Bawa Anak Ke Rumah Ibadat Elak Terjebak Gejala Sosial - MB
KOTA BHARU (Hrkh) – Menteri Besar mencadangkan penganut pelbagai agama yang terdapat di Kelantan masing-masing membawa anak ke tempat-tempat ibadat bagi mengelakkan mereka terjerumus kepada kegiatan tidak sihat.
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, anak-anak muda mudah terjebak dengan kancah tidak sihat termasuk perlumbaan motosikal secara haram dan terbabit penagihan dadah. “Semua agama berkehendak kepada perkara yang baik-baik, sebab itu ketika tuan-tuan ke rumah ibadat masing-masing, bawalah bersama anak-anak bagi membolehkan mereka belajar mengenai tuntutan agama.
“Sekiranya tidak dibawa bersama sudah tentu mereka menghabiskan masa dengan kegiatan yang tidak sihat termasuk terpengaruh dengan penagihan dadah dan perlumbaan motosikal secara haram,” katanya pada perjumpaan dengan anggota jawatankuasa Majlis Perundingan Malaysia Agama (MPMA) di pejabatnya di sini semalam.
MPMA dianggotai penganut agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh. Rombongan daripada majlis tersebut dianggotai 12 orang diketuai pengerusinya, Pastor Rodney Siew. Hadir sama Naib Pengerusinya Gormok Singh, Setiausaha Kehormat, Yeo Eng Siang, Bendahari Kehormat, S KL Mani dan anggota jawatankuasanya yang terdiri daripada peniaga, pensyarah dan doktor perubatan.
Menteri Besar juga berharap ketua-ketua agama tersebut mendidik anak buah masing-masing terhadap kepentingan menjaga kebersihan. “Ketika datang ke bandar, didik anak-anak jangan membuang sampah di merata tempat dan hendaklah membuang sampah di tempat yang disediakan. Mendidik masyarakat supaya menjaga kebersihan perlu menggunakan kaedah yang sistematik.
“Saya akui masyarakat Melayu lebih sukar untuk menjaga aspek kebersihan berbanding kaum-kaum lain seperti Cina. Orang Melayu di kampung tidak diajar mengutamakan kebersihan sehingga terbawa-bawa sehingga ke hari ini,” katanya. Menurutnya, kepentingan menjaga kebersihan adalah elemen utama yang ditekankan bagi mencapai matlamat menjadi Kota Bharu bandar raya Islam pada tahun depan.
Beliau berharap kaum-kaum lain turut sama membantu kerajaan negeri bagi mencapai matlamat tersebut terutamanya menjaga kebersihan di premis masing-masing. “Saya juga berfikir hendak mengambil orang Cina dan kaum lain sebagai inspektor kesihatan bagi menjaga kebersihan bandar memandangkan mereka mempunyai banyak pengalaman mengenainya,” kata beliau.
Ketika ditanya seorang wakil MPMA terhadap kebimbangan agama lain sekiranya Kota Bharu menjadi bandaraya Islam kata Menteri Besar, ia tidak perlu dibimbangi kerana kaum lain lebih kedepan berbanding orang Melayu dalam aspek menjaga kebersihan.
Menurutnya, konsep bandar raya Islam lebih menekankan kepada aspek keselamatan, keamanan dan kebersihan kawasan bandar. “Dari aspek rohani kita mahu mendidik warga bandar supaya menjadi rajin mengerjakan suruhan agama dan mengelakkan mereka melakukan perkara-perkara tidak sihat,” katanya.
Mengenai reka bentuk bangunan menurutnya, ia digalakkan mengikut reka bentuk Rom Parsi atau Greek Tua yang banyak terdapat di negara-negara Timur Tengah sekarang. Katanya, Islam sendiri meniru reka bentuk tersebut dan ia dicadang dipraktik di Kota Bharu sebagai memenuhi kriteria bandar raya berkonsep Islam. Seorang lagi wakil MPMA mencadangkan supaya diadakan malam kebudayaan pelbagai agama sekali setahun yang dibiayai kerajaan negeri, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, cadangan itu menarik dan boleh dipertimbangkan.
Malah katanya, malam tersebut juga wajar diadakan forum khas yang membariskan ahli panel daripada pelbagai kaum. Pada perjumpaan itu juga Menteri Besar meminta wakil-wakil MPMA memberi sumbangan berupa material bagi menyiapkan pembinaan masjid reka bentuk pelbagai budaya di Rantau Panjang.
“Tuan-tuan boleh memberi bantuan dalam bentuk simen, besi, kayu dan apa sahaja bagi menyiapkan pembinaan masjid tersebut yang mempunyai reka bentuk Cina, India dan Melayu,” katanya. - MJ/lanh

0 Comments:
Post a Comment
<< Home