Jual tubuh hujung minggu
Oleh Nazarali Saeril
KUALA LUMPUR: Segelintir wanita warga asing yang bekerja di sekitar ibu negara dikesan melakukan tugas ‘seks’ pada hujung minggu di beberapa lokasi di Jalan Hang Tuah dengan mengenakan bayaran antara RM10 hingga RM15 bagi setiap perkhidmatan.
Wanita terbabit sanggup menjadi pemuas nafsu lelaki hidung belang, kebanyakan juga pekerja asing dengan menjadikan hotel murah sebagai lokasi pertemuan.
Timbalan Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Alwi A Ghani, berkata kebanyakan wanita terbabit mengambil peluang cuti hujung minggu untuk menjalankan kegiatan pelacuran itu.
“Ada di kalangan mereka mendapat pelepasan majikan untuk keluar dan mengambil peluang mendapatkan ‘wang saku’ haram dengan singgah di hotel murah terbabit.
“Mereka dipercayai melakukan kerja sambilan pada Sabtu dan Ahad serta mampu meraih sehingga ratusan ringgit hasil ‘titik peluh’ dicurahkan,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di sini, semalam.
Perkara itu didedahkan selepas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur melakukan operasi membanteras pelacuran dan dadah di kawasan hotel murah sekitar Jalan Hang Tuah dan Brickfields dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Menurut Alwi, majikan kebiasaan tidak mengetahui kerja sambilan dilakukan pekerja mereka kerana pelbagai alasan diberikan untuk ke bandar raya seperti berjumpa rakan, menonton wayang dan lain-lain lagi.
“Mereka pandai berselindung dengan pulang semula pada waktu dijanjikan selain tidak pernah cuba melakukan perkara yang boleh mendatangkan syak kepada majikan.
“Bagaimanapun, tidak semua pekerja asing wanita melakukan kegiatan haram itu sebaliknya segelintir saja yang mahukan wang mudah untuk membeli barangan mewah serta menikmati kesenangan,” katanya.
Menurutnya, dalam operasi itu, ratusan tilam serta pelbagai peralatan lain dirampas di 23 hotel murah selepas pemiliknya gagal mematuhi undang-undang yang tidak membenarkan kegiatan pelacuran dijalankan.
Tilam berkenaan dirampas di bilik kecil setiap hotel murah dijadikan tempat pemuas nafsu.
“Setiap hotel itu mempunyai antara 12 hingga 24 bilik bergantung kepada saiz hotel terbabit. Sewanya juga bergantung kepada masa diambil pelacur serta pelanggan ‘beraksi’.
“Hotel mengenakan sewa rendah dan mengaut keuntungan setiap hujung minggu kerana menjadi tumpuan pekerja asing lelaki serta orang tempatan mendapatkan khidmat seks murah,” katanya.
Selain itu, polis mengesan kegiatan pengambilan dadah oleh pelanggan serta pelacur di hotel terbabit.
Dipercayai, pengedar dadah ke hotel terbabit dan menawarkan barangan itu dengan harga murah.
Menurut Alwi, hotel terbabit dibuka jam 6 petang hingga larut malam kerana pada ketika itu, ramai pekerja asing keluar untuk mencari hiburan.
Katanya, operasi pembanterasan itu akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan Kuala Lumpur bersih daripada kegiatan haram pelacuran serta dadah.
“Pemilik kedai yang didapati bersalah kerana membiarkan hotel mereka dijadikan sarang pelacuran dan dadah akan dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home