Terkejut, Di Bawah Islam Hadhari Rasuah Makin Memuncak
KUALA TERENGGANU, 25 Okt (Hrkh) – Masyarakat negeri ini terkejut dengan satu laporan Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa Transparency International 2004 yang meletakkan Malaysia di tangga ke-39 daripada 146 buah negara di dunia terlibat rasuah.
Laporan indeks itu juga menempatkan negara ini di tempat kelima di kalangan negara Asia selepas Singapura, Hong Kong, Jepun dan Taiwan. Laporan tersebut amat memalukan negara yang telah mengisytiharkan Malaysia sebuah negara Islam contoh di dunia hari ini tetapi masih diselubungi gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa.
Apakah ini termasuk dalam agenda ‘Islam Hadhari’ yang ingin dibawa oleh kepimpinan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) setelah kegagalan beberapa slogan politik seperti ‘Penerapan Nilai-nilai Islam’,’Bersih Cekap dan Amanah’, tanya pelbagai pihak yang ditemui.
Tinjauan Harakahdaily mendapati masing-masing melahirkan rasa kurang senang, dukacita serta malu dengan laporan indeks rasuah antarabangsa tersebut.
Seorang kontraktor, Saudara Ahmad Zamri Daud, 39, berpendapat laporan Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa minggu lalu amat memalukan negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Katanya, Malaysia yang diisytiharkan sebuah negara Islam ‘ala-Hadhari’ tidak wajar dikaitkan dengan gejala rasuah yang menduduki tangga ke-39 daripada 146 negara di dunia hari ini.
“Laporan indeks rasuah itu amat memalukan negara kita di bawah teraju Perdana Menteri Pak Lah dan Malaysia pula telah diisytiharkan sebuah negara Islam ala-hadhari, paling kurang kita patut duduk di tangga ke-146 dan bukan pada nombor ke-39 seperti yang telah dilaporkan itu,” ujarnya.
Pengurus projek, Encik Abdullah Mat Zin, 56, turut melahirkan rasa dukacita serta malu dengan label yang dikeluarkan dalam laporan indeks rasuah itu.
Menurutnya, laporan tersebut tidak boleh dianggap remeh-temeh terutama oleh pihak kerajaan kerana boleh menjejaskan nama baik negara yang dicanang sebagai sebuah negara Islam.
“Saya rasa malu dan dukacita kerana negara kita dilabel yang ke-39 dan kelima di kalangan negara-negara Asia,” ujarnya.
Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak boleh anggap ini remeh-temeh kerana boleh menjejaskan nama baik rakyat dan negara sebagai sebuah negara Islam.
Seorang guru tahfiz, Ustaz Hasbullah Mamat, 36, berkata gejala rasuah yang semakin serius berlaku dalam negara ini kerana negara mengamalkan undang-undang ‘sarang labah-labah’.
Katanya, undang-undang tersebut hanya terkena kepada pengamal rasuah di peringkat bawahan dan golongan atasan serta menteri-menteri akan terlepas tanpa dakwaan.
“Saya rasa undang-undang ‘sarang labah-labah’ yang diamalkan di negara ini menjadi punca utama jenayah rasuah tidak dapat dibendung dan yang kena hanya orang kecil tidak kepada orang besar,” ujarnya.
Saudara Abdul Malek Abdullah, 36, dari Seberang Takir berkata indeks rasuah tersebut menjadi ‘asam garam’ kepada kerajaan Barisan Nasional dan kepimpinan Umno di negara ini.
Menurutnya, Perdana Menteri sekarang telah mewarisi kepimpinan Umno dan negara daripada kalangan pemimpin yang hipokrit serta pelindung kepada pengamal rasuah.
Katanya, Perdana Menteri wajar memerangi pengamal rasuah di kalangan orang atasan, para menteri dan pemimpin-pemimpin Umno jika mahu menurunkan indeks rasuah dalam negara ini.
Menurut sumber, aktiviti rasuah dan penyalahgunaan kuasa di kalangan pemimpin Umno semakin parah terutama dalam perhimpunan agung parti sekular itu dalam pemilihan jawatan penting yang dipertandingkan, baru-baru ini. – KAM/ayu/zs

0 Comments:
Post a Comment
<< Home