Tragedi Tsunami
KUALA LUMPUR : Bencana Tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 yang lalu masih menjadi tajuk perbualan yang hangat bukan sahaja di Malaysia tetapi tetapi di seluruh dunia. Ini kerana kesan dari bencana tersebut begitu hebat dan mengorbankan lebih daripada 150,000 jiwa dan kerosakan harta benda bernilai berbilion ringgit.
Negara - negara yang menerima kesan gempa bumi dasar laut pada skala 9 richter baru – baru ini ialah India, Indonesia, Malaysia, Sri Lanka, Pulau Maldives, dan beberapa negara di Afrika. Ombak setinggi 10 meter yang melanda tidak pernah dilihat manusia zaman ini. Di Indonesia beberapa pulau telah lenyap dari peta dunia berserta dengan penghuninya sekali. Bencana Tsunami ini sepatutnya dijadikan iktibar oleh semua pihak.
Lihatlah betapa hebatnya kekuasaan Allah. Allah menghukum bukan hanya pada mereka yang melakukan maksiat semata. Hukuman Allah turut terkena badinya pada mereka yang hanya khusyuk beribadat serta mementingkan diri sendiri tanpa melarang manusia lain dari melakukan kemungkaran.
Bencana Tsunami sepatutnya menyedarkan kita akan kederhakaan kita kepada Pencipta Yang Maha Gagah. Marilah sama-sama kita berdakwah menyampaikan apa yang patut disampaikan sekadar yang kita mampu. Larangkan anak-anak kita, ahli keluarga kita serta sahabat handai dari berada di tempat-tempat maksiat seperti Konsert Sureheboh, Kelab-kelab malam, pusat perjudian dan lainnya. Orang Islam tidak akan maju dengan pesta maksiat.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home