Kos Air Naik Kepada RM70 Bilion Selepas 20 Tahun Nanti
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Kos pengurusan bekalan air, termasuk pembersihan sungai sebagai sumber air, dianggarkan meningkat daripada RM3 bilion kos semasa dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8), kepada RM70 bilion dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Datuk Keizrul Abdullah berkata kos lebih tinggi itu seiringan dengan pertambahan jumlah penduduk di samping pembangunan negara yang pesat selain tahap pencemaran sumber air yang lebih serius.
"Dalam RMK-8, kerajaan memperuntukkan kira-kira RM3 bilion untuk projek bekalan air dan RM2 bilion untuk saliran dan tebatan banjir. Kos menjadi tinggi dan sudah menjadi trend di seluruh dunia untuk mencari sumber pembiayaan alternatif... boleh dicari dari sektor swasta dan pasaran modal tempatan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Dialog Kebangsaan Mengenai Pembiayaan Kewangan Sektor Air, di sini.
Dialog itu adalah anjuran bersama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Tenaga, Air dan Telekomunikasi dan Jabatan Pengairan dan Saliran.
Keizrul tidak menolak kemungkinan pihak kerajaan tempatan terpaksa menanggung kos pengurusan bekalan air di masa depan.
Katanya bekalan sumber air yang utama di Malaysia masih lagi sungai iaitu 93 peratus dan selebihnya dari sumber air bawah tanah.
Beliau berkata kira-kira 70 peratus air tempatan digunakan untuk pertanian, 20 peratus untuk kegunaan domestik (rumah) dan 10 peratus lagi untuk industri.
-- BERNAMA

0 Comments:
Post a Comment
<< Home