PERUTUSAN SEMPENA HARI LANDSKAP NEGARA 2005
Hari ini, pada 03 Mac 2005, seluruh Negara sedang meraikan sambutan Hari Landskap Negara. Hari ini, disambut khusus bagi mengingatkan kita akan kepentingan kita sebagai warga alam ini untuk terus memperindahkan laman kehidupan kita sama ada dirumah, ditempat kerja atau di mana sahaja kita berada.
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan, Selamat Meraikan Hari Landskap Negara kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya bagi mereka yang berkecimpung secara serius dalam dunia landskap ini.
DPPWP memandang serius terhadap kejadian peningkatan suhu dunia pada hari ini. Bermula pertengahan bulan Februari 2005 yang lepas kita telah dikejutkan dengan peningkatan mendadak suhu dunia yang menjangkau kepada 40 darjah celcius iaitu satu tahap yang melebihi dari keadaan biasa. Selain itu kebakaran Hutan di negeri Perak juga telah menjejaskan kualiti udara sehingga menyebabkan jerebu di banyak Wilayah termasuk Kuala Lumpur.
DPPWP juga melihat bahawa fenomena alam ini, merupakan satu lagi peringatan dari Allah selepas kejadian malapetaka Tsunami. Walaupun belum ada kejadian serius yang membawa kepada kematian dilaporkan ekoran peningkatan suhu di Malaysia namun kita juga perlu berhati – hati bila berada di luar rumah.
Sempena Hari Landskap Negara pada tahun ini, DPPWP berharap agar pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dapat mengambil inisiatif serius dalam memastikan kehijauan bumi Metropolitan ini dapat dipulihara bagi menjaga keseimbangan alam ini sesuai dengan keperluan pembangunan yang kian pesat hari ini serta menstabilkan semula suhu dalam ibu kota.
Kita tidak mahu, alam ini di korbankan demi kepentingan wang ringgit semata tanpa mengambil kira akan kesan jangka panjang yang bakal dilalui oleh generasi yang akan datang. Kita menyarankan agar lebih banyak pokok – pokok seperti pohon Semarak, Palma dan sebagainya di tanam disekitar ibu kota. Kita tidak mahu pihak DBKL memusnahkan pokok – pokok yang sedia ada dan mengantikannya dengan tiang – tiang lampu hiasan tanpa membuat sebarang inisiatif bagi menanam pokok baru.
Kita berharap agar lebih banyak pokok - pokok dan bunga hiasan ditanam disekitar ibu kota walau pun kita memahami akan jumlah tanah di sekitar ibu kota semakin berkurang ekoran kepesatan pembinaan bangunan – bangunan besar di ibu kota.
Dalam pada itu, kita menyarankan agar DBKL mengeluarkan arahan untuk memulihara serta menanam pokok – pokok gantian kepada kontraktor yang memusnahkan pokok – pokok yang sedia ada. DBKL boleh mewajibkan mereka dan pemilik bangunan untuk menyediakan pelan landskap dan menanam pokok – pokok bunga di dalam dan luar bangunan mereka. Walaupun ramai pemilik bangunan yang telah mengambil tindakan, namun selagi DBKL tidak bertegas untuk mewajibkan perkara ini, selagi itulah hasrat untuk menjadi Kuala Lumpur sebagai ‘Kota Dalam Taman’ tidak akan tercapai sepenuhnya.
DPPWP juga menyarankan agar penduduk di sekitar ibu kota juga memulihara landskap kehidupan mereka dengan menanam pokok – pokok bunga dan sayuran yang kini boleh dijadikan bahan hiasan bagi laman rumah mereka. Bagi yang tinggal di kawasan rumah Flat atau Rumah Pangsa dan kondominium mereka juga boleh menanam pokok – pokok bunga di dalam dan luar rumah dengan mengunakan pasu.
Kita berharap akan konsep ‘Satu Rumah, Satu Pokok’ dapat dilaksanakan sebagai dasar baru bagi menghijau kota Kuala Lumpur ini. Kita mahu suhu di ibukota ini disejukkan dengan kehijauan dan warna – warni pepohon bunga.
Selain itu, DPPWP juga melihat bahawa penjagaan taman – taman permainan dan taman rekreasi seperti Taman Tasik Perdana, Taman Tasik Titiwangsa, Taman Tasik Permaisuri dan sebagai di ibu kota perlu diambil berat. Kita juga menasihatkan agar warga kota dapat menjaga kebersihan taman – taman ini serta persekitaran ibu kota dengan tidak membuang sampah sesuka hati. Kita berharap agar DBKL mengambil tindakkan tegas kepada mereka yang membuang sampah sesuka hati dengan menguatkuasakan undang – undang yang sedia ada yang selama ini tidak diambil peduli oleh penghuni kota ini.
Seterusnya, DBKL juga harus memerhatikan tentang dana serta keperluan semasa yang hakikatnya tidak perlu dibazirkan terlalu banyak. Kita tidak mahu DBKL mengunakan banyak bahan tiruan seperti pokok plastik atau tiang lampu hiasan jalan yang terlalu mahal bagi tujuan mengindahkan kota raya ini. Kita harap DBKL mengunakan bahan – bahan semula jadi yang boleh ditanam sendiri di tapak semaian DBKL disamping mengitar semula bahan – bahan terbuang.
Dalam pada itu, DPPWP menyarankan agar suasana kehidupan di Kuala Lumpur ini dapat dipulihkan dengan menjadikan bandaraya ini bebas dari gejala maksiat yang hakikatnya itulah sebahagian dari landskap kehidupan warga kota hari ini. Kita merasa sakit mata melihat keindahan kota ini dicemari oleh kewujudan pusat – pusat maksiat, judi dan hiburan yang melebihi kewujudan taman – taman rekreasi.
Kita tidak mahu jika taman – taman dan landskap ini sahaja dijaga, kita mahu agar akhlak warga kota juga dipulihara agar pembinaan landskap kemanusian itu dapat dijaga kualitinya. Jiwa dan akhlak warga kota dapat dipelihara dengan mengurangkan atau menutup terus pusat – pusat maksiat dan ditukarkan dengan pembinaan taman – taman rekreasi yang sesuai untuk dikunjungi oleh semua peringkat usia sebagai pusat hiburan alternatif.
Akhir sekali, DPPWP berharap agar pembangunan landskap diibu kota ini dapat dijalankan seimbang dengan pembinaan jati diri dan budaya bangsa Malaysia sendiri, dengan harapan agar kota ini dapat dibangunkan mengikut acuannya yang sebenar. Warisan dan pewaris Negara perlu dipelihara dengan serentak, bagi menjamin kesinambungan generasi bangsa Malaysia yang berkualiti dan berakhlak tinggi, disamping memulihara landskap dan ekosistem yang sedia ada.
“Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari”
Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

0 Comments:
Post a Comment
<< Home