Indeks rasuah: Nilai Semula Sokongan Kepada Abdullah
KEPALA BATAS, 25 Okt (Hrkh) - Rakyat perlu menilai kembali sokongan yang diberikan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi setelah Malaysia mencatat kenaikan dua anak tangga indeks rasuah berbanding era kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohammad. Menurut AJK PAS Pusat, Husam Musa, ramai yang tidak percaya di zaman pemerintahan Perdana Menteri, Abdullah Malaysia berjaya memperbaharui prestasinya.
"Memang ramai yang tidak percaya Malaysia melompat dua anak tangga lagi kes rasuah peringkat antarabangsa. Ini bermakna apa yang dilaungkan oleh Perdana Menteri tidak ke mana malahan memakan diri, " tegurnya dalam program anjuran Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang semalam.
Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa Transparency International 2004 yang dikeluarkan baru-baru ini meletakkan Malaysia di tangga ke-39 daripada 146 buah negara di dunia terlibat rasuah.
Kata Husam, indeks itu sekaligus membuktikan kerajaan masih gagal membendung masalah rasuah walaupun tujuh bulan menerajui negara di bawah kepimpinan baru yang dikatakan lebih telus dan jujur untuk memerangi kes rasuah di kalangan menteri.
Rakyat pastinya ingat kenyataan Dato' Rais Yatim, yang mengatakan terdapat 18 kes dalam profil kelas tinggi yang belum disiasat.
"Kata ada 18 tapi baru dua kes yang telah dikenakan tindakan. Pertama, membabitkan Kasitah Gadam dan keduanya melibatkan Tan Sri Eric Chia. Mana lagi 16 kes adakah senyap begitu sahaja, " tanyanya.
Sedangkan, Abdullah telah setahun memerintah dengan slogan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang kenapa isu ini seakan mahu didiamkan.
Bukan itu sahaja, kebanyakan menteri yang didakwa terlibat dengan kes rasuah dipilih semula mengangotai kabinet baru Abdullah.
"Ini yang masalahnya, Pak Lah keseorangan mahu cakap fasal rasuah sedangkan ia dikelilingi penggemar rasuah, " terang beliau.
Semasa Persidangan Agung Umno baru lalu, ramai yang terpilih berdasarkan politik wang. Menurutnya lagi, kes rasuah di Malaysia sukar menurun kerana perbuatan keji itu menjadi amalan di kalangan pemimpin sendiri.
"Tuduh menuduh di kalangan Umno masih kedengaran sampai kini. Orang yang tuduh dan menafikan semuanya sama, " tegasnya yang juga anggota Exco kerajaan negeri Kelantan.
Turut berceramah sama pada malam itu Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Saudara Azizi Ayob dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahudin Ayob. - Oleh Mohd Sabri Said

0 Comments:
Post a Comment
<< Home