Double-Standard UMNO Dalam Membela Islam
Kuala Lumpur (DPPP) : Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tertarik dengan kenyataan-kenyataan beberapa pemimpin kerajaan untuk mengambil tindakan tegas termasuk menggunakan ISA ke atas pengendali laman web, Jeff Ooi kerana terdapatnya unsur-unsur menghina Islam hadhari ciptaan Umno. DPP Pusat berasa hairan di atas perubahan sikap pemimpin kerajaan, khususnya pemimpin Umno yang begitu sensitif apabila Islam hadhari ciptaan mereka dihina secara senyap apabila ia dianggap sebagai najis dan air kencing oleh peserta forum kendalian Jeff Ooi.
DPP Pusat melihat para pemimpin kerajaan begitu bersungguh-sungguh untuk membela Islam hadhari ciptaan mereka apabila ia dikecam sebagai setaraf dengan air kencing dan najis, seperti mana aktiviti politik wang dalam Umno. Sedangkan sebelum ini Umno tidak pernah mengambil tahu soal nasib agama Islam dan institusi-institusi yang dihina oleh pelbagai pihak, termasuk pemimpin tertinggi Umno sendiri.
Tetapi apabila Islam hadhari Umno dihina, mereka cepat-cepat bertindak balas seolah-olah Islam hadhari mereka itu menepati kehendak al-Quran dan Sunnah sehingga ia mesti dipertahankan bermati-matian. DPP Pusat berpandangan penghinaan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu adalah tidak wajar kerana ia boleh menjejaskan perpaduan negara.
Tetapi kita harus melihat pandangan ini dari aspek yang dikritik oleh peserta forum tersebut. UMNO mendakwa mereka mahu melaksanakan Islam hadhari yang baru dicipta itu, tetapi dalam masa yang sama mereka mengamalkan politik wang, melaku penyelewengan, menindas rakyat, mengamalkan rasuah, menguatkuasakan akta-akta zalim, menyalahgunakan kuasa dan sebagainya yang langsung tidak menggambarkan keperibadian Islam mengikut al-Quran dan Sunnah.
Bahkan, mereka sendiri menganjurkan kemaksiatan seperti kilang arak, perjudian, konsert artis Barat, budaya hedonisme dan sebagainya yang akhirnya disimpulkan oleh peserta forum tersebut sebagai setaraf dengan najis.
DPP Pusat tidak setuju penggunaan istilah yang begitu kotor untuk Islam hadhari ciptaan Umno ini, tetapi ia adalah manifestasi di atas kekecewaan rakyat. Jika Umno betul-betul serius menjaga nama baik Islam, mengapa mereka tidak bertindak ke atas pemimpin mereka seperti Dr Mahathir yang menghina sunnah Nabi iaitu menyimpan janggut.
Atau tindakan mereka mempertikaikan keadilan hukum hudud, menghina para ulama, mencerca institusi Islam seperti sekolah agama rakyat (SAR), memecat mufti, menganggap Islam sebagai pengganas dan sebagainya. Ketika beberapa penulis upahan Umno seperti Farish A Noor, Akbar Ali, Zainah Anwar, Astora Jabat dan sebagainya menghina Islam, mengapa pemimpin kerajaan tidak bersuara.
Ini menunjukkan bahawa pemimpin Kerajaan BN hanya bertindak balas apabila terdapat isu-isu yang menjejaskan kepentingan mereka. Pada hal, isu kesucian Islam jauh lebih penting daripada survival politik kepartian mereka. Oleh kerana isu ini mencemarkan nama Islam hadhari yang ditunggang oleh mereka, maka mereka segera bertindak balas, seolah-olah Islam hadhari itu menepati piawai al-Quran dan Sunnah.
Tindakan talam dua muka seperti ini, iaitu menganggap menghina Islam hadhari ciptaan mereka sebagai sama dengan menghina Islam, tetapi mereka sendiri memperlekehkan Islam untuk kepentingan politik sempit mereka adalah lebih hina daripada perbuatan menggelarkan Islam hadhari sebagai ‘najis dan air kencing’.
Perbuatan yang membiarkan Islam dicerca, dihina dan nafikan haknya untuk memerintah manusia walaupun memiliki kuasa adalah lebih ‘najis’ daripada tindakan pihak-pihak tertentu menghina Islam hadhari Umno. DPP Pusat mahukan satu tindakan yang menyeluruh hendaklah diambil ke atas semua pihak yang menghina Islam.
Sebelum ini, PAS dan beberapa pihak lain telah membuat laporan polis, mengadu kepada Majlis Fatwa, JAKIM, Jabatan Agama Negeri dan sebagainya untuk menangani isu penghinaan terhadap Islam. Tetapi ia ‘dibangkulsampahkan’ oleh pemimpin Umno. Bahkan, beberapa penulis jahat terus berkeliaran dalam menyampaikan pemikiran-pemikiran sesat mereka.
Jika Kerajaan BN bersungguh-sungguh untuk membendung perbuatan menghina Islam hadhari yang dicipta oleh mereka, mereka mesti juga membersih Islam daripada penghinaan pemimpin-pemimpin Umno sendiri. Kerajaan BN juga mesti mewujudkan sebuah masyarakat yang adil, telus dan progresif berteraskan Islam jika tidak mahu Islam dihina. - Salahuddin Hj. Ayub

0 Comments:
Post a Comment
<< Home