Erti BN: Barisan Naik, Barang Naik
KUALA LUMPUR : Sebanyak 35.7% pengguna berpendapat kenaikan harga petrol dan ayam menyebabkan perbelanjaan isi rumah mereka meningkat. Pendapat itu adalah hasil tinjauan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi mengetahui pandangan orang ramai sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga dua barang itu bermula 1 Oktober 2004.
walaubagaimana pun ‘pesta naik harga’ tidak berhenti di situ. Dua hari sebelum tahun 2004 menutup tirainya, rakyat sekali lagi dikejutkan dengan kenaikan 25% harga akhbar berbahasa Melayu.
Ini diikuti dengan kenaikan 10% kadar tol di seluruh negara mulai 1 Januari 2005.
Itulah harga sebuah kemajuan yang amat dibanggakan oleh penyokong Barisan Nasional. Itulah juga hadiah ‘kemenangan’ yang paling ‘Istimewa’ buat mereka.
Walaupun BN sering kali menafikan kenaikan harga barang tersebut sebelum ini, namun gelombang kenaikan harga barang pengguna gagal dibendung, umpama tsunami melanda rumahtangga rakyat Malaysia.
Trend kenaikan ini dijangka akan berterusan. Selepas ini mungkin caj elektrik akan naik, air akan bertambah mahal, minyak masak, gula, beras malah komponen barangan perkilangan, pembinaan dan juga harga kelengkapan rumah yang lain dijangka akan meningkat.
Pihak Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berharap agar pihak kerajaan dapat memastikan kenaikan harga barangan ini berlaku seimbang dengan kenaikan pendapatan purata rakyat di negara ini dan tidak memandang pada kemampuan golongan tertentu sahaja. Perbelanjaan projek besar yang tidak perlu harus dikurangkan dan menumpukan kepada soal kebajikan rakyat.
Kita menyeru kepada semua penyokong setia BN agar memikirkan perkara ini. Kejatuhan nilai matawang negara sejak tahun 1997 belum lagi pulih dengan sokong yang anda berikan selama ini. Manakah janji – janji manis pemimpin BN, Adakah anda sudah menerimanya?

0 Comments:
Post a Comment
<< Home