Isu Minyak : Rakyat Akan Terus Berdemontrasi
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengesa agar seluruh rakyat Malaysia untuk hadir ke Perhimpunan Aman Bagi Membantah Kenaikan Harga Minyak Sebanyak 30 sen baru-baru ini.
Perhimpunan ini yang dianjurkan oleh Gabungan Protes Kenaikan Harga Minyak (Protes) akan diadakan pada 10 Mac 2006 (Selepas solat Jumaat) dibangunan PETRONAS (hadapan Suria KLCC).
Tunjukan ketidakpuashatian anda. Ini bukan isu bagi penyokong PAS dan pembangkang sahaja. Ini isu bagi semua rakyat. Kita harus bersatu tanpa mengira latar belakang politik dan bangsa.
Rakyat berhak untuk dapatkan yang terbaik dari Kerajaan. DPPWP sedar bahawa sebahagian rakyat yang menyokong BN sebelum ini kesal. Begitu juga dengan ramai kakitangan kerajaan yang mendapat elaun COLA. Semua rakyat rasa tertipu dengan kenaikan harga minyak ini.
Saban waktu Kerajaan BN umumkan bahawa negara mengalami proses pengembangan ekonomi yang positif. Namun segala tindakan Kerajaan BN adalah langkah yang berpaling ke belakang dan tidak popular. Langkah-langkah ekonomi yang dijalankan oleh Kerajaan BN tampak lemah dan rakyat pula yang harus memikul azab deritanya.
Sejak kenaikan harga minyak kita belum dengar lagi cadangan wakil Rakyat BN dan ahli kabinet untuk turunkan elaun dan gaji mereka bagi bersama-sama dengan rakyat merasai krisis yang genting ini.
Kerajaan BN tidak pernah berhasrat untuk melihat rakyat hidup selesa. Kadar Tol dinaikkan, Tambang Bas Sekolah dinaikkan, Harga Barang Runcit juga meningkat, Caj Elektrik dan air, semuanya akan dinaikkan.
Tapi gaji kakitangan kerajaan belum lagi dinaikkan. Kadar gaji minima yang seharusnya ditetapkan RM 1000 ke atas kepada semua warga pekerja diMalaysia, khususnya bagi pekerja yang bekerja dibandar-bandar belum lagi difikirkan.
DPPWP memahami kesulitan rakyat yang tidak hidup sesenang Menteri-Menteri Kabinet dan kroni BN yang setiap hari makan mewah-mewah direstoran 5 bintang. Mereka naik kereta besar guna duit cukai rakyat. Semua perbelanjaan boleh 'claim'. Inilah kelebihan yang ada pada Menteri-Menteri yang menggubal dasar-dasar yang mendera rakyat.
Mereka boleh bagi arahan sesuka hati naikkan harga barang ini dan itu kerana poket mereka tetap terisi dengan duit rakyat, malah lebih banyak dari apa yang rakyat dapat. Kita tidak suruh mereka jadi seperti Umar Al-Khattab atau Umar Abd Aziz, tapi cukuplah jika mereka memikirkan keperluan rakyat dalam konteks yang lebih adil.
Jika pemimpin menyeru agar rakyat berjimat, mereka juga perlu berjimat dan menjimatkan duit negara dengan cara mengurangkan gaji dan elaun mereka. Jika mereka yakin rakyat boleh hidup dengan pendapatan keluarga purata RM 5000 sebulan dalam suasana kegawatan harga minyak ini, maka tiada salahnya jika mereka turut merasai perkara yang sama.
Apa yang mereka nak risau. Rakyat minta mereka turunkan gaji dan elaun sahaja. segala perjalanan dan kos bagi urusan rasmi masih boleh 'claim' ikut prosedur seperti kakitangan awam lain. Kereta kerajaan dan rumah telah tersedia, mereka tidak perlu nak bayar 'installment' atau bayar sewa tiap bulan seperti rakyat yang lain.
Cukuplah turunkan gaji dan elaun. Rakyat mahu mereka rasa apa yang rakyat rasa. Jika Kerajaan BN masih angkuh dan berdegil, rakyat tiada pilihan. Rakyat akan terus berdemo dan berkempen menuntut keadilan. Reformasi dan Revolusi rakyat akan memberikan jawapan kepada Kerajaan BN.
Oleh itu, Ayuh! kita bersatu untuk membantah kenaikkan harga minyak ini. Jika kita berpeluk tubuh sahaja, DPPWP yakin bahawa Kerajaan BN akan memandang rakyat Malaysia seperti kerbau yang dicucuk hidung. Pada awal tahun hadapan, DPPWP yakin bahawa kerajaan BN akan menaikkan lagi harga minyak. Bukan setakat 30 sen, mungkin 40 sen atau lebih. Persoalannya, sampai bila kita mahu kerajaan BN terus mempermainkan rakyat.
Bukan kita tidak faham kesusahan Kerajaan, kita sedar bahawa negara juga perlu dana. Tapi biarlah ianya bersifat lebih adil. Kerajaan harus menyusun langkah-langkah pemulihan ekonomi tanpa mengorbankan hak dan kepentingan rakyat.
Dari Rakyat Untuk Rakyat....

Ayuh! Pertahankan Hak Rakyat....
Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
0 Comments:
Post a Comment
<< Home