ummahonline: HAMAS perlu belajar dari PAS
Oleh: Maszlee Malik
Selepas diumumkan kemenangan HAMAS lewat pilihanraya 25 Januari 2006 yang lalu, banyak komen yang telah diutarakan oleh para Islamis di Malaysia. Antara lain, kata seorang aktivis PAS, yang merupakan rakan penulis: "PAS kena belajar dari HAMAS nih...". Logiknya menurut beliau, kejayaan HAMAS yang baru pertama kali menyertai pilihanraya dan memenanginya adalah satu keajaiban. Pasti HAMAS ada formulanya yang tersendiri.
Penulis bersetuju 50% dan kurang bersetuju 50% yang lain. Penulis lebih suka mengatakan: "HAMAS perlu belajar dari PAS", mengapa? HAMAS yang ditubuhkan pada tahun 1987 baru pertama kali menyertai pilihanraya umum (PRU). Berbanding dengan PAS, PAS telah menyertai pilihanraya umum semenjak hari pertama ia ditubuhkan. Hampir setengah abad lamanya pengalaman PAS di dalam menyertai pilihanraya. Bukankah seseorang yang telah berpengalaman itu lebih perlu dijadikan tauladan berbanding mereka yang baru belajar bertatih. Sepak terajang pilihanraya serta selok beloknya lebih difahami oleh mereka yang telah 11 kali terlibat dengan PRU berbanding dengan mereka yang baru berkenalan dengannya.
Kemenangan HAMAS adalah buat pertama kali. Berbanding dengan PAS, walaupun PAS hanya memenangi dua buah negeri sepanjangpenglibatannya di dalam PRU, namun itu juga kemenangan bukan? Apa yang lebih menarik lagi ialah kemenangan tersebut telah memberikan PAS pengalaman untuk memerintah sebuah negeri. Jika dilihat dari sudut positif, PAS merupakan parti Islam yang pertama dapat mempertahankan negeri yang diperintahnya lebih 15 tahun. Sudah tentu pengalaman 15 tahun memerintah, mengururskan dan mempertahankan negeri tersebut lebih berharga dan lebih bermanfaat untuk dipelajari. HAMAS yang baru sahaja memenangi PRU perlu mempelajari teknik memerintah, menguruskan dan juga memepertahankan Gaza dan Tebing Barat menurut pengalaman PAS.
HAMAS mungkin sekarang ini sedang menimba pengalaman kemenangan. Bagi PAS, bukan hanya pengalaman kemenangan, tetapi juga pengalaman mempertahankan kemenangan dan pengalaman menghadapi kekalahan. PAS pernah kehilangan Kelantan, dan menawannya semula pada tahun 1990. PAS pernah kehilangan Terengganu, dan menawannya semula pada tahun 1999, dan akhirnya kehilangannya sekali lagi. Kelemahan dan juga tipu daya mush di dalam menyebabkan kekalahan-kekalahan PAS juga merupakan pengalaman dan juga ilmu yang berharga untuk dijadikan panduan bagi HAMAS.
HAMAS mungkin mempunyai sokongan dari beberapa calon Kristian, malah mempunyai seorang menteri Kristian di dalam kabinet mereka. PAS pula telah berpengalaman membuat koalisi dengan non-muslim semenjak tahun 1986 lagi. Bermula dari CCC sehinggalah ke GERAK dan kemudiannya Barisan Alternatif, merupakan pengalaman koalisi politik yang amat berharga. Pahit manis dan juga liku-liku berkoalisi dengan non-muslim PAS juga merupakan pengalaman yang berguna buat HAMAS. Kesilapan yang pernah dilakukan, ataupun strategi berkompromi yang pernah digunakan oleh PAS juga banyak gunanya untuk HAMAS.
HAMAS juga sekarang ini sedang berhadapan dengan tekanan ekonomi dan juga ancaman luaran. Mungkin suasananya agak berbeza, namun PAS melalui kerajaan negeri Kelantan mereka juga sudah lali dengan sekatan dan diskriminasi. Mungkin agak berbeza sebuah negeri dengan sebuah negara, namun apa yang dilakukan oleh PAS untuk terus bangkit walaupun tekanan yang hebat dikenakan, adalah satu pelajaran yang menarik juga buat HAMAS.
Walau bagaimanapun, untuk menafikan pencapaian HAMAS dan juga pengalaman mereka juga adalah tidak wajar. Banyak juga pengalaman dan strategi HAMAS yang perlu PAS pelajari jika PAS ingin membuat kejutan seperti HAMAS. Kerja-kerja kebajikan HAMAS, sikap moderat HAMAS, pendekatan sederhana dan mudah diterima masyarakat Palestin, penonjolan imej dan juga displin ahli-ahli HAMAS merupakan di antara perkara yang boleh PAS pelajari.
Jika benarlah wakil HAMAS, seperti yang telah disebut-sebutkan, akan datang ke Malaysia untuk bertemu dengan Pak Lah. Maka, wakil tersebut juga hendaklah mengambil peluang untuk bertemu dengan Menteri Besar Kelantan dan juga Presiden PAS untuk berkongsi pengalaman. Jika mereka bertemu Pak Lah di atas kapasiti kerajaan yang memerintah Palestin, maka apabila bertemu MB Kelantan dan juga tuan Presiden, dia hendaklah memakai topi "gerakan Islam". Sudah tentunya banyak sekali yang dapat dikongsikan bersama.
"Yang Baik Kita Ambil, Yang Buruk Kita Tinggalkan. Pengalaman Satu Pengajaran Bagi Mereka Yang Memahami Erti Perjuangan"- Pemudawilayah

1 Comments:
IRC Perlu belajar Dari PAS
saya ingin menarik kenyataan Sdr Mazlee Malik yang meminta HAMAS belajar dari PAS.
Sebenarnya kita perlu belajar dari sirah perjuangan Rasulullah s.a.w. serta para anbia yang terdahulu.
Kemenangan Islam bukan ditandai oleh kemenangan material atau fizikal semata-mata. Bahkan kemenangan Islam yang lebih besar adalah kemenangan di akhirat.
kemenangan di dunia adalah bonus tambahan kepada pejuang-pejuang agama Allah. para sahabat Rasulullah ada yang tidak sempat melihat kemenangan Islam, kerana syahid di medan jihad.
Saya juga ingin menyebut bahawa Sirah para Nabi telah membuktikan bahawa perjuangan Islam merupakan perjuangan yang panjang.
Nabi Nuh a.s. berjuang selama 950 tahun. Beliau hanya sempat mengecapi nikmat kemenangan hanya untuk 10 tahun. Nabi Ibrahim a.s. berjuang bertahun-tahun menentang kebatilan. Hanya akhirnya beliau diberikan kemenangan oleh Allah s.w.t. Nabi Muhammad s.a.w. berjuang selama 23 tahun untuk dapat mengecapi nikmat kemenangan Islam.
Lalu apa keistimewaan hendak dibandingkan kemenangan PAS dengan kemenangan para Nabi? Apa rujukan yang paling tepat untuk membandingkan PA dengan HAMAS mahupun gerakan ISlam yang lain?
Hanya saya ingin menyebut bahawa sebaiknya IRC (JIM, KARISMA dll) wajar belajar dari PAS. Meskipun PAS bukan diwakili oleh golongan elit (seperti JIM atau IRC) PAS tidak pernah membelakangkan golongan ini. Kita menganggap semua ahli PAS adalah saudara seIslam yang mempunyai hak yang sama.
saya dapati juga ahli PAS lebih ikhlas berjuang berbanding ahli IRC, yang apabila masuk ke dalam mana-mana organisasi lain, cita-cita mereka adalah untuk merosakkan organisasi tersebut. Saya bercakap berlandaskan realiti yang berlaku di dalam PAS.
Seterusnya gagasan Ummah Centric yang sibuk diperbincangkan. Saya amat dukacita dengan idea gagasan ini oleh penulis ini (Mazlee Malik). Ummah Centric menolak ketaatan kepada pemimpin jemaah dan menolak kebulatan terhadap jemaah Islam. Sedangkan Mazlee Malik sendiri adalah dari IRC (yang didakwa sebuah jemaah juga) dan gagasan Ummah Centric dilontarkan oleh mereka yang berasal dari kumpulan ini. ternyata mereka mempunyai perancangan untuk merosakkan pemikiran umat Islam yang cintakan islam dan PAS sebagai wadah dan jemaah Islam.
Justeru, saya berpendapat, IRC wajar meniru PAS mengurus jemaah. Biarlah kita dianggap sebuah jemaah atau kumpulan yang bersifat kekampungan, tetapi PAS tidak pernah membelakangkan semua ahlinya.
PAS ikhlas mentaati pemimpin dan dasar jemaah yang ditetapkan. Ahli PAS tidak ada dua ketaatan seperti mana ahli IRC.
Walaupun PAs tidak menang Pilihanraya setiap tahunnnya, tetapi sifat istiqomah dan ikhlas pendokong-pendokongnya tetap dikira sebagai imbalan yang baik di sisi Allah s.w.t.
IRC menganggap mereka terbaik berbanding jemaah lain. sedangkan PAS tidak pernah merasakan manhaj tarbiyah sebagai yang terbaik berbanding jemaah lain.
Akhir sekali semoga IRC belajar dari PAS dan ikhlas memperjuangkan ISlam tanpa meletakkan sebarang agenda dalaman yang merosakkan organisasi Islam yang lain!
Post a Comment
<< Home