Tuesday, March 27, 2007

Rundingan sedang berjalan tetapi DBKL sudah roboh rumah

Oleh Anis Nazri

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Hrkh) - Seperti kisah-kisah setinggan lain, penduduk Kampung Kasipillay, Jalan Ipoh turut menerima nasib yang sama apabila rumah mereka dirobohkan, sebelum rundingan selesai dan pampasan sewajarnya diberikan.

Tidak cukup dengan itu, seorang anak kepada salah seorang penduduk kampung itu yang cuba mempertahankan rumah mereka dirobohkan, ditahan polis atas dakwaan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

21 Mac lalu, sebanyak tiga dari enam buah rumah di kampung terbabit telah dirobohkan pihak DBKL. Malangnya, ketika kerja perobohan itu dilakukan, rundingan mengenai beberapa tuntutan penduduk masih belum selesai.

Salah seorang penduduk, Arumugan a/l SS Madhavan, berkata walaupun beliau dan dua keluarga lain mendapat rumah sewa di Taman Wahyu 2, kunci rumah untuk membolehkannya memasuki rumah berkenaan tidak diperolehi.

"Bagaimana kami mahu berpindah, sedangkan kunci rumah tidak diberikan. Nanti kami pula dikatakan penceroboh. Lagipun, masih ada beberapa tuntutan kami yang masih dalam perbincangan serta tiga penduduk lain yang tidak mendapat rumah gantian," tegas beliau ketika sidang media bersama Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua, di kampung tersebut, petang tadi.

Tian Chua yang mewakili penduduk dalam rundingan dengan pemaju, Suhati Sdn Bhd, turut meminta DBKL agar menghormati rundingan yang sedang dilakukan sebelum merobohkan rumah-rumah di kampung berkenaan.

"Penduduk bukan tidak mahu berpindah. Mereka bukan menghalang pembangunan, cuma meminta hak mereka dipertimbangkan dengan sewajarnya," tegas beliau kepada media.

Harakahdaily difahamkan, tanah tersebut telah diterokai hampir 50 tahun, dan kini akan dimajukan dengan mendirikan kondominium.

Dalam pada itu, Tian turut menyelar sikap polis yang menahan anak Arumugam, Aruvindra Kumar, 20 tahun, pada hari perobohan tersebut.

Aruvindra, yang ketika itu berada di rumah ketika pegawai DBKL mahu merobohkan rumahnya, bertindak menghalang pegawai terbabit dengan menunjukkan surat sokongan rayuan untuk menangguhkan kerja perobohan tersebut daripada Pejabat Ahli Parlimen Kawasan Batu.

Bagaimanapun, tindakan remaja tersebut dilihat cuba menghalang keja-kerja penjawat awam sehingga ditahan polis dan kini berada di Penjara Kajang.

"Tindakan itu dilihat sebagai melampau. Beliau direman selama tiga hari, bagaimanapun sebelum tiga hari, beliau dibawa ke mahkamah untuk dakwaan tersebut, dan kini ditahan di Penjara Kajang. Ini satu tindakan tidak adil," kecam Tian lagi.

Kini, Arumugam menetap di sebuah pondok bersama isteri dan anak-anaknya seramai lima orang, serta keluarga abang dan kakaknya. Sementara itu, tiga lagi penduduk masih menetap di rumah mereka yang belum dirobohkan. - mr

Belakang Mati' Chow Kit berubah adanya Pejabat Agung PAS?

Oleh Adnan Ibrahim

Pesekitaran Chow Kit, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut terdapat kawasan yang dipanggil 'Belakang Mati'. Kawasan itu mungkin boleh bertukar wajah di hujung minggu jika ada usaha menjadikan persekitaran itu seperti di tengah bandar Kota Bharu pada hari Jumaat.

Hujung minggu Kota Bharu jatuh pada hari Jumaat, berlainan hujung minggu di Belakang Mati pada hari Ahad. Namun hujung minggu di Kota Bharu meriah apabila orang ramai berkumpul di Jalan Dato' Pati, Hulu Pasar, Hilir Pasar, Padang Garung, Jalan Maju dan beberapa jalan lain.

Mereka seolah sudah faham, duduk bersila di atas jalan raya pada hari itu tidak menjadi kesalahan. Kepala mereka menghadap Dewan Zulkefli, Pejabat Perhubungan PAS Kelantan.

Setiap yang hadir di persekitaran laluan pejabat itu cukup khusyuk mendengar suara daripada bangunan tersebut.

Boleh dikatakan setiap pagi Jumaat mereka berkumpul di Dataran Ilmu bermula dengan aktiviti perniagaan. Kemudian perniagaan terhenti apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mula berceramah jam sembilan pagi.

Lebih kurang sejam setengah selepas itu suasana sunyi mula bising. Aktiviti perniagaan kembali rancak sehingga orang ramai beransur pulang untuk solat Jumaat.

Bagi hujung minggu Belakang Mati, Chow Kit pun ramai orang antaranya rancak menjalankan perniagaan. Dari memborong barangan hingga tawar menawar perkhidmatan seks murahan.

Tak cukup berlainan jenis, sejenis pun boleh jalan. Lorong Haji Taib sudah menjadi terkenal dan `glamour' sebagai tempat maksiat seantaro dunia.

Mereka yang berdiri di celah bangunan Belakang Mati ini tak sama dengan insan yang berdiri di celah bangunan Kota Bharu mendengar kuliah Tuan Guru. Kalau di sini pasang mata di Kota Bharu pasang telinga. Persamaan persekitaran mungkin hampir tetapi perbuatan cukup berbeza.

Perubahan Chow Kit

Kita harap dengan wujudnya Pejabat Agung PAS di tengah bandar Kuala Lumpur, persekitaran Chow Kit dan Belakang Mati boleh berubah.

Mungkin setiap hujung minggu Ahad akan berubah menjadi bandar Kota Bharu pada hari Jumaat.

Saya difahamkan terdapat surau yang cukup luas di Pejabat Agung PAS. Semestinya, amat selesa jika diberi ruang kepada Mursyidul Am PAS menyampaikan kuliah pada hari Ahad setiap minggu pertama.

Mungkin jadual boleh diatur iaitu minggu kedua boleh dicadangkan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan minggu ketiga Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din.

Ahad minggu keempat boleh diamanahkan kepada Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atau sebarang Pesuruhjaya PAS negeri agar masyarakat sekeliling tahu beapa istimewanya PAS kerana mampu berada di setiap lingkungan negeri di Malaysia ini.

Untuk minggu kelima, boleh dicadangkan penceramah bebas terutama daripada keturunan Cina dan India hatta dari orang asli sekalipun supaya PAS nampak lebih majmuk. Misalnya; tokoh seperti Ann Wan Seng perlu diberi peluang berdakwah untuk kaum mereka.

Jika langkah seperti ini diambil, insya-Allah mungkin perubahan Belakang Mati boleh berlaku. Walaupun maksiat sukar dibendung tanpa adanya kuasa, tetapi kita perlu bertawakal kepada Allah SWT supaya memberi minat dan hidayat kepada mereka untuk bersama menyertai kuliah tersebut.

Sebagai pemimpin dan ahli PAS pula, perlu menjemput dan meraikan kehadiran mereka. Jangan kita menghalau mereka kerana kita adalah pendatang di tempat mereka yang lama bertapak di situ.

Kita tidak perlu berkerjasama dengan polis untuk membersih kawasan maksiat tersebut kerana jika mereka dihalau mungkin maksiat tumbuh di tempat lain.

Kita yang patut membimbing dan memberi otivasi keapda mereka. Terus mendekati dan prihatin dengan mereka supaya kita dapat membantu menyelesaikan masalah yang menyebabkan mereka terjerumus ke lembah maksiat.

Nilai solat yang terpaksa dilakukan di tempat bising lebih tinggi darjatnya daripada solat di tempat aman tenteram. Ini kerana solat dalam keadaan tersebut penuh dengan ujian tetapi masih boleh dilakukan. Begitu juga kerja dakwah ditempat yang penuh cabaran lebih tinggi darjatnya berbanding berdakwah di masjid.

Kesedaran tersebut menyebabkan bekas pemimpin Ikhwan Mesir, A-Syahid Iman Hassan Al-Banna sanggup berdakwah di disko dan kelab malam.

Begitu juga kecekalan semangat atlit Ruqaya Al-Ghasara, dan hebatnya dakwah beliau sanggup bertudung dalam sukan Asia di Doha. Beliau dengan menutup aurat tidak gentar untuk bertempur dengan wakil dari negara lain. Ruqaya tidak malu berdakwah dalam bidang sukan.

Malah beliau dapat mengalahkan atlit daripada negara lain dalam acara larian 200 meter di Sukan Asia. Kejayaan ini telah diteladani oleh Nisa' yang baru sahaja menyelesaikan Nisa' Games di Kota Bharu. Tetapi Nisa' boleh menutup aurat kerana mereka berada dalam kelompok sendiri yang kurang cabarannya.

Budaya ilmu

Gambaran budaya ilmu di tengah Kota Bharu yang menjadi kelainan tidak ada di negeri lain. Walaupun PAS pernah menang di Terengganu, namun kuliah agama tidak berlaku ditengah bandar Kuala Terengganu.

Walaupun saya orang Terengganu tetapi kejayaan Kota Bharu cukup dihormati dan sukar ditandingi oleh PAS Terengganu dan PAS di negeri lain.

PAS Kedah pun masih tidak mampu melakukan sebagaimana PAS Kelantan, walaupun bangunan Perhubungan PAS Kedah ditengah bandar Alor Setar. Bertambah pelik di Kedah, pejabat Perhubungannya diuar-uarkan akan berpindah di Kompleks PAS.

Betapa besarnya pengaruh kuliah di Kota Bharu sehingga memberi gambaran bahawa penganti Menteri Besar Kelantan itu mestilah mereka yang mewarisi kuliah ilmu di dewan tersebut.

Ini hakikat sebenar minda orang ramai yang lahir daripada budaya ilmu di tengah bandar Kota Bharu. Bagaimanapun sejak akhir ini ramai yang berpeluang menyampaikan kuliah di dewan tersebut dan menjadi kesukaran kepada mereka untuk menilai siapa penganti Tuan Guru atau Menteri Besar, suatu masa nanti.

Sekiranya Tuan Guru keuzuran tempat beliau diganti oleh Ustaz Mohd Amar Abdullah, Ustaz Nasaruddin Daud, Husam Musa dan Mohamad Mustafa serta lain-lain.

Sudah pasti antara mereka ada seorang tokoh yang mengikuti jejak keistimewaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. - mks.

Thursday, March 22, 2007

Penduduk Kampung Semarak rela, walau keadilan tidak memihak mereka

Oleh Salmiyah Harun

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Hrkh) - 'Sudah jatuh ditimpa tangga', demikian nasib malang yang menimpa para penduduk Kampung Semarak hari ini, apabila diarahkan untuk mengosongkan rumah serta merta, walaupun mendapat notis seminggu sebelum ini.

Sungguhpun pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan tempoh selama seminggu kepada 109 penduduk di situ sebagaimana yang dijanjikan oleh Timbalan Pengarah Penguatkuasa Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan, Mohd Saufi Muhammad sebelum ini, namun kenyataan tegas Ketua Pengarah DBKL selepas itu jelas sebaliknya.

"Kita akan kosongkan rumah hari ini juga," demikian tegas Ketua Pengarah DBKL, Dato' Salleh Yusuf ketika ditemui di Kampung Semarak pagi tadi apabila ditanya pihak media bagi mendapatkan kepastian tentang proses mengosongkan rumah oleh penduduk berkenaan.

Memandangkan apa yang difahamkan oleh Timbalan Pengarah Peguatkuasa Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan, Mohd Saufi Muhammad semasa berbincang dengan penduduk sebelum itu memaklumkan perpindahan penduduk dilakukan secara berperingkat mulai hari ini.

Tempoh perpindahan yang diberikan oleh pihak DBKL kepada 109 penduduk selama seminggu bermula hari ini.

Bagaimanapun apa yang dibimbangi penduduk setelah mereka diberi kunci rumah PPR, pihak DBKL akan bertindak meroboh rumah mereka keesokannya walaupun pada awalnya diberi tempoh seminggu untuk mengosongkan rumah berdasarkan pada kenyataan Ketua Pengarah DBKL itu.

Sebelum ini, hasil daripada perbincangan pagi tadi selama 30 minit, penduduk di ketiga-tiga kampung Semarak, Padang Tembak dan Loke Yew dengan rela hati untuk berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang disediakan oleh DBKL.

Mereka akur dengan perintah Mahkamah Persekutuan untuk segera mengosongkan rumah mereka biarpun tuntutan untuk memiliki rumah sendiri tidak dipedulikan oleh pihak berkuasa.

Ketua Masyarakat kampung berkenaan, Azman Abdul Majid, 62, yang turut serta dalam perbincangan dengan pihak DBKL mengarahkan penduduk supaya bersikap profesional berhadapan dengan tindakan dan tekanan daripada pihak berkuasa walaupun keadilan tidak memihak kepada penduduk.

Di hadapan lebih seratus penduduk yang berkumpul di bilik gerakan, beliau meminta penduduknya jangan bersikap kurang ajar terhadap pihak berkuasa biarpun kekalahan memihak kepada mereka.

"Saya tidak mahu penduduk bersikap kurang ajar, ini bukan sikap kita, kita dah mohon, walaupun kita kalah tetapi pada hakikatnya kita tetap menang dari segi perpaduan dan kekuatan kita," kata Azman.

Beliau hendak mengikis persepsi masyarakat yang selalu mengatakan penduduk setinggan kurang ajar sebab itulah beliau merayu penduduk Kampung Semarak bersikap waras, adil dan bersih.

"Walaupun kita dalam keadaan sedih dan pilu dan marah tetapi kita tetapkan di hati kita tanamkan, Allah yang akan membalas apa yang mereka buat terhadap kita," katanya memberi semangat kepada penduduknya.

Beliau juga meminta kerjasama daripada DBKL untuk menyediakan dua blok flat PPR bagi menempatkan penduduk ketiga-tiga kampung berkenaan.

"Saya bertanggungjawab apabila blok tersebut siap, kemudian kita akan pindah, kami nakkan satu blok sebab keselamatan dan kebajikan kita bersama akan terjaga," katanya diikuti tepukan gemuruh daripada penduduk.

Semasa ditanya tuntutan mereka untuk memiliki rumah sendiri, wakil penduduk Sabariah Hashim, 38, menegaskan mereka akan terus berjuang menuntut untuk memiliki rumah sendiri setelah masalah ini selesai.

Sebanyak 52 lori dan 500 penguatkuasa DBKL dan hampir seratus polis berkampung di kampung terbabit untuk membantu melancarkan proses pemindahan penduduk. - mks.

Isu-Isu KL: Sempena kunjungan PJ PAS ke pejabat Datuk Bandar

Sebagai penghuni ibu kota, kami ahli-ahli PAS Wilayah Persekutuan (WP) ingin melihat bandaraya kita menjadi sebuah bandaraya contoh yang menjaga kebajikan warganya. Lantaran itu, kami utarakan beberapa isu utama untuk perhatian Yang Berbahagia Datuk Bandar.

1. Skim sewa beli

Isu perumahan adalah suatu permasalahan yang sudah lama diperkatakan, terutama sekali soal pemilikan. Sudah sampai masanya skim sewa beli dilaksanakan kepada penyewa-penyewa perumahan DBKL. Setelah janji untuk berbuat demikian dibuat oleh pemimpin silih berganti, DBKL hendaklah memberhentikan polisi sewa yang diamalkan sekarang.

2. Remaja cicir

Masalah sosial terutama sekali dikalangan remaja perlu diambil perhatian di samping keciciran dalam pelajaran. Sudah sampai masanya DBKL memainkan peranan yang aktif dengan memperbanyakkan kemudahan untuk para remaja menggunakan masa dengan perkara yang berfaedah. Siri ceramah dan penerangan perlu diperbanyakkan. Dalam hal ini, surau-surau yang ada di kawasan perumahan perlu diaktifkan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Persatuan Penduduk. Dicadangkan DBKL menubuhkan satu Jabatan atau Unit Khas bagi menyelaraskan perkara ini.

3. Peneroka bandar

DBKL harus mengakui peranan para peneroka Bandar yang sudah sekian lama menetap di ibu kota. Sekiranya mereka perlu dipindahkan, layanilah mereka dengan sewajarnya. Berilah peluang kepada mereka secukupnya bagi memulakan kehidupan baru. Lebih penting mereka mesti ditempatkan dipenempatan yang terhampir jika ada.

4. Banjir kilat

Banjir kilat adalah suatu fenomena biasa di ibu kota. DBKL harus melihat perkara ini sebagai suatu keutamaan kerana pembangunan yang dijalankan seolah-olah tidak dibuat secara bersepadu menyebabkan sistem perparitan di ibu kota tidak lancar. Kita menghargai usaha mengadakan terowong tebatan banjir dan mengharapkan ianya tidak hanya menyelesaikan sebahagian sahaja daripada masalah banjir kilat ini. Kebimbangan kita ialah sekiranya hujan turun dengan lebat di Lembah Klang melebihi purata biasa, apakah tebatan itu mampu menampung.

5. Lalu lintas

Kesesakan lalu lintas semakin menjadi-jadi. Pengangkutan Awam di ibu kota jauh dari sempurna. Selain daripada jumlah kenderaan yang bertambah, DBKL hendaklah memikirkan semula jalan keluar masuk dibeberapa kawasan yang memungkinkan berlakunya kesesakan. Mengenakan caj kepada pemandu perseorangan memasuki pusat bandar bukanlah cadangan yang terbaik. Banyaknya lampu isyarat turut mengakibatkan kesesakan. Satu kajian perlu dibuat bagi meminimakan lampu isyarat dan memperbanyakkan laluan pintas bagi melancarkan pergerakan lalu lintas.

6. Peniaga kecil

Peniaga kecil adalah sebahagian daripada nadi ibu kota. Peluang perniagaan hendaklah diberi seluasnya tanpa karenah birokrasi. Penempatan berpusat perniagaan kecil amatlah digalakkan tetapi DBKL mestilah memastikan tempat tersebut tidak 'mati'. Promosi dari semasa ke semasa hendaklah dibuat serta menempatkan beberapa jabatan kerajaan yang melibatkan orang ramai seperti Pejabat Pos, kedai bayaran setempat dan seumpamanya. Kemudahan tempat letak kereta yang secukupnya perlu disediakan.

7. Bazar Ramadan

Pengujudan bazaar di waktu perayaan seperti bazaar Ramadhan boleh membantu peniaga kecil. Adalah diharapkan pengeluaran lesen perniagaan sementara ini dikawal selia dengan baik oleh DBKL dan jangan diserahkan kepada pihak kedua. Payung atau khemah hendaklah diseragamkan dan sediakan kemudahan untuk mengerjakan sembahyang di semua lokasi bazaar Ramadhan.

8. Dewan serbaguna

Penyediaan Pusat Komuniti, Dewan Serbaguna dan Padang Permainan adalah bagi kegunaan orang ramai. Anehnya kemudahan-kemudahan ini tidak dapat dimanfaatkan oleh semua orang sebaliknya semacam dimonopoli oleh segolongan tertentu. Sudah sampai masanya DBKL bertindak secara profesional dengan mengizinkan semua pihak mengambil bahagian yang aktif bagi menggunakan kemudahan tersebut tanpa berdolak dalih.

9. Kelab malam

Banyaknya Kelab Malam dan Pub mengundang lebih banyak keburukan daripada kebaikannya. Ditambah pula dengan jangka waktu beroperasi. DBKL diharap tidak mengeluarkan lesen-lesen yang baru di samping mengurangkan dan menutup premis-premis yang melanggar syarat. Operasi ini harus dibuat secara berterusan dan jujur. Sambutan-sambutan perayaan seperti Tahun Baru tidak sewajarnya diberi lesen dan permit oleh DBKL kerana ia lebih menjerumuskan lagi remaja kita kepada pergaulan bebas.

10. Kampung Baru

Pembangunan Kg. Baru belum lagi nampak arahnya. Kebimbangan kita ialah konsep pembangunannya akan meminggirkan orang Melayu dan memungkinkan mereka terpaksa meninggalkan Kg.Baru. Seharusnya DBKL memikirkan untuk menjadikan Kg.Baru sebagai satu produk pelancongan yang unik dengan menjadikan Masjid Jame' Kg.Baru sebagai 'catalyst'. Kawasan masjid memerlukan pembinaan semula dengan mengambil senibina Melayu Tradisional sebagai tonggaknya disamping menyediakan ruang bagi replika masjid-masjid di seluruh negara.

11. Martabat tulisan Jawi

DBKL sewajarnya memainkan peranan untuk memartabatkan tulisan jawi di ibu kota. Kenakan syarat kepada premis perniagaan dan rumah kedai serta pejabat kerajaan dan swasta untuk menggunakan di papan tanda mereka. Syiar Islam juga perlu ditonjolkan selaras dengan Malaysia yang majoriti penduduknya Islam.

12. Mesra wanita

DBKL harus lebih mesra wanita. Bagi memberikan keselamatan dan keselesaan bagi wanita di setiap kawasan parlimen. Pengurusan pusat ini hendaklah diuruskan secara profesional oleh pegawai wanita. Ada baiknya jika disediakan perkhidmatan bas khusus untuk wanita. Ianya boleh disediakan secara berperingkat-peringkat dengan dimulai di kawasan-kawasan terpilih.

13. OKU

OKU juga mesti mendapat perhatian yang serius. DBKL mesti mengutamakan kemudahan-kemudahan bagi golongan ini dalam semua prasarana-prasarana yang disediakan. Mereka hendaklah ditempatkan di tingkat bawah sekiranya berlaku pemindahan ke rumah pangsa milik DBKL.

14. Keselamatan

Ibu kota sudah menjadi tempat yang tidak selamat untuk dihuni. Peningkatan jenayah begitu mendadak seperti ragut, samun, gangguan seksual hatta membunuh. DBKL harus menerangi kawasan-kawasan yang gelap dan mengadakan lebih banyak 'booth' keselamatan. Ini boleh dilakukan dengan pihak Polis Diraja Malaysia. Kempen-kempen kesedaran perlu dibanyakkan bagi menimbulkan kesedaran kepada masyarakat sebagai langkah mengatasi masalah tersebut.

15. KuilL

Keharmonian antara budaya dan agama adalah teras kepada perpaduan kaum. Namun kewujudan rumah-rumah ibadat dan kuil yang tidak terancang akan mewujudkan suasana yang tidak sihat. DBKL hendaklah memantau perkara ini supaya ianya tidak dibina sesuka hati.

16. Sampah

Persekitaran yang sihat akan membentuk kehidupan yang selesa. Tetapi kutipan sampah dibeberapa kawasan perumahan tidak dibuat mengikut jadual menyebabkan penyakit kepada penghuni setempat. DBKL perlu mengambil langkah-langkah yang sesuai supaya kes-kes sebegini ditangani segera.

17. Kedai judi

Banyaknya premis perjudian terutama di kawasan majoriti Melayu/Islam adalah sesuatu yang tidak menguntungkan. Adalah diharapkan DBKL tidak lagi mengeluarkan permit-permit baru atau tidak menyambung tempohnya supaya masyarakat menjadi lebih tertumpu kepada kehidupan yang sempurna.

18. Kerjasama PAS & DBKL

Sebagai sebuah parti politik yang sah, PAS WP ingin turut sama melibatkan diri bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku di ibu kota. Justeru itu, PAS WP mengharapkan hubungan yang lebih rapat dapat dijalin dengan DBKL dengan mengadakan kerjasama dalam kerja-kerja kemasyarakatan seperti gotong-royong kebersihan, kempen kesedaran gejala sosial dan sivik, sukaneka dan lain-lain.

Akhirnya PAS WP mengharapkan DBKL akan terus berperanan aktif di bawah kepimpinan Yang Berbahagia Datuk Abdul Hakim Bin Borhan selaku Datuk Bandar untuk mewujudkan Kuala Lumpur sebagai bandaraya sejahtera dan selamat untuk dihuni.

Hj.Mohamad Noor Mohamad
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan

Wednesday, March 21, 2007

Gerakan Sistematik Hapuskan Islam…

Oleh TARMIZI MOHD JAM

KES LINA JOY amat mengesankan. Beliau tidak memohon murtad tetapi mahu nama agamanya (Islam) dalam kad pengenalan dibatalkan. Secara tidak langsung tindakannya itu mencabar ajaran Islam tentang murtad.

Begitu juga dengan kontroversi ajaran sesat Ayah Pin di Besut. Ajaran krakpotnya didalangi pihak tertentu yang jelas tidak boleh menerimanya tetapi semata-mata untuk mencabar Islam. Memorandum Majlis Bukan Islam yang ditujukan kepada Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001 dulu, jelas memperincikan tuntutan dan desakan yang berbau anti Islam. Mereka mahu orang Islam diberi hak murtad tanpa permohonan ke Mahkamah Syariah.

Di era kekuasaan Pak Lah yang lemah, kumpulan ini mendesak agar ditubuhkan satu badan berkanun IFC atau Inter-Faith Commission. Ia khas untuk menukar ajaran apa sahaja agama yang dirasa menyekat hak asasi manusia terma-suk ajaran Islam berkenaan murtad. Badan ini boleh memutuskan permohonan seseorang Islam yang hendak murtad.

Menurut draf rang undang-undang IFC yang dikemukakan pelopornya yakni Majlis Bukan Islam dalam Majlis Peguam; IFC akan berkuasa melaksanakan beberapa norma undang-undang antarabangsa. Ini bererti aduan tidak akan diputuskan mengikut acuan agama seseorang atau undang-undang sivil Malaysia yang sedia ada. Antara norma-norma antarabangsa itu adalah Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948.

Kes Lina Joy merupakan asakan strategi musuh terhadap Islam. Era 70an dan selepas itu, mereka mencari orang yang bakal murtad dalam kumpulan masyarakat yang dhaif seperti anak luar nikah (zina) antara Islam dan bukan Islam.

Di Pulau Pinang, terdapat sebuah firma guaman yang aktif mengiklankan peristiharan murtad dalam akhbar The Star. Mereka mengikut satu ataur cara undang-undang yang dipanggil deed poll. Pengistiharan seperti itu adalah cara yang digunakan di England oleh seorang yang hendak mengisytiharkan penukaran namanya. Tetapi, perisytiharan begini tiada kuasa disisi undang-undang di Malaysia. Maka, dari sinilah muncul idea penukaran nama melalui kad pengenalan.

Lina Joy cuba mengambil manfaat dari kelemahan Akta Pendaftaran Negara. Beberapa kes murtad pernah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran seperti kes Kartini. Apabila JPN sedar kesilapan itu, maka syarat dibuat mana-mana orang Islam yang mahu tukar nama dari nama Islam kepada orang bukan Islam, pemohon hendaklah mendapat kebenaran Mahkamah Syariah.

Syarat inilah yang sedang dicabar oleh Lina Joy. Dalam mendengar hujah di Mahkamah Persekutuan, Hakim Besar Negara, Tun Ahmad Fairuz memberi peluang kepada Majlis Perunding Bukan Islam (pelopor IFC) berhujah bahawa orang Islam berhak untuk murtad.

Peluang dan peranan yang diberikan kepada mereka, mungkin baik bagi mendengar semua pihak yang berminat walaupun sama sekali tidak ada kepentingan dari segi hak mereka mempraktikkan agama mereka seperti yang disyorkan oleh Artikel 11 Perlembagaan.

Namun begitu, tindakan Mahkamah Rayuan Persekutuan boleh dianggap oleh kumpulan ini sebagai mengiktiraf hak mereka dalam kes murtad orang Islam dengan memberi ruang selesa untuk mereka campur tangan dalam urusan Islam. Ini benar-benar amat mengecewakan!

Kes Lina Joy adalah kali pertama membabitkan isu Artikel 11 (1) dibawa ke Mahkamah Persekutuan untuk ditafsirkan. Islam yang menjadi identiti bangsa, kini sedang dirobek-robek. Selama ini ia tetap utuh sekalipun pernah dijajah lebih 500 tahun oleh kuasa besar Kristian di rantau ini. Definisi Melayu dalam Perlembagaan juga turut terancam dengan bahang panas dari kes Lina Joy ini.

Dibawah Akta Pendaftaran, mengkehendaki agama seseorang disebut sebagai satu-satunya ciri pengenalan pemiliknya. Ini menyulitkan Lina Joy memadamkan agama Islam pada kad pengenalannya. Sebab itu, Lina Joy mencabar kuasa JPN. Jabatan itu diberi kuasa mensyaratkan seorang yang hendak tukar nama Islam asalnya disebabkan murtad hendaklah mendapatkan kebenaran dari Mahkamah Syariah terlebih dahulu.

Kes-kes lain seperti kes Moorthy dan Nyonya Tahir, kumpulan Artikel 11 yang seiya dengan IFC mendakwa hak orang bukan Islam di negara ini tidak dilindungi. Ia dipelopori oleh 14 NGO antaranya Suaram, Awam, Hakam, Sisters in Islam dan WAO. Kumpulan inilah juga yang menolak penggunaan undang-undang dalam menjaga moral individu. Dan mereka jugalah yang mencadangkan penubuhan IFC!

Mereka mempersoalkan mengapa hak murtad diletakkan dibawah undang-undang Syariah? Fenomena ini ditambah dengan kedangkalan pemimpin Islam Umno dalam kerajaan yang turut memberikan kekuatan kepada kumpulan ini untuk terus menggapai impiannya.

Kebebalan Nazri Aziz, Menteri Di JPM dalam isu ini amat membimbangkan. Beliau bukan sahaja gagal membela Islam malah turut menyokong kumpulan yang mahu merobek maruah Islam di negara ini.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang kufur dengan Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang, tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur, maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.” - (An-Nahl:106)

Tuesday, March 20, 2007

Apakah jadahnya, pesta arak 'Carlsberg' warnai perlawanan bola sepak?

Oleh Zain Hashim

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Hrkh) - Apakah jadahnya dengan masyarakat Islam masa kini, sehinggakah hanya mampu memekakkan telinga dan membutakan mata sahaja dengan membiarkan pesta arak berleluasa tanpa sebarang tindakan?

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Laporan akhbar New Straits Times pada 9 Mac lalu dalam halaman E12 EPL bertajuk, "Heartbreak Of A Night For Liverpool" menyiarkan beberapa gambar yang menunjukkan kegilaan dan keaiban warga kota beragama Islam yang menjadi penyokong kelab bolasepak Inggeris terkenal, Liverpool dan Manchester United.

Apa yang mendukacitakan ialah tiadanya perasaan sensitif di kalangan umat Islam yang menjadi penyokong dan peminat kelab-kelab gergasi Inggeris ini sehinggakan mengenepikan nilai dan akhlak murni sebagai seorang Islam.

Dengan logo-logo jenama Carlsberg yang menaja pasukan Liverpool, pengunjung sebuah kelab di Kuala Lumpur ini seolah-olah sudah melupai betapa mereka kini berada di sebuah negara Islam seperti yang kerap dilaungkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam majlis yang mengumpulkan dua kumpulan penyokong kelab bola sepak Inggeris iaitu Liverpool dan Manchester United ini, semua pengunjung seolah diraikan atau meraikan 'perayaan Carlsberg', padahal ianya tidak lebih sebagai 'venue' untuk menonton secara langsung pertemuan antara kedua-dua kelab berkenaan di Anfield.

Paling dikesali adalah, wujudnya Pengurus Jenama Carlsberg yang dipercayai beragama Islam (berdasarkan 'caption' gambar di akhbar) yang turut sama kelihatan meraikan majlis yang dipenuhi dengan santapan arak ini.

Dan tidak cukup dengan itu, akhbar yang dinaungi oleh seorang tokoh akhbar serta korporat yang beragama Islam ini turut membesar-besarkan majlis berkenaan, seolah-olah meredai setiap langkah yang dilakukan oleh para pengunjung serta penganjurnya.

Inikah agaknya antara ciri-ciri Islam Hadhari yang diinginkan oleh pemimpin Islam kita? Bagaimanakah pula dengan para Menteri kabinet, apakah lontaran jawapan mereka dengan budaya yang sebegini?

Kepada Datuk Bandar yang baru, Dato' Abdul Hakim Borhan apakah langkah anda selepas ini, atau hanya mendiamkan diri sahaja sebagaimana Datuk-datuk Bandar sebelum ini? - mks.

Kes ISA 7: Pemuda PAS desak kerajaan pinda Auku yang zalim

Oleh Intan Abdullah

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Hrkh) - Kementerian Pengajian Tinggi sepatutnya meminda Seksyen 15D Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, yang memperuntukkan mana-mana mahasiswa yang ditangkap secara automatik akan digantung pengajian mereka sehingga perbicaraan terhadap kes tersebut selesai,jelas Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP), Abdullah Abdul Karim.

Beliau bersetuju dengan kenyataan pihak peguambela Nik Norhafizi Nik Ibrahim, Amer Hamzah bahawa bekas pelajar tersebut telah kerugian masa dan peluang mereka untuk menyambung pengajian mereka.

"Ini secara tidak langsung telah menyebabkan mereka terhukum sedangkan mereka tidak pernah dibuktikan bersalah, namun begitu mereka terpaksa menanggung kerugian dan akibatnya, ini adalah tindakan yang zalim ke atas mereka,"tambah beliau dengan panjang lebar yang merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan iaitu bekas pelajar universiti yang dikenali sebagai ISA 7.

Menurut Abdullah, kes ini dianggap sebagai kes politik kerana pihak pelajar telah digantung pengajian mereka selama enam tahun sedangkan mereka tidak pernah didapati bersalah.

DPP menyifatkan tindakan membicarakan enam pelajar yang telah dibebaskan sebelum ini sebagai suatu tindakan yang zalim ke atas bekas pelajar terbabit.

"Tanpa disedari, mereka telah dihukum tanpa dapat menyambung pengajian mereka yang tertunda selama enam tahun sedangkan mereka belum didapati atau dibuktikan bersalah," jelasnya ketika dihubungi oleh Harakahdaily baru-baru ini.

Perbicaraan kes bekas pelajar universiti tersebut yang lebih dikenali sebagai ISA 7 sebelum ini, baru sahaja bermula pada 15 Mac dimulai dengan Nik Norhafizi Nik Ibrahim dan akan disambung pada 24 Mei 2007 akan datang. - mks.

Mengapa mood pilihan raya monopaus dan sugul?

Oleh Tarmizi Mohd Jam

Baru-baru ini sengaja saya membawa anak-anak ke Rumah Peringatan P Ramlee, tidak jauh dari rumah. Cuaca pun agak lembab. Sebelah paginya hujan. Hajat hati mahu menyudahkan kerja-kerja penyuntingan majalah Iktisad tetapi kesian pula melihat anak-anak yang terperuk sahaja di rumah sepanjang cuti penggal persekolahan.

Entah berapa kali, saya ke sinipun sudah tidak berapa ingat. Kira-kira 25 minit mundar-mandir, berbelit-belit dengan anak-anak membelek dan membaca 'kehebatan' P Ramlee sebagai pengarah, pelakon, penyanyi, pelawak dan entah apa-apa lagi, tiba-tiba bahu kanan saya ditepuk seseorang.

Saya berpaling. Ah...rupa-rupanya seorang rakan yang dulu sama-sama mencari jalan macam mana nak boikot pementasan drama retorik di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya ketika Encik Abu Hassan Hasbullah (sekarang Dr PhD) menjadi pensyarah subjek Retorik. Sebab rakan saya inilah yang beriya-iya mengajak boikot pementasan drama itu, jadi saya cukup ingat akan dia.

"Apa khabar?" tanya beliau sambil menghulurkan salam. "Eh... baik. Hang apa habaq?" pintas saya dengan loghat utara walaupun dia kelahiran Johor.

"YB tak tanding pilihan raya ke kali ini? Nampak surat khabar, TV sibuk fokus pilihan raya. Semalam saya ada taklimat. Macam pilihan raya akan dibuat hujung tahun ni. Tapi... mengapa mood rakyat lain sangat? Sugul je?" usik rakan saya itu, macam sedang menjolok respons saya.

Ketika di kampus dulu, dialah rakan yang acapkali memanggil saya YB kerana dia tahu saya pernah bertanding di Dun Bota, dalam Parlimen Parit Negeri Perak pada pilihan raya umum tahun 1995. Dan dia juga antara peminat buku politik tulisan saya sebelum saya 'mengaji' bersama-samanya di Jabatan Pengajian Media.

"Awat, hang nampak mood pilihan raya tak hangat ka? Sana-sini PAS buat ceramah. Isu panas-panas pun makin banyak. Tengok Ketua Pengarah BPR rasuah (?), Johari Baharom rasuah (?). Altantuya lagi panas! Anwar tak duduk diam, ligat turun padang!" umpan saya, takut-takut dia akan terlajak memberikan maklumat baru berkenaan taklimat yang dikatakannya.

Rakan saya itu memberitahu, ada pagawai yang cakap penuh yakin dalam taklimat yang dihadirinya, pilihan raya kali ini milik penuh Pak Lah lagi. Sebab katanya, rakyat tak berapa ambil peduli isu-isu yang dibawa oleh pembangkang. Pegawai itu, kata rakan saya, memahatkan bukti kegagalan pembangkang meraih simpati rakyat terhadap isu kenaikan harga tol, harga petrol dan setinggan sifar sekitar Lembah Klang.

Berapa kerat rakyat yang turun? Tunjuk perasaan hanya dikendalikan oleh orang yang sama macam Dr Hatta (Ramli), Ezam (Mohd Noor), Sallahudin (Ayub) dan Tian Chua. Peserta semua 'hardcore' parti bukan rakyat dalam erti kata sebenar, kata rakan saya mengulas hujah pegawai itu dalam taklimat yang dihadirinya.

Saya tidak sempat berbual panjang, kerana rakan saya kena pergi segera. Ada temu janji katanya di Hotel Astana, Jalan Pekeliling. Sekembali saya ke rumah, kebetulan agaknya, Cikgu Ishak Surin yang kini Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan menghubungi saya menerusi telefon.

Katanya, tengah hari itu, petugas Pejabat Agung PAS yang baru dekat Lorong Haji Taib ada menghubunginya. Tok Guru Nik Abdul Aziz (Nik Mat) berhajat nak jumpa. Kebetulan Tok Guru ada mesyuarat di bangunan baru atau Pejabat Agung PAS yang baru itu. Saya dan Cikgu rasanya belum menjejakkan kaki ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, yang dikatakan sepelaung jaraknya dari PWTC.

Saya terus bergegas ke rumah Cikgu Ishak. Kebetulan memang nak menuju ke kilang percetakan untuk mencetak tabloid POLITIK@KL bagi bilangan 5. Cikgu Ishak sebenarnya tidak percaya yang Tok Guru Nik Aziz mahu berjumpanya ketika itu. Lalu saya capai telefon bimbit dan cuba menghubungi semula nombor telefon yang dikatakan dari Pejabat Agung PAS itu (maklumlah nombor telefon Pejabat Agung baru ini juga asing sebab belum simpan dalam telefon).

Seorang pagawai yang dikenali sebagai Cik Nurul (memang kami kenali) menjawab. Dia mengesahkan yang memang Tok Guru Nik Aziz mahu berjumpa dengan Cikgu Ishak tengah hari itu, tapi ketika saya 'call', Tok Guru sudah meninggalkan Pejabat Agung.

Dalam perjalanan menuju kilang, saya membuka topik perbualan mengapa mood rakyat begitu sugul (meminjam kata-kata rakan saya tadi) sekarang ini. Walhal, isu-isu panas begitu bermaharajalela. Bergentayangan. Saban hari, ada sahaja isu yang boleh membenamkan Umno bersama labu-labunya. Cikgu Ishak yang sedang memandu, juga merasakan fenomena itu. Mood rakyat suram, celahnya walaupun benak fikirnya tertanya-tanya mengapa agaknya Tok Guru Nik Aziz nak berjumpa.

Sehingga kini, tidak ada penulis yang berani melabur untuk menerbitkan buku-buku politik semasa. Macam ketika pemecatan Anwar Ibrahim dulu. Baik Yahya Ismail, Lutfi Othman, saya mahupun Pak Habib. Majalah-majalah isu tidak berkala juga tiada siapa yang mahu mencuba nasib. Malah akhbar-akhbar alternatif PAS Kedah, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Selangor, tidak bernafas lagi. Hanya, kami di Wilayah Persekutuan cuba melawan arus, terus gigih menerbitkan lidah rasmi POLITIK@KL.

Bukan tidak ada isu. Isu cukup banyak. Rasuah Ketua Pengarah BPR, rasuah Timbalan Menteri, rasuah Menteri AP, kecaman Mahathir, kapal layar Pak Lah, jet pribadi PM, bisnes Scomi, Khairi PM Malaysia, jambatan bengkok, kejatuhan saham, rasuah Kasitah, pembelasahan terhadap penunjuk protes tol, petrol; kekejaman terhadap penduduk Kg. Brembang, Kg. Semarak dan banyak lagi kawasan peneroka bandar, IFC, Islam Hadhari dan lain-lain yang sukar dibariskan di sini.

Mengapa sugul ya? Apa dah jadi dengan rakyat kita? Benarkah mereka sudah kurang minat dengan politik? Atau tidak yakin dengan pembangkang? Atau amat berpuas hati dengan kepimpinan insan bernama Pak Lah ini?

Tidak payahlah kajian dibuat. Tetapi berdasarkan naluri hati kita, mood politik sekarang cukup sugul dan memualkan. Apa pengukur arasnya juga, tidak perlu diberitahu. Yang penting, belum terlambat untuk PAS & PKR menggerakkan jentera parti masing-masing. Mempersiapkan diri untuk bertarung.

Cuma yang kurang sedap, mood rakyat kini benar-benar monopaus, sugul dan lesu. Barangkali ada yang tak setuju! Ia boleh dibelek dan ditelek sendiri. Ditambah dengan 'kehebatan' puaka pemimpin Umno berpencak silat dengan SPR, dan kita pula gagal membenamkan badan yang tidak bebas itu, maka makin benarlah anggapan pegawai yang berhujah pilihan raya kali ini milik penuh Pak Lah lagi. Daftar Pemilih sudah tentu di sebelah mereka.

Kita khuatir yang amat sangat, mood rakyat yang bankrap ini akan menjadi tembok kebal menghalang pembangkang mempengaruhi mereka mengundi BA dalam pilihan raya tidak lama lagi. Cuma, untuk 'menyedapkan hati' mungkin ayat ini boleh digunakan: "Rakyat kita sebenarnya protes dalam senyap. Masa mengundi mereka pangkah bulan dan mata. Mereka tak mahu hinggar-binggar macam pilihan raya 1999!" Benarkah jawapan ini? - lanh

Penulis adalah Exco Penerangan Pemuda PAS Pusat merangkap Setiausaha JPN PAS Wilayah Persekutuan. E-mel: editorxkutif@yahoo.com.

Monday, March 19, 2007

MENGAPA GAJI MINIMUM MASIH RM350?

Oleh Hj. MOHD ANNUAR TAHIR
Koordinator Badan Penggerak Demokrasi PAS Pusat

MASIH terlalu banyak isu-isu yang dihadapi oleh golongan buruh dan pekerja di negara ini. Hingga ke masa ini, Kerajaan Malaysia yang telah bergantian Perdana Menteri untuk beberapa kali menolak cadangan dan desakan daripada pergerakan kesatuan sekerja agar digubal undang-undang upah minimum.

Pada 26 Ogos 1996, Mesyuarat Majlis Am Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah mencadangkan kepada kesatuan-kesatuan gabungannya agar mengambil kira gaji minimum RM600 sebulan ketika menjalankan rundingan dengan majikan sebelum memeterai sebuah perjanjian bersama.

Sebagai perbandingan pekerja pengeluaran wanita dalam industri elektronik di Singapura dibayar gaji pokok RM950 sebulan sedangkan di Malaysia ianya cuma sekitar RM350 sebulan. Di Britain pula, kerajaan Parti Buruh pimpinan Tony Blair telah memperbaharui Akta Upah Minimum bagi mereka yang berpendapatan 1,000 pound starling ke bawah. Malangnya, kerajaan Malaysia telah menolak cadangan gaji minimum RM600 sebulan dengan alasan kadar upah sewajarnya ditentukan oleh pasaran.

Untuk itu, MTUC dalam tahun 1988 sewaktu pertemuan Presidennya dengan Perdana Menteri Malaysia telah mengusulkan satu cadangan bahawa upah minimum yang wajar adalah RM1,200 sebulan bagi menjamin pertumbuhan ekonomi yang berterusan. Namun hingga kini, isu tersebut kekal menjadi satu tuntutan yang belum dilaksanakan.

Pada tanggal 6 Mei 2006, rakyat Singapura telah keluar mengundi dalam pilihan raya umum bagi memberikan mandat kepada Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, putera lelaki Lee Kwan Yew yang kini mewarisi kepimpinan republik tersebut.

PAP - parti yang memerintah pulau tersebut berikrar akan memperbaiki kehidupan pekerja kurang mahir dan warga emas selain dari menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih murah kepada rakyat.

Memang demikianlah sikap yang diambil oleh negara-negara berstatus “maju” dalam mempastikan kebajikan rakyat khususnya golongan pekerja mendapat perhatian yang sewajarnya. Mereka sedar bahawa golongan pekerja adalah kumpulan terbesar di dalam negara dan merupakan kelompok pengundi yang kuat.

Negara kita dikatakan punya wawasan besar untuk mewujudkan masyarakat industri yang setaraf dengan negara-negara maju. Namun dalam banyak hal, kelihatan pemerintah kita tidak benar-benar mesra pekerja.

Hampir setiap hari kita mendengar orang berbicara tentang kemajuan dan pertumbuhan ekonomi negara yang semakin baik. Kadar inflasipun menurut Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna adalah rendah dan terkawal. Gembar-gembur tentang kemajuan negara yang menggalakkan itu terus didendangkan dengan lagu-lagu indah betapa kita semakin dekat kepada matlamat negara maju di tahun 2020.

Baru-baru ini, empat warga negara Malaysia telahpun dipilih sebagai calon angkasawan negara dan dua darinya sudahpun dipilih baru-baru ini untuk berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Oktober 2007 nanti.

Nama negara ini akan dibawa ke angkasa dan Program Angkasawan Malaysia ini dikatakan akan membuka lembaran baru untuk megembalikan tamaddun Islam menerusi sumbangannya dalam bidang sains dan teknologi.

Aneh juga, bila kita memikirkan soal priority yang diletakkan oleh pemerintah yang nampaknya amat gemar membina nama atau imej di mata dunia tetapi tidak benar-benar menunjukkan sikap keihsanan terhadap rakyat jelata.

Menara berkembar tertinggi di dunia telah disiapkan, pelayaran solo mengelilingi dunia, menawan puncak Everest, wanita sendirian ke Kutub Utara dan sekarang mahu mengirim angkasawan negara ke angkasa pula. Kaget juga dibuatnya bila memikirkan betapa rencam dan bertambah rumitnya masalah-masalah di bumi tercinta ini ketika kita sibuk untuk mengirim angkasawan ke angkasa lepas.

Walhal, nasib 6,500 kakitangan Penerbangan Negara – Malaysian Airlines (MAS) bagaikan telur dihujung tanduk kerana mereka dijangka akan diberhentikan di bawah Skim Pengurangan Pekerja. Demikianlah tindakan yang bakal diambil oleh syarikat penerbangan yang telah dibailout oleh wang negara sejumlah RM1.79 bilion.

Untuk menyedapkan telinga, Menteri Sumber Manusia menyarankan agar MAS mengamalkan prinsip sukarela seperti Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) dan bukan membuang pekerja semata-mata.

Itulah mekanisme yang dipakai oleh syarikat-syarikat hari ini untuk memberhentikan pekerja dengan melunakkan bunyi di bawah skim pembuangan yang dikatakan sukarela. Pampasan yang tentulah berdasarkan gaji pekerja yang diterima, bagi golongan eksekutif tentulah besar juga ganjarannya, tetapi berapalah sangat yang diperolehi oleh pekerja rendah. Cerita pembuangan pekerja secara beramai-ramai begitu lumrah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ia tentunya punyai kesan sosio-ekonomi yang bukan kepalang.

Hj. Annuar Tahir adalah Koordinator Badan Penggerak Demokrasi PAS Pusat.

TRAGEDI KG BEREMBANG: BUKTI UMNO TAK TOLONG MELAYU!

Oleh TARMIZI MOHD JAM
Setiausaha JPN PAS Wilayah Persekutuan

SEHARI selepas Tian Chua merempuh pintu pagar zing yang dibina pemaju “haram” mengelilingi Kg. Berembang, saya bersama Naib Presiden PAS, Haji Muhamad Sabu menziarahi mangsa penindasan untuk menghulurkan beras dan sedikit duit.

Cuaca ketika itu, panas terik walaupun jam baru 11 pagi. Terfikir saya, bagaimanakah mereka yang dihalau dari Kg. Berembang boleh bertahan mendirikan khemah sementara di luar pagar pemaju, sepanjang laluan masuk di bawah kabel elektrik itu?

Cukup azab ujian yang dihadapi oleh mereka. Matahari menyinar terik di atas kepala. Bekalan air tiada. Agak saya, 30 ke 40 keluarga bertekad untuk mempertahankan hak mereka di Kg. Berembang itu. Anak-anak yang agak remaja, dapat merasai derita ibubapa mereka. Yang kecil dan masih “berhingus” mundar-mandir meneruskan kehidupan, bermain-main, berlari-lari di celah-celah timbunan perkakas rumah yang dipunggah dari rumah asal mereka.

“Cuba anta tengok, nasib orang Melayu 50 tahun meneroka Kg. Berembang. Kena halau. Siapa halau? Umno! Duduk bawah kabel elektrik,” bisik Muhamad Sabu kepada saya. Beliau meminta saya mengambil gambar yang menampakkan khemah-khemah sementara betul-betul berada di bawah kabel elektrik.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Cikgu Ishak Surin turut bersedih dan memeluk beberapa kenalan seusianya sebaik tiba bersama Cikgu Ezam Ahmad (Setiausaha Lajnah Buruh & Peneroka PAS Pusat), Badiul Azmi Razali, Abdul Halim, Mohd Radhi dan Ibrahim Awang, rakan-rakan dari Lajnah Buruh & Peneroka PAS Pusat dan Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan.

Saya sempat menanyakan khabar kepada Mak Wan, iaitu veteran asal yang membuka, menerokai dan memberikan nama kepada Kg. Berembang. Dulu, Mak Wan adalah aktivis atau pemimpin kaum ibu Umno cawangan Kg. Berembang yang paling aktif semasa mudanya.

Sebut sahaja, siapa pemimpin Umno Selangor tahun-tahun 60an, 70an dan 80an yang tidak didampinginya? Semuanya ada ikatan atas tiket keaktifannya dalam Umno dulu. Harapannya untuk memiliki tanah di Kg. Berembang cair dibawa arus deras apabila Umno hari ini dipimpin oleh orang berhati batu.

Apa tidaknya, ketika Kg. Berembang berdiri megah dengan perpaduan dan jati diri tulen warganya, pemimpin-pemimpin Umno keluar masuk ke kampung ini menjanjikan itu dan ini untuk kesejahteraan mereka. Antara yang dijanjikan termasuklah untuk memberikan tanah yang mereka terokai itu sebagai milik kekal.

Sebagai aktivis Umno yang rapat dengan serambi kuasa, sudah tentulah Mak Wan tidak banyak mempersialkan janji-janji madu itu. Pakat-pakat percaya dan berangan-angan, pada suatu hari nanti Kg. Berembang yang berada di tengah kota kosmopolitan ini menjadi milik mereka.

Cuaca terik begitu terasa. Kami dihulurkan air batu sirap bagi membasahkan tekak. Terfikir saya, beginilah agaknya penduduk Kg. Berembang memerlukan rumah dan tanah di kawasan yang mereka terokai. Macam saya perlukan air untuk membasahkan tekak sebentar tadi.

Telah beberapa kali saya dan Cikgu Ishak Surin menjenguk Kg. Berembang, sebelum pemaju bertindak ganas menghalau terus penghuninya, yang kini sudahpun musnah. Kami menghantar beras, daging korban serta duit belanja dapur bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh mereka. Bagi saya, kebinasaan Kg. Berembang adalah luka yang tidak akan sembuh. Masa depan mereka yang menentang tindakan MPAJ, sekutu kerajaan BN, belum ada kata pasti.

Kata Haji Muhamad Sabu, nasib khemah-khemah mereka di bawah kabel elektrik juga boleh dan akan “diganggu” oleh MPAJ. Puak Umno ini, boleh pengaruhi TNB kononnya bahaya menduduki tanah di bawah kabel. Pelbagai alasan lain boleh diada-adakan untuk menutup bukti skandal di Kg. Brembang.

Apa yang pasti, tidak seorangpun pemimpin Umno Bahagian Ampang termasuklah wakil rakyatnya datang menjengah mereka. Begitulah kerasnya hati mereka terhadap warga Kg. Brembang yang sebelum ini adalah pendokong gagah Umno bagi Parlimen Ampang. Khir Toyo tidak tahu jerih generasi awal Umno di sini menimbus lombong, meratakan tanah dan membangunkan kampung.

“Dia (Khir Toyo) apa tahu. Budak baru. Kira nak rampas saja. Gila sangat dengan pembangunan. Kami jadi mangsa Selangor Maju lah ni... Taubat kami nak sokong Umno. Cukuplah ini sebagai sempadan,” bisik seorang penduduk dengan wajah yang sayu.

Ini adalah pengajaran penting seluruh rakyat Malaysia terhadap Umno dan para pemimpinnya. Berhati-hati sepanjang masa. Mereka akan mengunyah tebu ketika ada manisnya dan akan menyepahkannya, bila sudah jadi hampas. Hal ini juga terjadi kepada peneroka bandar di Kg. Semarak, Kg. Banjar Gombak, Kg. Wira Damai Batu Caves dan banyak lagi.

Feel hodoh pemimpin Umno ini, bukanlah rahsia lagi. Kg. Brembang menyaksikan. Walhal, datuk-nenek dan ibu-bapa mereka yang dihalau, telah menerokai tapak lombong bijih timah ini sejak tahun 1958. Iaitu setahun selepas merdeka, melalui sokongan MB Selangor, Datuk Harun Idris. Malah pihak Istana Selangor juga telah mengizinkan tanah tersebut diterokai dan dijadikan penempatan penduduk.

Sehingga kampung tersebut dibantai MPAJ hingga ranap, telah ramai anak-anak peneroka Kg. Brembang lahir dan sudah menjadi penghuni genarasi ketiga, ketika ini. Menurut Mak Wan, yang berumur 70an, penduduk pernah memohon tanah tersebut dari Majlis Daerah Gombak sekitar tahun 1968 dan ditemuduga pada 26.12.1969. Mak Wan adalah peneroka awal dan orang yang memberi nama tempat itu sebagai Kg. Berembang, seperti yang saya ungkapkan diawal tulisan ini.

Permohonan mereka dapat sokongan dari Tengku Bendahara Selangor, YAM Tengku Azman Shah Al-Hajj melalui sepucuk surat bertarikh 1.2.1973 dengan ada: “...saya telah dapat kesempatan melihat keadaan kampung itu dengan lebih dekat... adalah sewajarnya permohonan dari mereka itu mendapat perhatian, kerana semua mereka yang duduk di tanah itu adalah orang-orang Melayu (Bumiputera) yang tidak mempunyai tanah tempat kediaman yang tetap selain dari menumpang kawasan tanah itu.”

Tiba-tiba apabila Kg. Berembang hendak dimusnahkan, tidak pasal-pasal tanah ini sudahpun siap diagih-agihkan oleh Pejabat Daerah Gombak kepada individu ternama dan kerabat diraja pada tahun 1984 lagi. Penduduk melihat sendiri senarai pemilik tanah ini di Pejabat Tanah dan ianya pernah disiarkan oleh akhbar arus perdana. Ia sudah menjadi tanah anugerah kepada orang-orang elit. Rakyat musdha’afin menebas menebang, menimbus merata, akhirnya jadi milik orang lain.

Ini bermakna, tanah itu bukanlah tanah kerajaan seperti yang didakwa sebelum ini. Sudah ada yang punya sejak 1984 lagi. Saya terkejut. Cikgu Ishak terkedu. Bila mengetahui mereka yang dianugerahkan tanah itu terdiri dari nama-nama tersohor dan orang kaya-raya macam Datuk Buyong Abdullah, Tan Sri Mahfoz Khalid, Tan Sri Wan Hamzah Wan Mohamed, Tan Sri Nasaruddin Borhan, Datuk Mohd Sopiee Sheikh Ibrahim, Datuk Dr. Syed Mohd Alwi Al-Hady, Datuk Zainal Abidin Endut, Tan Sri Jamal Abdul Latiff, Datuk Ismail Ibrahim, Tan Sri Yaakob Hitam, Datuk Abu Hassan Abdullah, Tan Sri Zakaria Mohd Ali, Tan Sri Shamsudin Abd Kadir, Tan Sri Jamil Mohd Jan, Datuk Mohamad Hoessain Enas, Datuk Abdullah Mohd Hanafiah, Datuk Mohd Nazim Ab Hamid, Datuk Ibrahim Mohaidin, Datuk Mohamed Pilus, Raja Abdul Aziz Raja Addruse. Sekadar menulis beberapa nama besar yang dipetik dari Sunday Mail 13 Mac 2005 halaman 3.

Mak Wan yang sudah 48 tahun mendiami Kg. Berembang, menggerakkan wanita UMNO atau kaum ibu, tentulah paling sedih dan kecewa kerana baktinya selama ini tidak langsung dihargai. Tiba-tiba ketika susah begini, pembangkang pula yang tidak henti-henti menolong dan membantu. ADUN DAP Klang bermurah hati mengambil kes mereka. JERIT dan pelbagai NGO lain gigih memandu arah.

Matahari makin terik menyinar, tekak terus kering, debu-debu berterbangan kering, udara di bawah khemah juga meluap-luap hangat, akhirnya, rombongan kami menyerahkan sumbangan beras dan sedikit duit kepada wakil penduduk, Sdra. Noralizan pada majlis ringkas.

Sebelum beredar, Haji Muhamad Sabu berjanji dengan wakil penduduk akan membantu mereka dengan membawa barangan dapur dari masa ke semasa dan meminta penduduk memasak secara gotong-royong. Saya dan Cikgu Ishak sempat menemui beberapa aktivis Jawatankuasa Bertindak Penduduk dan memberi sedikit nasihat, meminta mereka bersabar.

Kami meninggalkan Kg. Berembang dengan perasaan sedih, terkedu dan terharu... mengenangkan diari harian mereka, sepanjang berkhemah di bawah kabel elektrik itu. Dalam kereta, saya catatkan dalam buku hijau yang saya usung ke mana-mana, bahawa Kg. Berembang adalah bukti Umno tidak pernah ada niat mahu tolong bangsanya yang bernama Melayu!

Saturday, March 17, 2007

MURTAD & BAHAYA IFC GODAM ISLAM

Oleh TARMIZI MOHD JAM

Kuala Lumpur: PAS memandang serius gejala murtad yang kian menjadi barah di negara ini dan menyifatkan 14 tuntutan IFC (Inter-Faith Commission) sebagai terlalu bahaya dan boleh mengancam kedaulatan Islam yang sedia ada. Penubuhan IFC seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah sesetengah ajaran agama (baca: agama Islam sahaja) akibat desakan penganut agama lain, cukup bahaya buat ummat Islam.

Ketika menegaskan perkara ini, Setiausaha Majlis Syura PAS, Ustaz Idris Haji Ahmad menyalahkan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yang begitu lemah dan dhaif dalam pentadbiran hingga membuka peluang kepada orang-orang bukan Islam mencadangkan penubuhan IFC yang jelas bersifat anti Islam.

Kataya, Islam Hadhari yag diperkenalkan oleh Pak Lah adalah sebahagian dari Islam Liberal yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan. Ini diperkukuhkan lagi terhadap sikap Pak Lah yang tidak menentang pembabitan anaknya Nori dalam pertubuhan Sister in Islam.

Malah allahyarham isterinya Hendon suatu ketika dahulu turut melancarkan kempen satu suami satu isteri yang secara tidak langsung cuba menafikan hak lelaki muslim berkahwin lebih dari satu seperti yang dibenarkan oleh Islam.

“Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu-bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang dan sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil,” tegas beliau sambil memetik tiga dari 14 tuntutan yang diperjuangkan oleh IFC.

Akibat kelemahan dan kelonggaran pegangan Pak Lah ini, maka orang bukan Islam termasuk Menteri kabinetnya sendiri cuba mengambil kesempatan untuk menuntut kelonggaran beragama seperti yang kononnya dipelihara oleh Artikel 11 dan Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan. Semuanya ini, adalah rancangan untuk menggodam Islam secara terancang!

MENGAPA SYARIKAT KONSESI LEBIH POWER DARI KERAJAAN

Oleh PROTES

SAMY VELLU memberitahu dalam perjanjian di antara kerajaan dan pemilik konsesi, syarikat konsesi dibenarkan untuk menaikkan kadar tol mengikut tempoh yang dipersetujui. Tetapi sekiranya kadar kenaikkan tidak dipersetujui, maka kerajaan terpaksa membayar pampasan atau ganti rugi kepada syarikat konsesi.

Ini yang menjadi persoalan. Kenapa kerajaan menaikkan kadar tol sebanyak 20% hingga 60%?

Menurut Samy Vellu lagi, sehingga kini kerajaan telah membayar ganti rugi sebanyak RM2 billion. Dengan itu kerajaan telah mengeluarkan subsidi berjumlah RM2 billion bagi mengelakkan rakyat membayar kenaikkan tol tersebut.

Timbalan menteri, S Veerasingam pula berkata bahawa kerajaan tidak ada pilihan selain daripada menaikkan kadar tol. Jika tidak kerajaan akan berterusan membayar ganti rugi kepada syarikat-syarikat konsesi. Kerajaan juga menyatakan bahawa tiada apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan tentang perjanjian yang telah dibuat di antara kerajaan dengan syarikat-syarikat konsesi tersebut.

Jika begitu halnya, siapakah sebenarnya yang mentadbir negara kita? Ditinjau dari penjelasan Samy Vellu dan S Veerasingam dan kerajaan seolah-olah syarikat konsesi yag mewakili golongan kapitalis dan kroni inilah yang lebih berkuasa dari kerajaan.

Tidakkah perjanjian di antara kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi lebuhraya ini berat sebelah. Yang untung hanya mereka dan yang rugi di pihak kerajaan atau rakyat. Ini jelas dari apa yang diterangkan oleh Samy Vellu memberi makna kerajaan seolah-olah tiada kuasa ke atas syarikat-syarikat konsesi tersebut.

Soalnya mengapa kerajaan bersetuju dengan perjanjian berat sebelah ini? Perjanjian ini telah dijalankan secara tidak telus dan terlalu banyak rahsia. Kepentingan syarikat-syarikat konsesi sentiasa diutamakan dari kepentingan rakyat dan negara.

Diperingkat manakah dalam perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi dinyatakan bahawa harga tol boleh dinaikkan? Sejak dari awal perjanjian ditandatangani oleh mereka. Bahkan sebagai contoh kadar kenaikan tol di LDP telah siap ditentukan sejak awal lagi. Inilah perniagaan mudah membuat keuntungan tanpa menghadapi rasiko kerugian.

Soalnya, mengapa kerajaan dengan begitu mudah bersetuju dengan kenaikan yag terkandung dalam perjanjian tersebut? Sebagai contoh kadar tol yang dipersetujui oleh kerajaan di LDP pada tahun 1988 adalah RM1.50. Tetapi tol yang dikenakan pada pengguna ialah RM1.00. Ini bermakna kerajaan membayar RM0.50 untuk lapan tahun bermula 1998 hingg tahun 2006.

Seperti dalam kes LDP, kenapa dari awal lagi kerajaan tidak runding untuk tetapkan harga tol kepada RM1.00? Dengan itu kerajaan tidak dibebankan membayar pampasan atau ganti rugi kepada syarikat konsesi berkenaan?

Perjanjian seumpama ini telah ditandatangani oleh kerajaan seolah-olah bagi membolehkan kerajaan menyalurkan wang rakyat kepada syarikat-syarikat konsesi. Ia bermula dari perjanjian yag tidak telus dan pelbagai andaian boleh dibuat terhadap integriti dalam perkara ini.

Apa yang pelik, kerajaan nampaknya begitu beriya-iya mahu melindungi syarikat-syarikat konsesi ini. Apakah syarikat-syarikat ini telah mengalami kerugian teruk hingga terpaksa dipapah oleh kerajaan?

Laporan Tahunan 2006 Litrak, iaitu pemilik konsesi LDP menunjukkan keuntungan bersih sebanyak RM80 juta. Ini merupakan peningkatan sebanyak 43% dari keuntungan bersih RM56 juta pada tahun 2005. Laporan itu juga menunjukkan Litrak mencatat rekod baru dengan kutipan sebanyak RM243 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2006 berbanding dengan kutipan sebanyak RM227 juta pada tahun sebelumnya.

Bagaimana LDP boleh membuat untung sebegini? Pada awalnya LDP dibina bagi menampung 1 juta kenderaan setahun. Namun bilangan kenderaan telah meningkat kepada hampir 3 juta setahun. LDP berada di tengah-tengah jalur perdagangan cergas Bandaraya Kuala Lumpur. Perhatikan sahaja kesesakan kenderaan di tol tersebut pada waktu-waktu puncak.

Terdapat banyak lagi fakta lain yang tidak diketahui oleh rakyat berkenaan isu tol ini. Kerajaan tidak mendedahkannya untuk rakyat faham kerana dikhuatiri mennimbulkan tentangan sengit. Contohnya, walaupun bermula dari 2007 kadar tol di LDP adalah RM1.60, tetapi kadar sebenar dalam perjanjian adalah RM2.10.

Ini bermakna kerajaan akan terus membayar pampasan kepada syarikat konsesi sebanyak RM0.50 sehingga tahun 2015! Rakyat tambah dari saku sendiri RM0.50 dan kerajaan tambah lagi RM0.50 sen dari wang rakyat. Pi mai pi mai tang tu juga. Rakyat yang menjadi mangsa. Apapun syarikat konsesi yang kaya raya.

Jika begitu kenapa kerajaan masih meluluskan kenaikkan kadar tol? Inilah salah satu daripada kepincangan dasar pengswastaan kerajaan yang terlalu memihak kepada syarikat konsesi, kroni dan golongan kapitalis serta sekaligus tidak mengendahkan kepentingan rakyat.

Kerajaan bersikap berlepas tangan dalam kerja-kerja untuk terus memajukan sistem jalanraya dan kemudahan-kemudahan yang berkaitan dengannya. Layanan EPU (Economic Planning Unit di bawah Jabatan Perdana Menteri) terhadap projek-projek jalanraya kendalian JKR amatlah sepi berbanding projek-projek syarikat konsesi.

Itulah antara sebab mengapa kerajaan sanggup terlibat dengan perjanjian yang begitu berat sebelah dengan syarikat konsesi. Dan sebab itulah juga kerajaan tidak berminat membuka tender terbuka sebaliknya lebih membuka “tender gelap” melalui kaedah runding terus dengan syarikat-syarikat konsesi terpilih.

Jika kerajaan terus membayar pampasan kepada syarikat konsesi, sudah tentu pampasan yang terpaksa dibayar oleh kerajaan menjadi lebih tinggi daripada pembinaan lebuhraya. Samy Vellu menyatakan bahawa kos pembinaan semua lebuhraya di atas tidak termasuk Guthrie adalah RM4.13 billion. Setakat ini kerajaan telah membayar pampasan sebanyak RM4.86 billion. Ini bermakna tapa mengswastakan pembinaan lebuhraya sekalipun, kerajaan mampu membina lebuhraya-lebuhraya tersebut.

Tidak ada sebab kerajaan mahu menswastakan jika ia mampu dilakukan oleh kerajaan sendiri. Tentulah ada maksud tersirat dan kepentingan lain, di sebalik pengswastaan ini dan apatah lagi penggelapan perjanjian dari diketahui rakyat, membuktikan hanya ketidaktelusan melampau telah berlaku.

Hakikatnya, kerajaan boleh membina lebuhraya tanpa diswastakan. Contohnya, pembinaan Jambatan Pulau Pinang dan pembinaan Lebuhraya KL-Seremban peringkat pertama dahulu. Disebabkan tindakan tergesa-gesa untuk menjalankan dasar pengswastaan, agensi kerajaan yang telah menjayakan kedua projek ini ditukar menjadi Lembaga Lebuhraya Malaysia dan peranannya diperkecilkan hanya untuk menyelaras perjalanan projek yang diserahkan kepada syarikat-syarikat konsesi.

Semasa menaikkan harga petrol kerajaan menyatakan bahawa tujuan kenaikkan tersebut Tidak mungkin rakyat dapat manfaat dari omong kosong berkenaan. Ini kerana, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Sulaiman pada 13 Disember 2006 memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan berbelanja sehingga RM11 billion untuk mengambilalih (sebenarnya bailout) tujuh syarikat yang mengalamai masalah pengurusan dan kewangan selepas diswastakan terutamnya Star LRT, Putra LRT dan MAS.

Bagaimana kedudukan ekonomi kita sekarang, jika beginilah keadaannya? Kucar-kacir! Kenaikkan harga minyak pada 28 Mac 2006 merupakan yang tertinggi dalam tempoh 20 tahun. Pada awal tahun 2006 cukai pintu dan cukai tanah telah dinaikkan. Pada awal Februari 2006 pula tambang bas sekolah turut dinaikkan.

Tidak lama selepas itu, pada bulan Jun 2006, kadar tarif elektrik juga dinaikkan. Ini disusuli pula dengan kenaikkan tarif air sebanyak 15% oleh Syabas di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Perak. Kadar inflasi pada bulan Mac 2006 adalah 4.8% iaitu paras yang tertiggi dalam tempoh enam tahun.

Menteri Kewangan Malaysia, Pak Lah yang juga Perdana Menteri Malaysia adalah orang yang bertanggugjawab memastikan keadaan kewangan dan ekonomi negara berada dalam keadaan sejahtera. Tetapi hakikatnya tidak begitu. Ekonomi kian merudum dan kucar-kacir. Yang jadi mangsa ialah rakyat. Terpaksa memikul bebanan hutang negara dan terpaksa membayar “ufti” kepada syarikat-syarikat konsesi lebuhraya!

Kini kenaikkan harga tol pula untuk menjimatkan RM2 billion. Adakah rakyat mendapat manfaat dari penjimatan ini?

Wednesday, March 14, 2007

Colombian Study on Impact of US FTA on Medicine

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

This is an English translation of a full study done in Colombia of the impacts of its US free trade agreement (USFTA) on medicine consumption and the Colombian generic industry. The study study used the World Health Organization’s methodology.

The study did not consider all the provisions in USFTAs that go beyond those required by the World Trade Organization’s intellectual property rules (TRIPS), so it is likely to be an underestimate. For example it did not consider the impact of joining the Patent Cooperation Treaty, the impact of the preamble, investment chapter and non-violation provision, and the impact of restrictions on compulsory licensing on medicine prices.

Nevertheless, it found that:

· Broadening the scope of patentability to allow patents for minor modifications would cost an extra US$241million in the year 2020 and an extra US$353million per year by the year 2030 because more medicines would be patented. This alone would also cause Colombian medicine manufacturers to lose up to 17% of their market share.

· If the USFTA required patents to be given for new uses of an old medicine (for example zidovudine (AZT) was a cancer medicine and then it was found to be useful for treating AIDS. If patents on new uses were allowed, this would mean that AZT received two consecutive 20 year patents, resulting in a 40 year patent monopoly) this would cause an 8% increase in medicine prices in Colombia by 2020 resulting in an additional cost of US$181million per year by 2020 and US$265million per year by 2030. This alone would also cause the Colombian medicine manufacturers to lose up to 13% of their market share by 2020.

· The overall impact of the patents provision in Colombia’s USFTA is estimated to cost Colombia an extra US$401million per year by 2020 and an extra US$657million per year by 2030. If this additional amount is not spent, the consumption of medicine by Colombians would have to fall by 18% by 2020 and 20% by 2030. This patent provision alone would cause the Colombian medicine manufacturers to lose up to 31% of their market share by 2030.

· Data exclusivity (which grants a separate monopoly, even when there is no patent) was found to require Colombia to spend an additional US$675million per year by 2020 and US$989million per year by 2030. If this additional money is not spent, Colombians will have to reduce their medicine consumption by 30% by 2020. Data exclusivity alone is predicted to cause the Colombian medicine manufacturers to lose 47% of their market share by 2020.

· The linkage of patent status and approval of the quality, safety and efficacy of medicines is predicted to increase spending by US$53million per year by 2030 and cause Colombian medicine manufacturers to lose 3% of their market share by 2020.

· The trademark provisions of a USFTA would reduce the rate at which patients chose the generic version of medicines so would cost an additional US$167million in the year 2020 increasing to an additional US$246million per year by 2030.

· The total effect of all of these USFTA provisions is to require an extra US$1.5billion to be spent on medicines every year by 2030, if this extra money is not spent, Colombians will have to reduce their medicine consumption by 44% by 2030 (page 37). It will also cause Colombian medicine manufacturers to lose 64% of their market share by 2030.

Padang Balang antara cawangan PAS terawal di Lembah Klang

Oleh: Adnan Ibrahim

Suasana kampung agak nyaman, tenteram serta khabar mengatakan PAS akan memindahkan operasi pentadbiran di Taman Melewar dari Pejabat PAS di Jalan Pahang Barat, antara faktor ahli dan penyokong PAS yang bekerja di Kuala Lumpur berminat menetap di Kampung Padang Balang.

Ada yang membeli tanah di kampung tersebut dan ramai juga menyewa dengan tuan rumah kebanyakkan berasal dari Minang. Orang Minang dikatakan mendominasi perkampungan tersebut sejak konfrontasi Indonesia pada tahun 50an. Kebanyakannya memiliki tanah 2 ekar seorang.

Reka bentuk tradisi Minang masih boleh dilihat di kampung ini pada atap rumah mereka yang melengkung. Makanan tradisi lemang pada hari perayaan. Hubungan kekeluargaan yang masih erat dan wujud sehingga kini walaupun dicemari perebutan harta. Saliratulrahim mereka seumpama masyarakat perkampungan di luar bandar.

Masjid Syaidina Ali, Kampung Padang Balang sentiasa ramai jemaah setiap kali solat lima waktu. Solat Subuh, Zohor atau Asar paling sikit satu setengah saf. Masih hebat kalau hendak dibanding dengan masjid gah di Putrajaya yang tidak sampai satu barisan.

Keadaan tersebut ditambah lagi dengan kehadiran orang Umno yang menetap di kampung itu menyertai PAS iaitu Syed Abdul Malek Shahabudin. Walaupun penyokong PAS dan kerja parti telah wujud di kampung sekitar Kuala Lumpur terutama Kampung Puah tetapi PAS Cawangan Padang Balang antara terawal didaftarkan pada 1983 di Lembah Klang.

Selepas penubuhan PAS cawangan ini, barulah ada usaha mendaftarkan cawangan bagi mengatur organisasi yang lebih tersusun dan teratur.

Ahli Jawatankuasa Penaja pada 1982 diketuai, Syed Malek dan dibantu naibnya, Rahim. Wan Azman Wan Abdullah lebih dikenali dengan panggilan Pak Wan dilantik Setiausaha. Bendahari, Sohaimi Zainol manakala Ketua Pemudanya, Mohamad Zain Hashim (petugas sistem suara di Markaz PAS Taman Melewar).

Ahli Jawatankuasanya iaitu Abdul Wahab Othman, Nawawi Abu Bakar, Nawawi Hussain dan Jailer Sidin. Bagaimanapun mereka ini bukanlah penduduk asal kampung Padang Balang.

Putus hubungan

Sebahagian mereka ini telah terputus hubungan dengan ahli jawatankuasa sekarang. Syed Malek yang memegang jawatan Pengerusi Tetap cawangan itu, cuba mengingat kembali kisah dahulu dalam Mesyuarat Agung PAS Cawangan Padang Balang pada 4 Mac lalu, di Markaz PAS cawangan itu.

Katanya, "PAS Cawangan Padang Balang menyambut penubuhannya ke-24, mungkin sukar mempertemukan golongan veteran tersebut jika tidak ada langkah memperingati dan mengenang pejuang lalu diambil bagi menyambung kembali saliratulrahim."

Beliau yang ditemui cukup gembira hadir ke mesyuarat cawangan walaupun keadaan kesihatan beliau agak uzur. Namun begitu beliau masih kelihatan segak walaupun sering kali menyuarakan hasrat untuk berundur kerana umur sudah lebih 70 tahun.

Pada mesyuarat tersebut, kebanyakan ahli jawatankuasa lalu masih dikekalkan pada pemilihan kali ini serta menaikkan kembali muka lama Wan Azman dengan undi tertinggi.

Mesyuarat Agung cawangan tersebut pada 4 Mac lalu mengekalkan Ketuanya, Samsuddin Yacob, Naib Ketua (Haji Rosdeen Mohd Yassin), Ketua Pemuda (Mohd Rafaie Abd Razak) dan Ketua Muslimat (Maznah Yunus).

Turut dipilih ahli jawatankuasa ialah Ahmad Pauzi Kamaruddin, Nazarusman Zaidi, Abdul Rais Abdul Rahman, Abdul Rauf Abdul Rahman, Sofiah Said, Shahidan Ariffin dan Abdul Ghani Abdul Wahab.

Ustaz Fadzil rasmi penubuhan

Allahyarham, Datuk Ustaz Fadzil Mohd Noor telah merasmikan penubuhan cawangan tersebut dalam satu majlis ceramah di rumah Syed Malek, di Kampung Padang Balang, pada 7 Mac 1983. Ustaz Fadzil ketika itu Pemangku Timbalan Yang Dipertua PAS.

Hubungan Syed Malik dengan Ustaz Fadzil sejak dibangku sekolah rendah di Kedah memudahkan urusan beliau mendapatkan khidmat Ustaz Fadzil untuk menubuhkan dana cawangan kerana ceramah pada malam tersebut mendapat kutipan derma sebanyak RM4,000.

Pada esoknya, mesyuarat agung pertama diadakan di rumah beliau dirasmikan Setiausaha PAS Kawasan Setapak, Abdul Malek Hussin (telah isytihar keluar PAS). Turut hadir Yang Dipertua PAS Kuala Lumpur Bandar, Ustaz Othman Abdul Razak dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Setapak, Abd Razak Ayub.

Sebagai orang yang baru menyertai PAS ketika itu, Syed Malek mampu mengingatkan ahlinya supaya menghayati kehidupan Islam sepenuhnya, mengambil iktibar daripada perjuangan umat lalu dan sentiasa mengamal konsep hidup berjiran bagi menjamin keagungan Islam, dalam ucapan pertamanya di mesyuarat tersebut.

Di bawah beliau juga, jawatankuasa Masjid Syaidina Ali dikuasai orang PAS. Ustaz Hassan Shukri pernah mengajar tafsir al-Quran di masjid tersebut.

Cawangan ini juga pernah melahirkan idea mengwujudkan Institut Latihan Mujahid Islam (Kader Pemimpin Islam) diperingkat pusat bagi melahirkan ahli gerakan Islam yang padu, komited dan iktizam terhadap gerakan Islam.

Pada mesyuarat agungnya yang kedua, ia dirasmikan Haji Subky Abdul Latif sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Setapak, pada 18 Februari 1984.

Tuesday, March 13, 2007

Setelah lebih 20 tahun di Melewar, PAS kini melangkah di tengah kota

DPPWP Mengucapkan tahniah dan Selamat Datang Kepada PAS Pusat dan Dewan-Dewan PAS Pusat yang membuka Pejabatnya di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Allahuakhbar

-Herman Samsudeen
................................................................................

Terlebih dulu diucapkan setinggi tahniah di atas kejayaan PAS memiliki ibu pejabat barunya yang terletak di No, 318A Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Pejabat setinggi lima tingkat itu dikenali sebagai Pejabat Agung PAS yang mula beroperasi pada 1 Mac lalu.

Sekaligus juga ibu pejabat PAS atau lebih dikenali sebagai Markas Tarbiyah PAS, di Taman Melewar, Gombak ditinggalkan dengan seribu kenangan setelah lebih 20 tahun beroperasi.

Lama juga rupanya Taman Melewar melakari lanskap politik PAS yang boleh disifatkan sebagai politik kontemporari Malaysia.

Sebab itu, sebut saja Taman Melewar, automatik dalam minda 'terset' perkataan PAS. Begitulah betapa hebatnya Markas Tarbiyah PAS.

Ibu pejabat PAS 'sepelaung' dari PWTC

Agak menarik juga, dalam diam tak diam ibu pejabat PAS yang baru ini boleh dikatakan berada 'sepelaung' dengan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di mana terletakkan ibu pejabat Umno.

Bak kata seorang rakan, senang sikit sama ada PAS atau Umno pasang teropong untuk 'menghidu' rahsia masing-masing.

Itu mengenai pesekitaran hadapan bangunan PAS sekarang yang sebelum ini adalah cawangan RHB Bank.

Bagaimanapun bertapaknya pejabat PAS di situ rasanya ada yang perasan dan ada yang tidak bahawa di belakang bangunan itu merupakan 'lubuk maksiat'.

Sebab itu semasa penulis dan beberapa rakan pejabat, Wan Nordin, Saadon dan Wan Zahari ditugas membuat 'assignment' di ibu pejabat baru itu minggu lalu, hati kami terus terdetik..."eh....ini tempat maksiat’!'

Perkataan itu yang tersembur tanpa disedari dari mulut kami berempat sebaik saja memasuki sebuah tempat parking yang tidak jauh dari kawasan berkenaan.

Dalam langkahan yang diatur mata kami berempat tercuri-curi memerhati di persekitaran itu. Seram juga silap-silap haribulan terpandang kelibat-kelibat yang menyesakkan mata.

Mulutku bagai terkunci, kerana seingat aku kawasan ini dikenali sebagai Lorong Haji Taib.

Satu lembah yang ‘top’ dengan pelbagai cerita, bapa ayam, mak ayam, anak ayam kampung, mak nyah, mat lalok, mat gian dalam kata lain tempat ‘jual orang’.

Ia adalah kawasan Chow Kit yang juga disebut kawasan murahan. Kerana ia cukup sinonim dengan permasalahan sosial dan gejala negatif terutama sekitar lorong ini.

'Anak ayam kampung'

Dalam kejauhan fikiranku melayang. Tiba-tiba nostalgia di zaman aku mula berjinak dengan gelanggang kewartawanan atau pun pemberita kadet sekitar pertengahan 80-an dulu.

Masa itu aku baru bekerja di Majalah Alam Wanita terbitan Pustaka Antara, yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tidak jauh dari situ.

Aku disapa oleh rakanku yang bernama Ajis yang bekerja sebagai 'Lay-out Artis'.

'Roy kau tak nak cover story kat depan office kita ni ke, tadi aku nampak 'anak ayam kampung' baru sampai, cun dan bergetah habis.’

Aku merenung tajam ke mukanya yang tersengeh dan tidak berkata apa-apa. Sesungguhnya aku kurang mengerti maksudnya.

Dengan tersipu-sipu pintu biliknya ditutup mungkin beliau perasan aku kurang berminat dengan bab yang dicakapnya.

Keesokan paginya baru Ajis bercerita panjang denganku. Barulah aku faham rupanya 'anak ayam kampung itu adalah anak gadis kampung yang jahil dengan selok-belok Kuala Lumpur.

Simpati aku tidak terkata mengenangkan nasib anak gadis yang masih suci, sesuci ibu dan ayahnya membelai dan menjaganya dengan pernah kemuliaan.

Tetapi dalam sekelip mata menjejaki kaki di Lorong Haji Taib, kesuciannya dinoda dan terus ternoda.

Setelah terpalit dengan noda hitam itu akhirnya bermastautin sehingga bergelar pelacur tua di situ.

Kini tugas PAS untuk memutihkan kembali Lorong Haji Taib

Di situlah definisi Kuala Lumpur, bukanlah di Sri Hartamas ataupun Bangsar. Bukan juga Mid Valley atau One Utama dan KLCC tetapi Chow Kit.

Walaupun berdekatan dengan kawasan 'kurang elok' dan menyimpan banyak rahsia tentang Kuala Lumpur tetapi ‘Lorong Haji Taib’ tidak siapa yang peduli.

Malah ia dianggap sebagai tempat keji lagi hina.

Di persekitaran Pejabat baru PAS itu letaknya 'red light district' ibu kota tersayang kita.

Satu rahsia yang aku rasa bukan rahsia lagi. Diketahui umum tetapi tidak diperkatakan.

Satu hipokrasi yang telah lama sebati di dalam diri kita sebagai warga kota.

Tetapi yang peliknya mengapa dibiarkan maksiat terus bertakung di situ sedangkan lebih dua dekad Umno yang kononnya mempejuangan agama dan bangsa berdiri megah 'sejengkal' dari situ.

Nah! Sekarang ini PAS boleh membuka mata dan terus dengan misinya bahawa pindahnya mereka ke sana bukan setakat Parti Islam Semalaysia tetapi parti untuk semua masyarakat.

Ayuh di tanganmu, PAS yang diterajui Presiden Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, kami rakyat marhain menaruh segunung harapan untuk memutih kawasan yang dipenuhi titik-titik hitam itu.

Kami tidak mahu lagi khasya anak Melayu Islam berkubang dan terus bernanah dengan barah yang membusung sehingga tidak lagi menjadi insan yang dikehendaki agama.

Mudah-mudahan dengan hadirnya PAS di situ, Lorong Haji Taib menjadi pusat pentarbiahan dan nur syiar Islam bergelapan di situ.

Bila menantu marah mertua

Akhbar arus Perdana baru - baru ini menyiarkan betapa marahnya Khairy Jamalludin, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan merangkap menantu dan pemegang saham minoriti kepada Kerajaan Tiga Beranak Berhad terhadap syarikat Khazanah Holding Berhad dan syarikat sekutunya yang dinamakan GLC atau Syarikat Kerajaan yang di perbadanankan kerana tidak hadir ke Majlis Cakap Banyak-Banyak anjuran Gabem dalam Jihad Ekonomi.

Bagi yang tak tahu pasti merasakan akan hebatnya Naib Ketua ini tetapi pada bagi yang tahu akan senyum "sempoi" .Ini adalah kerana bila Khairy Jamaluddin marah dengan syarikat-syarikat GLC, maknanya dia terlepas pandang bahawa semua CEO syarikat GLC dalam Khazanah Holding Berhad dilantik oleh Abdullah Hj Ahmad yang menjadi Pengerusi dan Menteri yang menjaga semua GLC.

Ini memberi pengertian bahawa Khairy Jamaluddin sudah menegur bapak mertuanya sendiri dan dia sudah mengesahkan juga yang bapak mertuanya tidak tahu apa-apa melainkan mendengar atau mengikuti apa kehendak pemegang saham majoriti Kerajaan Tiga Beranak Berhad ia itu Kamaluddin Bin Dato Seri Diraja Bendahara Maharaja Abdullah Hj Ahmad yang juga pemegang saham Scommi yang menguasai ekonomi besar-besar zaman pemerintahan Islam yang ada had dan hari di Malaysia.

Bila berita akhbar itu dikeluarkan pada 11hb Mac 2007, yang kebetulan jatuh pada hari ulang tahun ke 85 Tun Abdul Razak Hussein, maka sesetengah orang akan ingat bahawa apa yang dikatakan oleh Khary Jamaluddin pernah berlaku di zaman Tun Abdul Razak dan yang akan menjadi mangsa ialah orang yang melaksanakan strategi itu.

Tun Abdul Razak Hussein juga tidak terlepas dari kecaman atau serangan musuh politiknya yang di luar dari badan tubuh UMNO sendiri. Antara nama yang selalu menjadi sasaran ialah dua nama yang terdiri daripada dua Abdullah, seorang Setiausaha Akbar dan dan seorang lagi Setiausaha Politik. Kedua - dua mereka ini terlalu rapat dengan Tun Abdul Razak Hussein. Bila orang terlalu marah dengan kedua Abdullah ini, terutama dengan yang memegang jawatan Setiausaha Politik, maka mengadulah orang kepada Tun Razak Hussein. Satu kelebihan Tun Abdul Razak Hussein adalah dia mendengar keduanya sekali ia itu yang baik atau yang mengampu dan juga yang tidak baik atau yang mengecam dia.

Sekiranya pandangan yang dikemukakan kepadan Tun Abdul Razak adalah pandangan kedua iaitu pandangan yang mengampu dan juga yang tidak baik atau yang mengecam dia pada kebiasaannya, Tun Abdul Razak tidak akan berdendam sebaliknya dia akan beri harapan kepada pengadu dan lebih lagi Tun Abdul Razak Hussein akan menggunakan pendekata ia itu sama ikut marah-marah dengan dua Abdulllah ini.

Maka berpuas hati orang yang mengadu hal itu kepada Tun Abdul Razak Hussein dan akan dibawa cerita bagaimana Tun Abdul Razak Hussein juga marah dengan kedua-dua Abdullah ini khas yang memegang jawatan Setiausaha Politik. Malangnya, Tun Abdul Razak Hussein tidak lama menjadi Perdana Menteri, dia meninggal awal dan akhirnya pecah tembelang Tun Abdul Razak Hussein bila kisah-kisah itu diceritakan semula oleh orang yang rapat dengannya. Ini termasuk orang - orang yang dapat mengesahkan sendiri yang menjadi perlaku dan saksi mata, bahawa apa pun yang dilakukan oleh dua orang ini khasnya Setiausaha Politik yang kemudian keduanya ini menjawat jawatan Timbalan Menteri adalah orang suruhan dan arahan Tun Abdul Razak Hussein sendiri.

Apakah sebab Tun Razak Hussein melakukan perkara ini? Sewajarnya bagi mereka-mereka yang berminat menyelidik dan belajar sains politik membuat kajian. Pada orang yang tidak ada asas penyelidikan dan belajar sains politik, mereka perlu hanya mengambil kesimpulan bahawa Tun Razak Hussein hendak memandu kapal yang bergelora dalam UMNO agar dia masih diterima sebagai Nakhoda kerana di zamannya terdapat juga ketidak puasan hati ahli UMNO dengan cara kepimpinannya dan permulaan dasar ekonomi baru. Sehingga sewaktu dia menjadi Perdana Menteri, Pahang, negeri tanah tumpahnya darahnya, yang mempunyai lapan kawasan Parlimen, tujuh memegang jawatan Anggota Pentadbiran Awam, kecuali ahli Parlimen Maran, itu pun menjadi Pengerusi Risda.

Sekarang menantu Perdana Menteri menggunakan tektik lapok itu, marah-marah dengan Pembesar Tinggi Khazanah Holding yang tidak hadir ke majlis cakap-cakap Gabem yang habuk pun tak ada dan andainyaair liur yang bercakap dari mula soal ekonomi Melayu ini dikumpulkan, harus kita boleh buat takungan air yang cukup untuk diminum oleh penduduk Lembah Klang selama setahun dan tak perlu nak buat Empangan Lembah Klau lagi kalau setiap tahun Gabem anjuran majlis macam itu setiap negeri.

Akhirnya dengan menggunakan sumbernya, Khazanah Holding sudah menjawab, pembesarnya pergi ke Luar Negeri dan sudah pasti sebelum pergi mereka memaklumkan kepada Pengerusinya atau orang di Pejabat Perdana Menteri. Kalau dia tidak maklumkan atau memberi tahu kepada pejabat di Kementerian Kewangan bererti pembesar tinggi di Khazanah Holding, sudah menjadikan syarikat duit pembayar cukai itu macam harta pusaka yang ditinggalkan oleh emak bapak mereka dan sesuka hati melakukan apa yang dia suka.

Menantu Perdana Menteri ini juga mengatakan bahawa tuduhan keperluan untuk membayar bagi mengatur perjumpaan dengan bapak mertuanya dan mereka yang terlibat dalam perniagaan "Broker" mengeluarkan surat wahyu sebagai sesuatu yang mengarut tetapi tidak dia nafikan bahawa macai-macai dia kini ada yang hidup mewah dengan kereta yang berjumlah lebih dari satu dan pernah disiarkan secara terbuka di akhbar tabloid dan internet.. Macai-macai yang seperti ikan dugong ini masih lagi berdamping dengan dia lagi.

Kemudian keluar pula idea mengarut daripada Exco Pemuda UMNO yang beristeri dua, Mengarutnya Ecxo Pemuda ini dan juga Setiausaha Politik kepada Abdullah Hj Ahmad ialah dia nak suruh kerajaan buat syarikat membekal barang binaan untuk bantu kontraktor bumiputra. Dia patut pergi sekolah balik dan membaca buku atau pergi ke Kementerian Inovasi, supaya dapat mengeluarkan idea yang bernas. Sebenarnya kerajaan dah buang beratus juta RM ke dalam longkang dengan mewujudkan syarikat Pembekalan Bahan Binaan, di Peringkat Persekutuan, sudah ada Pernas Trading, diperingkat negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri semuanya ada syarikat membekal barang binaan. Di Selangor dahulunya ada Perangsang Trading dan di Johor dengan Sergamnya dan Terengganu dengan Babenanya. Malangnya semua sudah mati tetapi tidak tahu dimana kuburnya.

Yang perlu dibetulkan ada sistem kontraktor itu. Jika sekarang kena melawat tapak baru boleh beli tender , ini perlu ditukarkan dengan membeli tender dulu dan jadikan satu hari mereka boleh melawat tapak. Bukankah mereka kontraktor maka sudah pasti mereka sudah memahami soal teknikal dan staf atau perunding yang boleh menasihatkan dan tak perlu Pegawai Penguasa nak beri taklimat.

Keduanya dalam borang tender sekarang mesti dimasukkan surat aku janji atau jaminan dari syarikat pembekal barang binaan yang berdaftar dengan CIDB supaya kerajaan mesti bersetuju untuk membayar terus bahan binaan yang dibeli oleh kontraktor melalui skim pembayaran berasingan yang dikemukakan melalui kerja-kerja kemajuan. Jika dia hendak mencari untung menaikkan harga bahan binaan, terserahlah dia dengan pembekal. Kalau satu ton besi dibeli dengan harga Rm 1800 tetapi pihak pembekal membekal dengan harga RM 1,690, baki keuntungan RM 110 terserahlah kepada pembekalnya. yang penting tidak ada alasan besi atau bahan lain tidak dapat dibeli oleh kontraktor seperti yang didakwa hari ini.


Sang Kelembai: Kesimpulannya apa yang diilhamkan oleh seorang Naib Ketua dan Exco Pemuda UMNO Malaysia itu tidak berinovasi. Jika ilham atau idea mereka berinovasi, dia akan berakhir dengan keuntungan untuk mereka seperti bagaimana Kementerian Kewangan mewujudkan BLT, sebuah syarikat yang memgambil alih kesemua kepentingan pembinaan rumah polis dan penyelengaraannya, dimana tender tender pembinaan diberi secara runding terus dan kalau nak dapat projek itu, cable atau wahyu mesti sebesar paip air dari empangan Klang Gate yang merentang Taman Melawati. Kalau tidak lebih baik beramai-ramai membuang air liur atau meludah untuk dikitar semula menjadi air bersih. Lagi ada faedah.


# posted by SANG KELEMBAI@zaharin mohd yasin

Mampukah teh tarik dan roti canai jatuhkan BN?

Pengerusi BN yang juga PM Dollah Badawi semalam mengatakan bahawa beliau sedang menunggu-nunggu faktor FEEL GOOD sebelum memanggil pilihanraya. Kata beliau lagi suasana FEEL GOOD kini sudah dirasai cuma ianya perlu lebih baik lagi sebelum beliau memanggil pilihanraya.

Saya tidak pasti siapakah yang seharusnya merasai faktor FEEL GOOD itu, adakah beliau maksudkan beliau sendiri, para pemimpin BN dan Umno atau rakyat?

Yang pastinya tiada FEEL GOOD FACTOR dikalangan rakyat kebanyakkan yang teruk terjejas hidup mereka akibat kenaikan kos hidup yang mendadak sejak tahun lalu. Yang sebenarnya ada cumalah FEAR FACTOR bukannya FEEL GOOD FACTOR! Buktinya hari ini disamping kenyataan Dollah itu akhbar-akhbar turut menyelitkan bahawa harga teh tarik dan roti canai pun turut naik mulai hari ini.

Teh tarik dan roti canai mungkin tidak muncul langsung dalam indeks pemerhatian Dollah dan pimpinan BN, bagi mereka mungkin ianya perkara remeh dan terlalu kecil atau negligible untuk dipertimbangkan. Tetapi awas, inilah hampir boleh disebutkan sebagai makanan rutin rakyat Malaysia disamping nasi dan lain-lain.

Mungkin kos kedua-duanya di bawah RM5 atau RM2 ditempat-tempat tertentu, tetapi nilainya sangat mahal bagi rakyat yang mengharapkan teh tarik dan roti canai inilah sebagai pengalas perut mereka ketika lapar.

Mungkin FEEL GOOD FACTOR bagi Dollah adalah kemenangan besar mereka di Batu Talam (yang bukan pun satu pertandingan), RM1 trillion dagangan (yang rakyat dikampung sekadar terlopong besar mulut mendengarnya), indek komposit yang melonjak naik (dan mampu juga menjunam turun), keuntungan dan kemewahan yang dirasai oleh segelintir kecil individu Melayu/Bumiputera (sedangkan yang selebihnya jangankan tulang hampas pun tidak mampu dikecapi)

Saya yakin setelah terjerat dan disengat dengan kenaikan kos hidup yang timpa menimpa termasuklah terbaru ini teh tarik dan roti canai, rakyat sudah mula bosan dan tersedar dari tidur lama mereka.

Dollah dan kaum kerabat pimpinan dalam BN mungkin menari-nari dan terhibur riang dengan FEEL GOOD FACTOR mereka yang apa sahaja itu, tetapi jangan sekali-kali memperlekehkan kemampuan rakyat. Kalau kezaliman dan kekejaman boleh jatuhkan Marcos, rasuah boleh jatuhkan Suharto dan salah-guna kuasa serta penyelwengan menjatuhkan Thaksin, tidak mustahil teh tarik dan roti canai (disamping yang tersenarai ini) akan berupaya merebahkan Dollah dan BN, panggilah segera pilihanraya.

- Roslan SMS

Sunday, March 11, 2007

Sempena 50 Tahun Malaysia Merdeka: Anak Kecil Main Api

Anak Bangsa Melayu (Berembang) Terus Dizalimi Pemimpin UMNO...Mereka Melukut Di Tanah Air Sendiri Tanpa Di Pedulikan Oleh Pemimpin UMNO Angkuh dan Penuh Kedurjanaan.