MEMORANDUM RAKYAT NEGERI SELANGOR BERKENAAN ISU PENCEMARAN BEKALAN AIR
Oleh : Abdullah Abdul Karim
Alhamdulillah, akhirnya memo kita kepada MB Selangor berjaya diserahkan kepada Ketua Setiausaha Sulit Kanan kepada MB, Dato Hj Mohd Yusof Shafie tepat jam 12.30 tgh tadi. Khir Toyo tidak berada di pejabat kerana mengiringi Tuanku Sultan ke Persidangan Majlis Raja-Raja. Ust Ramli Sidom telah menyerahkan Memo tersebut bagi pihak DPPNS.
Turut hadir Dr Rani Osman, Ust Kamal Shaari, Sdr Taufik Ghani (Exco DPP Pusat), Sdr Azizi dan beberapa orang pimpinan DPPK S. Alam. Wakil media turut juga hadir membuat liputa. Dalam perbincangan selama hampur 20 minit, Dato Yusof berjanji untuk membawa memo tersebut untuk pertimbangan MB. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
____________________________________
Ruj Kami : PAS/DPPN.08/1.02(Bil 02)
7hb Mac 2006/7hb Safar 1427H
Yang Amat Berhormat
Dato' Seri Dr Mohamad Khir bin Toyo,
Menteri Besar Selangor Darul Ehsan
Assalamualaikum YAB Dato Seri,
MEMORANDUM RAKYAT NEGERI SELANGOR BERKENAAN ISU PENCEMARAN BEKALAN AIR
Saya selaku mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) dengan ini merujuk kepada perkara di atas untuk perhatian YAB Dato Seri.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) melahirkan rasa terkejut, kesal dan kecewa berhubung dengan pendedahan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, YB Dato Abdul Fatah Iskandar pada 3hb Mac 2006 bahawa bekalan air yang berbau busuk kepada pengguna di Selangor adalah berpunca dari pencemaran yang serius di Sungai Selangor, termasuklah juga pencemaran yang berpunca dari ladang penternakan babi.
Pendedahan ini juga sekaligus menafikan dakwaan Syarikat Bekalan Air Selangor Berhad (SYABAS), yang merupakan pemegang konsesi mutlak bekalan air di negeri Selangor, yang mengatakan masalah tersebut kononnya berpunca dari kandungan ammonia dan klorin yang tinggi.
Pendedahan tersebut dengan sendirinya membuatkan ramai pihak secara automatik menuding jari kepada SYABAS di atas kegagalan dan/atau kecuaian dalam memastikan bekalan air yang bersih dan selamat dapat dinikmati oleh para pengguna.
Namun, dalam hal ini, DPPNS berpendirian bahawa Kerajaan Negeri Selangor turut mempunyai duty of care untuk turut sama mengambil tanggungjawab di atas kegagalan SYABAS di dalam melaksanakan tugasnya. Ini adalah kerana pihak Kerajaan Negeri yang asalnya menganugerahkan konsesi penswastaan bekalan air kepada SYABAS melalui satu perjanjian konsesi yang dimeterai pada 2004.
Perjanjian konsesi tersebut telah memberikan hak mutlak kepada SYABAS, yang merupakan anak syarikat kepada Puncak Niaga Holdings Berhad di mana Puncak Niaga mempunyai pegangan 70% di dalam SYABAS, untuk menguruskan bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi tempoh selama 30 tahun bermula pada 1hb Januari 2005.
Adalah sesuatu yang amat malang sekiranya Kerajaan negeri Selangor mengambil sikap 'cuci tangan' dan meletakkan segala beban kepada SYABAS sahaja sedangkan pihak kerajaaanlah yang bertanggungjawab melantik SYABAS memonoli perkhidmatan bekalan air di Selangor.
Justeru, DPPNS berpendirian Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan YAB Dato Seri selaku Menteri Besar yang diberikan amanah oleh rakyat untuk mempertahankan hak dan kepentingan rakyat, seharusnya memikul tanggungjawab moral dan undang-undang di atas segala kesulitan, kesusahan dan segala kerugian yang dialami rakyat akibat dari pencemaran tersebut.
DPPNS melihat isu pencemaran bekalan air yang antara kesannya akibat dari sisa ternakan babi adalah suatu perkara yang amat mencabar kesabaran dan sensitiviti rakyat, khususnya yang beragama Islam. Jaminan dari SS Dato Mohd Tamyes Abd Wahid, Mufti Kerajaan Negeri Selangor bahawa bekalan air tersebut halal untuk digunakan tidak menjadikan isu ini selesai sepenuhnya dan tidak membuatkan rakyat berasa lega.
Kenyataan tersebut seolah-olah dilihat sebagai sengaja dibuat untuk lari dari membicarakan persoalan sebenar. Yang lebih utama ialah betapa ancaman pencemaran tersebut boleh memberikan kesan negatif kepada kesihatan pengguna. Hak rakyat untuk menikmati bekalan air bersih telah diancam dengan seriusnya apabila bekalan air yang dinikmati tidak bersih dan tercemar.
Selepas lebih seminggu rakyat merungut berkenaan dengan bekalan air berbau busuk dan kemudiannya dikejutkan lagi dengan pendedahan sebenar tentang punca utama bekalan air menjadi busuk, DPPNS melihat kerajaan negeri gagal untuk mengambil sebarang tindakan drastik dan tegas untuk menangani masalah ini.
Kita hairan dan tertanya-tanya apa yang istimewanya pada SYABAS hingga kerajaan negeri begitu 'gerun' untuk bertindak ke atas SYABAS walaupun SYABAS secara terang-terang cuba membohongi rakyat dengan tidak mendedahkan fakta sebenar disebalik punca kenapa air berbau busuk.
SYABAS nampaknya terus bersikap angkuh melalui kenyataan Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail yang tetap bertegas mempertahankan bahawa bekalan air berbau busuk berpunca dari 'tindak balas kimia diantara kandungan ammonia yang tinggi di dalam air mentah dengan klorin yang ditambah untuk meneutralkannya'.
Justeru, DPPNS dengan ini mendesak YAB Dato Seri dan juga Kerajaan Negeri Selangor untuk melaksanakan langkah-langkah berikut sebagai tanda prihatin kepada kehendak rakyat, iaitu :
1) Memastikan masalah pencemaran di Sungai Selangor dapat diatasi secepat mungkin dengan mengambil tindakan tegas tanpa rasa takut dan memihak (without fear and favour), termasuklah dengan penguatkuasaan undang-undang dan tindakan mahkamah melalui kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain agensi kerajaan yang berkaitan, untuk menghentikan segala aktiviti yang telah mengakibatkan pencemaran berlaku di Sungai Selangor hingga ianya turut mencemarkan bekalan air kepada rakyat.
2) Menggantung serta merta perjanjian konsesi dengan SYABAS dan ditubuhkan satu jawatankuasa bebas bagi menyiasat segala kelemahan dan kegagalan SYABAS di dalam menguruskan perkhidmatan bekalan air di negeri Selangor.
3) Mendedahkan segala hak dan tanggungjawab SYABAS dan kerajaan negeri berdasarkan terma-terma di dalam Perjanjian konsesi tersebut termasuklah juga Standard Operating Procedure (SOP) yang diamalkan oleh SYABAS di dalam menguruskan perkhidmatan bekalan air dan seterusnya menyiasat sekiranya terdapat perlanggaran (breach) atau pun kecuaian (negligence) yang dilakukan oleh SYABAS di dalam melaksanakan tugasnya di dalam perjanjian konsesi tersebut.
4) Bersikap jujur, bertanggungjwab dan telus dalam memberikan maklumat kepada rakyat berhubung dengan isu yang berlaku agar keselamatan nyawa rakyat tidak diperjudikan serta tidak menyembunyikan sebarang fakta-fakta material yang ada.
5) Memastikan bahawa tidak akan berlaku kenaikan tarif bayaran bekalan air sebagaimana yang dipohon oleh SYABAS. Kenaikan tarif adalah sesuatu yang amat tidak wajar jika beginilah kualiti perkhidmatanh yang diberikan. Rakyat yang sudah begitu terbeban dengan kenaikan harga minyak sebanyak RM0.30 seliter tidak seharusnya terus menderita dengan kenaikan tarif air.
6) Akhirnya, YAB Dato Seri dan kerajaan negeri mesti meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Negeri Selangor di atas segala penderitaan dan kesusahan yang ditanggung rakyat selaku pengguna yang membayar di atas perkhidmatan yang diberikan. Sekiranya terdapat dari kalangan pengguna yang mengalami kesan-kesan sampingan dari segi kesihatan akibat dari bekalan air yang tercemar, maka kerajaan negeri perlu membayar ganti rugi kepada pengguna tersebut.
Semoga perkara-perkara yang dinyatakan di atas mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak YAB Dato Seri. Sekian, Wassalam.
"PEMUDA MENDEPANI CABARAN"
Yang menjalankan amanah,
Ustaz Ramli bin Sidom
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

0 Comments:
Post a Comment
<< Home