REMAJA MALAYSIA DIAMBANG KEHANCURAN KERANA DADAH
KENYATAAN MEDIA (27 MAC 2006)
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berasa sangat bimbang di atas peningkatan jumlah penagih dadah dinegara ini. Laporan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Datuk Soraya Selamat iaitu sejumlah 10 peratus atau sejuta belia dinegara ini terlibat dalam penagihan dadah. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) jumlah penagih dadah bagi tempoh 1988 hingga 2005 ialah 289,763 orang. Meskipun dinafikan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, namun jumlahnya masih besar dan tidak boleh dipandang ringan.
Boleh dikatakan usaha kerajaan sejak merdeka sehingga ke hari ini untuk membasmi musuh nombor satu negara ini dianggap gagal. DPPWP berpendapat, faktor utama penyalahgunaan dadah ialah kerana masalah sosial. Punca masalah dadah ini pula kerana bertebarannya disko, karaoke dan kelab-kelab malam. Biasanya di kelab-kelab malam berlaku urusniaga-urusniaga dadah, penularan pil ecstasy, jarum suntikan dan sebagainya. Jika dilihat laporan akhbar banyak pengunjung disko dan karaoke dalam keadaan high dan mabuk kerana pil ectasy serta penggunaan alkohol. Di manakah komitmen kerajaan dalam menangani masalah dadah kerana punca dan ibu maksiat tidak diharamkan.
Penyalahgunan dadah mudah berkembang melalui pengaruh hedonisme atau hiburan yang melampau. Muzik yang berirama keras seperti Black Metal, Punk, Rock, SkinHead dan lain-lain lagi sering dikaitkan dengan dadah. Senikatanya banyak yang membawa maksud kepada dadah, seks bebas, arak, dan jenayah. Golongan artis pula kebelakangan ini, semakin ramai ditangkap kerana dadah. Amat memalukan apabila kerajaan mengiktiraf mereka dengan pelbagai anugerah, dalam masa yang sama mereka mencemarkan nama baik mereka dan industri ini dengan dadah.
Kesan dari inflasi, pengangguran serta taraf hidup yang tidak seimbang boleh membiakkan lagi dadah. Laporan menyatakan seramai 80,000 graduan masih belum dapat pekerjaan. Pada masa yang sama harga minyak dan barangan pula semakin bertambah. Jurang pendapatan antara yang bergaji sederhana dan rendah dengan yang berpendapatan tinggi pula amat ketara. Ini memberikan tekanan yang hebat kepada rakyat dan membuka ruang masyarakat terjerumus kepada gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah dan jenayah. Oleh itu, DPPWP menuntut kerajan supaya mengkaji balik kesan kenaikan harga minyak terhadap rakyat serta membuka peluang lebih banyak peluang graduan menceburi bidang pekerjaan.
Selain itu, DPPWP mempertikaikan usaha kerajaan mengadakan program pemberian jarum percuma kepada penagih-penagih dadah yang positif HIV. Apakah kewajarannya kerajaan memberi jarum suntikan sedangkan banyak perkara lain yang boleh dilakukan untuk mengurangkan penagih-penagih tegar. Usaha ini bukan menyelesaikan masalah pesakit HIV, bahkan menambahkan jumlah mereka. Berapa pula kos yang terpaksa dibelanjakan demi menanggung “biawak hidup” yang menggunakan duit rakyat. Sepatutnya kerajaan bertegas menghapuskan sarang-sarang penagih dadah. Jarum-jarum tidak perlu dibekalkan kerana mereka perlu diajar, bahawa masalah dadah tidak ada kompromi dan belas kasihan.
DPPWP juga melihat faktor ini dibantu oleh kegagalan kerajaan mengisi program pembangunan untuk remaja. Program pembangunan seperti PLKN, Rakan Muda dan seumpamanya tidak boleh dijadikan ukuran kerana semuanya ini tidak dapat membina akhlak dan syakhsiah mereka. Apa yang amat diperlukan ialah penerapan agama kepada diri remaja. Pendidikan di sekolah kebangsaan hari ini amat kurang yang menekankan soal dosa dan pahala, syurga dan neraka, akhlak dan aqidah, solat, ibadah, aurat, pergaulan, dan lain-lain lagi. Remaja yang lahir pada hari ini adalah mereka yang sangat cetek pengetahuan agamanya.. Ditambah pula dengan kemelut yang melanda – percintaan, pergolakan rumahtangga, perceraian, bersekedudukan, kewangan, pelajaran, hubungan dengan kawan-kawan dan lain-lain lagi. Keampuhan akidah dan akhlak yang unggul tidak tercipta dan menjelma dari diri remaja yang kesudahannya memilih dadah sebagai jalan singkat.
DPPWP berasa kecewa dengan kegagalan kerajaan menjadikan pusat serenti sebagai tempat pemulihan yang berkesan kepada penagih dadah. Timbalan Perdana Menteri, dalam laporan media menyebut masalah yang berlaku kepada bekas penagih yang kembali menagih selepas keluar dari pusat serenti. Mengapakah modul yang digunakan di dalam pusat serenti tidak memberi kesan sehingga tidak mampu menyedarkan pelatih-pelatih? Apakah kerajaan tidak membuat pemantauan terhadap bekas-bekas pelatih apabila mereka kembali ke pangkuan keluarga? Apakah kerajaan tidak melakukan kajian terhadap fungsi dan peranan pusat-pusat serenti? Dalam hal ini yang paling penting adalah penerapan agama yang kuat perlu diberi agar penagih-penagih insaf serta takut untuk kembali ke dunia lama mereka. Mereka juga perlu diberi tempat yang baik dan hak yang sama untuk meraih hidup seperti memberi peluang pekerjaan, melanjutkan pelajaran, latihan dan kursus-kursus yang lain.
Dadah adalah masalah negara dan ia melampaui sempadan politik. Justeru, tidak ada salahnya sekiranya kerajaan bekerjasama dengan semua pihak termasuk parti politik yang lain dalam usaha bersama secara bersepadu membasmi dadah. DPPWP sanggup memberikan komitmen sepenuhnya di dalam usaha membuat pemantauan, rondaan, serbuan dan lain-lain lagi. Kerajaan perlu memberikan sokongan kepada pusat-pusat pemulihan dan rawatan yang didirikan samada oleh individu, NGO, mahupun parti politik yang lain.
Kerajaan harus konsisten untuk membuktikan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara ‘Islam Hadhari’ mampu memberikan contoh yang terbaik kepada negara-negara lain dalam usaha membasmi dadah. Semua pihak sayangkan remaja dan inginkan generasi akan datang sebagai generasi yang ulung yang dapat membela agama, bangsa dan negara. Tidak ada jalan bagi kerajaan ‘Islam Hadhari’ melainkan kembali semula kepada Islam sebagi teras hidup masyarakat.
MOHAMAD SUHAIMI ABDUL AZIZ
Pengerusi Lajnah Pembangunan Remaja
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

0 Comments:
Post a Comment
<< Home