FBI Disaman Ganggu Orang Islam
SAN FRANCISCO (BH): Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (ACLU) mengemukakan saman terhadap Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang cenderung menahan dan menyoal siasat orang Islam dan Arab mengenai kemungkinan pengganas melakukan serangan sebelum pilihan raya presiden bermula 2 November depan.
FBI menyoal lebih 13,000 orang Arab dan Islam tahun ini atas alasan mengesan dan menyekat sebarang potensi serangan itu. Agensi The Associated Press (AP) menyatakan, soal siasat itu adalah secara sukarela dan tidak menunjukkan orang yang disoal disyaki pengganas.
Bagaimanapun, kumpulan masyarakat Muslim meragui penjelasan itu dan bertanya mengapa saudara seagama mereka saja yang disasarkan. Saman ACLU itu dikemukakan Khamis lalu bertujuan menuntut FBI memberi dokumennya bagi menentukan sama ada agensi itu benar-benar bertindak mengikut peruntukan Perlembagaan.
Lebih-lebih lagi, ejennya melakukan pemeriksaan mengejut di kediaman, tempat kerja termasuk masjid dan usaha ACLU itu sejajar dengan Akta Kebebasan Maklumat. “Kami cuba mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai aktiviti (ejen FBI) itu,” kata peguam ACLU, John Crew.
Antara faktor yang menjadi tanda tanya ialah cara agensi berkenaan membuat keputusan siapa yang akan disoal. “Temu ramah atau soal siasat secara rambang menimbulkan kebimbangan bahawa FBI dan Pasukan Petugas Antikeganasan yang bergerak di California Utara mencabul hak sivil dan kebebasan imigran, warga Amerika dan pertubuhan tertentu dengan menyoal siasat mereka tanpa asas kukuh dan tanpa wujudnya syak wasangka,” menurut saman ACLU itu.
Pada 6 Oktober lalu, seorang jurucakap FBI di San Francisco, LaRae Quy, memberitahu The San Francisco Chronicle bahawa ejen FBI memasuki masjid sebagai sebahagian siasatan menyekat keganasan sebelum pilihan raya. “Kami cuba belajar mengenai masyarakat Muslim dan bagaimana pengganas boleh bersembunyi di kalangan mereka atau sama ada masyarakat itu membiayai keganasan. Jika ini adalah jihad Katolik, kami juga akan memasuki gereja Katolik,” kata jurucakap itu. – Agensi

Komen PemudaWilayah
Sikap FBI ini amatlah dikesali dan tidak profesional. Kita menyedari bahawa Amerika kini telah mula dibayangi ketakutan yang teramat sangat sehingga berasakan berada dalam negara sendiri pun tidak selamat. Tindakkan Umat Islam Amerika menyaman FBI adalah tepat dan kita tidak seharusnya membiarkan hak dan kepentingan umat Islam terus ditindas. Apatah lagi, kini telah kelihatan jelas dimata kita bahawa Amerika kini semakin buas untuk menghancurkan Islam dan merantai kehidupan umat Islam. Justeru itu kita perlu bertindak tegas, kita tidak seharusnya terus menyokong Amerika dan teruskan usaha memboikot barangan Amerika.....kita tidak lapar tanpa makanan buatan Amerika....kita tidak akan ketinggalan tanpa teknologi Amerika.....
0 Comments:
Post a Comment
<< Home