Accin bantah penubuhan IRC
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Hrkh) - Pelbagai bantahan telah disuarakan terhadap pembentukan Suruhanjaya Antara Agama (IRC) dan yang terbaru adalah daripada Jawatankuasa Gabungan Badan Bukan Kerajaan Islam (Accin).
Accin berkata, bantahan terhadap IRC adalah kerana hak yang diberikan oleh perlembagaan untuk seseorang mengamalkan agamanya tidak meliputi hak untuk persoalkan ajaran-ajaran agama lain.
Malah Pengerusinya, Dato' Mustapha Ma berkata, pendirian tersebut tidak pernah berubah dan Accin melihat usaha yang dijalankan oleh Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS) dan Majlis Peguam untuk mewujudkan Suruhanjaya Antara Agama (IFC - Interfaith Commission) sebagai sesuatu yang sangat tidak wajar.
"Pada 25 Jun 2004, Accin telah membantah penubuhan tersebut dan mengulangi bantahan terhadap penubuhan itu," katanya dalam satu sidang media di pejabat Macma Malaysia, Balai Islam dekat sini, semalam.
Justeru itu katanya, Accin merayu kepada kerajaan Malaysia supaya tidak merestui penubuhan IRC.
Sebelum ini Harakah dalam keluaran terbarunya dipetik sebagai berkata, kerajaan perlu bertegas menolak penubuhan IRC.
Menurut Mustapha, Majlis Peguam mahupun MCCBCHS bukan badan yang layak untuk mengambil daya usaha tersebut.
"Ini kerana MCCBCHS telah menyerahkan memorandum yang melanggar ajaran dan amalan Islam dan hak Muslim, contohnya orang Muslim berhak untuk murtad dan sebagainya," katanya.
Sehubungan itu katanya, Accin tetap perjuangkan kewujudan sebuah masyarakat Malaysia yang harmoni di mana rasa saling hormat menghormati terhadap agama dan kepercayaan satu sama lain diberi keutamaan.
"Orang Islam tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam hal ajaran dan amalan Islam," katanya.
Begitu juga katanya, hal-hal dalaman mana-mana agama adalah untuk pengikut agama mereka.
Kedudukan Raja-raja Melayu tegasnya, adalah sebagai Ketua Islam dalam negeri mereka perlu diperakui dan dihormati dan usaha untuk mencairkan kuasa Raja-raja Melayu tidak boleh dicabar.
Katanya lagi, hak-hak bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka yang diakui (artikel 11 di dalam Perlembagaan Negara) hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) atau agensi kerajaan yang berkenaan.
"Dialog Islam dengan bukan Islam hendaklah ditumpukan kepada usaha memperbaiki tingkah laku pengikut agama masing-masing dan juga mempromosi keadaan saling hormat menghormati dan saling faham memahami sebagaimana diseru oleh Perdana Menteri Malaysia," katanya lagi.
Ini katanya, sebagaimana sebelum ini pihaknya juga pernah terlibat dalam majlis dialog dengan kumpulan tersebut namun setelah menyedari pihak berkenaan berusaha menubuhkan IRC pihaknya terpaksa menarik diri.
Ekoran itu juga katanya, Accin tidak akan menyertai seminar yang bakal diadakan pada 24 dan 25 Februari ini yang bertujuan bagi mewujudkan IRC.
"Malah kami tidak akan hantar wakil ke seminar tersebut," katanya.
Menjawab satu soalan beliau berkata, mekanisme mengenai kebebasan hak beragama dalam negara ini sudah mencukupi contohnya orang bukan Islam boleh pergi ke Suhakam jika hak mereka dicabar.
Manakala orang Islam pula katanya, ia tertakluk kepada Undang-undang Syariah dan sekaligus ia tidak perlu lagi diwujudkan badan lain.
Dalam pada itu katanya, pihaknya juga telah menghantar satu memorandum bantahan mengenai penubuhan IRC kepada kerajaan Malaysia pada 25 Januari lalu. - mks.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home