SELAMATKAN PENDUDUK LEMBAH KELANG DARI MINUM AIR BERACUN
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) mendesak supaya tindakan serta merta diambil untuk menyelamatkan kualiti air Lembah Kelang yang sampai ke aras bahaya. Walaupun dari segi perubatan setiap manusia perlu minum air dengan cukup supaya sistem dalam badan bergerak dengan baik. Tetapi air di Lembah Kelang kalau banyak dalam badan boleh menyebabkan penyakit.
Polemik antara SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor dan Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid berlarutan . Azmi berkata “kenapa mereka tidak merawat dan menghilangkan bau busuk ammonia itu”.
Syabas pula sebelum ini mempertahankan pendiriannya dengan berkata sumber air mentah berada di bawah bidang kuasa kerajaan Selangor. Ia mahu supaya punca dari mana ammonia itu datang disiasaat.
Pencemaran ini dikatakan berpunca daripada Pusat Pelupusan Sampah Domestik Bukit Tagar Rawang yang dikendalikan oleh syarikat konsesi KUB Berjaya Enviro. Datuk Seri Azmi Khalid ketika melawat Pusat Pelupusan Sampah Domestik Bukit Tagar juga berkata, “ammonia itu mengalir ke sungai Selangor setelah sistem injap di takungan air resap tercemar (leachate) pusat itu mengalami kerosakan selama 30 minit”
Menurut Utusan Malaysia 8 Mac 2006, pakar dan saintis yang terlibat sebagai panel kesan penilaian alam sekitar (EIA) keatas cadangan pembinaan Pusat Pelupusan sampah domestik Bukit Tagar itu pada 2004 pernah memberi amaran mengenai kemungkinan air resap tercemar atau leachate itu boleh mengalir ke sistem sungai. Namun ia tidak disetujui oleh perunding projek itu. Akhirnya keputusan yang turut dipersetujui oleh JAS pada masa itu ialah : sekiranya leachate itu memasuki ke sistem sungai, maka pusat itu patut ditutup sepenuhnya.
Sekarang sudah tercemar apa tindakan terhadap pusat pelupusan sampah tersebut. Datuk Seri Azmi kena berani membuat arahan untuk tutup pusat pelupusan dahulu. Beliau sendiri telah turun melihat memang ada pencemaran. Apa lagi yang ditunggu nyawa rakyat lebih penting daripada kepentingan beberapa kerat koperat yang memiliki syarikat tersebut.
Menurut kenyataan JAS kandungan ammonia pada paras 9.2mg/I yang berada dalam sisitem air minuman penduduk Lembah Kelang pada 25 Februari 2006 itu adalah melebihi piawaian Kementerian Kesihatan, piawaiannya hanyalah 1.5mg/I. Ini bermakna standard itu tidak sesuai sama sekali diminum oleh manusia mahupun binatang.
Sepatutnya kita kena mencontohi bagaimana piawaian Singgapura, standard yang diguna untuk kelas 5 (iaitu air yang tidak boleh diminum sama sekali di Malaysia) ialah 1.5mg/I kandungan ammonia. Sudah tentu air kelas 1 di Singapura lebih baik. Kalau di Malaysia standard air yang boleh diminum hanyalah 1.5mg/I kandungan ammonia. Tidak hairanlah kepada kita, pihak berkuasa air Singapura menutup loji rawatannya di Johor sebanyak 150 hari setahun kerana ia melepasi tahap 1.5 mg/I. Bagaimana pula di Malaysia rakyat sudah minum air yang sampai tahap beracun tidak ada apa-apa tindakan. Masih bertelagah antara JAS dan Syabas siapa yang salah. Kami sebagai pengguna terpaksa minum air yang tidak selamat.
Tuntutan DPP Pusat ialah pertama mendesak tutup segera pusat pulupusan sampah yang dikendalikan oleh syarikat konsesi KUB Berjaya Enviro. Kedua Semua pengguna air di Lembah Kelang dikecualikan bayaran air selagi permasalahan ini tidak selesai. Ketiga Dewan Pemuda tidak mahu pertelingkahan antara Syabas dan Jabatan Alam Sekitar berlarutan tanpa apa-apa tindakan. Apakah hendak menunggu ada rakyat di Lembah Kelang mati kerana minum air merbahaya baru hendak diambil tindakan. Keempat Pihak BPR diminta siasat bagaimana projek ini boleh diluluskan walaupun projek ini pernah diberi pandangan ia mendatangkan bahaya pada pencemaran.
USTAZ HAJI IDRIS BIN HAJI AHMAD
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda Pas Pusat.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home