Populariti Abdullah paling rendah kini

Populariti Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi disifatkan sebagai paling rendah kini di kalangan rakyat negara ini samada mereka berada dalam parti yang memerintah atau berada di luar kerajaan.
"Ada tiga isu utama yang meletakkan Pak Lah di situ. Bermula dengan penyusunan semula Kabinet, kemudian isu New Straits Times dan terbaru kenaikan harga minyak yang tidak munasabah ketika negara diancam inflasi," kata seorang wartawan kanan akhbar harian.
Menurut beliau, bukan sahaja pembangkang tidak berpuashati dengan ketiga-tiga isu itu, para pemimpin Umno sendiri sangat tidak berpuashati dengannya.

Abdullah dilihat terlalu menjaga kepentingan peribadi apabila tidak mengambil sebarang tindakan terhadap NSTPenyusunan semula Kabinet
Serangan terhadap Abdullah secara terang-terangan bermula dengan penyusunan Kabinet baru-baru ini yang mengkitar semula tokoh-tokoh yang pernah diberhentikan dari Kabinet sebelum itu.
Perlantikan Tengku Adnan Mansor yang dikaitkan dengan cadangan pembukaan pusat perjudian di Bukit Tinggi, perlantikan semula Efendi Norwawi dan pengekalan S Samy Vellu di Kementerian Kerjaraya dan Rafidah Aziz di Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa menimbulkan kemarahan pelbagai pihak.
Abdullah dilihat terlalu menjaga kepentingan peribadi apabila tidak mengambil sebarang tindakan terhadap NST selepas akhbar itu meminta maaf kerana menyiarkan kartun yang dianggap menyindir pihak yang marah terhadap kartun yang menghina Nabi.
Padahal tindakan sangat keras diambil terhadap Sarawak Tribune dan Guang Ming Daily yang menyiarkan kartun yang menghina Nabi sehingga menutup dan menggantung permit kedua-dua akhbar itu.
Hubungan dengan NST
Tindakan terhadap NST dianggap begitu kerana semua pihak tahu Dato' Kalimullah Hassan, Timbalan Pengerusi NSTP yang juga Penasihat Editorialnya adalah orang kepercayaan Abdullah dan menantunya, Khairy Jamaludin.
NST pula mengambil keputusan meminta maaf selepas Kalimullah dilaporkan bertemu Abdullah sebelum NST menyiarkan permohonan maaf keesokan harinya.
Padahal sebelum itu, NST seolah-olah mencabar pihak yang tidak berpuashati dengan kartun yang disiarkan itu dengan menyiar sekali lagi kartun itu.

Sebaik sahaja PM menerima permohonan maaf itu dan menyifatkan isu NST telah selesai, Penasihat Editorial NST, Dato' Kalimullah telah menulis dalam Berita Harian dan NST.

Tidak diketahui siapa yang dimaksudkan Kalimullah. Orang pencen yang mengkritik NST adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, bekas Ketua Pengarang NST, Dato' A Kasir Jasin dan bekas Ketua Pengarang Utusan, Dato' Zainudin Maidin yang kini Menteri Penerangan.
Langkah Abdullah melepaskan NST begitu sahaja menimbulkan kemarahan pelbagai pihak terutama di kalangan pemimpin Umno sendiri.
Harga minyak
Dalam isu kenaikan harga minyak 30 sen seliter (kenaikan paling tinggi yang pernah dibuat kerajaan), pelbagai pihak juga tidak berpuashati.

"Kami sedih kerana kerajaan Barisan Nasional terpaksa mengambil strategi itu untuk mengawal imbangan polisi fiscal negara," kata Lim dalam kenyataannya yang disiarkan Malaysiakini.
Walaupun Abdullah juga Menteri Kewangan, timbalannya, Dato' Seri Najib telah hadir ke studio RTM di waktu perdana malam tadi untuk menjelaskan isu kenaikan harga minyak ini.
Siaran secara langsung itu turut dipancarkan menerusi TV3.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home