Tuesday, October 26, 2004

Ibu Tunggal Tagih Janji Bina Rumah

BALING, 24 Okt (Bernama) : Harapan ibu tunggal Maznah Yaacub, 32, dan lima anaknya di kampung Ambing di sini untuk menyambut hari raya di rumah baru tidak kesampaian kerana rumah yang dijanjikan masih terbengkalai.

Berikutan itu, keluarga berkenaan akan menyambut hari raya di bekas kandang kambing yang dijadikan rumah mereka selama ini.

Tinjauan Bernama mendapati, rumah baru yang dijanjikan oleh pihak tertentu masih terbengkalai kerana bahan yang dihantar untuk mendirikan rumah berkenaan tidak mencukupi.

Maznah berkata dia amat kecewa kerana pihak berkenaan berjanji rumah baru itu boleh diduduki sebelum dia melahirkan anak kelimanya Mohd Farhan Shukri, yang kini berusia 2 bulan.

Dua bulan lepas media menyiarkan kisah penderitaan Maznah yang sarat mengandung ditinggalkan suaminya terpaksa tinggal dalam bekas kandang kambing yang dijadikan rumah bersama empat anaknya lagi, Mohd Fitri, 9, Mohd Farid, 8, Nurul Fatin, 5, dan Mohd Faris, 4.

"Setelah kisah penderitaan saya tersiar dalam akhbar ada pihak telah berjanji untuk menghulurkan bantuan membina rumah, tetapi hingga kini rumah itu masih belum siap," katanya.

Beliau berharap pemimpin politik yang berjanji itu ikhlas untuk membantunya dan bukan untuk mendapatkan publisiti dari kisah penderitaannya dan anak-anak untuk kepentingan mereka.

Komen PemudaWilayah

Mana YB Dato' Dr Mashitah (Adun Baling) pergi....rakyat dier duduk kat kandang kambing pun tak ambil kisah..konon perjuangkan Islam Hadhari, nak bantu fakir miskin. Nie asyik sibuk nak besarkan pagar rumah sampai gaduh ngan jiran sebelah rumah jer...ingatlah rakyat tu, jangan main janji jer...jangan jadi YB 'kambing Hitam' plak.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com