Thursday, March 16, 2006

Tengku Mahaleel...isu Proton : Saya sedia bagi penerangan kepada orang UMNO, PAS atau DAP

(Dipetik dari AgendaDaily)
Isu Proton memang menarik minat ramai,Sebab itu lebih 100 orang bersesak Sabtu malam di dewan makan kecil di Kelab Century Paradise di Taman Melawati dekat Kuala Lumpur.

Acaranya ialah Dailog Bersama Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff dengan gabungan NGO.Pengajurnya ialah Datuk Ibrahim Ali.

Mereka yang hadir terdiri dari wakil-wakil NGO,para intelek, pensyarah universiti,wartawan dan penulis.Hadir sama ialah Persuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustapha Ali dan bekas Ketua Pemuda PAS Mahfuz Omar.

Image hosting by Photobucket

Tengku Mahaleel yang dikenali stylish orangnya datang secara casual sahaja. Mengenakan pouch bag di pinggang beliau membawa bersama sebuah laptop dan skrin.

Kira-kira dua jam beliau memberi penerangan bertumpu kepada isu Proton sahaja.Para hadirin berebut-rebut mengemukakan soalan semasa sesi soal jawab.

Penerangannya yang lengkap dengan carta dan statistik yang dipaparkan di atas skrin terbahagi kepada dua.Satu yang terbuka dan satu lagi beliau meminta para wartawan dan jurugambar tidak merakam apa-apa kecuali mendengar dan melihat sahaja.

Secara umum beliau menerangkan senario semasa beliau mula menjadi CEO Proton dan perkembangannya sehingga Proton ada duit cash lebih RM3 billion serta kebimbangannya mengenai keadaan semasa dan masa depan syarikat pembuat kereta nasional itu.

Dari penerangannya nampaknya memang tidak ada cacat cela Proton sehingga beliau ‘direhatkan’ mulai 30 September lalu.

Beliau juga terus mempertikaikan penjualan syarikat motosikal MV Agusta pada nilai satu Euro.Menurutnya wang dibelanjakan untuk membeli syarikat motosikal Itali itu boleh bagi percuma bot kepada 11,000 orang nelayan.

Semasa memulakan bicara Tengku Mahaleel memberitahu beliau tidak mahu menyentuh soal politik.

“ I am a professional …”katanya.

Image hosting by Photobucket

Beliau mengakui ada orang yang mahu menariknya menyertai parti politik.” Saya tak minat…saya dah umur 60 tahun sekarang,”katanya.

Ini bukanlah majlis penerangan dan dailog pertama yang dihadiri oleh Tengku Mahaleel sejak beliau dilihat “berperang’ dengan Proton sekarang serta menegur isu AP dan perlindungan keatas kereta nasional pertama itu.

Tidak keterlaluan jika dikatakan beliau semacam Lone Ranger dalam perjuangannya untuk menceritakan apa yang didakwanya ‘ kisah sebenar Proton”.

Juga bukan rahsia lagi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang lantang bersuara tentang AP sentiasa berada disisinya.

Menurut Tengku Mahaleel beliau sedia memberi penerangan mengenai isu Proton kepada siapa jua yang sedia mendengarnya.

“Tak kira orang UMNO,PAS atau DAP,”ujarnya.

Beliau menyuarakan kebimbangannya terhadap kemungkinan aset projek kereta nasional itu di strip dan dijual begitu sahaja.

Katanya orang boleh buat banyak duit kalau jual kompleks kilang Proton di Shah Alam dan kompleks baru di Tanjong Malim.

Beliau hanya tersenyum dan tidak mahu menjawabnya bila ditanya siapa yang menjadi mastermind dibelakang segala kemelut AP dan Proton yang dirasainya tidak betul itu.

Semasa berbual itu Tengku Mahaleel yang berasal dari Kelantan secara berjenaka berkata beliau melihat orang-orang Kelantan adalah orang yang paling gembira di negara ini.

“Mereka berwajah gembira sekalipun berkain pelikat dan ditangan ada sedikit rial (duit). I think I just want to go back to Kelantan and walk among the trees ,”katanya.

Entah apa maksudnya,hanya Tengku Mahaleel sahaja yang tahu.

“Saya tak ada kerja sekarang…minta sana sini pun tak dapat,”katanya secara berjenaka lagi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com