Pegawai Kebajikan terkejut masih ada mangsa tsunami tidak dapat bantuan
Oleh Mohd Sabri Said
SUNGAI PETANI,(Hrkh)- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Muda terkejut masih ada individu yang belum mendapat bantuan akibat bencana ombak besar tsunami pada 26 Disember 2004.
Pegawai JKM Daerah berkenaan, Hajjah Che Mah Darus semasa dialog dengan mangsa di Kampung Masjid petang semalam menambah, sesiapa yang belum menerima bantuan akibat bencana boleh berbuat demikian dengan menyertakan laporan polis, anggaran kerugian di samping mengisi borang sebelum dihantar ke pejabat JKM untuk tindakan.
"Kami mengakui memang terdapat kekeliruan sewaktu memberikan bantuan sebelum ini kerana ada mangsa yang sengaja memasukkan melebihi dua nama. Akibatnya, ada yang dapat dan ada yang ketinggalan, " terangnya di hadapan kira-kira 60 orang penduduk.
Sehingga semalam 18 keluarga, 10 pekedai runcit dan lima pengusaha kedai makanan belum menerima apa-apa bantuan kemusnahan harta benda kecuali wang perpindahan RM500.00.
Hadir dalam dialog dengan penduduk di Masjid Kuala muda ialah Timbalan Pengarah (1), Biro Pengaduan Awam dari Putrajaya, Dato' Haji Mohd Nahwari Haji Hashim, Pegawai Bahagian Keselamatan Negara, Mohd Zain Abdul Rahman dan wakil Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Bagaimana pun Pegawai Daerah Kuala Muda, Haji Iqbal Ahmad dan Penghulu Mukim Kota dan Rantau Panjang, Yazit Abdul Wahab tidak hadir untuk memberikan penjelasan beberapa insiden yang melibatkan pembahagian yang tidak sekata.
Wakil 18 keluarga Kampung Masjid, Shahurin Yahya berkata, setakat hari ini bantuan RM2000.00 tidak sekata dan menimbulkan persoalan.
Pemerhatiannya, ada keluarga yang tidak seteruk mana memperolehi sedangkan keluarga yang rosak peralatan rumah tidak mendapat apa-apa.
"Kita akan senaraikan nama mereka yang belum memperolehinya seperti mana yang dikehendaki oleh JKM, " katanya.
Seorang peniaga yang enggan namanya disebut memberitahu Harakahdaily, pihak kerajaan jangan mengutamakan bantuan kepada mereka di rumah sementara Permatang Katong sahaja sebaliknya melihat sama penderitaan mangsa yang kembali ke rumah masing-masing.
"Lihat kedai saya semuanya musnah. Tapi tak pernah dapat apa-apa bantuan pun selain RM500.00 saja. Di mana saya nak dapat keperluan untuk menyambung perniagaan, " jelasnya.
Sementara itu, Ketua PAS Cawangan Kampung Masjid Kuala Muda, Mohd Taib Abdul Hamid berkata, sepatutnya semua pembahagian dilaksanakan di masjid kerana Ahli Jawatankuasa Masjid lebih arif siapa yang terlibat teruk bukan seperti sebelum ini kerana ada pihak yang mengambil kesempatan.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home