Thursday, March 02, 2006

Projek Dana Pembangunan Kolej Universiti Islam Darul Quran Islamiyyah (KUDQI)

MAKAN MALAM DAN DIALOG
“Terengganu Selepas 2 Tahun Pemerintahan BN: Perspektif PAS”

12 Mac 2006 (Ahad) # De Palma Hotel, Ampang # 8.00 malam

Ahli Panel: YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

YB Dato’ Haji Haron Taib
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat

YBhg. Dato’ Haji Mustafa Ali
Pesuruhjaya PAS Terengganu

Pengerusi: YBhg. Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
AJK PAS Pusat/ Setiausaha Politik Presiden PAS

Tiket (Derma): RM 700.00 (tajaan meja)
RM 70.00 seorang

Anjuran: KUDQI dengan kerjasama Badan Perhubungan Perantau
Anak Terengganu

Hubungi: Syamsa (012-646076)
Amir (017-3514690)
Nazri Chik (013-3630776)


PENGENALAN KOLEJ UNIVERSITI DARUL QURAN ISLAMIYYAH (KUDQI)

KUDQI adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta di negeri Terengganu. IPT ini menawarkan kursus pengajian di peringkat Sarjana Muda Syariah dan Usuluddin dengan kerjasama Universiti Al-Azhar, Mesir. Para pelajarnya akan mengikuti pengajian tahun pertama, kedua dan ketiga di KUDQI dan tahun akhir di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Semasa PAS memerintah Terengganu, KUDQI turut menerima bantuan zakat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) bagi menampung kos operasinya. Walau bagaimanapun, Kerajaan BN Terengganu telah menghentikan zakat asnaf fisabillillah tersebut dan operasi KUDQI mula bergantung kepada yuran pelajar dan bantuan-bantuan kewangan lain.

Makan Malam Dana Pembangunan KUDQI ini diadakan sebagai salah satu projek kewangan untuk menampung kos pendidikan dan pembangunan KUDQI yang makin meningkat. Selamat Menyumbang Untuk Pembangunan Pendidikan Islam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com