Kg. Baru: Hak Orang Melayu
KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong langkah kerajaan untuk memajukan Kg. Baru jika kawasan itu dijadikan sebagai satu kawasan pembangunan dan komersil di tengah-tengah ibu kota tanpa mengabaikan hak penduduk asal di situ kerana ianya bukan untuk dijual dengan sewenang - wenangnya.
Cadangan yang dikemukakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Isa Abdul Samad untuk mencari kontraktor Bumiputera bagi membangunkan kawasan tersebut adalah sangat positif. DPPWP percaya penduduk asal Kampung Baru akan mendapat manfaat yang besar jika pembangunan tersebut dilaksanakan dengan berkesan oleh kerajaan, dengan syarat, orang Melayu mesti menguasai sepenuhnya pembangunan yang akan dimajukan sama ada dari segi kontraktor atau pun pemilik unit-unit kediaman dan unit-unit niaga dikawasan tersebut kelak.
DPPWP tidak mahu pembangunan itu membunuh hak orang Melayu di Kuala Lumpur sepertimana `terkorbannya' hak orang Melayu di Pulau Pinang. Semoga pihak kerajaan dapat bersikap telus, ikhlas dan tidak korup dalam usaha membangunkan semula penempatan Melayu di Kg. Baru.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home