Monday, February 14, 2005

NAJIS MAKSIAT DI KOTA KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR : Gejala sosial atau keruntuhan akhlak khususnya di kalangan remaja adalah antara isu hangat yang dibincangkan oleh pelbagai lapisan masyarakat saban tahun. Bahkan statistik mutakhir gejala sosial menunjukkan keadaan semakin parah. Program - program yang merosakkan akhlak dan aqidah remaja kini ternyata kian berkembang subur di Wilayah Persekutuan mutakhir ini ekoran penganjuran program seperti : Konsert-konsert hiburan yang berleluasa seperti Konsert Scorpion pada 13 Sept 2004, Konsert Mariah Carey, dan Konsert Linkin Park sedikit masa dulu. Tidak cukup dengan itu, mereka yang berada dirumah disajikan pula dengan pertandingan-pertandingan hiburan seperti Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Who Will Win, Audition dan sebagainya

Kelab- kelab malam dan premis hiburan yang beroperasi sehingga ke awal pagi, masih banyak terdapat di Bangsar, Bintang Walk, dan ditengah-tengah pusat Bandaraya. Operasi dan aktiviti pelacuran dan Mak Nyah melalui hotel-hotel dan rumah-rumah urut masih berlaku meskipun di bulan Ramadhan yang lalu (hingga kini mereka masih kelihatan di Lorong Haji Taib dan sekitar Chow Kit). Terdapat juga pusat-pusat perjudian yang mempunyai lesen yang diluluskan atau beroperasi tanpa permit yang membenarkan pengunjungnya yang terdiri dari kalangan yang beragama Islam memasuki premis berkenaan tanpa sebarang gangguan dari penguatkuasa JAWI dan DBKL

Lambakan majalah dan bahan bacaan berunsur seks dan lucah di jual pasaran terbuka. Penjualan VCD lucah atau separa lucah tanpa kawalan pihak berkuasa wujud di merata tempat (seperti di Chow Kit, Lorong Haji Taib, Masjid India dan banyak lagi) walau pun pihak polis berada di kawasan berkenaan. Artis-artis pula diberikan tempat yang baik di media meskipun imej yang ditonjolkan begitu jijik dan menjolok mata berbanding para ulama yang sering dihina dan dipersoalkan kredibiliti dan fatwa mereka.

DPPWP menasihatkan agar para ibu bapa dapat meluangkan masa bersama anak – anak agar mereka tidak dibiarkan berpeleseran dan hanyut bersama teman – teman. Di samping itu, menjadi tanggungjawab pihak masyarakat juga untuk menegur akan anak – anak muda yang kini telah menjadi semakin liar dengan budaya Black Metal, Punk, Skin Head, Gangterism @ samseng.

DPPWP juga berharap agar pihak berkuasa, DBKL, JAWI dan persatuan – persatuan kemasyarakatan di Wilayah Persekutuan ini dapat mengambil tindakan tegas dalam membanteras masalah sosial dalam masyarakat. Program – program kemasyarakatan perlu di perluaskan, khususnya kepada generasi muda dan belia. Program program penggalak maksiat seperti konsert perlulah dihentikan agar peluang perlakuan jenayah dapat dikurangkan. Semoga KL dapat dimerdekakan dalam erti kata yang sebenar.

3 Comments:

At 2:35 PM, Anonymous Anonymous said...

pandailah ko...

 
At 7:22 PM, Anonymous Anonymous said...

bagus untuk sedarkan semua

 
At 3:52 PM, Anonymous Anonymous said...

hebat kamu! saya yakin kamu pernah berada ditempat maksiat yang kamu katakan. Tidakkah anda merasa haram? Sepatutnya hindari pandangan mata anda daripada kawasan2 tersebut.

 

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
pemudawilayah@yahoo.com
khalidabdwalid@yahoo.com