Monday, March 06, 2006

Jemputan ke Debat Umum: Isu Kartun Nabi Muhammad S.A.W.

Penyiaran karikatur Nabi Muhammad S.A.W tahun lalu oleh surat khabar Denmark, Jyllands-Posten bukan sahaja menimbulkan kemarahan kelompok Muslim, namun memberi kesan sosial, politik dan kebudayaan termasuk persoalan dialog Timur-Barat.

Selain bantahan dalam pelbagai bentuk, media juga dikecam dan sensitiviti umat Islam terhadap kartun yang disiarkan media menjadi begitu tinggi. Di negara kita, beberapa surat khabar ditutup, sama ada yang menyiarkan imbasan kembali karikatur berkenaan mahupun material lain yang dianggap ‘menghina Nabi’.

Open Dialogue Centre (ODC) dengan rasa bertanggungjawab cuba menghubungkan beberapa pihak yang mewakili beberapa pandangan, termasuk di kalangan pemimpin politik dan NGO.

Satu debat umum akan berlangsung dengan butiran berikut:

Pendebat:

1. Mohamad Hanipa Maidin
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS

2. Hasmi Hashim
Karyawan
Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT)

Moderator:
Fathi Aris Omar
Ketua Wartawan,
The Star

Tarikh:
7 Mac 2006 (Selasa)

Tempat:
Utara 1 Level 2,Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya.

Tentatif:
8:00 malam - 8:30 malam -Kehadiran dan Pendaftaran.
8:45 malam - 11:00 malam -Debat.
11:00 malam -Bersurai.

Selain nama pendebat daripada Pas dan KsJT, kami masih gigih untuk mendapatkan seorang lagi pendebat daripada mana-mana parti politik atau NGO lain kerana sudah beberapa kali usaha berkenaan menjadi begitu sulit sekali.

Perkembangan terbaru menunjukkan isu ini mulai reda, tetapi kita harus sedar bahawa ianya telah juga memberi kesan kepada perkembangan media massa umumnya di Malaysia. Oleh itu, ODC berharap dengan debat ini bakal menjernih dan memulihkan kembali semangat kebebasan media yang diikuti oleh rasa tanggungjawab.

Sekian dimaklumkan.

Yang Benar,
Al-Mustaqeem Mahmod Radhi
Pengarah Program.

2 Comments:

At 9:13 PM, Anonymous Anonymous said...

kalau dia org nak hina Islam ~ kita musti pertahan walau dengan apa cara sekalipun!!! Aku nak datang, nak bawak pasukan perang sekali...

 
At 4:10 PM, Anonymous Anonymous said...

tak perlu emosi kawan, dengar dulu, guna akal, baru buat pertimbangan. ikut kata Ali Gharisah, jadi pendakwah jangan jadi penghukum!

berlapang dadalah seperti Hanipa Maidin, pemimpin kita! - tenang-tenang saja

 

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com