Thursday, March 02, 2006

Pemuda.... Ayuh!!! Kita Demo Lagi

Image hosting by Photobucket

Jika tahun lepas DPPWP anjur Kempen Edar Risalah dan 'Suprise Demo', Kali ini DPPWP menyeru kepada semua pemuda PAS untuk turun padang bersama pimpinan tertinggi. Bersama kita serta demo anjuran PAS Pusat.

Ayuh!!! kita gegar kota metropolitan, kita berhimpun di kaki nadi Kuala Lumpur...kita semarakkan suara hati rakyat.

Minyak naik bukan sekali dua....jangan biar rakyat terus diperkuda.

Kita bertemu esok (3 Mac 2006). Seusai solat Jumaat, kita berkumpul di Masjid KLCC dan berarak ke Dataran Suria KLCC. Bawalah sanak saudara dan teman-teman...kita jinjing panji-panji protes....kumandangkan laungan Keramat.....Rakyat Menuntut Pembelaan....

Image hosting by Photobucket

Dari Rakyat Untuk Rakyat. Jangan Biar Tangki Minyak Kita terus Surut, Kantung kita kosong...tapi poket Pemimpin BN terus terisi penuh dengan segala projek penipuan mereka kepada rakyat.

Bangkit Pemuda....Ayuh!!! Pimpin Rakyat dalam Menyatu Suara Pembaharuan....

Tumbangkan BN, Revolusikan Negara, Pulihkan Hak Rakyat.........

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com