DBKL sita 23 hotel murah
Oleh Nazmi Yaakub
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan dibantu polis menyita 23 hotel murahan dan rumah tumpangan di Jalan Petaling dan Brickfields di sini, semalam, kerana pelbagai kesalahan, termasuk digunakan untuk tujuan pelacuran.
Penyitaan itu dibuat selepas kira-kira 150 anggota polis dan kakitangan penguat kuasa DBKL menyerbu 23 hotel murah dan rumah tumpangan di Jalan Petaling dan Brickfields, pagi semalam, kerana melanggar syarat lesen yang dikeluarkan DBKL.
Timbalan Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Alwee A Ghani, berkata tindakan menyita premis itu diambil selepas siasatan mendapati maksiat dan penyalahgunaan dadah berlaku di situ.
“Kita bukan saja menyita premis terbabit, malah merampas peralatan asasnya seperti tilam, katil, pendingin hawa dan kipas bagi memastikan premis itu tidak beroperasi lagi.
“Operasi pagi ini (semalam) adalah fasa ketiga selepas fasa pertama yang membabitkan serbuan terhadap lima premis di Jalan Chow Kit, tahun lalu dan fasa kedua di Jalan Pudu (11 premis), Januari lalu,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu di Jalan Petaling, di sini, semalam.
Alwee berkata, bekalan elektrik dan air ke premis itu turut dipotong supaya mereka tidak kembali beroperasi.
Beliau berkata, operasi itu susulan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Wilayah Persekutuan, baru-baru ini bagi memastikan ibu kota bebas daripada jenayah, terutama pelacuran dan penyalahgunaan dadah.
“Kegiatan pelacuran turut membabitkan gadis bawah umur kerana pada 2003 kita berjaya menyelamatkan 12 gadis bawah umur dan tahun lalu, 21 orang yang dipaksa melacur,” katanya.
Tinjauan Berita Harian mendapati kebanyakan hotel dan rumah tumpangan itu mempunyai 12 hingga 24 bilik dan operasinya bermula jam 6 petang hingga awal pagi.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home