010000110

Segala Cek Berpalang atau Bank Deraf hendaklah ditujukan atas nama Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Sekiranya anda telah memasukkan wang ke dalam akaun DPPWP, sila hubungi pihak kami untuk makluman dan pengesahan di talian 019-3728844 (Ust Riduan).

Anda juga boleh menghantar derma anda terus kepada pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat di Taman Melewar kepada En. Suhaimi Abdul Aziz-017-3423283.

Sesungguhnya derma anda dapat menyelamatkan satu nyawa dan menceriakan semula keluarga yang dilanda duka ini.

->>Herman Samsudeen-Ketua Penerangan DPPWP

PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA PERLU DI NILAI SEMULA

Photobucket - Video and Image Hosting

Mampukah tragedi kematian pelatih Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ), adik Haziq bin Jaafar akan melembutkan kedegilan kerajaan dan Jabatan Latihan Khidmat Negara ( JLKN ) terhadap saranan pelbagai pihak khususnya PAS agar penilaian semula PLKN dilakukan bagi memastikan pengurusan dan perlaksanaan PLKN mencapai kepada objektifnya ? Inilah persoalan yang menjadi tanda tanya kepada Dewan Pemuda PAS Pusat ( DPPP ) apabila dimaklumkan tentang tragedi yang menimpa adik Haziq tersebut.

Telah berkali saranan ini dibangkitkan oleh DPPP lewat pelbagai usaha samada melalui kenyataan media, memorandum dan sebagainya. Telah berulang kali juga DPPP meluahkan kerisauan terhadap kepincangan pengurusan PLKN yang dikhuatiri satu hari nanti akan mendatangkan mudarat kepada peserta. Begitu juga telah berderet pandangan yang diutarakan oleh DPPP bagi membantu kerajaan dan JLKN untuk memastikan PLKN mencapai statusnya sebagai sebuah program pembinaan insan ulung negara. Tetapi segala usaha, luahan dan pandangan DPPP itu tidak sedikit pun dipandang oleh kerajaan mahupun JLKN. Malah lebih memilukan usaha DPPP tersebut dipandang sepi dan dibakul sampahkan oleh kerajaan dengan angkuh.

Mungkin sudah menjadi tradisi kepimpinan negara ini yang hanya terngadah apabila telah terhantuk dan mungkin juga telah menjadi amalan kepimpinan negara ini yang lebih mudah mempelajari sesuatu perkara dengan cara yang paling menyakitkan. Maka jika benar inilah tradisinya maka bagi DPPP apa yang menimpa keatas adik Haziq dan keluarganya adalah tragedi yang sengaja ditempa dan untuk itu DPPP meletakkan sepenuhnya pertanggungjawaban terhadap apa yang telah berlaku diatas bahu kerajaan dan JLKN khususnya.

DPPP menegaskan, tiada ruang lagi untuk kerajaan berdalih mahupun mengkambing hitamkan pihak lain atas segala apa yang berlaku. Tiada ruang juga untuk kerajaan ‘menjual’ retorik lapuk bagi menjustifikasikan tragedi yang berlaku. Nyawa yang dikorbankan oleh adik Haziq terlalu mahal untuk dibayar dengan retorik usang lagi memualkan.

Maka bagi untuk itu DPPP mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan segera dengan :

1. Menutup sementara waktu kem latihan yang terlibat ( Kem Agro Tourism Kluang ) Penutupan ini bagi memastikan satu siasatan lengkap dapat dijalankan untuk menilai semula keseluruhan aspek yang telah menyumbang kepada yang berlaku kepada adik Haziq. Khususnya penilaian ini ialah bagi melihat kemampuan fungsi dan peranan jurulatih bagi memastikan kejadian yang berlaku tidak berulang.

2. Menilai semula operator pengendali kem bagi memastikan kem latihan yang digunakan menyediakan suasana yang kondusif kepada peserta.

3. Menyiasat secara terperinci punca kejadian berlaku. Malah DPPP menginggatkan kerajaan untuk tidak melihat apa yang berlaku sebagai kes terpencil ini kerana ianya melibatkan kematian dan yang lebih penting lagi ianya melibatkan pergaduhan antara kaum. Maka kajian menyeluruh dan telus perlu dilakukan.

4. Kajian menyeluruh terhadap modul latihan PLKN juga perlu dilakukan. Ini kerana jelas dari hari ke hari kes pergaduhan dan sebagainya kian kerap dilaporkan. Ini seakan-akan menunjukkan modul yang sedia ada gagal membentuk disiplin peserta malah lebih teruk ianya menjadikan pelatih lebih ganas dan tidak berdisiplin.

5. Malah lebih daripada itu DPPP mendesak agar satu kajian dilakukan bagi menilai semula tahap keberkesanan PLKN itu sendiri untuk berfungsi sebagai program pembinaan insan ulung negara ini. Dengan segala isu yang berbangkit serta permasalahan yang timbul DPPP menegaskan bahawa masanya untuk melakukan penilaian semula adalah lebih mendesak. Untuk itu langkah awal yang perlu dilakukan oleh kerajaan ialah dengan menangguh dan menghentikan seketika pengambilan pelatih sehingga satu laporan lengkap hasil daripada siasatan dan kajian itu diumumkan.


Maka untuk itu DPPP menyeru dengan tegas, agar kerajaan membuktikan, bahawa kerajaan yang ada hari ini adalah sebuah kerajaan yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keselamatan rakyatnya. Kerajaan juga perlu membuktikan ketelusan dan keterbukaan dengan memandang berat terhadap cadangan yang telah diberikan khususnya terhadap cadangan melakukan penilaian semula terhadap keberkesanan perlaksanaan PLKN.

Bagi tujuan tersebut DPPP menggariskan beberapa perkara yang tidak boleh dilepas pandang oleh semua pihak bagi memastikan penilaian semula tersebut benar-benar bererti kepada PLKN. Perkara yang digariskan oleh DPPP ini adalah kutipan cadangan daripada pandangan DPPP sebelum daripada ini.

1. Menilai semula keseluruhan jurulatih yang terlibat bagi memastikan mereka yang telah dipilih benar-benar mempunyai kelayakan untuk bergelar jurulatih. Penilaian ini juga bagi memastikan setiap jurulatih yang dipilih tidak dilantik atas kapasiti bagi menjalankan kerja-kerja indoktrinisasi ke atas pelatih untuk pihak lain yang berkepentingan dan juga bagi memastikan jurulatih yang dilantik benar-benar layak. Kegagalan jurulatih berfungsi sebagaimana yang diharapkan dapat dilihat daripada beberapa kejadian seperti :

i. Laporan berlakunya kes-kes pencabulan oleh jurulatih terhadap pelatih wanita.
ii. Laporan berlakunya kes rogol yang melibatkan jurulatih.
iii. Laporan berlakunya kes jurulatih terlibat didalam pergaduhan dengan pelatih sehingga mengakibatkan kes Polis dan sebagainya.
iv. Laporan berlakunya proses indoktrinisasi oleh jurulatih bagi menyemai fahaman politik kepartian.

2. Memansuhkan modul latihan yang digunakan. Modul yang diguna pakai oleh PLKN secara jelas tidak mampu dan gagal untuk menyokong hasrat kewujudan PLKN bagi membentuk sebuah generasi yang patriotik dan berdisiplin. Kegagalan modul ini dapat dilihat daripada :

i. Peningkatan kes yang melibatkan pergaduhan, kecurian dan vandalisme.
ii. Wujudnya perlakuan-perlakuan jenayah seperti rogol, cabul dan sebagainya yang cukup membimbangkan.
iii. Berlakunya kes-kes pergaduhan antara kaum sebagaimana yang dilaporkan berlaku di beberapa kem PLKN seperti di Kem Kuala Berang
iv. Kewujudan kumpulan-kumpulan ‘gangster’ di dalam kem latihan PLKN sehingga dilaporkan didalam satu peristiwa pihak Polis telah berjaya merampas sejumlah kayu dan besi yang dijadikan sebagai senjata.
v. Modul mengabaikan aspek-aspek agama sehingga berlakunya percampuran bebas, pengabaian terhadap amalan wajib agama dan sebagainya.

Bagi merangka modul yang akan digunapakai DPPP menggariskan pandangan dibawah sebagai garis panduan kepada kerajaan dan semua pihak yang bertanggungjawab :

i. Asas kepada modul perlu meletakkan kepercayaan kepada tuhan dan agama sebagai asas terpenting. Latihan, gerak kerja samada secara fizikal mahupun tidak perlu disandarkan kepada asas ini.
ii. Skop pembinaan kenegaraan dan patriotisme perlu diluaskan. Matlamat pemahaman pelatih perlu disasarkan kepada kejituan jati diri untuk sedia dan setia berkhidmat dan berkorban untuk negara bukan kepada parti politik pemerintah. Pembentukan pemikiran kritis kalangan peserta juga perlu disemai dan disegarkan ke arah membina warga negara kelas pertama.
iii. Pemahaman mendalam pelatih terhadap aspek-aspek perlembagaan negara dan kedaulatan undang-undangnya.
iv. Pembinaan jati diri dan disiplin pelatih perlu dilihat daripada skop yang lebih luas. Pembinaan sewajarnya tidak berlandaskan kepada paksaan tetapi lebih kepada kefahaman jelas yang lebih praktikal.

3. Menilai kembali kem-kem latihan yang telah dipilih bagi memastikan segenap aspek yang melibat kemudahan asas, tahap keselamatan dan sebagainya dipenuhi tanpa kompromi. Pentauliah kem-kem latihan juga perlu melalui proses saringan yang ketat. Pengendalian kem hendaklah berdasarkan meritokrasi tidak sekadar memenuhi kuota yang ada. Kemampuan pengendalian kem untuk mewujudkan suasana kondusif kepada pelatih perlu dilihat sebagai syarat utama.

4. Mewujudkan pengasingan antara pelatih lelaki dan wanita dengan menggunakan salah satu formula dibawah :

i. Pengasingan lelaki dan wanita melalui pengasingan kem latihan secara total. Contohnya kem Kuala Berang dikhususkan untuk lelaki manakala kem Sungai Semuji Resort dijadikan kem pelatih perempuan.
ii. Pengasingan lelaki dan wanita melalui proses sessi pengambilan pelatih. Sebagai contohnya sessi pertama pengambilan dikhususkan kepada lelaki manakal sessi kedua untuk perempuan dan begitulah seterusnya.

5. Menilai semula penglibatan dan campur tangan agensi-agensi luar seperti Biro Tata Negara, Persatuan Belia dan sebagainya. Penglibatan agensi luar didalam program latihan PLKN mendedahkan PLKN kepada abusing oleh kepentingan pihak lain khusunya parti politik ( UMNO khususnya ). Pelatih-pelatih PLKN juga perlu dikekang daripada menghadiri mana-mana program yang melibatkan anjuran mana-mana parti-parti politik. Patriotisme dan semangat cintakan tanahair perlu dilihat pada skop yang luas tidak didalam kerangka sempit kepada politik UMNO sahaja.

Pandangan inilah yang acapkali diluahkan oleh DPPP kepada kerajaan bagi menjadikan PLKN lebih ampuh dan mantap objektif dan perlaksanaannya. Seandainya kerajaan lebih sensitif dan tidak terlalu angkuh terhadap keputusannya dengan menolak pandangan pihak lain mungkin kejadian yang menimpa kepada adik Haziq dapat dielakkan. Sayangnya semua telah berlaku.

DPPP amat memahami dan menyelami perasaan sedih dan kekecewaan keluarga adik Haziq terhadap apa yang berlaku. Untuk itu DPPP ucapkan takziah kepada seluruh keluarga adik Haziq. Namun begitu bagi DPPP ucapan tersebut tidak memadai seandainya tidak diiringi dengan iltizam untuk mendesak kerajaan bagi memastikan setiap kepincangan yang berlaku didalam PLKN diatasi.

Untuk itu DPPP menyeru kerajaan agar berani untuk mengaku segala kepincangan yang berlaku. Sudah sampai masanya kerajaan mencampak ketepi segala keangkuhan dan bersikap matang dengan mengambil setiap pandangan yang telah dilontarkan. Cukup sudah segala kepincangan PLKN menjadi duri dalam daging kepada rakyat negara ini semata-mata untuk memenuhi ego dan angkuh itu.

MAZLAN ALIMAN
NAIB KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
25 RABIUL AWAL / 24 APRIL 2006
0137130103 pircjohor@gmail.com

Zainah Anwar, Nori Abdullah, Marina Mahathir keliru lagi mengelirukan

Oleh :Muhammad Azamin

Saya sering terbaca di laman web dan di akhbar tempatan, pandangan Zainah Anwar, Nori Abdullah dan Marina Mahathir yang sedikit sebanyak mengelirukan khalayak pembaca dan barangkali diri mereka sendiri.

Umum mengetahui, bahawa ketiga-tiganya adalah pendukung kuat 'Sisters in Islam' yang prinsipnya mempertahankan kebebasan hak individu.

Terkini, tulisan Zainah Anwar dalam akhbar berbahasa Inggeris di bawah tajuk 'Seeking justice for Muslim women' yang memperkatakan diskriminasi terhadap wanita Islam dan menyatakan bahawa negara Malaysia mengamalkan aparteid agama (religious apartheid). Polemik ini pada asalnya dimulakan oleh Marina Mahathir apabila pandangannya tersiar di laman web Malaysiakini.com.

Dakwa beliau, undang-undang untuk wanita bukan Islam (sivil) mempunyai kesamarataan dan adil jika dibandingkan dengan undang-undang syariah untuk wanita Islam menjurus kepada sebaliknya.

Ingin dinyatakan bahawa adalah sesuatu yang aneh bagi seorang yang berlatarbelakangkan jurusan kewartawanan dan hubungan antarabangsa seperti Zainah Anwar dan sebagai seorang Islam, dalam hujahnya tidak menyatakan kes-kes ketidak-adilan secara terperinci dan dalil-dalil al-Quran atau Hadis sebagai rujukan yang mana khalayak pembaca atau ahli- ahli dalam bidangnya boleh menguji, membahas, mengkoreksi serta membincangkannya.

Begitu juga di laman web 'Sisters in Islam', segala pandangannya tidak dikukuhkan dengan dalil-dalil yang boleh menyokongnya dan hanya menyertakan jenis surah dan letak duduk ayatnya sahaja.

Dalam displin ilmu, apa jua sahaja ilmu, ia mesti disandarkan dengan rujukan, fakta dan huraian terperinci tentang sesuatu isu, tetapi tidak didapati dalam kenyataan dan pandangan mereka ini.

Setelah di perhatikan secara asasnya tulisan serta pandangan Zainah Anwar, Marina Mahathir mahupun 'Sisters in Islam' adalah menjurus kepada buah fikiran mereka sendiri yang berlandaskan emosi semata-mata tanpa merujuk kepada apa-apa fakta.

Seperkara yang unik dan ganjil terhadap Zainah Anwar dan Marina Mahathir juga 'Sisters in Islam' ialah setelah melemparkan tohmahan, kritikan, tuduhan dan ketidakpuasan hati, tidak pula memberi saranan-saranan, cadangan-cadangan mahupun idea-idea yang dirasakan bernas bagi memperbetulkan ketidak adilan (jika benar) terhadap wanita Islam.

Tidak berhajat untuk mengupas panjang atau membariskan semua kenyataan mereka ini untuk dipatahkan hujah, memadai dikutip beberapa bait-bait perkataan dilaman web 'Sisters in Islam' di bawah tajuk Pakaian dan Wanita Islam iaitu :-

1. Masalah pakaian wanita memang selalu merupakan perkara yang penting dalam pelaksanaan Syariah Islam, baik di negara ini mahupun di luar negara. Malah ada pihak-pihak tertentu secara berlebih-lebihan menganggap cara berpakaian tertentu itu mencerminkan iman seseorang.

2. Salah satu kesan obsesi yang demikian itu adalah banyaknya usaha yang dilakukan bagi menguatkuasakan keimanan melalui cara-cara kuku besi. Paksaan bercanggah dengan semangat al-Quran yang menyatakan bahawa tidak terdapat paksaan di dalam agama (Surah al-Baqarah, 2:256; Surah Yunus, 10:99-100; Surah al-Ghashiyah, 88:22)".

3. Kaum wanita telah diberitahu bahawa suatu cara berpakaian yang tertentu akan melindungi mereka dari kejahatan. Namun hakikat sosial menunjukkan bahawa cara berpakaian tidaklah mampu melindungi kaum wanita dari keganasan nafsu lelaki". (petikan penuh dalam www.sisterislam.org.my)

Jelas kelihatan di dalam kenyataan tersebut ia bersifat sembrono,melulu dan kabur yang diasaskan secara emosi semata-mata.

Lihatlah petikan yang pertama (1), ada pihak-pihak tertentu secara berlebih-lebihan menganggap cara berpakaian tertentu itu mencerminkan iman seseorang.

Siapakah yang dimaksudkan 'pihak-pihak tertentu' tersebut? Para ulama, ustaz, ustazah, pihak berkuasa, kerajaan, rakyat?

Atau yang dimaksudkan 'pihak -pihak tertentu' ialah Allah SWT sendiri, yang mewahyukan perintah menutup aurat tersebut dalam ayat 59 Surah Al-Ahzab yang mana Allah berfirman :-

"Wahai Nabi (Muhammad s.a.w.), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang beriman) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah maha pengampun lagi maha pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."

Ini kata-kata Allah, bukannya rekaan, permintaan atau pemberitahuan kaum lelaki kepada kaum wanita.Sekiranya Tuhan yang ingin dipertanggunjawabkan, maka saya pulangkan kembali untuk khalayak pembaca menilai sendiri sikap dan pendirian mereka ini.

Petikan kedua (2), menguatkuasakan keimanan melalui cara-cara kuku besi. Paksaan bercanggah dengan semangat al-Quran yang menyatakan bahawa tidak terdapat paksaan di dalam agama (Surah al-Baqarah, 2:256; Surah Yunus, 10:99-100; Surah al-Ghashiyah, 88:22)".

Benarkah iman seseorang dikuatkuasakan dengan cara kuku besi? Jika benarlah, tentulah Zainah Anwar orang yang pertama dihukum penjara, denda atau dicakar mukanya dengan kuku kerana tidak bertudung.

Tetapi lihatlah betapa bebasnya Zainah Anwar dengan gaya tersendiri malah berupaya menuduh pula Islam dan pengamalnya secara sesuka hati.

Berkaitan tentang kenyataan "paksaan bercanggah dengan semangat al-Quran yang menyatakan bahawa tidak terdapat paksaan di dalam agama (Surah al-Baqarah, 2:256; Surah Yunus, 10:99-100; Surah al-Ghashiyah, 88:22)".

Saya berpendapat bahawa Zainah Anwar atau 'Sisters in Islam' telah tersalah raba tentang surah yang dimaksudkan.

Surah-surah tersebut memberi kefahaman bahawa 'Islam tidak memaksa orang bukan Islam memeluk agama Islam. Ditujukan kepada umat Islam agar tidak memaksa orang bukan Islam menganuti agama ini.Sila lihat sirah petikan surah al-Baqarah ayat 256 yang bermaksud "tiada paksaan dalam agama."

Adalah suatu kebiadapan apabila seseorang memutarbelitkan maksud atau tafsiran ayat tersebut demi kepentingan diri dan cuba menyesuaikan ayat tersebut dengan prinsip dangkal yang mereka miliki.

Manakala petikan (3) pula ialah "Namun hakikat sosial menunjukkan bahawa cara berpakaian tidaklah mampu melindungi kaum wanita dari keganasan nafsu lelaki."

Sekiranya pandangan ini bersandarkan hukum logik semata-mata, apalah gila dan mabuknya mematuhi peraturan jalan raya seperti penunggang motosikal perlu memasang lampu pada siang hari sedangkan terbukti kemalangan motosikal semakin lama semakin meningkat malah bertambah buruk dan Malaysia adalah salah satu negara yang terburuk kadar kemalangannya.

Fakta meningkat keganasan, kemalangan bukanlah menjadi satu alasan (escapism) untuk mengabaikan peraturan atau tidak perlu kepada peraturan tersebut.

Harus diingat bahawa hukum pakaian Islam bagi wanita Islam, bukan merupakan satu arahan dari mimpi kaum lelaki yang apabila terjaga keesokan hari lantas memerintahkan kaum wanita berpakaian comel agar boleh membendung nafsu lelaki.

Hukum ini adalah perintah dan arahan Allah SWT kepada semua umat Islam baik lelaki mahupun wanita dan dipandu serta ditegas pula oleh hadis Rasulullah s.a.w.

Terpulanglah kepada Zainah Anwar, Nori Abdullah dan Marina Mahathir untuk mengabaikan perintah Tuhan kerana percaya kepada kebebasan hak (sedangkan hak individu pun adalah kepunyaan Allah).

Cuma untuk episod-episod yang mendatang, janganlah mengheret khalayak pembaca dengan buah fikiran yang berpusing-pusing tak berkesudahan.

Teringat seorang tua berkata: "Punca anak kecil merengek dan menangis kerana lapar, dahaga dan sakit. Selain itu hanya sekadar inginkan perhatian dan jangan dilayan sangat, nanti bertambah mengada-ngadanya."

Saya pulangkan semula kepada sesiapa untuk mencantas hujah.

Yang terbaik datang daripada yang Maha Esa manakala yang buruk, silap dan lemah datang daripada saya sendiri.

Nota: Tujuan ulasan ini adalah kerana saranan rakan agar memperbetulkan pandangan khalayak pembaca terhadap Islam yang telah diputar belitkan oleh kenyataan mereka ini. Insya-Allah, ada kesempatan, artikel seumpama ini akan menyusul lagi bagi memperbetulkan kekeliruan terhadap Islam yang ditimbulkan oleh orang Islam sendiri.

Friday, April 21, 2006

CERAMAH PRESIDEN DI KUALA LUMPUR

Pelbagai Isu, bermacam jawapan...nantikan jawapan Presiden PAS bersama pimpinan muda PAS berhubung isu-isu semasa dalam sesi Ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Titiwangsa.

Image hosting by Photobucket

Datanglah Beramai-Ramai!!!

Dakwah Kristian Oleh WorldVision Revivals Church Di KL

kira-kira pukul 2 pagi malam semalam, saya lalui jalan Kg. Baru - Chowkit. Ketika berhenti di trafic light depan Stadium Jalan Raja Muda saya terpandang satu poster yang mengiklankan program anjuran WorldVision Revivals Church Di KL yang ditampal dikotak pencawang Telekom Malaysia Berhad berhampiran.

Saya percaya bahawa poster ini telah ditampal mengunakan gam cecair oleh penganut agama Kristian Protestan yang terlibat dalam kumpulan Gereja Worldvision bagi mempromosikan program mereka kepada masyarakat.

Image hosting by Photobucket

Traffic Light Jalan Raja Muda

Image hosting by Photobucket

Dilekatkan di Pencawang Telekom Malaysia Berhad

Image hosting by Photobucket
Inilah Posternya

Apa yang saya tahu, dalam Perlembagaan Malaysia seharusnya agama-agama lain tidak mengadakan edaran poster dan risalah sebegini kerana ia boleh ditafsirkan sebagai percubaan menyebarkan fahaman agama kumpulan Gereja Worldvision.

Hanya agama Islam sahaja yang dibenarkan untuk disebarkan secara terbuka. Mungkin kumpulan Gereja Worldvision tidak berpuashati dengan syarat yang digubal dalam Perlembagaan Negara. Tetapi harus difahami bahawa persetujuan Perlembagaan tersebut telah diperolehi dari wakil semua agama, yang mana agama Islam dijadikan agama rasmi dan agama lain bebas diamalkan oleh penganutnya tetapi tidak boleh dipromosikan sedemikian rupa dikawasan umum.

Saya khuatir jika perkara ini terus dibiarkan, maka akan lebih banyak lagi perkumpulan gereja akan mempromosi program mereka kepada umum dengan kata "anda dialu-alukan bersama kami" , ini boleh ditafsirkan sebagai pujukan halus kepada umat Islam dan penganut agama Hinddu dan Budha untuk menyertai mereka sehingga menimbulkan ketegangan antara agama.

Oleh itu, diharapkan pihak berkenaan dapat memahami batas promosi mereka dan tidak menimbulkan suasana yang kurang disenangi. Walaupun Program yang diiklankan telah berlalu, jika dibiarkan maka akan ada poster lain lagi akan muncul. Diharap semua pihak dapat berfikiran harmoni dan tidak mengumpan mana-mana pihak untuk bertindak diluar kawalan hingga menjejaskan keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Ketika saya menghubungi Priest Matthew Lee di pejabat pihak kumpulan Gereja Worldvision hari ini, mereka menafikan bahawa mereka bersama atau sebahagian dari NGO Kebajikan dunia iaitu, World Vision International (Malaysia) yang juga kumpulan missionari Kristian dari Amerika yang berpejabat di Petaling Jaya. Walaubagaimana pun, mereka bangga untuk mengakui bahawa mereka juga adalah badan kebajikkan yang boleh mengumpul wang dan juga terlibat dalam kerja-kerja kebajikkan.

Mereka juga akui bahawa dakwah missionari juga adalah sebahagian dari aktiviti mereka dalam menarik penganut agama lain dan juga penganut agama Kristian Katholik dan Protestan lainnya mengikuti ajaran kumpulan Gereja ini.

Memang pelik kerana dalam agama Kristian banyak kumpulan mahzab dan gereja tetapi itulah hakikatnya. Dan tidak mustahil akan timbul pertelingkahan dalam merebut ahli jika perkara ini dibiarkan. Promosi terbuka ini bukan sahaja mengusarkan umat Islam, Hinddu, Budha, tapi kepada penganut Kristian sendiri yang berfahaman mahzab atau gereja yang berlainan.

Oleh itu, adalah diharapkan agar tidak timbul lagi promosi sebegi dalam masyarakat kerana mereka seharusnya memahami kehendak Perlembagaan jika ingin menjadi sebahagian dari rakyat Malaysia.

Secara keseluruhannya, saya tidak berniat untuk memperlekehkan aktiviti perkumpulan ini. Tapi biarlah bertempat dan menghormati orang lain. Semoga Seminar atau kegiatan keagamaan sebegini dapat diperhatikan kerana impaknya kepada kestabilan perhubungan antara agama amat besar.

Semoga kita dapat hidup harmoni dan berkongsi keamanan.

-Herman Samsudeen

Thursday, April 20, 2006

Jom Kita Teruskan Kempen Sampai Minyak Turun

Sabtu nie DPPWP akan turun bersama Gabungan Protes Kenaikan Harga Minyak (Protes) bagi mengedarkan risalah di sekitar Jalan Masjid India. DPPWP memahami trauma yang dilalui oleh rakyat ekoran kenaikkan harga minyak.

Tragedi penangkapan beberapa orang demontrans di KLCC pada 26 Mac lalui menghantui dan memberikan ketakutan kepada rakyat. Namun, tegas DPPWP menyatakan bahawa kita harus berani ke depan. Sama ada untuk berdemo atau edar risalah atau pun berceramah. Ini soal isi perut kita dan semua rakyat.

DPPWP berharap agar ramai lagi rakyat tampil ke hadapan untuk menyatakan bantahan. Kita teruskan PROTEST SAMPAI TURUN. kita berharap agar pihak FRU dan POLIS keseluruhannya dapat memberikan kerjasama dan ruang kerana kita juga tahu keperitan kantung mereka disaat ingin mengisi minyak motor dan kereta mereka.

Image hosting by Photobucket

Kita harus bersatu. begitu juga pegawai-pegawai kerajaan. Tiada apa yang harus kita risaukan. Kita hanya mahukan yang terbaik dari kerajaan memerintah.

Tidak semestinya kita berdemo sahaja untuk tunjukkan bantahan. Lakukkan di mana jua. Edar risalah melalui printed copy, email dll. Bincangkan isu minyak ini dimana anda berada agar kita dan rakan-rakan serta rakyat lainnya sentiasa peka.

Ayuh kita sertai program dan kempen-kempen yang dijalankan:

PROGRAM 1: Himpunan Khas dan Kempen Edaran Risalah Protes Kenaikan Harga Minyak

pada :Tarikh: 22 April, 2006 (Sabtu)

Tempat: Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
(Berhimpun depan Masjid India)

Waktu: 3 petang

************************************

PROGRAM 2: CERAMAH UMUM ISU SEMASA

Penceramah :

YB. Dato’ Seri Tn. Guru Hj. Abd Hadi Awang
Presiden PAS

Tn. Hj. Mohammad Nor Mohammad
Pesurujaya PAS Wilayah Persekutuan

Ust. Norazli Musa
Exco Dewan Pemuda PAS Pusat

Ust. Azman Shapawi Abd Rani
Exco Dewan Pemuda PAS Pusat

Tarikh : 23 April 2006 (Ahad)
Masa : 9.00 mlm
Tempat : Markas PAS (Darul Ummah), Kg. Pandan

ANJURAN
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
********************************************
sebarkan maklumat ini
dan
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI!!!

Bekas EXCO DPPNS perlu bantuan, sekolah diceroboh

PUSAT PENGAJIAN ISLAM AS-SYAFIE, iaitu sebuah kelas pengajian Al Quran dan Qiraati di Bandar Jengka,Pahang yang dikendalikan oleh bekas Exco DPPN.Sembilan, Ustaz Aris Fezol, baru2 ini telah diceroboh oleh orang yang tidak dikenali. Beberapa barang telah dicuri termasuk komputer riba dan wang tabung kelas berkenaan.

Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan bagi meneruskan aktiviti pengajian Al Quran di pusat pengajian berkenaan bolehlah berbuat demikian dengan menyelurkannya menerusi:

1. BIMB : 06 02802 0066753
2. BSN : 05 10129865717582
(Atas nama Mudir - Ustaz Aris Fezol Ismail)

Orang yang memberikan sumbangan kepada kelas Al Quran amatlah besar pahalanya. Jika seseorang pelajar itu mahir membaca Al Quran hasil daripada sumbangan yang kita hulurkan, maka selama mana pelajar itu membaca Al Quran, maka kita akan terus menerus diberi ganjaran pahala oleh Allah. Kalau kita percaya kepada bonus terus menerus dalam direct selling tu, maka yakinlah dengan ganjaran amal jariah anugerah ALLAH.

Maklumat lanjut hubungi : ibnuismael@yahoo.com

Sekian.

Tuesday, April 18, 2006

Pandangan Wanita Malaysia Tentang Hijab-Bertudung

Nielah pandangan mereka...semoga Allah memberikan hidayah kepada seluruh umat Islam bagi memperkuatkan Aqidah kita semua.

Monday, April 17, 2006

ummahonline: HAMAS perlu belajar dari PAS

Oleh: Maszlee Malik

Selepas diumumkan kemenangan HAMAS lewat pilihanraya 25 Januari 2006 yang lalu, banyak komen yang telah diutarakan oleh para Islamis di Malaysia. Antara lain, kata seorang aktivis PAS, yang merupakan rakan penulis: "PAS kena belajar dari HAMAS nih...". Logiknya menurut beliau, kejayaan HAMAS yang baru pertama kali menyertai pilihanraya dan memenanginya adalah satu keajaiban. Pasti HAMAS ada formulanya yang tersendiri.

Penulis bersetuju 50% dan kurang bersetuju 50% yang lain. Penulis lebih suka mengatakan: "HAMAS perlu belajar dari PAS", mengapa? HAMAS yang ditubuhkan pada tahun 1987 baru pertama kali menyertai pilihanraya umum (PRU). Berbanding dengan PAS, PAS telah menyertai pilihanraya umum semenjak hari pertama ia ditubuhkan. Hampir setengah abad lamanya pengalaman PAS di dalam menyertai pilihanraya. Bukankah seseorang yang telah berpengalaman itu lebih perlu dijadikan tauladan berbanding mereka yang baru belajar bertatih. Sepak terajang pilihanraya serta selok beloknya lebih difahami oleh mereka yang telah 11 kali terlibat dengan PRU berbanding dengan mereka yang baru berkenalan dengannya.

Kemenangan HAMAS adalah buat pertama kali. Berbanding dengan PAS, walaupun PAS hanya memenangi dua buah negeri sepanjangpenglibatannya di dalam PRU, namun itu juga kemenangan bukan? Apa yang lebih menarik lagi ialah kemenangan tersebut telah memberikan PAS pengalaman untuk memerintah sebuah negeri. Jika dilihat dari sudut positif, PAS merupakan parti Islam yang pertama dapat mempertahankan negeri yang diperintahnya lebih 15 tahun. Sudah tentu pengalaman 15 tahun memerintah, mengururskan dan mempertahankan negeri tersebut lebih berharga dan lebih bermanfaat untuk dipelajari. HAMAS yang baru sahaja memenangi PRU perlu mempelajari teknik memerintah, menguruskan dan juga memepertahankan Gaza dan Tebing Barat menurut pengalaman PAS.

HAMAS mungkin sekarang ini sedang menimba pengalaman kemenangan. Bagi PAS, bukan hanya pengalaman kemenangan, tetapi juga pengalaman mempertahankan kemenangan dan pengalaman menghadapi kekalahan. PAS pernah kehilangan Kelantan, dan menawannya semula pada tahun 1990. PAS pernah kehilangan Terengganu, dan menawannya semula pada tahun 1999, dan akhirnya kehilangannya sekali lagi. Kelemahan dan juga tipu daya mush di dalam menyebabkan kekalahan-kekalahan PAS juga merupakan pengalaman dan juga ilmu yang berharga untuk dijadikan panduan bagi HAMAS.

HAMAS mungkin mempunyai sokongan dari beberapa calon Kristian, malah mempunyai seorang menteri Kristian di dalam kabinet mereka. PAS pula telah berpengalaman membuat koalisi dengan non-muslim semenjak tahun 1986 lagi. Bermula dari CCC sehinggalah ke GERAK dan kemudiannya Barisan Alternatif, merupakan pengalaman koalisi politik yang amat berharga. Pahit manis dan juga liku-liku berkoalisi dengan non-muslim PAS juga merupakan pengalaman yang berguna buat HAMAS. Kesilapan yang pernah dilakukan, ataupun strategi berkompromi yang pernah digunakan oleh PAS juga banyak gunanya untuk HAMAS.

HAMAS juga sekarang ini sedang berhadapan dengan tekanan ekonomi dan juga ancaman luaran. Mungkin suasananya agak berbeza, namun PAS melalui kerajaan negeri Kelantan mereka juga sudah lali dengan sekatan dan diskriminasi. Mungkin agak berbeza sebuah negeri dengan sebuah negara, namun apa yang dilakukan oleh PAS untuk terus bangkit walaupun tekanan yang hebat dikenakan, adalah satu pelajaran yang menarik juga buat HAMAS.

Walau bagaimanapun, untuk menafikan pencapaian HAMAS dan juga pengalaman mereka juga adalah tidak wajar. Banyak juga pengalaman dan strategi HAMAS yang perlu PAS pelajari jika PAS ingin membuat kejutan seperti HAMAS. Kerja-kerja kebajikan HAMAS, sikap moderat HAMAS, pendekatan sederhana dan mudah diterima masyarakat Palestin, penonjolan imej dan juga displin ahli-ahli HAMAS merupakan di antara perkara yang boleh PAS pelajari.

Jika benarlah wakil HAMAS, seperti yang telah disebut-sebutkan, akan datang ke Malaysia untuk bertemu dengan Pak Lah. Maka, wakil tersebut juga hendaklah mengambil peluang untuk bertemu dengan Menteri Besar Kelantan dan juga Presiden PAS untuk berkongsi pengalaman. Jika mereka bertemu Pak Lah di atas kapasiti kerajaan yang memerintah Palestin, maka apabila bertemu MB Kelantan dan juga tuan Presiden, dia hendaklah memakai topi "gerakan Islam". Sudah tentunya banyak sekali yang dapat dikongsikan bersama.

"Yang Baik Kita Ambil, Yang Buruk Kita Tinggalkan. Pengalaman Satu Pengajaran Bagi Mereka Yang Memahami Erti Perjuangan"- Pemudawilayah

SAKIT ?...JOM KE ' RUMAH SEMBELIH '

Dipetik dari AgendaDaily.Com: ....untuk kita kongsi dan fikirkan

OLEH : RUHANIE AHMAD

Hari ini wujud macam-macam jenis perniagaan. Ada perniagaan yang sah. Ada perniagaan yang haram. Ada perniagaan untuk memuaskan nafsu seks. Ada perniagaan mengenai orang separuh mati. Ada juga perniagaan mengenai orang yang sudah mati. Pendek kata, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Siapa sanggup pecah royong, tentu dia dapat sagunya.

Perniagaan mengenai orang separuh mati, khususnya perniagaan di bidang perkhidmatan kesihatan dan perubatan pakar, nampaknya mendatangkan pulangan yang amat lumayan.

Golongan yang kaya raya dan takut mati sanggup membayar kos yang melangit tingginya untuk menyelamatkan diri mereka daripada ajal dan maut. Lantas, mereka pun membayar apa sahaja kos yang ditentukan oleh pengoperator pusat perubatan pakar.

Mereka sanggup membayar puluhan ribu ringgit untuk sesuatu perkhidmatan perubatan di sesebuah pusat perubatan pakar. Malah, mereka juga sanggup membayar ratusan ribu ringgit asalkan peluang survivalnya dikatakan melebihi 65 peratus..

Golongan ini yakin, kononnya, lagi mahal kos perubatan pakar yang mereka bayar, lagi tinggilah status sosial mereka di mata mayarakat. Maksudnya, mereka akan rasa lebih hebat kalau membayar ratusan ribu ringgit walaupun untuk suatu pembedahan kecil.

Tetapi, bukan orang kaya sahaja yang didatangi maut, yang sering jatuh sakit teruk, atau sering mengidap penyakit kronik yang memerlukan rawatan pakar. Penyakit kronik juga menemui golongan bergaji rendah serta insan papa kedana.

Image hosting by Photobucket

Hospital pakar, nampaknya seolah-olah tidak mempunyai belas ehsan langsung kepada kumpulan manusia sebegini. Mereka akan dikenakan caj perkhidmatan yang sama dengan golongan kaya raya.

Ada duit, ada perkhidmatan pakar. Tak ada wang, nyawa biarkan sahaja melayang. Kaya atau miskin sama sahaja bayarannya. Kaya miskin, nampaknya seolah-olaqh tiada ada perbezaan langsung kepada pengoperator pusat perubatan pakar.

Jadi, nak buat macam mana? Si miskin dan si papa kedana pun terpaksalah meminta-minta. Mereka minta sana, mereka minta sini. Mereka minta belas kesian rakyat jelata di seluruh negara. Sementara mereka meminta-minta, penyakit yang dihidapnya jadi semakin serius.

Pihak media pun sering mensensasikan rayuan dan permintaan sedekah seperti ini. Kisah hidup keluarga pengidap penyakit kronik yang memerlukan khidmat pakar di siarkan di kaca TV.

Image hosting by Photobucket

Sebab itulah hampir setiap hari ada sahaja berita mengenai rakyat Malaysia memerlukan bantuan berpuluh atau beratus ribu ringgit untuk membiayai pembedahan sesuatu penyakit kronik. Kadang-kadang, oleh kerana terlalu terdesak, ada juga pihak yang memerlukan bantuan terpaksa bertikam lidah secara terbuka dengan pihak kerajaan menerusi media.

Perbuatan meminta-minta seperti ini sudah sampai ke satu peringkat di mana masyarakat umum seolah-olah jadi jelak dan meluat. Lepas mereka menderma kepada seorang pesakit, seorang lagi pesakit muncul meminta bantuan.

Jadi, macam mana agaknya masyarakat umum hendak melayani rayuan demi rayuan sebegini? Rakyat jelata pun ada komitmen masing-masing. Mana larat mereka asyik hendak menderma, menderma dan menderma pada setiap masa.

Anehnya, tidak ada sesiapa pun, termasuk mana-mana media, yang mahu bersuara dan bertanya, mengapakah pembedahan untuk sesuatu penyakit kronik di negara ini memakan kos berpuluh atau beratus ribu ringgit?

Kenapakah tidak ada pihak yang bertanya, bagaimanakah kos rawatan itu ditentukan? Kenapa tidak ada pihak yang meminta pihak pengoperator hospital pakar supaya memberikan pecahan kepada komponen harga yang ditetapkan?

Mungkin ada pihak akan berkata, ini bukan tugas rakyat jelata untuk mempersoalkannya. Tetapi, mengapakah pihak media yang sering menjuarai rayuan untuk kes-kes kronik ini juga tidak mahu bertanya, apakah yang menyebabkan pembedahan sesuatu penyakit kronik mencecah berpuluh atau betratus ribu ringgit harganya?

Pihak media mungkin mengatakan tugas ini pun bukan tanggungjawabnya. Baiklah. Kalau begitu, kenapakah kerajaan juga mendiamkan diri? Mengapakah kerajaan pun seolah-olah merestui amalan yang boleh disifatkan sebagai penindasan ini?

Kementerian Kesihatan bagaimana? Bukankah kementerian ini sepatutnya bertindak proaktif untuk mencari penyelesaian mengenai penindasan seperti ini? Tidakkah kementerian ini perlu mengkaji, apakah yang sebenarnya menyebabkan pembedahan penyakit kronik di sesebuah hospital pakar di negara ini jadi super mahal?

Mustahil kalau kementerian berkenaan tidak menyedari masalah ini. Tak masuk akal kalau kementerian ini insaf akan masalah tersebut, tetapi mendiamkan diri dan terus berpeluk tubuh.

Kementerian Kesihatan bertindak demikian mungkin kerana tindakan ini menjadikannya tidak popular dengan pengoperator pusat-pusat perubatan pakar. Tetapi, bukankah Kementerian Kesihatan wujud demi rakyat jelata?

Oleh itu, sewajarnyalah Kementerian Kesihatan pastikan, apakah sebenarnya yang menyebabkan pembedahan untuk penyakit kronik jadi terlalu mahal? Adakah mahal kerana kepakaran di bidang itu amat terhad? Adakah mahal kerana kos ubat yang sukar diperolehi? Adakah mahal kerana fasiliti dan kelengkapan pembedahan yang luarbiasa? Adakah mahal akibat mentaliti pengusaha hospital pakar yang bertindak seperti lintah darat?

Ada pihak mendakwa, kos rawatan itu masih murah kalau dibandingkan dengan rawatan di luar negara. Jawapan seperti ini tidak adil. Mengapakah demi kesejahteraan rakyat Malaysia, perlu dibuat perbandingan dengan perkhidmatan di negara asing?

Jadi, setelah dirongkai seluruh sebab dan puncanya, Kementerian Kesihatan hendaklah mengambil keputusan mengenai struktur harga perkhidmatan dan rawatan perubatan pakar di semua hospital di negara ini.

Pada waktu yang sama, kerajaan juga hendaklah memperkenalkan insentif-insentif tertentu supaya pengoperator pusat perubatan pakar tidak mengalami kerugian apabila mereka memberikan perkhidmatan kepada golongan miskin dan papa kedana dengan harga yang bersubsidi.

Umpamanya, wajar difikirkan insentif cukai bagi pengoperator yang sudi melaksanakan sesuatu perkhidmatan pakar kepada golongan miskin dengan harga paling minima.

Pendek kata, kerajaan perlu memikirkan sesuatu secara bijaksana. Pendek kata, kerajaan hendaklah mengketengahkan strategi yang memberikan manfaat kepada rakyat dan pembekal perkhidmatan pakar terbabit. Kata orang putih, kerajaan mestilah mewujudkan a win-win pricing strategy dalam hal ini.

Seluruh tindakan di atas penting supaya tidak ada diskriminasi dalam soal pemberian atau memperolehi perkhidmatan serta rawatan perubatan pakar kepada seluruh rakyat Malaysia yang memerlukannya.

Tindakan tersebut juga penting supaya semua pusat perkhidmatan dan perubatan pakar di Malaysia jadi mesra rakyat sepanjang hayat.

Kalau tidak, siapakah yang akan membela nasib rakyat miskin yang memerlukan perkhidmatan pakar yang terlalu mahal harganya? Kalau tidak, bilakah rakyat yang terbabit akan terus meminta-minta sepanjang masa sementara menunggu ajal mautnya?

Jika masalah di atas gagal di atasi, tergamakkah mana-mana pihak mengeluarkan arahan supaya rakyat jelata yang papa kedana dan sangat memerlukan khidmat perubatan pakar yang mahal, pergilah sahajalah ke rumah sembelih?

Kalau arahan mencari rawatan di rumah sembelih dikatakan zalim, bagaimana kalau semua pesakit kronik yang miskin dan sangat-sangat memerlukan rawatan pakar di negara ini dicadangkan menemui bomoh, pawang atau dukun di kampung halaman masing-masing?

Tetapi, memandangkan Kerajaan Malaysia adalah satu-satunya yang prihatin terhadap kesejahteraan rakyat, saya yakin isu yang saya utarakan menerusi tulisan ini akan dihalusi secara ikhlas dan jujur sehingga menghasilkan suatu keputusan, dasar dan tindakan yang positif.

Kalau tidak, seluruh anggota keluarga lelaki kepada semua pesakit kronik, pakat-pakatlah bawa tempurung atau baldi untuk mengemis di Jalan Chow Kit.

Rasa-rasanya, kalau semua orang itu mengemis hingga janggut mereka mencecah lantai pun mereka belum berjaya memperolehi wang yang diperlukan untuk sesuatu harga perkhidmtan perubatan pakar yang tinggi kadarnya di negara ini.

****************************************
- Datuk Ruhanie Ahmad ialah seorang bekas ahli parlimen yang juga seorang bekas wartawan kanan.Beliau adalah wartawan akhbar New Straits Times selama 10 tahun dari tahun 1972 hingga 1982 sebelum berpindah kerjaya menjadi Setiausaha Akhbar kepada Menteri Dalam Negeri,ketika itu Tan Sri Musa Hitam yang juga Timbalan Perdana Menteri.Dua tahun kemudian beliau dilantik ke jawatan Setiausaha Politik pula.Begitu juga dua tahun kemudiannya beliau dipilih bertanding kerusi Parlimen Parit Sulong di Johor.Beliau menjadi ahli parlimen kawasan itu selama 14 tahun dari tahun 1990 hingga 2004.Datuk Ruhanie antara lain pernah menjadi Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan di parlimen dari tahun 1995 hingga tahun 1999.Selain itu beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi MARA dari tahun 1998 hingga 2000.Sebagai ahli parlimen beliau berpeluang menyertai berbagai persidangan antarabangsa di seluruh dunia.Dalam pada itu beliau juga giat menulis buku.Sebanyak 10 buah buku ditulisnya iaitu Musa Hitam:Tenang Dalam Gelora [1986],Musa Hitam: Serene In The Storm [1986],Melayu Lawan Melayu [1989],DAP Bukan Anti-Melayu [1989],Angkara Saddam: Dunia Islam Terus Terancam [1991],Bosnia: Keprihatinan Malaysia [1994],Bosnia: Voices of Malaysia [1994],Revolusi UMNO [1994],Selamat Tinggal 46 [1995],Pejuang Berjurus [1996],Patriotisme Malaysia: Penangkis Neo-Imperialisme [2005]

Himpunan Khas dan Kempen Edaran Risalah Protes Kenaikan Harga Minyak

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyokong himpunan dan kempen edaran risalah penerangan berkaitan dengan Protes Rakyat Terhadap Kenaikkan Harga Minyak yang akan diadakan oleh Gabungan Protes Kenaikan Harga Minyak (Protes).

Image hosting by Photobucket

Program ini akan diadakan

pada :Tarikh: 22 April, 2006 (Sabtu)

Tempat: Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
(Berhimpun depan Masjid India)

Waktu: 3 petang

DPPWP mengesa kepada semua pemuda dan rakyat yang prihatin untuk turut serta dalam program ini. Pada kali ini himpunan lebih bersifat kempen penerangan yang berkonsepkan edaran risalah dan mendekati rakyat.

Kempen ini diadakan selari dengan desakkan rakyat yang selama ini tertekan dengan kenaikkan harga minyak yang begitu tinggi. Kini, pihak Kerajaan juga sedang merangka untuk membenarkan kenaikkan tarif elektrik.

Kenaikkan yang berlaku terhadap bahan bakar utama dalam industri eltricity negara sememangnya dijangka akan memaksa pihak Tenaga Nasional Berhad merayu kepada kerajaan bagi menaikkan kadar tarif semasa.

Pada masa akan datang DPPWP juga menjangkakan bahawa tranportation industry yang melibatkan penggunaan kenderaan udara, darat dan laut juga akan menuntut harga yang sama. Apa yang paling dekat dengan rakyat buat masa ini adalah pengangkutan awam seperti KTM Komuter, Putra LRT, KL Monorail, STAR LRT, perkhidmatan Bas Dalam Bandar dan Bas Ekspres Antara Bandar pelbagai hala. Semua ini dijana dengan minyak. Dan rakyat juga yang dipaksa berkongsi keperitannya.

Justeru itu, DPPWP mengesa agar rakyat mengambil tahu dan prihatin terhadap masalah ini. Rakyat perlu sedar dan bangkit menyuarakan hak mereka agar kerajaan mengambil langkah-langkah yang lebih kontruktif dan efektif bagi menangani masalah ini.

Sebelum ini pihak kerajaan telah meleburkan sedikit dana negara bagi memberikan elaun COLA kepada sebahagian kakitangan kerajaan, tapi apakah yang diperolehi oleh rakyat yang bekerja disektor swasta?

DPPWP mencadangkan agar pihak kerajaan memberikan sedikit pengecualian cukai atau rebet kepada rakyat terhadap kos perbelanjaan pengangkutan tahunan. Kerajaan juga perlu bertanggungjawab untuk memastikan semua rakyat mendapat layanan yang sama rata dan adil.

Kita memahami masalah yang dialami negara kesan dari kenaikkan harga minyak dunia, tapi adakah releven jika sebuah negara pengeluar minyak menjual minyak kepada rakyatnya pada kadar yang menekan kehidupan rakyatnya. Keadaan ini mengambarkan seolah-olah tiada guna minyak tersebut ada dalam negara. Ada atau tiada kita tetap beli minyak ikut harga orang lain.

Selain itu, perlu satu solusi untuk melihat kadar pendapatan rakyat dan gaji minimum ditingkatkan selari dengan pengembangan ekonomi negara. Kadar upah dan gaji seharusnya melonjak naik sebaris dengan kadar kenaikkan harga barang dan kos hidup rakyat. Kini, rata-rata rakyat menerima kadar yang negatif dengan pendapatan bawah RM 2000 dibandar dan bawah RM 1000 diluar bandar. Klasifikasi bagi penilaian taraf hidup rakyat perlu di nilai semula.

Kerajaan melaungkan kempen berjimat cermat. Namun, kerajaan tidak boleh memaksa rakyat ikat perut begitu sahaja dan berjimat dengan mengurangkan pembelian barangan pengguna. Kenaikkan minyak bukan sahaja memberi kesan kepada industri pengangkutan, malah menyebabkan kos bahan mentah dan keperluan harian naik secara senyap atau terbuka.

Peniaga juga perlukan untung tapi, kalau berterusan begini semua akan merasa peritnya. Oleh itu, DPPWP mengesa agar kerajaan melihat perkara ini secara serius dan tidak bermain silap mata dengan terus menipu rakyat dengan pelbagai alasan meraih simpati.

Sekali lagi DPPWP mengesa agar ahli pemuda dan rakyat tanpa mengira latar belakang kepercayaan politik, bangsa dan agama dapat menyebarkan maklumat berkaitan dengan kempen ini dan turut hadir bagi memeriahkan kempen ini. Kita tidak menjangkakan sebarang keganasan akan berlaku dan DPPWP berharap agar mereka yang turun dalam kempen ini dapat menjaga disiplin dan tidak menimbulkan sebarang provokasi yang boleh menggangu ketenteraman awam. Kerjasama dari semua pihak amatlah diperlukan bagi memastikan kempen ini berjalan dengan baik.

DPPWP juga mengesa agar pihak kerajaan bersikap 'gentelmen', begitu juga dengan pihak keselamatan kerana tiada apa yang perlu mereka takuti. Perhimpunan dan kempen ini merupakan manifestasi hasrat rakyat untuk melihat negara ini membangun dengan sempurna dan adil tanpa adanya dinding pemisah antara golongan kaya dan miskin serta rakyat dan pemimpin.


salam pemuda WP,

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


Friday, April 14, 2006

NOTA SOKONGAN DAN PENGHARGAAN KEPADA PDRM

Image hosting by Photobucket
Saudara Ahmad Sabki Yusuf mewakili YB. Ketua Pemuda PAS menyerahkan nota sokongan tersebut kepada Tan Sri Ketua Polis Negara yang diwakili oleh Supt Mohamad Hj. Daud, Penguasa Perhubungan Awam Polis Bukit Aman.
_____________________________________



Kepada;

YBhg. Tan Sri Mohd. Bakri Hj. Omar
Ketua Polis Negara,
Ibu Pejabat Polis Kontinjen,
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur. 13 April 2006


YBhg Tan Sri,

NOTA SOKONGAN DAN PENGHARGAAN ATAS PENETAPAN TERHADAP KOD ETIKA PERATURAN BARU PAKAIAN UNIFORM POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) 1954

Perkara di atas adalah dirujuk

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) atas penetapan terhadap kod etika peraturan baru uniform pakaian PDRM yang telah dilaksanakan untuk membenarkan pakaian menutup aurat kepada anggota polis wanita Islam baru-baru ini.

DPP Pusat menyokong penuh dan merasa bangga dengan tindakan PDRM untuk mengubah kod etika peraturan uniform pakaian tersebut selaras dengan kehendak Islam.

DPP Pusat amat yakin bahawa perlaksanaan tersebut bakal mencerminkan serta memberikan penampilan yang baik kepada PDRM kelak.

Kami juga akan terus memberikan sumbangan buah fikiran ke arah pembaikan PDRM setiap masa.

Sekian, pandangan dan pendirian kami.


Yang menjalankan amanah,



YB SALAHUDDIN BIN AYUB
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Pusat

Thursday, April 13, 2006

KERAJAAN PERLU LETAK JAWATAN

Image hosting by Photobucket



Hari ini, ada sebab untuk seluruh rakyat khususnya rakyat negeri Johor dan gerakan parti pembangkang untuk merasa bersyukur, gembira dan bangga terhadap keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan Malaysia untuk membatalkan projek pembinaan Jambatan Indah bagi menggantikan Tambak Johor. Ini kerana cukup jelas sekali, tindakan yang diambil oleh kerajaan tersebut adalah kesan daripada kesepaduan gerakan rakyat khususnya rakyat negeri Johor dan parti-parti politik pembangkang untuk mendesak kerajaan agar tidak tunduk kepada tuntutan Singapura serta mempertimbangkan kembali rancangan projek pembinaan jambatan tersebut yang penuh dengan kecelaruan, ketidaktelusan dan amalan salah urus.

Dewan Pemuda PAS Pusat ( DPPP ) khususnya, telah berulang kali menginggat dan menyedarkan kerajaan melalui pelbagai usaha seperti himpunan aman, penyerahan memorandum bantahan dan pengedaran risalah bagi membuktikan bahawa projek pembinaan jambatan tersebut sebenarnya lebih banyak mudaratnya berbanding kebaikannya. Bantahan yang berlandaskan kepada rasa prihatin DPPP terhadap perkembangan projek yang dilihat memudaratkan maruah dan kedaulatan negara dan rakyat negara ini khususnya didalam isu yang melibatkan tuntutan Singapura bagi kerjasama yang akan diberikan oleh mereka untuk projek tersebut. Hari ini keprihatinan DPPP terhadap isu tersebut nyata berasas.

Jika selama ini persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh DPPP dipandang serong kerajaan sebagai satu tindakan yang berunsur politik, hari ini jelas terbukti bahawa persoalan tentang amalan salah urus kerajaan bagi menjayakan projek tersebut ternyata terbukti.

Namun begitu disaat dan ketika ini, ketika kita mengalu-alukan keputusan kerajaan tersebut DPPP mengajak semua pihak untuk melihat kembali keseluruhan senario yang berlaku terhadap projek pembinaan jambatan tersebut sebagai satu proses untuk kita menilai keberkesanan fungsi dan peranan kerajaan. Permulaan sikap kritis yang telah dipamerkan oleh semua pihak khususnya rakyat perlu terus dibajai untuk memastikan mewujudkan kesedaran kepada kerajaan bahawa pada setiap tingkah dan laku kerajaan rakyat melihat dan menilainya. Dan pada setiap penilaian itu kerajaan perlu diingatkan juga rakyat kini berani untuk bangkit untuk memperbetulkannya.

Maka untuk itu DPPP menyeru kepada semua pihak untuk melihat keputusan kerajaan tersebut sebagai satu tindakan wira yang hadir untuk menyelematkan maruah rakyat dan negara ini. Keputusan tersebut adalah bukti jelas kegagalan kerajaan untuk berfungsi dan berperanan dengan baik. Kegagalan itu juga perlu dilihat sebagai bukti betapa lemahnya kerajaan yang memimpin Malaysia ketika ini, dan pastinya pertanggungjawaban ini perlu diletakkan sepenuhnya kepada kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Seruan DPPP ini bukan dilandaskan atas pertimbangan politik tetapi satu seruan kepada rakyat dan semua pihak untuk menjalankan tanggungjawab sebenar sebagai rakyat bumu bertuah ini. Mentaliti...sudah-sudahlah...cukuplah...perlu dikikis daripada kamus hidup rakyat Malaysia dan kegagalan pembinaan projek jambatan ini adalah peluang kepada rakyat seluruhnya mempamerkan sikap dan metaliti kelas pertama sebagaimana yang diseru oleh kerajaan dengan meminta pertanggungjawaban sepenuhnya kerajaan pada setiap pembaziran, onar, perlanggaran maruah dan amalan salah urus kerajaan.

Untuk itu DPPP melontarkan persoalan yang perlu difikirkan oleh rakyat seluruhnya bagi menilai samada tindakan kerajaan untuk membatalkan projek pembinaan jambatan tersebut memadai sedangkan segala kemelut yang berlaku termasuk isu tuntutan kurang ajar Singapura ketara berpunca daripada kelemahan kerajaan sendiri.

Maka untuk ;

1. Kegagalan pembinaan Jambatan Indah bagi menggantikan Tambak Johor yang berpunca amalan salah urus;

2. Pembaziran wang rakyat yang berpunca daripada amalan ketidaktelusan pentadbiran wang negara;

3. Perlanggaran dan pengabaian terhadap sensitiviti, maruah dan kedaulatan rakyat dan negara dengan melayan permintaan kurang ajar Singapura yang berpunca daripada kegagalan kerajaan untuk memperlihatkan ketegasannya;

4. Pengabaian terhadap amanah yang telah diberikan oleh rakyat kerana sikap ego, angkuh dan sombong kerajaan;

DPPP mendesak;

1. Satu pembentukkan suruhanjaya bagi menyiasat setiap amalan salah urus yang berlaku didalam projek tersebut. Cabaran DPPP melalui desakan ini ialah kerajaan perlu membuktikan bahawa pada setiap kata-kata yang diuar-uarkan oleh kerajaan untuk mewujudkan ketelusan di dalam pemerintahan tidak sekadar retorik dan terpilih. Jika kerajaan diatas nama integriti telah mewujudkan pelbagai badan dan jawatankuasa untuk memastikan setiap agensi-agensi kerajaan melaksanakan setiap rancangan kerajaan secara telus maka kerajaan juga perlu membuktikan kesungguhan itu melalui cabaran dan desakan agar satu siasatan menyeluruh dilakukan terhadap projek tersebut. Jika kerajaan mengabaikan desakan ini maka jelas dan terbuktilah kerajaan yang ada pada hari ini tidak ubah seperti ketam yang mengajar anak berjalan lurus tetapi hakikatnya kerajaan sendiri jalannya bersimpang siur !

2. Satu nota bantahan perlu dihantar kepada kerajaan Singapura melalui kedutaannya bagi membuktikan pada setiap singgungan dan tindakan kurang ajar Singapura terhadap maruah dan kedaulatan rakyat dan negara ini. Bantahan itu juga perlu diiringi dengan ketegasan pendirian kerajaan untuk menyatakan bahawa pada setiap tindakan kurang ajar Singapura khususnya isu perlanggaran kedaulatan ruang udara Malaysia sebagaimana yang dilaporkan berlaku di Tanjung Kupang dan Tanjung Langsat adalah satu bentuk pencerobohan.

3. Seandainya kerajaan gagal untuk menyahut desakan ini maka DPPP menyifatkan kerajaan yang ada ketika ini sebuah kerajaan yang lemah dan tidak layak untuk mewakili aspirasi rakyat dan negara.

Maka bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar DPPP mendesak kerajaan untuk membelakangkan kepentingan diri dan meletakkan kepentingan rakyat dan negara sebagai keutamaan dengan secara rela melepaskan kerajaan yang ada hari ini kepada rakyat untuk menentukannya.


MAZLAN ALIMAN
NAIB KETUA DPP PUSAT

Wednesday, April 12, 2006

BANGKIT SEBELUM PARAH

Oleh: Mazlan Aliman ( Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat )

Ketika ini rakyat Malaysia khususnya generasi muda sedang berhadapan dengan pelbagai gelombang sosial yang kian menghakis jati diri dan nilai hidup mereka. Lebih menyedihkan lagi dek cabaran sosial yang dari hari ke hari kian mencengkam satu-satunya aset berharga yang pernah menukar rakyat bumi bertuah ini khususnya masyarakat Melayu kepada satu masyarakat yang bertamadun tinggi kian kurang nilainya di dalam amalan hidup. Aset ini tidak lain tidak ialah amalan hidup beragama, Islam khususnya.

Bagi masyarakat Melayu kehadiran Islam telah menukar rupa bangsa mereka daripada sebuah masyarakat yang diperlekeh dan ditindas sehingga menjadi sebuah bangsa yang begitu gah dimata dunia. Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka merupakan bukti kepadanya. Meskipun hujah ini mampu dipertikaikan tetapi dengan kehadiran Islam jati diri Melayu itu sendiri berubah dari sebuah masyarakat yang tidak disedari kebolehannya sehingga menjadi sebuah masyarakat yang cukup dikenali sebagai seorang pedangang yang rajin dan jujur, seorang pembesar yang adil dan saksama mahupun seorang perwira yang hebat dan digeruni. Inilah rahmat Islam yang telah menyinari masyarakat kepulauan Melayu pada satu ketika sehingga kerana rahmatnya itu terbina zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, Johor-Riau dan sebagainya. Detik itu mungkin boleh dikatakan sebagai zaman terbaik untuk umat Melayu. Budayanya hidup subur, bahasanya disegani, cara hidupnya diteladani dan pemerintahannya dihormati. Semua ini hadir bersama sinar Islam.

Jelas sekali sejarah kegemilangan umat Melayu itu meneruskan tradisi kegemilangan yang dikecapi masyarakat di tanah Arab. Bagaimana masyarakat Arab dengan kemulian Islam begitulah juga masyarakat Melayu. Malah jika disusuri sejarah pembinaan masyarakat antara kedua-duanya kita akan menemukan betapa ianya mempunyai latar dan perjalanan yang sama.

Namun hakikat selain kegemilangan itu mencurahkan pelbagai pengiktirafan ianya juga mengundang rasa cemburu dan iri hati yang amat mendalam khususnya dendam itu dibina kerana melihat suburnya perkembangan Islam dinusantara ketika itu. Maka akhirnya detik kegemilangan itu runtuh melalui penjajahan. Lebih 400 tahun masyarakat Melayu dilanyak kehidupan dan pemikirannya. Namun ianya tidak berupaya merubah jati diri dan tunggak kekuatan masyarakat Melayu. Malah kerana tekanan itu semarak perjuangan untuk mempertahankan jati diri agama, bangsa dan negara kuat dilaungkan. Sehingga melahirkan tokoh-tokoh yang mampu menggoyahkan keangkuhan penjajah. Hasil keutuhan perjuangan inilah masyarakat Melayu pada hari ini mengecapi apa yang diperolehi hari ini. Ianya dibina daripada keringat dan darah mereka yang mempunyai jati diri yang utuh terhadap agama, bangsa dan negaranya.

Persoalannya dengan perginya penjajah adakah kita berupaya untuk meneruskan tradisi perjuangan masyarakat Melayu untuk meletakkannya kembali ke tempat yang sepatutnya ? Jawabannya tidak. Samada kita menerima atau tidak pandangan ini, itulah realitinya. Masyarakat Melayu hari ini berdepan dengan krisis nilai yang amat serius. Pembinaan tamadunnya melalui jalan-jalan suram dan menuju kebuntuan. Dihadapan yang menanti masyarakat Melayu hanyalah masalah sejuta penagih dadah, masalah integriti yang meruncing dan kritikal, masalah pengkhianatan yang menyebabkan ketirisan, masalah kroni yang menyebabkan ketidakadilan, masalah ketidaktelusan yang menyebabkan kerugian dan pelbagai masalah lain lagi jika di senaraikan satu persatu pastinya terlalu panjang senarainya.

Dimanakah silapnya atas segala kemelut yang melanda masyarakat Melayu ketika ini ? Inilah persoalan sebenar yang perlu dilihat dan dikaji. Persoalan ini bukan sekadar perlu di fikirkan oleh kalangan mereka yang bergelar intelektual tetapi ianya perlu di fikirkan oleh semua masyarakat Melayu sebagai satu proses muhasabah diri bagi meluruskan kembali wawasannya. Maka tulisan ini cuba untuk membuka langkah awal proses muhasabah diri ini dengan meletakkan silap bagi setiap kemelut ini kepada kegagalan masyarakat Melayu itu sendiri didalam persoalan meletakkan kepimpinan mereka. Hujah ini mungkin boleh tertolak dengan pelbagai hujah lain yang mungkin diberikan oleh pihak lain tetapi alasan untuk hujah ini perlu dinilai sebagai asas kepada perbincangan.

Hiburan Sebagai Budaya Baru Masyarakat Melayu

Inilah budaya baru masyarakat Melayu yang cukup memualkan. Meskipun masyarakat Melayu semenjak azalinya begitu sinonim dengan hiburan dan perayaan tetapi perkembangan terkini memperlihatkan bentuk hiburan baru yang membudaya didalam masyarakat Melayu menjerut jati diri masyarakat Melayu itu sendiri. Budaya hiburan yang kosong, tanpa pengisian yang mantap dan diandakan bagi tujuan semata-mata untuk berhibur menjadikan masyarakat Melayu terbelenggu di dalam paradigma yang kalut. Kesannya masyarakat Melayu berdepan dengan krisis dan gejala sosial yang begitu meruncing dan kritikal. Hujahkanlah apa saja untuk menolak pandangan kesan negatif hiburan ke atas masyarakat Melayu khususnya generasi muda, tetapi realitinya tetap kita tidak mampu menolaknya.

Negara pernah digemparkan dengan penglibatan remaja Melayu didalam gejala black metal yang menyesatkan. Jika dikaji secara mendalam kita akan dapat melihat akar kepada gejala ini ialah kegilaan generasi muda khususnya masyarakat Melayu yang terlalu gilakan hiburan. Di dalam kes black metal ini mereka terdiri mereka yang menolak unsur-unsur mainstream didalam muzik yang membudayakan gaya hidup popular sehingga menjebakkan diri mereka kepada genre muzik yang bersifat underground . Kesan daripada penghayatan terhadap muzik dan hiburan tersebut mereka mula terpengaruh pada setiap falsafah yang diperjuangkan. Maka timbullah apa yang kita hadapi kini gejala black metal yang meruntuhkan keimanan. Malah antara kita sedar atau tidak jika selama ini kita beranggapan mereka yang terlibat dengan gejal black metal ini terpengaruh dengan budaya barat, sebenarnya akar kepada permasalahan ini bermula daripada kita sendiri khususnya pertanggungjawabannya boleh diletakkan secara terus kepada pucuk kepimpinan negara yang mengabaikan aspek-aspek pembinaan insan dengan dalam masa yang sama begitu menggalakkan program-program hiburan.

Hari ini apa yang tidak ada untuk rakyat negara ini berhibur, dari pelbagai perayaan, penganjuran konsert dan rancangan hiburan melalui televisyen pilih sahaja dari yang eksklusif, terbuka, tertutup, kelas tinggi hinggalah hiburan murahan dan kelas bawahan. Hari ini rakyat boleh sahaja berpesta dan berhibur setiap hari.

Lebih menyedihkan hiburan kini dijadikan alat untuk tujuan tertentu bagi golongan kapitalis hiburan digunakan sebagai pentas untuk mengaut jutaan keuntungan manakala bagi kerajaan hiburan dijadikan alat propaganda untuk menarik seramai mungkin sokongan rakyat. Penggunaan media hiburan dengan agenda tersembunyi ini kini memerangkap dan merugikan negara sendiri.

Penglibatan generasi muda khususnya generasi muda Melayu dengan dadah banyak dilihat berpunca daripada pembudayaan hiburan didalam masyarakat. Pengedaran dan penggunaan dadah-dadah berleluasa di pusat-pusat hiburan antara faktor yang begitu kritikal.

Begitu juga halnya tahap produktiviti dan budaya kerja rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu. Dek kerana terlalu terdedah dengan hiburan hari ini masyarakat Melayu dikenali sebagai pemalas, tidak menepati masa, tidak bermotivasi, tidak efisien dan tiada nilai dipasaran kerja. Tidak mustahil kini kita melihat kebanjiran pekerja warga asing didalam segenap sektor industri dan perdagangan.

Kesan pembudayaan hiburan didalam masyarakat juga menyebabkan masyarakat Melayu lemah pemikirannya. Ketidakmampuan masyarakat Melayu untuk berfikiran secara kritis dan sedar terhadap persekitarannya menjadikan masyarakat Melayu terperangkap didalam minda bawahan yang hanya menantikan disuap dan tidak rela untuk berusaha keras. Maka jangan diimpikan minda kelas pertama seandainya masyarakat Melayu terus-terusan dibentuk dengan acuan yang menjadikan hiburan sebagai satu amalan wajib. Logiknya, bagaimana mungkin sebuah masyarakat yang dialunkan dengan hiburan yang entah apa-apa entah mampu untuk membina jati diri yang berkualiti kelas pertama.

Ini adalah realitinya masyarakat kita hari ini khususnya masyarakat Melayu. Mereka dihimpit didalam perspektif sempit politik yang hanya memikirkan tentang mulut dan perut. Untuk merubah paradigma ini rakyat khususnya masyarakat Melayu perlu berani untuk menerima kelemahan ini dan berusaha untuk memperbaikinya. Ini adalah langkah awal untuk membentuk pemikiran dan budaya yang positif dikalangan masyarakat Melayu. Denganya secara tidak langsung cara hidup masyarakat juga akan berubah menjadi lebih bermakna dan berdaya saing.