Friday, March 10, 2006

Jangan Undur, Kita Teruskan Bantahan Sampai Harga Minyak Turun

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berasa kecewa dengan tindakan undemocratic pihak Unit Polis Simpanan Persekutuan (FRU) yang menyimbah air bercampur asid melalui Water Canon mereka kepada demontrator yang berhimpun secara aman bagi membantah kenaikkan harga minyak di hadapan KLCC hari ini.

Tindakkan ini dilihat sebagai satu usaha untuk menghentikan rapat umum bagi membantah kenaikkan harga minyak. DPPWP memahami bahawa pihak FRU perlu menjalankan tugas mereka bagi menjaga ketenteraman awam. Dan pada hari ini para demontrator masih boleh bersabar kerana kita juga tahu bahawa ahli pasukan FRU yang ada turut tertekan dengan kenaikkan harga minyak ini.

Image hosting by PhotobucketImage hosting by Photobucket

DPPWP juga sedar bahawa gaji mereka tak sebanyak mana, dan kita juga perjuangkan hak mereka sebagai rakyat dan juga hak semua kakitangan kerajaan serta segala pelusuk rakyat di Negara ini.

Oleh itu, FRU harus memberikan peluang untuk demontrator memberikan pandangan, meluahkan ketidakpuashatian mereka kerana itu lebih baik dari kami melakukan aktiviti keganasan yang melampaui batas perundangan. Malaysia sebagai negara demokrasi harus memberikan peluang pada rakyat untuk menyatakan pandangan dan menzahirkan apa yang mereka tidak suka.

Rakyat punya hak untuk bersuara. Tindakan Pak Lah menggunakan Polis-FRU untuk meleraikan demontrasi aman di hadapan KLCC dan sekitar jalan Ampang hari ini menunjukkan bahawa beliau begitu takut dengan kebangkitan rakyat. Ini juga sebagai lambang kepada sikap tidak bertanggungjawab pemimpinan kerajaan BN.

Tindakkan tidak profesional ini juga menjadi satu kegemaran bagi Kerajaan BN untuk memaksa rakyat menerima dasar-dasar mereka tanpa sebarang bantahan. Kerajaan BN begitu angkuh dan cuba menjadikan rakyat sebagai hamba dengan memberikan segala apa jua arahan yang tidak serasi dengan kehendak rakyat secara paksa.

Justeru itu, DPPWP menggesa agar rakyat terus bangkit dan melakukan aksi-aksi protes melalui tulisan, demontrasi, pertemuan dengan pimpinan BN dan sebagainya. Kita mahu mereka dengar pandangan dan keluhan rakyat.

Image hosting by PhotobucketImage hosting by Photobucket

Image hosting by Photobucket

Image hosting by Photobucket

Hari ini di Putrajaya Internation Convention Center PICC Putrajaya) Pak Lah merasmikan Program Tinjauan Maklum Balas Awam. Dalam kenyataan beliau iaitu;

"Kerajaan hanya kurangkan subsidi, bukan naikkan harga minyak"

ini sekaligus cuba menunjukkan bahawa Pak Lah dah habis idea untuk beri jawapan pada rakyat tentang isu kenaikkan harga minyak. Beliau harus sedar bahawa tidak semua rakyat berkemampuan seperti beliau dan menteri kabinetnya.

Cadangan untuk rakyat berjimat tidak masuk dek akal. Cadangan yang sama telah diberikan oleh beliau pada tahun lepas. Sampai bila Pak Lah hendak terus bergantung dengan idea dan alasan yang sama. Rakyat dah letih berjimat, tapi Kerajaan BN juga yang banyak habiskan duit rakyat dengan pelbagai perasmian program-program yang hangat-hangat tahi ayam seperti program pada hari ini.

Dalam soalan pertama untuk Tinjauan Maklum Balas Bil. 1/2006: Biro Pengaduan Awam, JPM iaitu satu agensi di bawah Pak Lah mengemukan soalan berikut:

Subsidi Kerajaan Paling Sesuai Digunakan Untuk:
A. Tambah baik kemudahan persekolahan
B. Tambah baik Kemudahan kesihatan
C. Tambah baik perkhidmatan pengangkutan awam
D. Tambah baik kualiti bekalan air
E. Kegunaan kebajikan awam

Semua responden diminta memberikan pilihan jawapan kepada soalan diatas. Tapi secara keseluruhan, DPPWP melihat bahawa itu semua tanggungjawab kerajaan dan tidak perlulah Kerajaan BN bermain silap mata mengemukan soalan begitu dalam membahaskan keperluan rakyat.

Subsidi minyak juga perlu kerana ianya memberikan kesan secara keseluruhan kepada sistem ekonomi dan harga pasaran barangan pengguna serta industri dalam negara.

Justeru itu rakyat harus sedar dan jangan biar diri dipermainkan. Ayuh kita bangkit. Teruskan kempen hingga Kerajaan BN turunkan harga minyak.

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com